Thursday, June 30, 2011

PERBEZAAN ANTARA HARTA DAN ILMU

Pernah disampaikan oleh Ali r.a kepada 10 orang Khawarij yang bertanyakan beliau mengenainya.

Ilmu adalah warisan nabi-nabi, sedangkan harta adalah warisan Qarun, Syidad atau Firaun.

Orang yang berilmu banyak kawannya sedangkan orang yang berharta banyak musuhnya.

Jiika ilmu diberikan kepada orang lain ia bertambah. Tetapi jika harta diberikan kepada orang lain akan berkurangan .

Orang yang berilmu disebut karim (mulia) sedangkan orang yang berharta disebut bakhil.

Harta minta dijaga daripada pencuri, sedangkan ilmu tidak perlu dijaga.

Orang yang berharta dihisab, orang yang berilmu mendapat syafaat.

Harta akan rosak dimakan zaman, sedangkan ilmu tidak.

Harta mengeraskan hati, sedangkan ilmu melembutkan hati.

Orang berharta dapat mengaku sebagai tuhan kerana hartanya sedangkan orang yang berilmu mengaku sebagai hamba.

Ilmu yang bermanfaat ialah ilmu yang diamalkan.

Menurut Imam Mahdawi, ilmu-ilmu bermanfaat ialah:

1. ilmu yang mengetahui hak-hak waktu.

2. Ilmu menjernihkan hati

3. Ilmu membenci keduniaan

4. Ilmu untuk mendekatkan kepada syurga

5. Ilmu untuk menjauhi neraka

6. Ilmu untuk meninggalkan rasa takut kepada ALLAH

7. Ilmu untuk mengharapkan ALLAH

8. Ilmu untuk mengetahui akibat-akibat yang ditimbulkan hawa nafsu

9. Ilmu untuk membersihkan hawa nafsu

Keutamaan Penuntut Ilmu:

1. Diangkat darjatnya

2. Dijamin rezekinya

3. Dimasukkan ke dalam syurga dengan mudah

SEDEKAH 7000 PAHALA


Pahala sedekah dapat dibahagikan kepada empat jenis:

Pertama, sedekah yang mendapat pahala 10.

- Sedekah dengan memberi makan pada fakir miskin.

Kedua, sedekah yang mendapat pahala sampai 70.

- Sedekah yang diberi kepada keluarga terdekat.

Ketiga, sedekah yang mendapat pahala 700.

- Sedekah yang diberikan kepada kawan-kawan dan sahabat.

Keempat, sedekah yang memperolehi pahala 7000.

- Sedekah yang diberikan kepada orang yang mencari ilmu.

Sabda Rasullullah saw:

“Barangsiapa yang mempunyai harta

Maka bersedekahlah dengan kekayaannya,

Dan barang siapa yang mempunyai ilmu

Maka bersedekahlah dengan ilmunya dan

Barangsiapa yang mempunyai tenaga

Maka bersedekahlah dengan tenaganya”.

Sabda Rasullulah lagi:

Sedekah itu dapat menutup 70 pintu kejahatan”

Baju Anak Khalifah


Bacalah cerita ini. Ia menarik untuk diceritakan pada anak-anak dan sebagai renungan bersama.

Diriwayatkan bahawa pada suatu hari, anak Omar bin Khattab pulang dari sekolah sambil menangis. Ketika ditanya oleh ayahnya, anak itu menjawab:”Teman-temanku di sekolah menghitung tampalan bajuku dan mengejekku. Kata mereka, lihatlah anak Amirul Mukminin bajunya bertampal-tampal seperti ini”.

Mendengar pengaduan anaknya itu timbullah rasa kasihan dalam hati Omar terhadap anaknya. Oleh kerana itu beliau mengirim sepucuk surat kepada Bendahari Negara, meminta agar beliau dipinjamkan wang empat dirham dengan jaminan gajinya bulan depan dipotong.

Maka bendahari Negara itu mengirimkan surat jawapan yang berbunyi “Wahai Omar, adakah engkau sudah dapat memastikan bahawa engkau akan hidup sampai bulan depan? Bagaimana kalau kau mati sebelum membayar hutangmu? Apa yang akan kamu perbuat terhadap hutangmu itu di hadapan Allah?”.

Membaca surat itu maka Omar tersungkur menangis, lalu berkata kepada anaknya: “pergilah engkau wahai anakku ke sekolah sebagaimana biasanya kerana aku tidak dapat memperhitungkan umurku walau sejam lagi”

Cer fikir:

1. Hidup berhutang Allah kata tak layak masuk syurga, walaupun dia mati syahid.

2. Hidup berhutang siang resah malam tak tenang.

3. Mengejar kebendaan dan keduniaan sifat yang Allah cela.

4. Mencintai harta tak boleh dibawa ke syurga sebaliknya mengikuti gaya dan cara hidup Barat sedangkan Allah murka kita ikut cara hidup Barat.

5. Di dalam harta kita tu ada hak orang lain ke atasnya. Sudahkan kita langsaikan?

ISLAM SUKA KESEDERHANAAN

Apabila terlalu banyak tidur


Banyak tidur adalah anatara sifat yang perlu kita jauhi. Ini adalah kerana orang yang terlalu kerap tidur, terutamanya pada waktu siang akan melemahkan semangat untuk bekerja dan beramal ibadat.

Ulamak terkemuka berkata, kehidupan manusia seharian hendaklah dibahagikan kepada 3 bahagain iaitu:

8 jam untuk BERIBADAT dan TAAT KEPADA ALLAH

8 jam untuk MENCARI NAFKAH

8jam untuk ISTIREHAT DAN TIDUR

Jika seseorang itu tidur mulai jam 10.00 malam hingga8.00pagi keesokkannya dan disambung tidur dari jam 1.00 tengahari hingga jam 5.00 petang, bermakna dia sudah tidur selama 14 jam. Jika dia tidak terjaga sepanjang tempoh berkenaan, makan dia sudah meninggalkan solat Subuh dan Zohor.

Sikap terlalu mementingkan agama hingga melupakan kewajipan dan tanggugjawab kita di dunia juga tidak baik.

Jangan kita terlalu menyusahkan diri sehingga tidak lekang dari sejadah, berzikir dari pagi hingga tengahari kemudian disambung dari tengah malam hingga ke subuh.

Ada juga yang mengasingkan diri dari keluarga hingga lupa member nafkah zahir dan batin kepada isteri dan anak-anak.

Dalam pada itu, sifat terlalu meringankan azab dan siksaan Allah juga dianggap tercela. Sikap acuh tak acuh dan memandang m,udah hokum dan larangan Islam menyebabkan seseorang tidak takut membut maksiat dan kejahatan.

Hadis Rasullulah saw bermaksud:

Buatlah lima pekara sebelum datang lima pekara”.

1. Peluang masa engkau muda sebelum tua.

2. Masa engkau sihat sebelum sakit.

3. Masa engkau kaya sebelum miskin.

4. Masa engkau lapang sebelum sibuk dengan kerja.

5. Masa engkau masih hidup sebelum mati.

Tuesday, June 14, 2011

Apabila memilih nama anak


Assalamualaikum wbt

Terlebih dahulu terima kasih kepada pembaca setia laman blog ini.syukur yang tak terhingga kerana sambutan blog ini amat menggalakkan. Ada juga pengunjung dari Australia, Brunai, Singapore, Scothland, US dan merata dunia sudi membaca hasil coretan saya. Ia menaikkan lagi semangat saya untuk selalu mencari bahan dan topik-topik menarik untuk dikongsikan. Tak lupa rakan senegara yang sentiasa dahagakan bahan bacaan dan ilmu. Saya harap usaha saya ini dapat membantu ibu bapa diluar sana dalam medidik anak-anak. Selain kita dapat berkomunikasi dan memberikan pendapat masing-masing di ruangan komen agar saya dapat memperbetulkan segala kesilapan saya. Andai hasil tulisan dan buah fikiran saya ini ada kekurangan ia adalah dari kelemahan dan kedaifan saya sendiri, andai ada kelebihan itu datangnya dari Allah swt. Jika ada ibu bapa yang membaca laman blog ini sedang atau sudah mempunyai anak lebih baik semak pemilihan nama anak anda samada pemilihan nama anak mengikut sunah atau sebaliknya. Kerana tajuk kali ini lebih fokus pada pemilihan nama anak lelaki dan anak perempuan seperti yang digariskan oleh rasullulah mengikut Islam. Sekurang-kurangnya ia sebagai peringatan dan panduan selaku kita sebagai ibu bapa.

Sudah menjadi kelaziman masyarakat hari ini akan memastikan nama yang terbaik dipilih untuk anak mereka. Bagi yang menghadapi tempoh kehamilan menjelang kehamilan 7 bulan maka para ibu sibuk memilih-milih nama yang sesuai untuk bayi mereka. Dek kecanggihan zaman moden kini jantina bayi dalam kandungan dapat ditentukan melalui scan seawal 7 bulan maka para ibu bapa mula merancang nama bayi mereka andai perempuan nama-nama yang indah dipilih sebagai menyempurnakan sifat dan rupa paras anak begitu juga untuk bayi lelaki. Pemilihan nama bayi hendaknya masih berlandaskan Islami di samping tidak melupakan pesan agama Islam dengan memberikan nama-nama yang membawa makna yang baik untuk anak lelaki dan nama yang baik untuk anak perempuan.

Di sebalik pemilihan nama kita juga sering tidak sedar kita sudah terikut-ikut nama seperti orang barat. Ada juga dikalangan ibu bapa yang memilih nama anak-anak mereka mengikut iras-iras nama-nama barat. Tak payah sebutlah nama apa. Cuba cek nama anak-anak anda semua lepas ni kerana di sini ada sedikit perkongsian yang perlu diketahui semua ibu bapa.

Sudah menjadi satu kewajipan bagi ibu bapa untuk memberikan nama yang baik-baik untuk anak-anak yang baru lahir kerana anak-anak tersebut berhak untuk memiliki nama yang indah. Dalam Islam pemberian nama anak-anak adalah tujuh hari selepas kelahiran anak. Pemilihan nama juga perlu yang baik-baik agar mendapat keberkatan sepanjang hayat anak.

Dalam sebuah hadis ada disebut;

“sesungguhnya pada hari kiamat, kamu akan dipanggil dengan namamu dan nama bapamu, maka pakailah olehmu nama-nama yang baik ”.

Rasullulah bersabda lagi,

“Di antara nama-nama kamu, Allah paling menyukai nama Abdullah dan Abdurrahman dan nama anak hendaklah diberi nama para nabi”.

Apabila memilih nama anak pekara berikut perlu diberi perhatian:

1. Kalau kita memilih nama mengikut Asma Allah nama tersebut hendaklah didahulukan dengan kata yg menunjukkan penghambaan contohnya Abdullah, Abdurahman, Abdul Ghaffar dan sebagainya.

2. Hendaklah memilih nama para nabi seperti Yusuf, Idris, Ahmad, Musa, Muhammad dan sebagainya.

3. Memilih nama dengan nama orang-orang bertakwa contohnya umar Faruq, Utsman, Khalid, Kahdijah, Maryam, Summayyah dan sebagainya.

4. Apabila memilih nama anak dengan nama nabi banyak keberkatannya. Namun harus berhati-hati jangan sampai mencaci. Misalnya mengikut Abu Rafi’ r.a. meriwayatkan bahawa Rasullulah saw bersabda, “Apabila engkau memberi nama seseorang dengan nama Muhammad, maka janganlah dia dipukul dan disakiti”.

Menurut Umar r.a meriwayatkan bahawa Rasullulah saw pernah memberikan nasihat, “jangan sampai engkau memberikan nama anakmu Muhammad, tetapi engkau juga mencacinya”.

Nampaknya bukan sebarangan nama yang kita boleh pilih. Sebaliknya nama yang terbaik dipilih untuk anak maka perlu kita memelihara anak tersebut bahkan menjaga nama yang diberikan tadi. Amat benarlah cara Islam menjaga dan memelihara Nabi-nabi terutama Nabi kita Muhammad saw.

5. Nama yang dipilih juga perlu mencerminkan semangat dan prinsip Islam. Misalnya nama Thariq, Salahuddin dan sebagainya . dengan harapan nama tersebut dapat disandang oleh pemilik nama.

Pekara yang perlu dihindari bila memberi nama anak:

1. nama yang di berikan bertentangan dengan Islam contoh Abdul Rasul, Abdul Nabi.

2. nama yang diberikan mencerminkan sifat yang buruk.

3. nama yang menunjukan kemegahan dan kebanggaan. (Islam sukakan kesederhaan)

4. nama yang ganjil.

5. nama yang ada unsur syirik.

6. nama yang berasal daripada nama makcik saudara wanita sebelah bapa.

7.Usaha menginggeriskan dan menjadikan nama kebaratan adalah perbuatan yang buruk seperti tidak Islami.

8. Nama yang diberi panjang misalnya Muhammad Syuaib kemudian dipanggil Muhammad atau syuib sahaja maka hal ini tak betul.

9.nama anak juga tidak dipanggil dengan nama yang menyimpang misalnya sulaiman jadi Solly, Zubaidah jadi Beilda, Fatimah jadi Fatti, fatu, fathi atau Tima.

10. nama-nama yang disingkatkan contoh Muhammad jadi Mohd atau M.D. Alhamdulillah sekarang di sekolah-sekolah nama-nama murid yang Muhammad cikgu dah tulis penuh takde lagi Mohd. Habis penuhlah nama pada buku kedatangan lagi yang ada bubuh nama anak panjang-panjang sampai 4 perkataan.

Oleh yang demikian sebagai ibu bapa kita juga tidak harus memilih nama anak sekadar indah namun makna nama tidak ada. Indah didengar namun tidak ada sebarang makna yang baik. Sian anak tu bila besar nanti. Ibu bapa juga kalu nk beri nama untuk anak fikirlah untuk mendapat keberkatan dan jangan terlalu cenderung kebaratan sedangkan dalam Islam tidak menggalakkan. Sekurang-kurangnya anak itu mendapat keberkatan dan rahmat daripada nama yang dipilih malah ibu bapa juga insyallah mendapat rahmat Allah swt. Akhirnya sebuah nama yang nampak indah bunyinya tetapi tidak mempunyai makna ibarat kosong tanpa berkat dan rahmat Allah. Semoga anak-anak yang lahir nanti menjadi golongan mereka yang soleh dan solehah disebalik keberkatan nama.

Segala bahan dan tulisan dalam blog ini adalah dirujuk melalui buku Pesona Mendidik Anak Secara Sunnah. Namun penulis juga membuat sedikit rujukan dalam beberapa buah buku yang lain. Diharap segala kesilapan penulis diberitahu melalui email ke mike_5223@yahoo.com.my agar penulis dapat memperbaiki penulisan pada masa akan datang. Sekian terima kasih.

Nama anak-anak saya:

“Husna Qistina Wardah” membawa makna Seorang yang peramah, keadilan dan bunga mawar

“Elissa Qairina Wardah” membawa makna Seorang yang dilindungi Allah, Sebaik-baik bunga mawar

Nama saya yang indah “khairulnisak” bermakna sebaik-baik wanita insyallah andai allah merahmati makna nama itu.

Apa pun saya manusia biasa yang masih ada kelemahan. Saya juga ingin membuat perkongsian ini untuk panduan rakan dan para ibu bapa. Apa pun lepas ini pilihlah nama yang baik-baik tu anak anda. Yang ringkas dan berlandaskan syariat.

Saturday, June 11, 2011

Family Gathering

Alhamdulillah...

Sepanjang cuti sekolah yang lalu kami berpeluang berkumpul bersama2 sanak saudara.walaupun tak lama namun ia dapat dimanfaatkan bersama.almaklumlah setahun sekali je jumpe.adik ipar sebelah suami yang bekerja di Perak pulang ke kampung.kali ini dia sekeluarga memilih musim cuti sekolah.memandangkan kedua-duanya bekerja sebagai polis dan tentera, kesukarang cuti pada hari raya memaksa mereka mengambil cuti seperti ini untuk pulang ke Johor bertemu dengan sanak saudara baru.terutama anak kecil ku Elissa dan Zafir yang belum pernah ditemui sejak mereka lahir.maka dalam himpunan ini makin bertambahlah anak2 saudara ku sebelah suami semuanya seramai 9 orang.riuh rendah rumah tok wan dan opah menyembunyikan kesunyian seperti hari2 biasa.

Dalam kesempatan berkumpul ini kami adakan sedikit aktiviti antaranya mengadakan kenduri kesyukuran, memancing, naik bot tok wan dan berkhemah di pantai Tanjung Leman sambil bakar ikan dan mandi manda. seronok anak2 kecil ku bebas bermain pasir, main ombak, berendam di dalam laut yang luas tak seperti di dalam bilik air di rumah.Suke sangat tak hengat.

Pagi kami bangun awal dan buat persiapan. Sedang suami, ayah mertua dan adik2 ipar yang lain membuat persiapan tuk g memancing di pulau. mereka keluar awal pagi. dengan harapan ada la ikan untuk di bakar di pantai nanti. wah peluang yang luas aku berikan pada suami nampaknya dia tak persiakan. Sejak dari rumah lagi habis semua pekakas memancing dibawa. Tak cukup lagi siap singgah kedai beli alat memancing. maklumlah sejak beranak 2 ni dia dh jarang ke laut dek kesibukan kerjanya. tapi sayangnya hajat aku nk g mencing mengikut rombongan mereka tak tercapai2 sampai sekarang. mana taknye sejak kawin terus dapat anak. konon bila Husna dh besar blh la aku ikut ke laut tp akhirnya bila anak kedua ku Elissa lahir maka terbantut semua perancangan.maklumlah si kecil2 ni perlukan banyak perhatian ku.insyallah satu hari nanti mudah2an tercapai hasrat nk ke pulau memancing.

Sementara menunggu hasil tanggkapan tuk hari itu para ibu2 di rumah sibuk buat persiapan tu berkhemah di pantai. kami sediakan sedikit makanan dan persiapan dengan menyediakan daging yg dh diperap utk dipanggang, seekor arnab yg disembelih turut dijadikan hidangan, 30 ekor burung puyuh yg diternak suami khas tuk anak2 buahnya dr Perak ni. Allhamdulillah segala hidangan yg dirancang telah tersedia. petang itu kami berkhemah di pantai Tanjuang Leman yg nyata banyak pengunjung di sana sejak kawasan peranginan di situ mula dimajukan oleh pihak Felda. Di tambah lagi dengan laut yang sesuai tuk berkelah. lepas dari musim tengkujuh air yang jernih dan ombak yang tenang selamat tuk anak2 bermain. sememangnya masa2 ini di tunggu oleh adik ipar ku untuk pulang. Ketika ini hasil tangkapan juga lumayan untung2 hasilnya sotong besar, ketam dan ikan2 sedap macam kerapu, ketarap peh terliurlah kalu citer keenakannya.

Petang dalam jam 4 suami dan ayah mertua ku melabuhkan perahu di JT. seronok bawa anak2 menaiki bot Tok Wan. Tak sabar tengok hasil tangkapan. Namun menantian mmg tdk sia2 kerana hasil tangkapannya sotong2 besar sebesar selipar jepun , ikan2 ketarap yg ditunggu2 memang menjadi lauk petang itu.siap dibakar dan dicicah dengan sambal air asam yg dh siap dibekal dr rumah.alhamdulillah...dapat juga dinikmati bersama.

Petang itu kami pulang ke rumah dengan keadaan anak2 yg dh kepenatan main pasir dan mandi di pantai.masing2 sampai rumah masing2 tertidur keletihan sampai ke pagi. rasa sekejap je masa berlalu rindukan anak2 buah ecah, pika dan okai. bila lah lagi dapt jumpe mereka ni. sayangnya gambar2 mereka hanya dapat disimpan dalam memori otak sahaja tak dapat diterjemahkan dalam foto. tahun depan panjang umur jumpe lagi mereka dh besar panjang. tak puas dgr keletah mereka, tak puas melayan cerita mereka. orang yang paling sentimental ialah suami ku...hehe jgn mare.kantoikan.tp faham lah hati Pak Ngah memang sentimental. harap2 anak2 bauh Mak Ngah semua jaga diri dan jadi manusia yg berguna nanti.

Terima Kasih kerana Allah swt masih memberikan kami ruang untuk bertemu. dan Allah juga yang memberi izin untuk perpisahan ini. kang kalu selalu jumpe jemu pulak. tak de rindu...rinduu...lagi.sabar yer Pak Ngah. Mak Ngah ada.anak2 pun ada.

Elisa kini dh berlari dan pandai main pasir.banyak keletah, selalu tiru perbuatan si kakak, dh sibuk nk bercakap. sikit2 tiru apa yg kakak sebut..bila kakak kata "cer cite..cer cite..". Elisa sebut"cer..cer..."

Husna pulak dh pandai baca doa makan.jelas sebutannya.alhamdulillah...pandai menyanyi, penyanyang, pandai menyakat adik dan pandai memujuk adik. syukur semua dapat membesar di depan mata.

Korek rahsia..Jahat nyer Yahudi

Bijak sungguh yahudi memperdayakan kita umat Islam, mereka suruh kita minum susu lembu buatan mereka, tapi mereka minum susu kambing, mereka minum apa yang diminum oleh Nabi kita Muhammad SAW.

Mengapa kita tidak ikut nabi kita, kita ikut orang yahudi tapi ternyata mereka mengikut apa yg nabi kita makan dan minum. Teruskan membongkar kebijaksanaan yahudi menipu umat Islam...

Kata-katanya ini adalah bertepatan dengan hadis Rasullulah:

"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil"

Antara 'barangan mereka' yang telah dijadikan ikutan oleh kebanyakan dari kita.

1. Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan para kafir ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Nak ikut kafir ke nak ikut nabi kita? Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sbb hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. so kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam. makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran kafir ini.

2. Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi kita selain susu dan madu. Cuba tengok Yahudi, mereka minum kopi, Starbuck. Profesor di UK yang Yahudi semua ada segelas kopi dit tangan mereka.

3. Kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol, namun kambing juga adalah makanan Nabi kita. Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol.

4. Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus, namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans.

5. Para kafir ni juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat , contohnya coke dan maggi . Coke tu sangatlah beracun, pastu sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi) . Dan para Melayu kita juga yang ketagih minum.


6 . Untuk pengetahuan, para kafir agen dajjal ni gak mengwar-warkan kebaikan minum soya (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar), namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan. selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sbb dalam soya ada hormon estrogen yang sama dgn estrogen kat wani ta. pastu soya ada phytic acd yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.

kalu nk lg info cari kat Sebuah kehidupan.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...