Thursday, November 24, 2011

Ku tinggalkan titipan mereka disini

Alhamdulillah...

Syukur juga tugas hari ini dah selesai. Menanti pula tugas tuk tahun akan datang dengan tugasan yang baru. Makanya esok baru dapat nikmat cuti sekolah. Maklumlah cikgu-cikgu bila start cuti sekolah dah sibuk booking hotel sana sini dah sibuk plan cuti masing-masing sebab nak lepaskan stress. Haha ...itu hanya cerita sebahagian mereka. Bagi ku masih begini. Cukup sekadar yang ada.


Petang tadi hari terakhir dengan rakan-rakan sekolah yang berpindah. Meraikan hari perpisahan mereka. Walaupun rasa baru sehari dua berkenalan tapi rasa sebak sangat. Tak tahulah kenapa. Sempat juga aku menyumbangkan sedikit sentuhan yang mana tak la kreatif sangat. Tapi cukup untuk dijadikan kenangan dan tatapan mereka. Harapan semoga ianya dapat dikongsikan disini. Sumbangan pertama ku setelah hampir sebulan berkhidmat di SK Nong Chik. Khas tuk rakan guru yang akan bertukar semoga mereka semua dirahmati di dunia dan akhirat. amin.

Wednesday, November 23, 2011

Apa pendapat guru-guru eek?

Salam semua...
Semoga hari inimembawa keberkatan kepada semua mahluk Allah. amin.

Syukur kerana perjalanan ke tempat kerja pagi ini lancar. Tapi sedikit rasa terkilan kerana semalam tak sempat nk bermain dengan anak-anak, si ibu keletihan dan tinggalkan mereka tertidur sendirian. Bila bangun tengah malam baru sedar yang diri ni dh lama sangat tertidur. Tak sempat nak buat apa-apa keje rumah semalam. Kecewa dalam hati sebab terlepas tanggugjawab di rumah. Keluar seawal 6.30 pagi dan pulang ke rumah hampir jam 8.00 malam. Itu pun sebab menyudahkan kerja-kerja yang tertangguh di sekolah. Rasa kesal teramat sangat. Bila pulang je tengok atas meja dah siap makan malam hasil sentuhan suami. Harap dia dapat memahami. Tapi yelah siapa la yang nak faham kita tuk selama-lamanya. Sampai satu masa kita sendiri kena sedar kesilapan kita. Harap-harapnya ibu ni tak lupalah tugasnya walaupun dah bekerja. Terima kasih suami kerana hidangan malam. Walaupun simple tapi cukuplah memberi keselesaan waktu.

Huh! cepatlah selesai tugas-tugas ari ni. Jumaat baru dapat berehat panjang. Semoga aku dapat jalankan rutin harian ku semula bersama keluarga sepanjang cuti sekolah ini.

Memanglah untung jadi cikgu. Cuti sekolah panjang. Tapi kerja kami di sekolah bukan setakat mendidik anak murid sahaja. Tapi termasuk dengan kerja-kerja pengkeranian dan lain-lain hal yang kadang-kadang tak masuk akal. Siap bawa pulang kerja-kerja di rumah. Bila buat kerja di rumah suami mula la bising. Tapi bila niat nk selesaikan di sekolah dan pulang lewat pun bising jugak. Duit gaji kadang-kadang terpaksa guna tuk potostat kertas kerja anak murid. Kalau jenis sekolah yang baik hati dapatla klim. Kalau tak jadilah amal jariah dan saham pencen kubur. Itupun kalau tak ungkit mengungkit. Sebaliknya kerja guru tu sia-sia je. Haha...tulah antara keluhan rakan-rakan guru yang setiap masa ku dengar. Sikit masa lagi tunggu jelah dapat warning latter dari my Husband pulak!

Bukan apa...pagi tadi singgah di warung berhampiran sekolah. Sambil baca surat khabar...than terbacalah komen dari seorang hamba Allah ni...katanya, "memang patut pun cikgu kene kerja 8 jam. Siap ada cuti sekolah lagi kan. Lepas ni derang kene balik keje kul 5 petang. Memang la patut sebab cikgu-cikgu naik gaji tahun depan". Apa pendapat guru-guru ek?

Wallahualam...saya tak nak komen apa-apa. Tanggugjawab kerja tetap kerja dan tanggugjawab rumahtangga tetap satu kewajipan. Harap-harap Allah sentiasa berikan diri ini kekuatan dan kesihatan untuk laksanakan tanggugjawab. insyallah...

Wednesday, November 9, 2011

Kongsi cerita dan berita

salam semua..

Alhamdulillah dengan anugerah masa yang ada ini terasa ingin berkongsi sesuatu. Walaupun berita ini gembira untuk ku, tapi harap yang sudi berkongsi sahaja membacanya. Apapun jauh disudut hati untuk menunjuk-nunjuk. Takut diri jadi riak, ujub dan sombong. Harap-harap ia lebih memotivasikan diri ini dan sesiapa yang terbacanya.

Hampir setahun lebih duduk di rumah melengkapkan status suri rumah sepenuh masa. Kini genap pada tarikh 21 September 2011, saya mula melapor diri sebagai pendidik di Sekolah Kebangsaan Nong Chik di Johor Bahru. Syukur berkat kesabaran dan dugaan yang datang silih berganti akhirnya Allah memberi kesempatan untuk diri ini melengkapkan cerita hidup. Walaupun kita tak tahu apa pula kesudahan kepada cerita hidup ini seterusnya.

Pertamanya memanjatkan kesyukuran dengan nasihat seorang sahabat alhamdulillah telah saya tunaikan. Katanya "jangan lupa panjatkan rasa syukur pada Allah yang memberi rezki dan izin, sujud syukur kepada yang maha esa". Peringatan untuk diri saya alhamdulillah.

Mungkin berkat kesabaran ini Allah memudahkan segala urusan kita. Saya percaya kesabaran sebagai kunci untuk kita, bila mana menghadapi dugaan hidup. Dugaan itu pula sebagai ujian kepada tahap keimanan insan.

Pertama, memanjatkan kesyukuran pada rezki pekerjaan yang diberinya. Kedua, kesyukuran kepada cahaya mata yang bakal dianugerahkannya. Terasa terharu bila Allah memberikan kita rezeki yang tak pernah kita gambarkan. Benar kata orang alim ulamak, rezeki Allah tidak boleh dipertikaikan. Banyak mana diberi. kejap atau lambat semua itu urusannya. Sebagai manusia selaku insan kita perlu bersyukur atas rezki yang dianugerahkan. Walaupun sedikit walaupun banyak. Syukur jika sedikit, mengingatkan kita pada usaha yang berterusan dan menaikkan martabat kesabaran. Tetapi jika banyak, sentiasa beringat pada yang masih memerlukan dan ia merupakan ujian kepada keimanan juga.

Banyak mana bilangan anak itu tidak penting. yang penting ialah sejauh mana kita sanggup memikul amanah Allah. Melaksanakan tanggugjawab mendidik dan mengasuh anak-anak supaya menjadi insan takwa.

Sering juga termenung andai diri ini tak mampu memikul tanggugjawab nanti bagaimana jadinya. Harapan semoga rezeki Allah ini adalah yang terbaik untuk diri ku, keluarga, dan masyarakat sekeliling. Bukan untuk ditunjuk-tunjuk sebaliknya peringatan. Insyallah sebaik-baik kurnia Allah itu adalah yang terbaik dan mampu ditanggung oleh hambanya. amin.

Semoga segala urusan ku dipermudahkan. Menjadi ibu kepada anak-anak ku dan bakal anak ku nanti juga pendidik kepada murid-murid ku. Syukur doa ku termakbul. Mahukan sekolah yang persekitarannya lebih Islami, murid-murid yang baik-baik dan sopan juga suasana rakan kerja yang harmoni. Yang paling penting perjalanan ku setiap pagi diiringi dengan pemandangan yang indah di tepi pantai Lido di susur Danga Bay. Terasa pagi lebih bersemangat dan damai. Bila sampai di pantai pasti cermin tingkap kereta ku turunkan untuk menikmati suasana pagi yang tenang.

Walaupun kini jadual harian ku terpaksa di rombak, harap-harap ianya lebih teratur bila melepasi tri-semester pertama nanti. Insyallah. Harap suami lebih memahami.

Sekali lagi ingin ku tegaskan, berita dan cerita ini bukan untuk digembar gemburkan. Ia semata-mata memanjatkan rasa syukur ku pada Allah. Harapan kepada sesiapa yang membaca sering kita melihat kepada kesusahan orang lain, supaya kita sering rasa bersyukur pada apa yang Allah anugerahkan pada kita. Sebaiknya melihat pada kemewahan orang lain hanya akan menampakkan diri kita serba kekurangan dan tak pernah rasa kecukupan.

Ambil yang baik-baik sahaja. Terbaik dari Allah. Kurang lebih kelemahan saya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...