Tuesday, March 29, 2011

Serba serbi tak kene dengan dunia...


Assalammualaikum...

Berkait dengan bahan bacaan yg saya titipkan beberape hari yg lalu klik sini, sy kini telah berjaya membaca buku Membongkar Misteri Dajjal penulisan Muhammad Nurani Maarif hampir tamat.dan sekarang sy sedang membaca pada bab Dajjal in Person. Setelah sy baca hampir keseluruhan buku ini, secara peribadi hati sy tersentak dan pandangan sy terhadap Dunia kini mula berubah. ada saje yg tak kene.bah kan setiap apa yg dihidangkan di TV atau dimana2 semua ada kaitan dengan Fitnah Dajal..Malah kita sendiri tersepit dengan keadaan. mana tak nyer kita kini menjadi sebahagian penyumbang kepada riba'a...(dengan hutang2 yg ditanggung).keseluruhan aspek di dunia ni telah dikawal oleh Dajal termasuk pendidikan, kewangan dan segala macam...

dengan sedikit masa yg diluangkan kali ini sy berharap perkongsian ini tidak akan ternoktah disini...sy harap sahabat dan saudara semua berfikir.cuba renungkan apa yg akan berlalu kemudian hari.semoga kita dapat mempersiapkan diri kita dengan amal ibadah, sedekah jariah untuk bekalan akhirat seterusnya memelihara anak cucu dan saudara mara kita agar terlepas dari fitnah Dajjal.Dajjal akan muncul satu hari nanti,kita tdk dpt mengambarkan apa yg akan berlaku nati..subahanallah...

di sini ingin saya titipkan sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Ahmad yg diterima dr Asma binti Yazid:

"pada suatu hari, Rasullullah dtg ke rumah ku, baginda menceritakan perihal dajjal lalu berkata, tiga tahun menjelang kedatangan Dajjal akn terjadi kemarau dan saat kekeringan. pd thun pertama langit menahan sepertiga air hujan dan bumi menahan sepertiga tumbuhannya.pada tahun kedua langit menahan dua per tiga hujan sedangkan bumi menahan dua per tiga tumbuhannya.pada tahun ketiga langit menahan kesemua hujannya, begitu juga bumi menahan kesemua tumbuhannya".

Pada detik yg digambarkan akan berlaku kemarau yg panjang dan krisis bekalan makanan di dunia..seperti yg digembar gemburkan...bayangkan lah pd ketika itu ketika ank2 merintih mohon segelas minuman makan Dajjal akan tampil sbg penyelamat (persis super hero dlm filem2 barat superman, spiderman, harry poter dan sebgainye).pada saat itu terujilah keimanan kita.sama ada mahu mengikut dajjal atau tetap bernaung di bawah tauhid Allah. mereka yg fasik dan munafik lemah imannya akn menyokongnya hingga sanggup menjual keimanan..nauzubillahiminzalik...renung2kan...

Diharap sedikit perkongsian ini akn membawa manfaat pd sekalian Ummah...

Monday, March 28, 2011

Hiasan Laman Mahligai Bonda Saya

Tahun ni kawasan kejiranan kami di kampung akn memasuki pertandingan perkampungan tercantik di seluruh malaysia.mcm2 acara dh dilaksanakan antaranya menggalakkan semua penduduk tuk hias halaman rumah masing2.ada yg buat gazebo.tanam orkid, sayur dan mcm2.sy ingin kongsi sesuatu ttg halaman rumah mak sy di kampung yg mana segala idea menghias laman ni dtg dr idea kreatif bonda dan ayahda sy sentiasa sepakat dlm melakukan sesuatu...meh jengah sambil sy mempraktikkan ilmu fotografi yg dipelajari di UITM dulu...heh...lm dh tak pegang camera.agak2 nye apa gaye sy masa ambil gambar tu..hehe

HIASAN LAMAN SEBENARNYER TAK LA TERLALU SUKAR...HANYE PERLU KESABARAN DAN KERAJINAN, SEDIKIT KREATIVITI DAN JANGAN TERLALU TERKONGKONG DENGAN BAHAN BACAAN DAN MAJALAH..nenek husna memang kreatif pun.


Pak cu bersama Husna dan Elissa bersantai di gazebo nenek

Geram kan tgok kobis bunga ni...nk rembat kene marah dgn mak.Adus!mau saje ku gali dan letak di laman rumah ku...haha

em lain2 tu tgok jelah..mls la nk mengupas lanjut...









Sunday, March 27, 2011

Menarik Untuk Dikongsi



Salam semua...

Hujung minggu lalu saya dan suami bawa anak ke pesta konvo di UTM.bawa mereka pusing2 kt kawasan UTM.yg selalunye hanye lalu saje di tepi jln je.kali ni nk anak2 tgok sendiri kawasan di universiti.dengan doa dan harapan semoga mereka suatu hari nanti akan menuntut ilmu di sini.insyallah...

di tapak pesta tu ramai la para peniaga berniaga.dengan kerancakan berniaga ada antara student2 UTM ambil kesempatan tuk lancarkan kempen derma palestin. syukurlah ada juga yg perihatin. semoga kita dapat beribadah dengan amal jariah sebagai bekalan akhirat nanti.dan moga2 Allah memberkati.

Sesuatu yg menarik di hati kami (saya dan suami)ialah dengan pameram buku di situ...mula2 singah hanya nk tgok2 je..terjumpe sebauh buku tentang freemason.tp alhamdulillah akhirnya tuhan menggerakkan hati saya dan suami tuk membeli sebuah lagi buku iaitu MEMBONGKAR MISTERI DAJAL.mungkin ia bukan sesuatu yg baru dan asing bg kita yg beragama ISLAM.tapi tak ramai di kalangan kita hari ni yg berminat nk baca dan tahu tentang kajian ni.mungkin rata2 menganggap buku ni streotype je...ala biasa dan tak menarik.tp bg saya gaya persembahan buku ni cukup menarik dan menggunakan gaya bahasa yg mudah difahami dan yg penting ia amat bermanfaat.

sekarang ni saya dan suami bergilir2 membaca buku ini.masing2 berebut2 nk baca buku ni...kadang2 ia jd bahan diskusi kami suami isteri.berkaitan tajuk2 yg dikaji.mcm2 yg kami jumpa dan baru tahu.rupanya banyak lagi ilmu yg kita tak kaji...ilmu yg selama ni kita timba di universiti dan sekolah rata2 tak cukup lagi...patutlah Rasullulah kata "belajarlah kamu sampai ke negeri cina","menuntut ilmu itu wajib bagi umat Islam", "Menuntut ilmu sampai ke liang lahat" dan banyak lagi dgn kaitan ilmu...sememang nya penting ilmu itu.jgn la kita bermegah dengan ilmu dunia sedangkan ilmu akhirat kita tak tercapai.fikir2kan lah...

kat sini saya ada link judul buku tu kt laman blog penerbitnya...bukan sekadar promosi tp satu perkongsian ilmu yg wajib bg setiap antara kita tahu.sekurang2nya dgn membaca dan mengetahui ttg dajal ia dpt bukak mata dan hati kita tuk meningkatkan keimanan dalam jiwa kita.seterusnya membimbing seluruh kaum keluarga dan anak2 kita agar tidak terjerumus dengan fitnah Dajal...


Apa yg menarik nya buku ni adalah kaitan freemason dengan dajal...
selama ni saya dan suami sepakat mengatakan freemason ni adalah dajal akhir zaman.tp bila baca buku ni barulah terjawab segala persoalan yg mana golongan freemason ni sebenarnya adalah golongan yg meneruskan agenda dajal. dari kesimpulan pembacaan buku ini setakat ini (baru separuh buku sempat ku baca...)menunjukkan dajal ini adalah seorang individu... bacalah buku ini br tau selanjutnya...ada kaitannya semua benda ajaib di dunia mcm PIRAMID, TEMBOK BESAR CHINA dan beberapa lagi yg seolah dirancang oleh dajal..pun ada diterangkan dlm buku ni.pasal UFO pun ada tak payah nk muskil2 lg UFO wujud kw tak wujud...bacalah buku ni...pendek dan panjang kata mmg terlalu bermanfaat...

saya bersyukur kepada Allah kerana mengerakkan hati saya dan suami tuk membeli buku ni...terima kasih kepada pengarangnya Muhammad Nurani Maarif yg telah berusaha untuk membuat kajian mengenai DAJAL.yg amat berguna untuk umat Islam seluruhnya. Manfaatkanlah wahai sahabat semua agar perkongsian ini dapat dipanjangkan dan bukan hanya tepu di dada sahaja.baca bukan sekadar baca tetapi berdiskusi dan mengkaji segala yg berlaku ada kaitan dengan tipu helah dajal.

akhirnya izin saya memetik doa dari penulis buku ini...

Ya Allah
Satukanlah kami sebagai satu ummat
Luruskanlah dan kukuhkanlah jalan kami di jalan yang haq
Kami mohon kurnia mu ya Allah
Berikanlah petunjuk dan hidayah sebagai hamba mu yang hina
Amin ya rabbal alamin...


LAMAN PENERBIT HRP: Membongkar Misteri DAJJAL: "Kisah Dajjal telah banyak ditulis orang termasuk karya masyhur, ‘Dajjal Akan Muncul Di Segitiga Bermuda’ tulisan Muhammad Isa Daud, hing..."">

Dan sedikit titipan doa...

Doa Mohon Perlindungan Dari Fitnah Dajjal

"Wahai Allah, sesungguhnya aku memohon perlindunganMu daripada azab Jahanam, perlindungan daripada seksaan kubur, perlindungan daripada hidup (kemelaratan)dan mati (seksaan)dan daripada kejahatan fitnah Al-Masiih Ad-Dajal."

Lagi tentang Hadis Surah Al-Kahfi

Sabda Rasulullah saw:

"Barang siapa yang ingat seta membaca sepuluh ayat permulaan Surah Al-Kahfi adalah dia akan dipelihara dari fitnah Dajjal"H.R.Muslim

Friday, March 4, 2011

Barang-barang Crochet Yang Dijual TERBAiiiiK





Topi Kanak pompuan umur 2-4 tahun
Harga RM 25 (Topi sahaja)
Harga RM 28 (Topi dan bunga sekuntum)




Topi Baby Girl
1 set harga RM 28 (Topi dan sekuntum bunga)




TOPI BABY BOY
harga RM 23




harga RM 18 (saiz botol iar 1.5 liter)



harga RM 15 (saiz botol mineral kecik)


Berminat boleh hubungi saya terus 0167844737 atau tinggalkan msg dlm facebook saya NISA SYAM
atau email mike_5223@yahoo.com.my
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...