Friday, January 27, 2012

PLM saya dah pecah

PLM yang saya beli dari Puan Julia dah pecah. Ceritanya bermula dengan menghidangkan suami minum petang. Saya pun membancuh teh perisa strawberi kesukaannya dalam teko bunga kangkung. Kalau ikut sukatan teko tu boleh tuang dalam 4 cawan penuh. Tapi sukatan cawan pun yang kecik-kecik je macam cawan tuk set kopitiam tu..

Pendekkan cerita, agaknya sedap sangat bancuhan teh saya pada malam tu. sampaikan Hencik suami tuang dan taung dan tuang air dalam cawan sampai tak sedar penutup teko tu dah tergolek atas meja dan pecah dilantai.

Aduh...remuknya hati saya..sebabnya susah nak dapat teko macam tu lagi. Lain rasanya bila kita bancuh air panas dalm jug plastik dan standart steel. kalu jug plastik bila terkena air panas ada tindakbalas kimia berlaku pada barang-barang palstik. teko standart steel plak tengok kualitinya. jadi saya lebih suka gunakan teko jenis pasu tu. kalu teliti dari segi pembuatannya ia lebih selamat. Tapi kalau teko yang terbaru ni tak taulah pulak..

Dalam keadaan remuk tu...istifar banyak-banyak.malas nak cari gaduh dengan Hencik suami sebab benda-benda kecik. istifarlah pengubat kala itu...kalau sayangkan teko tu. tak sampai kemana pun. esok lusa kalu dia nak pecah..pecah jugak kan...takpelah nanti cari yang lain...

Nama pun PLM (product Lifecycle Management) jadinya lepas ni kita lebih berhati-hati dalam pemilihan produk. yang penting jaga kesihatan. Makanya kalu nak guna pun kenelah berhati-hati sebab produk macam ni dh de nilai sekarang dan susah nak cari. yang tak sihat tu berlambak lah...



Kesihatan anak-anak terganggu

Salam semua...

Selalu bila kita senang, jarang nak ingat dugan apa yang menimpa kita lepas ni. Tapi bila dh terduduk dan rasa kesukaran barulah kita nak mengenang dan bermuhasabah diri.

Apa yang berlaku pada saya sepanjang minggu-minggu yang lepas, sememangnya banyak menguji kesabaran saya sebagai ibu. Pada awal tahun ini. saya memulakan sesi persekolahan bagi tahun 2012. dan anak-anak dihantar ke taska berdekatan rumah. Sepanjang tempoh itu si adik kelihatan tak selesa. Setiap kali daddy hantar ke taska, tentu dia merengek panjang. Sampailah saat mumy nya ambil untuk pulang.begitulah rutin hariannya. lain si kakak yang sudah terbiasa duduk di taska sejak kecil.

Sebenarnya sebelum ni anak-anak dihantar ke rumah pengasuh.jadi bila pengasuh pun ada masalah dan tak dapat menjaga anak-anak saya pun mulalah pada plan menghantar anak-anak ke taska. tapi lain jadinya dari mingu ke minggu ada saja dugaannya..

Minggu pertama berlalu dengan tragis setiap kali hantar dan pulang. berlarutan sampai ke minggu ke dua. adik demam dan mula tunjukkan diri tak sihat. diserang selsema. bila malam mulalah tak dapat tidur nyenyak. Saya pun ulang alik ke klinik swasta hampir 3 kali. Sehinggalah minggu ke tiga adik si adik dan kakak mengalami cirit-birit. saya mula rasa tak senang hati.dengan kerja yang bertimbun di sekolah..waduh..dugaan apa yang saya terpaksa lalui lagi..

Masuk minggu ke tiga januari saya terpaksa menjemput mak datang tuk jaga anak-anak. nampak pekara ni macam biasa.tp jadi luar biasa untuk saya mengurus anak-anak dengan diri yang tak berapa sihat bila saya sendiri kena gastrik dan batuk yang teruk.dalam keadaan mengandung bulan yang kelima ni saya rasa kurang selesa. hencik suami hanya boleh bantu mana yang mampu. Syukur mak ada. Dapatlah saya melalui tempoh bertahan dengan okay-okay aje.

Biasalah pendapat orang tua, kata anak-anak tak sihat dikatakan "ni kena sintom pembawakan lah".tapi bagi saya cuaca dan edaran udara sekarang tak berapa sihat tuk anak-anak. misalnya masa anak-anak kene cirit birit, bukan anak-anak saya je yg terkena. tp bila di klinik ramai juga yang alami masalah yang sama. minggu demam pun macam tu jugak. jd ibu bapa pun kena berhati-hati dan kalau boleh kurangkan aktiviti di luar rumah.

Untuk anak-anak saya, saya banyak berikan mereka makan madu, bancuh dalam bentuk air madu dan tambahkan vitamin c dan tak lupa kalsium tuk anak-anak tak lupa tuk berikan juga makanan yang sihat. Mereka perlukan antibodi yang kuat tuk melawan penyakit. Saya tak nak terlalu bergantung kepada ubat-ubat doktor.

Apa yang penting...ikhtiar, doa dan kesabaran. Sentiasa ingatkan diri saya tentang kesabaran. Terutama dalam membesarkan anak-anak. Ya Allah moga sedikir ujian ini memberikan keinsafan pada diri ini. Moga anak-anak beransur sihat. Saat ini kesihatan keluarga amat berharga. Sekejap sahaja masa berlalu, kandungan saya juga dah menjangkau bulan yang ke enam. Dah mula mengeras..Saya pula terpaksa selesaikan kerja-kerja di sekolah, memandangkan akan bercuti panjang nanti.

Semoga segala urusan ku dipermudahkan..amin ya raballalamin.

Kurang lebih kelemahan saya terbaik jua dari Allah.




Monday, January 23, 2012

Pergi Kursus Mengaji

Syukur kehadrat ilahi yang membuka seluas-luas rezki dan nikmatnya,

 Dah hampir 3 minggu berlalu tahun 2012. Cuti yang panjang pada musim perayaan ini dimanfaatkan sewajarnya. dipendekkan  cerita pada sabtu dan ahad yang lepas saya mengikuti kursus pengurusan Al-Baghdadi   yang dianjurkan di Johor.

Ceritanya bermula bila tumpang kereta seorang sahabat ni..perasan plak dalam kereta tu ada alat ketuk.automatik la tanya mana dia dapat alat ketuk ni. Rupenya dia sebelum ini dah mengikuti kursus asas Al-Baghhdadi. Secara tak sengaja saya terus setuju bila dia pelawa saya untuk ikut sama kursus pengurusan. Walaupun hakikatnya layak tu jauh sekali. Cuma niat di hati untuk baiki bacaan Al- Quran dan dapat mengajar anak di rumah.

Syukurlah segala urusan dipermudahkan. Sepanjang kursus tu saya kagum dengan semangat orang-orang muda peringkat adik-adik yang mahu belajar teknik ini. Tak kurang juga orang-orang tua.Ibu bapa dan juga orang-orang pinggiran macam saya ni...

Secara kesimpulan yang saya perolehi di sini, saya rasa ia berjaya membuka mata saya yang dulunya menganggap mengaji sudah cukup sekadar tahu dan mengajar mengaji hanya layak untuk golongan agama sahaja. Sebenarnya kalau ikutkan ucapan dr pengasas al- Bargdadi sendiri beliau tak menafikan kita untuk menggunakan mana-mana teknik yang kita rasa bersesuaian. Samada muqadam, Iqra, dan lain-lain lagi. Al- Bargdadi hanya satu method yang memudahkan kita untuk mempelajari al-Quran.

kalau saya perhatikan sepanjang pengalaman saya mengajar mengaji sebelum ini, bukan kata kanak-kanak yang dewasa pun bila suruh baca al- Quran bukan main liat.banyak alasan. Bila suh g mengaji jawapannya sakit perutlah, peninglah dan macam-macam lagi. Tapi saya rasa pendekatan yang digunakan oleh al-baghdadi sendiri sudak cukup untuk membuka mata orang diluar sana bahawa teknik ini juga mampu untuk bersaing dengan kaedah pembelajaran yang mampu merangsang minda anak-anak keil khususnya. contoh macam bangsa cina sering antar anak-anak ke sekolah muzik dr umur 4 tahun. orang-orang putih pun begitu. macam-macam teknik pembelajaran yang kita boleh download kat youtube menyanyi macam-macam lagi la..tak mampu nak hurai panjang.

Bagi saya al-baghdadi yang dibekalkan dengan kitab yang ringkas serta bantuan alat mengajar mampu menggerakkan otak kanak dan otak kiri dengan sempurna. Sampai satu tahap sepanjang program tu berlangsung, mak cik-makcik yang tua-tua termasuk saya sendiri gunakan alat ketuk tu dah macam ketuk sambal belacan lama-lama dah jadi satu ketukan yang seragam dan teratur. dan secara tak langsung bacaan ayang Quran pun semakin teratur, lancar dan bertambah baik. Bagi saya ini memang kaedah yang saya cari-cari selama ini.

Saya harap saya dapat memulakanya untuk anak-anak saya. Kalau sebelum ini saya mengajar anak-anak mengaji guna kaedah Iqra. Sampai huruf 'Sin' Husna dah malas nak mengaji.bila suruh buka iQra dia geleng kepala. saya sendiri pun dh takde masa nak layan. Niatkan tuk sambung je umur 5 tahun nanti. Tapi saya rasa dengan alat bantu belajar ini harap-harap dia mudah terima dan bertambah minat. insyallah....doakan lah ye bersama-kalu kita boleh kongsikan kaedah ini untuk anak-anak apa salahnya.

Bagi yang berminat untuk mengetahui teknik ini, boleh hubungi saya. tinggalkan sahaja di ruangan komen. Dalam masa terdekat ini sedang merancang untuk membuka sebuah ALC bersama seorang rakan. Rakan saya ni memang Ustazah yang mengajar Iqra di sekolah. Mungkin perancangan kami nanti sebuah ALC yang akan dibuka sekitar Johor Bahru tak tahu lagi dimana. Dan saya akan update sentiasa. Insyallah...


Terbaik dari Allah kurang lebih kelemahan saya.







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...