Saturday, July 9, 2011

Persediaan Ramadhan

Setelah mengetahui kebaikan ibadah puasa dari sudut sains, mulai detik ini boleh lah kita memasang niat untuk mengerjakan ibadat puasa pada tahun ini dengan sempurna. Berikut adalah tips untuk menghadapi dan membuat persediaan menghadapi bulan Ramadhan.

Tips Persiapan Ramadhan:

1. Berpuasa sunat

-Untuk mendidik diri, anak-anak dan keluarga untuk menghadapi bulan ramadhan.

- Sebagai contoh terbaik lihat role model kita rasullullah saw. Baginda mengerjakan puasa setiap bulan selama 3 hari berturut-turut iaitu pada bulan purnama iaitu pada 13,14 dan 15 setiap bulan purnama. Kelebihan berpuasa sunat ini antaranya terang hati, pelembut hati dan mudah-mudahan istiqamah dalam mengerjakan ibadah dan meningkatkan ketakwaan. Baik juga kalau mana ada isteri-isteri atau ibu-ibu yang nak anak atau suami berubah. Niatkan puasa untuk mereka insyallah kita akan lihat keberhasilannya nanti beransur-ansur. Selain itu baginda juga sering puasa dunat isnin dan khamis setiap minggu. Puasa sunat lain dilakukan pada bulan Rejab dan Syaaban.

- Sebelum menjelang bulan ramadhan eloklah kalau kita melatih anak-anak untuk puasa sunat. Supaya bila mengerjakan ibadah puasa wajib nanti anak-anak sudah terbiasa dan melakukan ibadah tersebut seperti amalan rutin.

- Nampak macam berat seolah-olah puasa sepanjang tahun, namun hikmahnay kalau kita lakukan insyallah akan terasa mudah dan ringan melakukan ibadah.

2. Bermuhasabah diri

- Menghitung amal ibadah yang kita kerjakan. Sesungguhnya Allah swt itu tak berkira kalau beri kita nikmat. Jadi lebih baik kita pun tak berkira untuk buat amal ibadahnya.

- Muhasabah diri dengan memperbetulkan niat.Niatkan mudah-mudahan puasa tahun ini dapat menambah amal ibadah kepada Allah swt. Sabda Rasulullah “Niat pun dapat pahala, diikuti dengan perbuatan akan berganda pahalanya.”

- Istifar dan bertaubat dan hitung berapa banyak dosa yang kita telah lakukan. Insyallah istifar itu langkah pertama sebelum taubat. Anak Adam memang tak pernah lari dari melakukan dosa. Iman kita sentiasa turun naik. Oleh itu berdoalah untuk istiqomah dalam melakukan ibadah. Istifar tanda kita insaf.Insyallah Allah terima. Banyakan berdoa,

“Ya Allah, berikan keberkatan pada bulan Rejab, berikan keberkatan kami pada bulan Syaaban dan sampaikan kami dalam bulan Ramadhan”.

- Ramai orang mati bulan Ramadhan , kadang-kadang tak sempat nak sempurnakan Ramadhan berdoalah semoga Allah berikan kesempatan untuk kita menyempurnakan Ramadhan dan mencari malam Lailatulkadar..

3. Banyakkan membaca Al-Quran

- Meningkatkan keimana kita semoga menjadi insan yang terbaik dari hari ke hari.

- Ingkatkan amalan dengan membaca al- Quran dan hayati terjemahannya.

- Mendidik anak-anak dan keluarga bermula dengan membaca al- Quran setiap kali waktu perdana lepas solat maghrib dan selepas solat subuh. Sekurang-kurangnya satu muka setiap hari insyallah amalan ini diteruskan sehingga bulan Ramadhan.

4. BerTahajud dan bersedekah

- Bangun tengah malam membuat solat sunat dan meneruskan amalan sedekah.

- Bermula dari hari ini didik jiwa untuk bangun tengah malam dengan melakukan solat sunat supaya tidak kekok bila mengerjakan nya di bulan Ramadhan.

- Pada bulan Ramadhan pula kerap melakukan solat malam kerana banyak kelebihan-kelebihan pada bulan Ramadhan.

- Mempertingkatkan amalan sedekah. Sedekah banyak caranya. Senyum pun satu sedekah juga. Kalau tak mampu dengan harta dan wang sedekah dengan amalan perbuatan dan tenaga. Jika tak mampu juga sedekah dengan senyuman insyallah diterima Allah untuk menjernihkan hati-hati kita.

- Dalam bulan Ramadhan pula tingkatkan amalan sedekah. Kalau boleh setiap hari. Niatkan setiap kali bersedekah dengan ucapan berikut:

- “Ya Allah aku niatkan sedekah ini untuk diri ku dan keluarga ku”.

- Sedekahlah walau satu sen semoga ia memberi rahmat untuk diri dan keluarga kita disamping dapat menyucikan harta kita.

5. Baiki hubungan keluarga

- Masa yang terbaik untuk meminta maaf sesama ahli keluarga dan menjernihkan hubungan kekeluargaan ialah pada bualn Ramadhan. Kerana ketika ini semua syaitan dirantai. Kalau ada pun manusia yang bertopengkan syaitan je yang tinggal.

- Sedang nabi juga menyarankan orang yang merusaha untuk membaiki hubungan silaturahim adalah ciri-ciri orang beriman.

- Meminta maaf dan memaafkan adalah sifat mulia. Mengapuskan sifat mazmummah dan meningkatkan sifat mahmudah amat diredhai Allah.

- Firman Allah;

“Bertakwalah kepada Allah dan baiki hubungan antara kalian”.

- Wujudkan rasa bahagia.

- Banyakkan senyum. Kalau susah nak senyum sebut perkataan “tiga”

6. Jaga hubungan dengan tetangga

- Jaga hubungan baik dengan jiran, jiran sekerja rakan sebelah meja atau jiran di rumah kita.

- Kalau mereka buat salah jangan berdendam.

- Jangan buat salah pula dengan kawan-kawan.

- Baiki hubungan dengan hantarkan buah tangan kepada jiran sekurang-kurangnya lama-lama lembut hatinya. Jangan pula ucap benda yang tak baik misalnya bagi buah tangan tapi cakap “..lain kali jangan dengki aku lagi…”. Cakap benda-benda yang menyebabkan kita tak ikhlas. nanti tak berkat amalan kita.

7. Baiki rumah tangga

- Persiapkan bekalan keperluan sepanjang bulan Ramadhan.

- Banyakkan ibadah dan tilawah di rumah.

- Hiasi rumah dengan hadis atau ayat-ayat al-Quran utnuk memotivasikan diri. Sekurang-kurangnya bila tampal ayat kursi atau seribu dinar kat dinding bila ternampak kita akan baca.bukan sekadar tampal sahaja. Bila tengok nama Allah Dan Muhammad pandang je pun dapat pahala.

- Sebelum masuk bulan Ramadhan dah boleh tukar langsir. Persiapan sebelum Syawal dah boleh buat supaya tak menganggu ibadah kita pada bualn Ramadhan. Baju anak-anak dah buat awal-awal supaya bila puasa kita dapat concentrate pada ibadah puasa dan tak letih sampai perlu ponteng puasa.

- Ucapkan ayat-ayat motivasi misalnya “Ramadhan Karim” bila bertembung dengan sesiapa sahaja.

- Tampalkan carta kelebihan berpuasa di dalam rumah.

8. Tambahkan ilmu

- Antara amalan-amalan yang kita boleh buat masa bulan ramadhan antarannya tambahkan ilmu dengan banyakkan membaca di samping dengar pekara-pekara kebaikan. Kurangkan atau tinggalkan terus siaran yang tak membawa faedah pada kita. Gelak sakan tu tak dapat apa-apa selain dosa. Rasulullah pun kalau nak ketawa dia Cuma senyum sikit je nampak deretan gigi. Kalau dah ketawa sampai kuar air mata tu dapat apa?buta hati dan rohani kita.

- Antara buku-buku yang boleh kita baca antaranya buku tentang ibadah puasa. Buku-buku yang mendidik jiwa.

- Lihatlah ramai orang yang dah bertaubat sekarang ini. Ramai dah dapat hidayah. Ramai yang telah berubah. Jadi eloklah kalau kita dari kalanagn mereka.

- Kalau kita nak berubah kita kena cari kawan yang baik-baik supaya kita lebih istiqomah.

- Kebanyakkan masyarakat di negara barat sekarang ini sudah ramai yang memeluk Islam. Semua tu atas kesedaran dan mencari agama yang sebenar.Alhamdulillah bertambah ramailah umat Muhammad.

Hadis rasulullah “pada akhir zaman nanti ramai orang masuk Islam, tapi ramai juga yang keluar Islam bilangannya seperti anak panah yang meluncur” .

- Atas kesedaran bersama, marilah kita mengajak diri supaya kita tergolong dalam golongan orang yang beriman.

- Bagi yang dah berubah , marilah kita menyeru sahabat, kawan-kawan dan keluarga kita untuk berubah.

- Tak perlu tunggu betul-betul dah soleh baru nak dakwah. Sebaliknya mengajak bersama-sama berubah tu adalah lebih baik.

- Cuba tengok simboliknya bila sebelah tangan kita yang kotor.dan sebelah tangan lagi bersih. Tapi kalau kita bersihkan kedua-dua tangan kita maka kedua-duanya akan bersih juga. Macam tu jugak dakwah ini semoga berterusan dan istiqomah.

Keistimewaan Ramadhan

1. Hadis Qudsi ;

“Tiap-tiap kebajikan itu dibalas dengan 10 hinga 700 kali ganda melainkan puasa sehingga tak dapat digandakan”

2. “Mulut orang yang bepuasa itu harum seharum kasturi”

3. banyak kan membaca al-Quran da memahami terjemahannya.

4. Istiqomah/ bersungguh-sungguh:

5. Rujuk hadis;

“wahai pemuda, sehingga sampai waktu masa berkahwin segeralah berkahwin, andai tidak mampu maka puasalah kamu”.

6. bermakna bulan Ramadhan adalah masa yang terbaik untuk melawan nafsu.

7. Nabi kata berlapar dapat tingkatkan amalan ibadah.

8. sebaliknya makan hingga kenyang akan jadikan kita malan nak beribadah.

9. Rasullullah pun dulu berlapar sampai ikat perut dengan batu untuk menahan lapar.

10. Jangan banyak makan dan berhenti sebelum kenyang.

11. sedawa pertama itu amaran, sedawa kedua itu amaran keras untuk berhenti, sedawa ketiga itu tanda Nak Mati ker?

12. Jadikan waktu perdana tu kita ditikar sejadah dengan berterawih.

13. menjaga puasa dan sentiasa perbaiki supaya menjadikan puasa yang sempurna.

14. “Banyak orang yang puasa tapi tak dapat pahala puasanya, melainkan lapar dan dahaga”.

15. Top up ILMU dan IMAN dan tinggalkan maksiat.

16. Puasa pendinding diri dari:bercakap kotor, Jahat, Melawan hukum, mengumpat.

17. Kalau orang ajak buat jahat katakan “saya sedang berpuasa hari ini”.

Jadikan Ramadhan kali ini Ramadhan yang terbaik…INSYALLAH

IBADAH PUASA DARI SUDUT SAINS


Allah telah memerintahkan umat Islam berpuasa pada bulan Ramadhan seperti yang dinyatakan dalam al-Quran:

“Wahai orang beriman! kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang sebelum kamu supaya kamu bertakwa. (puasa yang wajib itu ialah) beberapa hari yang tertentu:sesiapa antara kamu yang sakit ataupun dalam musafir, (bolehlah ia berbuka). Kemudian dia wajib berpuasa (sebanyak hari yang dia berbuka) itu pada hari-hari yang lain dan wajib atas orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan fidyah, maka itu adalah satu kebaikan baginya (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui”.

Surah al-baqarah, ayat 183 – 184

Memandangkan bulan ramadhan semakin hampir, jadi elok lah kalau kita bercerita mengenai faedah dan hikmah berpuasa. Terdapat dalam sebuah buku yang mana, menceritakan tentang ibadah puasa dari sudut kesihatan. Memandangkan buku ini merujuk kepada persediaan menghadapi kiamat dalam buku ARMAGEDON 2012 Bencana Akhir Zaman tulisan Muhammad Alexander, jadi sudut pandangan nya mengenai puasa lebih menjurus tentang persediaan menghadapi bencana akhir zaman. Namun ia masih relevan sebagai rujukan dan panduan tentang hikmah puasa dari sudut sains kesihatan. Mari kita menyingkap hal yang seterusnya.

…Puasa membantu dalam menyembuhkan penyakit, termasuk asma, elergi, selsema, bronchitis, asid urat, rematik, barah pramatang, insomnia, kemurungan, tekanan, tekanan darah/ tahap kolestrol, user mulut/perut, migraine, demam, penyakit-penyakit kulit, dan kebergantungan pada ubat, nikotin, akohol dan narkotik. ..

Dari sudut kesihatan kulit dan mata menurut Dr. R. Cinque mrnyatakan puasa dapat menjadikan kulit lebih bersih dan halus serta mampu menjernihkan pandangan mata.

Puasa juga mampu meningkatkan proses detosifikasi dari dalam tubuh itu sendiri. Dalam hal ini organ detosifikasi merangkumi kulit, paru-paru, ginjal, hati, nodus dan usus besar. Apabila seseorang berpuasa, prestasi organ-organ itu meningkat.

Manfaat berpuasa yang lain ia membantu pertumbuhan semula sel-sel tubuh dan membersihkan tubuh daripada pelbagai jenis racun atau toksin.

Dr Abdul Jawad Ash-Shawy menyatakan sel mengandungi asid amino. Apabila puasa dilakukan, asid daripada makanan bergabung dengan asid yang dihasilkan semasa proses pencernaan. Ia kemudian disalurkan mengikut keperluan sel-sel tubuh. Hasilnya mereka yang berpuasa menjadi bertambah sihat.

Puasa dalam Islam adalah satu-satunya cara yang paling ideal bagi memperbaiki fungsi optimum bagi hati. Semasa berpuasa, hati seseorang mendapat bekalan asid lemak dan amino organic selama rentang waktu antara buka puasa dan sahur. Ia kemudian membentuk inti protein, cecair fostat, kolestrol dan lain-lain elemen yang penting bagi membentuk sel-sel baru. Dengan itu, hati tidak akan diserang oleh cirrhosis.

Selain itu, manfaat lain ialah tidak akan berlaku ketidakseimbangan fungsi ekoran tidak terbentuknya bahan yang dapat mengalihkan lemak dari hati. Ini kerana pembentukannya dapat dihindari apabila perut kosong atau pemakanan tidak melibatkan makanan yang berlemak.

Dr. Bahar Azwar berkata, Puasa sebagai ejen pembersih tubuh. Semasa seseorang berpuasa tubuh akan kehilangan tenaga. Pada masa itu, otak sebagai organ yang paling banyak memerlukan tenaga mulai bereaksi. Rancangan memaksa kelenjar pancreas mengeluarkan hormone glucagon. Glukagon berfungsi membakar glikogen yang tersimpan dalam hati dan menjadi glukosa. Maka tahap tenaga yang mencukupi diperolehi. Jika ia masih belum mencukupi maka ia akan membakar lemak, termasuk lemak dalam pembuluh koronari yang terdapat di dalam jantung, hati, usus dan ginjal. Dengan beban yang berkurangan maka organ-organ tersebut bertambah kuat.

Sesak nafas akan berkurangan, usus akan berfungsi dengan lebih baik dan proses pembuangan air besar akan lebih lancar. Selain berat badan menurun.

Lain-lain manfaat berpuasa ialah:

1. Menurunkan tahap lemak dan kolestrol sehingga mencegah penyakit jantung.

2. Fikiran tenang.

3. Jantung kurang terbeban dalam menjalankan tugasnya mengepam darah ke seluruh tubuh.

4. Tekanan darah yang tinggi akan menurun sehingga sakit kepala akibat tekanan darah tinggi hilang.

5. Beban tugas yang mengeluarkan toksin tubuh melalui air kencing dapat dikurangkan.

6. Sakit pinggang yang disebabkan gangguan pada fungsi ginjal akan berkuranagn.

7. Berlakunya pertumbuhan semula sel jantung semakin segar, nafas menjadi lapang, fungsi ginjal bertambah baik dan lain-lain manfaat yang melambatkan proses penuaan.

Hippocrates bapa perubatan moden, ‘jika kamu berasa demam, kamu perlu berpuasa’.

Benjamin Franklin pula berkata ‘ubat yang terbaik adalah berehat dan berpuasa’.

Puasa adalah ‘istirehat kimia’ bagi organ dalam tubuh. Dengan mengawal pengambilan makanan, proses detoksifikasi organ-organ utama seperti ginjal dan hati menjadi bertambah mudah, malah ia mempercepatkan proses itu.

Yang membezakan antara berlapar dengan puasa adalah seperti berikut jom baca:

1. Pernafasan dan lidah menjadi bersih

2. Suhu tubuh yang tidak normal menjadi normal.

3. Denyutan nadi menjadi normal.

4. Reaksi kulit dan lain-lain menjadi normal.

5. Masalah bau mulut dapat diatasi.

6. Air liur menjadi normal.

7. Mata menjadi terang dan daya penglihatan meningkat.

8. Air kencing menjadi bersih.

Menurut Al-Quran puasa meningkatkan keimanan dan ketakwaan.

Mengikut Rasulullah puasa wajib dan puasa sunat dapat menjadikan tubuh bertambah sihat. Puasa juga sebagai perisai tubuh dari segala penyakit.

Hadis oleh Imam Ahmad;

“Allah maha perkasa dan maha Agung mewajibkan puasa Ramadhan dan sunatkan solat pada malam harinya, sesiapa berpuasa dan solat malam dengan mengharapkan pahala keredhaan Allah, dia keluar dari dosanya seperti bayi yang baru lahir oleh ibunya.”

Berdasarkan perintah tersebut, dinyatakan sebagai;

Puasa sememangnya menjadi perisai bagi orang yang mengerjakannya. Seterusnya apabila seseorang yang berpuasa Ramadhan mengerjakan pula solat tarawih, tahjud dan sebagainya, semua sel yang layu di dalam tubuhnya digantikan dengan sel-sel baru sehingga dia laksana seorang bayi yang baru lahir. Dengan pengantian sel, prestasi organ bertambah baik dan dia dilindungi daripada serangan penyakit.

Demikianlah hikmah berpuasa dan pandangannya dari sudut sains kesihatan. Mungkin ada lagi hikmah yang lain yang mana kita perlu mengkaji. Paling tidak pun perlu rajin membaca.

Mudah-mudahan dengan hikmah yang dinyatakan tadi dapat menambahkan keimanan dan istiqamah dalam mengerjakan ibadah puasa nanti. Insyallah.

Ternyata Islam agama yang menyeluruh dan ia sesuai seiring zaman. Jadi apa lagi yang mahu kita risau tentang kesahihan Islam. Semoga kita menjadi umat Islam yang beriman. Bukan umat Islam yang sentiasa leka. Tak perlu ubat kurus, tak perlu krim muka atau ubat awet muda. Tak perlu ubat-ubatan yang mengandungi bahan nikotik hanya dengan berpuasa insyallah ia paling mujarab. Lagi-lagi bila kita sakit kita minta penyembuhan dari Allah lagi Allah suka. Untung-untung Allah bagi kita sihat segar bugar dan dapat mengerjakan ibadah dengan tenang.

Selamat berpuasa..

Surah al-Kaffi

Amalkan membaca 10 ayat dari surah Al-Kafi untuk melindungi diri dari fitnah akhir zaman. Di samping itu mari kita hayati makna yang tersurat dan tersirat dari ayat tersebut. Ayat 101-110 surah al-Kaffi.

Fitnah akhir zaman berleluasa. Menyebabkan kita sentiasa leka dengan keindahan dunia dan mengejar keduniaan. Sebaliknya Allah meyuruh kita untuk sentiasa mencari kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Jom hayati bersama dan semoga ia akan menjadi amalan harian..insyallah.

Bismillahirohmanirohim…

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyanyang.

101 :Iaitu orang-orang yang matanya tertutup (dari melihat) peringatanku, sedang mereka tidak sanggup mendengarkannya.

102 :Adakah orang-orang kafir menyangka, bahawa mereka mengangkat hamba-hambaku (malaikat, Isa dan lain-lain) menjadi wali tuhan, selain daripadaku? Sesungguhnya kami sediakan neraka jahanam sebagai tempat tinggal orang-orang kafir.

103 :Katakanlah: mahukah kami khabarkan kepadamu tentang orang-orang yang amat rugi perbuatannya?

104 :(Iaitu) orang-orang yang sesat perbuatannya ketika hidup di dunia, sedang mereka menyangka bahawa mereka mengerjakan pekerjaan yang sebaik-baiknya.

105 :Merekalah orang-orang yang ingkar akan ayat-ayat Tuhan dan akan menemuinya, sebab itu hapuslah pahala perbuatan mereka, dan tidak kami adakan timbangan untuk mereka pada hari kiamat.

106 :Itulah balasan mereka, (iaitu) neraka jahanam, sebab mereka kafir dan mengambil ayat-ayat ku dan rasul-rasulku sebagai bahan ejekan.

107 :Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh untuk mereka syurga firdaus sebagai tempat tinggal.

108 :Sedang mereka kekal di dalamnya, tidak mahu berpindah daripadanya.

109 :Katakanlah: jika sekiranya (air) laut menjadi dakwat untuk (menulis) perkataan Tuhanku, nescaya keringlah air laut itu, sebelum habis perkataan Tuhan, sekalipun kami datangkan dakwat sebanyak itu lagi sebagai tambahan.

110 :Katakanlah: sesungguhnya aku seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku, bahawa Tuhanku Tuhan yang Maha Esa. Barangsiapa yang berharap akan menemui Tuhannya, hendaklah dia beramal dengan amalan yang saleh dan janganlah dia menyekutukan dalam menyembah Tuhannya dengan sesuatau apapun.

Keterangan ayat:

Sesungguhnya ilmu Allah swt amat luas dan perkataanya untuk mnegadakan alam dan mengaturkan, amat banyak. Jika ditulis dengan dakwat dari air laut dunia ini, nescaya habislah air laut itu, sedangkan perkataan Allah swt belum habis ditulis lagi, meski pun ditambah lagi dakwat sebanyak itu lagi. Hal ini memang tidak dapat dibantah, kerana dunia yang kita diami ini sangat kecil, jika dibandingkan dengan matahari, bahkan ada yang lebih besar daripadanya. Maka tentu air laut kita ini, seumpama setitis, jika dibandingkan dengan alam yang sangat luas ini.

Sesungguhnya Nabi Muhammad saw itu manusia seperti kita juga, hanya kelebihannya Allah swt mewahyukan kepadanya Al-Quran, di dalamnya tertera, bahawasanya Allah taala hanya satu. Barangsiapa yang hendak bertemu dengan Allah swt (mendapat kurnianya), hendaklah dia beramal saleh dan jangan sekali-kali menyekutukan ibadat sengan sesuatu jua. Jika dia sembahyang, puasa, bersedekah dan sebagainya, hendaklah semata-mata kerana Allah swt, bukan kerana hendak dipuji orang atau hendak menjadi masyur.

Sambungan…Alhamdulillah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...