Thursday, May 31, 2012

Soal tanggugjawab

Walking-walking kt belog orang saya terjumpe ini..maka izinlah ye diselitkan disini untuk rujukan saya..best jugak belog ni banyak ilmu disana..nti klik sini k..

TANGGUNGJAWAB ISTERI TERHADAP SUAMI

  1. Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud " Sesiapa sahaja isteri yang meninggal dunia sedang suaminya redha terhadap pemergiannya maka ia akan masuk syurga".
  2. Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud " Apabila seorang isteri telah mendirikan solat 5 waktu dan berpuasa di bulan ramadhan dan memelihara kehormatannya dan mentaati suaminya maka diucapkan kepadanya masuklah syurga dari mana-mana pintu syurga yang kamu kehendaki".
  3. Seorang perempuan datang ke hadapan Nabi s.a.w. lalu berkata " Wahai Rasulullah s.a.w., saya adalah wakil kaum wanita untuk menghadap tuan. Berperang itu diwajibkan oleh Allah swt hanya atas kaum lelaki, jika mereka terluka maka mendapat pahala dan kalau terbunuh maka mereka adalah tetap hidup di sisi Allah swt, dan dicukupkan rezeki (dengan buah-buahan syurga). Dan kami kaum wanita selalu melakukan kewajipan terhadap mereka (iaitu melayani mereka dan membantu keperluan mereka) maka apakah kami boleh ikut memperolehi pahala berperang itu?" Maka Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud " Sampaikanlah kepada wanita-wanita yang kamu jumpa bahawa taat kepada suami dengan penuh kesedaran maka pahalanya seimbang dengan pahala perang membela agama Allah swt, tetapi sedikit sekali daripada kamu sekalian yang menjalankannya"
  4. Wajib bagi seorang isteri :
    1. Merendahkan pandangannya di hadapan suaminya.
    2. Tidak khianat terhadap suaminya ketika ketiadaannya termasuk juga hartanya.
    3. Menunaikan hajat suami bila diajak oleh suaminya biarpun sewaktu sibuk atau susah ( Rasulullah mentamsilkan walau berada di punggung unta sekalipun)
    4. Meminta izin suami untuk keluar dari rumahnya.
  5. Diceritakan dari Rasulullah s.a.w. bahawa baginda bersabda maksudnya: "Sesungguhnya semua burung di udara, ikan-ikan di air dan malaikat di langit meminta ampun untuk seorang isteri yang berbakti kepada suaminya dan sentiasa dalam keredhaan suaminya. Dan sesiapa sahaja di kalangan isteri yang tidak berbakti kepada suaminya maka ia mendapat laknat dari Allah swt dan malaikat serta semua manusia".
  6. Sesiapa sahaja di kalangan isteri yang bermasam muka di hadapan suaminya maka ia dalam kemurkaan Allah swt sehingga ia dapat membuat suasana yang menggembirakan suaminya dan mohon kerelaannya.
  7. A'isya r.a. berkata: "Wahai kaum wanita, seandainya kamu mengerti kewajipan dirimu terhadap suamimu tentu seorang isteri akan menyapu debu dari kedua telapak kaki suaminya dengan mukanya."
  8. Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya "Jika seorang isteri berkata kepada suaminya 'tidak pernah aku melihat kebajikanmu sama sekali' maka hancur leburlah pahala amal kebajikannya."
  9. Nabi s.a.w. bersabda " Sesiapa isteri yang meminta cerai daripada suaminya tanpa sebab-sebab yang sangat diperlukan maka haramlah bau syurga ke atasnya."
  10. Hadith Nabi s.a.w. "Sesungguhnya Allah swt tidak melihat kepada seorang isteri yang tidak bersyukur kepada suaminya."
  11. Nabi s.a.w. bersabda maksudnya "Urusan pertama yang ditanyakan kepada isteri pada hari qiamat nanti ialah mengenai solatnya dan mengenai urusan suaminya (apakah menjalankan kewajipannya terhadap suaminya atau tidak)"
  12. Nabi s.a.w. bersabda bermaksud: " 4 perempuan yang berada di neraka ialah
    1. Perempuan yang kotor mulutnya terhadap suaminya; suaminya tiada di rumah dia tidak menjaga dirinya dan jika suaminya bersamanya ia mengherdiknya.
    2. Perempuan yang memaksa suaminya untuk memberi apa yang di luar kemampuan si suami.
    3. Perempuan yang tidak mempunyai tujuan hidup kecuali makan, minum dan tidur dan ia enggan berbakti kepada Allah swt dan enggan berbakti kepada sumainya ( seorang isteri yang bersifat begini akan dilaknati Allah swt kecuali bertaubat)
    4. Wanita yang tidak menutupi dirinya dari kaum lelaki dan keluar rumah dengan menampakkan perhiasannya dan memperlihakan kecantikannya (untuk menarik kaum lelaki).
  13. Al-Hakim bercerita bahawa seorang perempuan berkata kepada Nabi s.a.w. "Sesungguhnya putera bapa saudaraku melamarku, oleh itu berilah peringatan kepadaku tentang kewajipan seorang isteri terhadap suaminya, kalau kebajikan itu sesuatu yang mampu aku jalankan, maka aku bersedia dikahwinkan." Maka baginda bersabda: " Andainya mengalir darah dan nanah dari kedua lubang hidung suaminya lalu dia (isteri) menjilatnya maka itupun belum dianggap menjalankan kewajipannya terhadap suaminya. Sekiranya diperbolehkan untuk manusia bersujud kepada manusia lain, nescaya daku perintahkan para isteri sujud di kaki suami mereka". Berkatalah perempuan itu, " Demi Tuhan yang mengutuskan tuan, aku tidak akan berkahwin selama dunia ini masih ada."
  14. Seorang isteri hendaklah menyedari bahwa seorang suami bagi isteri adalah bagaikan ayah bagi seorang anak kerana taatnya seorang anak kepada ayahnya dan memohon keredhaannya adalah wajib. Seorang suami pula tidak wajib mentaati isteri.
  15. Menjadi pendorong serta penasihat dalam hal-hal agama serta kebajikan.
  16. Memahami hal-hal yang digemari dan yang dibenci oleh suami.
  17. Segala tingkah laku dan perbuatannya hendaklah menyenangkan hati suami.
  18. Sentiasa menambahkan ilmu agamanya serta amalannya dengan apa cara sekalipun seperti dengan membaca serta mengikut majlis-majlis agama.
  19. Demi cinta terhadap suaminya, seorang isteri akan melakukan khidmat dan bakti kepada suaminya dari sebesar-besar perkara sehinggalah kepada yang sekecil-kecilnya seperti mengerat kuku, memotong misai dan meminyakkan rambut suami.
  20. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada Siti Fatimah r.a.: " Ya Fatimah, apabila seorang wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya maka Allah swt akan memberinya minum dari air syurga yang mengalir di sungai-sungainya dan dijadikan kuburnya menjadi sebuah taman yang indah dari taman-taman syurga."
  21. Sentiasa menyediakan air di sisi suami. Selama ia berbuat demikian, selama itulah ia didoakan keampunan oleh para malaikat. Dikatakan sekiranya isteri membawakan air kepada suaminya dengan senyuman maka ia mendapat pahala amalan puasa sunat satu tahun.
  22. Memasak mengikut kesukaan atau selera suami.
  23. Menampal baju atau pakaian suami yang koyak.
  24. Siapkan barang-barang keperluannya seperti sikat, celak, miswak, cermin dan minyak wangi di dalam satu bekas (sunnah).
  25. Ikut kemahuan suami dalam masa bergurau senda, memicit, mengipas dan sebagainya.

Happy 4th Annyversary

Syukur kehadrat ilahi...

Atas kurnianya perkahwinan kami sampai ke usia 4 tahun sekarang. Walaupun banyak dugaan yang harus kami tempuhi sepanjang perkahwinan kami tetap bersama. Sehati, sejiwa, sepakat, serasa..ceh dan macam2 la se..yang sewaktu dengannya..Pendek kata semua masih boleh dirunding. Masalah masih boleh diuruskan sendiri tanpa campur tangan pihak ke3..masih berkomunikasi dengan baik. Walaupun usia perkahwinan begini memang banyak dugaan terutamanya dari segi masalah ekonomi dan perhubungan. Semuanya kami hadapi dengan berkhemah..penuh hati-hati. Kalau pihak saya begini, di pihak dia beralah. Kalau pihak dia begitu, pihak saya pula kecut perut..tau takut bila dia naik hangin..Jangan coba-coba bikin dia begitu lagi..hehe..

Tapi syukurlah..kasih sayang mangkin erat..cuma dua tiga hari kebelakangan ini sahaja problem datang bertubi-tubi. Syukur juga dia memahami. Kemelut ini datangnya pun dari dia juga..pandai-pandailah dia satel nanti.. Saya hanya mampu berdoa yang terbaik untuk hubungan rumahtangga kami dan hubungan antara saya dan ibubapa saya juga dengan ibubapa mertua. Diaharap hubungan besan sama besan pun okay-okay saja.

Untuk anak-anak..mungkin keluarga dah besar sikit sekarang. Perlu lebih tolak ansur..Kalau saya penat dia akan tolong uruskan anak-anak. Kalau dia penat begitu juga saya take over melayan anak-anak. Urusan rumahtangga, semua dah bagi tugasan masing-masing. Bab dapur sampailah ke kain baju dan urusan berak kencing anak..fikir-fikirkanlah bersama. Pahit manisnya ditelan bersama.

Tanggugjawab pada Allah..yang ni kadang-kadang kita selalu lupa. Walhal dalam rumahtangga yang utama ialah redha Allah. Saya masih banyak yang perlu dipelajari. Diharap dia juga jangan lalai dalam tanggugjawabnya pada keluarga. Setiap laku kita, lisan dan apa jua hanya untuk redha Allah dalam perkahwinan ini. Nampak kawin macam mudah tapi untuk bertahan keusia ini Tuhan lebih mengetahuinya.

Harapan tuk akan datang moga apa yang berlaku akan mengeratkan lagi kasih sayang kami. Mudah-mudahan rumahtangga kami tak ditiup angin taufan lagi..Paling takut bila anak-anak dah bertambah. Jangan coba-coba ye cik Abang..cukuplah yang lepas-lepas tu..Fikir macamana nak bina keluarga pula. Nak didik anak-anak yang terbaik tuk dunia wal akhirat. Kita didik mereka dengan iman dan amal bersama-sama..

Akhirnya..yang saya nak katakan..saya sayang awak Ahamd Syammudin bin Ibrahim masih macam dulu lagi.


Ini bukan kes penderaan

Umumnya baby kalu tidur mesti berbedung..Paling tidak kanan dan kiri kene sendal bantal. Bagi saya semua saya ikut jerk. Tapi anak-anak dari kecil begini..Lebih selesa tidur begini. Sebab pengalaman masa kat Hospital jaga anak-anak Jaundis, Baby kene duduk bawah lampu. Lepastu baju semua tanggal. Yang tinggal cuma sarung tangan dan sarung kaki dengan pempers. Selebihnya semua kene panahan cahaya lampu..Tu yang balik Hospital je kulit pun gelap. 

Pastu nak bagi baby tidur nyenyak tanpa boleh dibalut misi sume telungkupkan baby macam nih..mcm dlm perut mummy..

  of courselah..orang tua-tua marah..

 Ni kakak dia Elissa..berangan nak BF adiknya..nak jadi mummy..

Masakan masa berpantang

Ni antara makanan yang En. Hubby hidang kan masa berpantang..

Entah special apa hari ni dapat makan daging kambing pulak..4th Annyversary kot..entah dia ingat?

  Ulam Peria dengan sambal totok..

Hehe..tak tau nk bg nama apa..tp sedap jugak berulam begini.

Untuk sambal totok tu..cuma bawang merah kecik + ikan bilis + lada hitam dan sedikit garam. Makan colet-colet la ala2 cicah sambal belacan..Dalam pantang selera la begini. 

Untuk En Hubby terima kasihlah..pahitnya kutelan jua..

BBQ Lamb.

Entah eh..apa dia letak. Tapi rasanya guna sos BBQ segera je. Yang dalam botol tu. Lumur-lumur kat daging kambing tu. Patu dia tabur mix herb sikit, daun pasli sikit, lumur minyak zaitun cam tulah..
Balut dengan aluminium foil kendian tengek je atas kuali. Sebab dia malas nak bukak oven.

Tapi bagi yang tengah mood dalam pantang nih..bahagian yang lemak-lemak tu bagi kat orang tu.
Mood tengah nak jaga badan sama..


Wednesday, May 30, 2012

Kisah anak bujang saya

Setelah hampir tiga minggu ia lahir, jarang sekali dia nak bukak mata waktu siang. Tapi nasib bila berjaga malam tak menangis. Senang jugaklah mummy nak jaga budak bujang ni..

Gelagat Ahmad Shafiy semalam yang sempat dirakam jam 2.00pagi.


Tuesday, May 29, 2012

Alhamdulillah anak-anak kembali kepangkuan

Salam semua,

Syukurlah anak-anak dah kembali kepangkuan. Petang semalam dengan bantuan kakak ipar dan anak-anaknya mereka ke rumah ibuku mengambil anak-anak ku.

Tanpa saya dan suami. Syukur anak-anak dikembalikan pada saya semula. Walaupun saya tahu hati mereka masih panas kepada saya. Tapi tak mengapa saya hanya berdoa dari jauh agar mereka sedar dan saya sedar kesilapan saya. Suami saya jauh memahami hati saya. Saya bersyukur dia memahami.
Riuh kembali rumah kami dengan dua putri ini. Adiknya Ahmad Shafiy pun mula tunjukkan emosi positif. Asik senyum-senyum je walaupun dalam pejam, seolah-olah macam tau je ibunya murung 2 3 hari lepas.

Kakak Elissa paling riuh mulutnya kali ini. Macam-macam dia nak tanya. Kakak Husna juga tidak kurang kerenahnya. Kerenahnya kali ini memang menguji kesabaran sesiapa yang kurang sabar dengannya. Tapi dia anak-anak lagi tak patut salahkan dia. Sebelum ni masa dia umur 2 tahun semua sayang dia. Sekarang bila dia dah besar sikit dan dah pandai buat kerenah kenapa mesti nak marah anak kecil tu? Itulah proses perkembangan dia. Mungkin dia berubah sebab, yelah dapat adik lagi. Mulalah buka kerenahnya. Nak cakap pun kene hati-hati...Husna kata, "Mummy kenapa tak ambik akak dengan Elissa? Mumy jangan cakap kenapa tau."

Siang-siang saya dah kena sound dengan si Kakak.

Mummy cuma boleh kata, "Takde apa-apa." Abis bila mummy kata 'Kenapa', 'apa' kene marah. So Mummy tak cakaplah apa-apa.

"Kakak Husna nak tidur dengan Mummy. Kakak Elissa nak tidur dengan Daddy." Kata Husna sungguh-sunguh.

Daddy tanya, "Siapa rindu Mummy, siapa rindu Daddy?".. Masing-masing dah bahagikan.

Husna, "Kakak rindu Mummy, Elissa rindu Daddy".

"Ye sayang..", saya peluk erat mereka berdua. "Lepas ni jangan tinggalkan Mummy dengan Daddy tau. Susah ke senang ke kita sama-sama. Mummy tak nak marah anak-anak lagi".

Elissa dulu masa kecilnya disalahkan. Kenapa bersalin terlalu awal. Husna tak sempat nak manja. Saya juga dipersalahkan. Allah tu maha kuasa. Saya sendiri tak sangka secepat itu kelahirannya. Tapi sekarang bila Elissa dah banyak keletah semua sayang Elissa. Malah yang dirindukan Elissa la berbanding Husna. Kini Kelahiran Ahmad Syafiy juga jadi persoalan. "Tak merancang, jadilah macma ni." Ya Allah..saya mampu berdiam. Kisah Ahmad Shafiy juga saya tak jangkakan. Sedang kan hari-hari saya panjat syukur kelahiran anak-anak ini. Saya jangkakan 4 tahun lagi bila putri-putri ni dah besar mungkin baru nak tambah lagi bilangan anak.

Suatu hari suami bersuara, "Ma..kita ambik anak angkat lelaki nak? Boleh dia jaga kakak-kakak dia nanti." Saya pun tak pernah terfikir suami saya boleh cakap macam tu. Rasanya mungkin sebab kisah seorang saudara tu yang nak bagi anak dia pada orang. Kebetulan masa tu Elissa lahir. Jadi terlalu awal nak ambik anak angkat. Sampailah pada suatu hari, masa tu Khamis 21 Oktober 2011. Tarikh saya posting..Berita gembira bila akhirnya Allah tunaikan juga niat saya nak jadi cikgu. Lama tunggu surat posting dan akhirnya tercapai jugak. Sampailah ke Klinik hari tu, Allah beri lagi berita gembira. Siapa sangka kan...

Rezki, jodoh, ajal dan maut dah ditentukan sejak dialam roh lagi. Kita tak perlu nak ungkit-ungkit, Kalau tak kerana polan bin polan, tak bermakna kita tak kawin. Sebab Allah dah tentukan jodoh kita dengan siapa? kat mana? semua dah ditentukan begitu tak perlu nak ungkit lagi. 

Begitu jugak rezki. Cepat ke lambat ke...susah sikit nak dapat rezki..atau terlalu mudah seseorang tu dapat rezki..semua dah tertulis. Tak perlu pertikaikan lagi. Cuma bila dah diberikan rezki, ingatlah..perlu rajin-rajin bersedekah. Niatkan untuk diri sendiri dan keluarga. Duit boleh dicari. berkurangan hari ini dalam akaun, esok lusa bertambah lagi.. Kalau cintakan duit tak lama. Bila dah habis duit kita pening kepala. Sebaliknya gunakanlah rezki yang ada pada pekara berfaedah dan ke jalan yang diberkati. 

Mudah-mudahan saya lebih tabah selepas ini mengharungi liku-liku rumah tangga. Esok 31 Mei 2012, genap usia perkahwinan saya dan suami untuk tahun ke 4 tahun. Ustaz kata, 5 tahun pertama perkahwinan tu memang banyak dugaan. Kalau kita mampu bertahan tambah lagi 5 tahun dan seterusnya...

Saya tak dapat fikirkan apa hadiah yang terbaik saya berikan untuk suami. Dan saya tak mengharap hadiah dari suami kerana saya tahu kemampuannya. Cuma yang mampu saya doakan untuk perkahwinan ini untuk membawanya menuju keredha ilahi..Mendidik, mengasuh anak-anak. Taat dan patuh pada suami untuk redha ilahi. Dan menjadi yang terbaik sebagai Isteri, menantu dan anak. Mudah-mudahan saya sedar kesilapan saya..

Monday, May 28, 2012

LELONG BARANG BBM DAN BAHAN PENDIDIKAN ANAK-ANAK

SALAM SEMUA..

Di sini saya berminat untuk membuat lelongan barang-barang Bahan Bantu Mengajar (BBM) dan bahan pendidikan untuk anak-anak. Berikut adalah barang lelongan. 

Boleh beli dalam kuantiti banyak untuk satu item..
Harga Berpatutan ditawarkan..

Jika Berminat sila PM saya di alamat FB Knisacs Nisa.
atau 
telefon terus ke talian 

0167844737
 

 1.1 ABC ALPHEBET BOARD 

1.2 DIY WOODEN BOARD 18.5x23cm

1.3 DIY WOODEN BOARD 7.5 x 11.5 cm

1.4  DIY WOODEN BOARD 18.5x23cm


1.5  FOLDING STEP TOOL

 1.6 WOOD GAME ANIMAL PUZZLE (a)

 1.7 WOOD GAME ANIMAL PUZZLE (b)

 1.8 DIY PENCIL STAND

1.9 INTELLIGENCE BUILDING BLOCK LOCK

SAYA RINDU ANAK-ANAK...

Suasana pagi tadi

Jam 5 pagi aku masih tak dapat tidur lena sebab Ahmad Shafiy berjaga sepanjang malam. Aku kejutkan suami mintak dia buatkan susu anak dan tidurkan, aku nak tidur sekejap keletihan sepanjang malam jaga sendirian. Aku tak nak ganggu suami aku tidur sebab esok dia nak pergi kerja pulak. AKu sear-sedar jam dah pukul 7.15 dengar suami aku masih kat dapur tengah masak tuk aku lauk, nasi dan sayur semua siap. Anak aku yang kecil tidur dalam buai. Aku buatkan suami aku air. AKu masuk toilet dan bila keluar tengok air mata suami aku mengalir. Aku tanya kenapa? Suasana sunyi kejap bila terdengar lagu yang anak aku selalu nyanyi kuar kat radio. Aku sedih..aku rindu anak-anak aku...aku rindu sangat..

Selamat Hari Lahir Elissa yang ke 2 tahun

22 Mei yang lepas genap 2 tahun umur Elissa Qairina Wardah putri ku yang kedua. Memandangkan Saya masih dalam tempoh berpantang..daddynya pula di Johor tak dapat sambung cuti, kami plan tuk sambut besday Elissa kecil-kecilan jerk. Kalau masih di Taska cadangnya mungkin nak jugak sedekah makanan kat budak-budak taska. Tapi buat ala kadar je. yang penting ada kek dan topi besday.



 Daddy bernazar anak lelaki






 sayangnya mmumy rindu kamu berdua..

selamat hari lahir Kak Elissa sayang

Kelahiran Anak ke3


Salam semua..

Syukur Alhamdulillah..walaupun sibuk melayan kerenah anak-anak, rasanya masih sempat lagi tuk saya berkongsi cerita dengan rakan pembaca semua. Hari ni masuk minggu kedua saya berpantang. Syukur saya masih lagi melalui proses berpantang. Syukur juga komplikasi masa bersalin tidakla seteruk yang saya fikirkan, tapi syukur sangat-sangat kesihatan beransur pulih.

Dua minggu yang lepas saya ingat lagi, bila malam saya rasa tak lena nak tidur. Time tu tercari-cari tips bersalin la. Baca cerita-cerita tentang pengalaman bersalin kat blog-blog. Tak kurang jugak tu cari-cari maklumat Hospital mana yang okay.  Dan akhirnya tanggal 11 mei  Hari tu Jumaat, saya dah rasa sakit-sakit. Dah siap-siap nak pi sekolah. Yang en.suami ni pun duk hasutlah..

”Kalu tak larat, tak payah pi sekolah hari ni..” jenuhlah saya asik MC jerk.   

Tapi dalam tak setuju tu, iakan jugak cadangan dia. Maklumlah kandungan dah masuk 37 minggu. Macam-macam boleh jadi.

Petang tu cadang nak balik kampung. So kebetulan OTW balik tu saya pun ajak en. Suami pi Checkup kat Hospital Penawar, Pasir Gudang. Dari Pasir Gudang nanti kami terus naik Higway Desaru ke Bandar Penawar. Suami pun setuju. Lama jugak kat Hospital. Yelah tak buat appoiment, main redah jerk. Puaslah anak-anak menatap keindahan Klinik Sakit puan dan kanak-kanak. Cantik decoration klinik tu ala-ala cottage. 

Sambil berbual-bual dengan en.Suami tentang projek barunya. Banyaklah idea yang saya dapat tuk persiapan raya nanti..hihi..tak sedar yang diri tu tengah sarat.

Bila jumpe doctor, doctor macam biasalah scan, kebetulan pula datang kali ni tuk ulang checkup. Dah minggu ke 37. Uri dah matang, air ketuban cukup, berat baby ok. Doktor pun berani tuk check jalan. Lepas check jalan Doktor kata “Puan jalan dah buka 3cm. Bila-bila masa je boleh bersalin. Pilih hari pun boleh. Tapi saya cadangkan Isnin. Hari minggu susah pulak nak panggil doctor ke..”

Saya angguk je tanda setuju. “Andai ada tanda darah or air datang terus ke sini ye..” Doktor ingatkan saya.

Saya pun lepas bincang-bincang dengan suami, terus je ambik keputusan balik dulu rumah mak.  Kalu ada tanda baru kita ke sini semula. Memandangkan jarak rumah mak dengan Hospital tu tak jauh. Lebih kurang setengah jam macam tu.  Malam tu saya rasa tak selesa. Sakit kejap-kejap kat pinggang dan sakitnya tak kerap. Setengah jam sekali kot..sampai terbawa-bawa dalam mimpi. Bila check dah ade tanda darah. Bagitau suami dia selamba je..berlagak tenang. Kebetulan malam tu abah saya masih tak tidur. Bila bagitau dia dah kuar tanda dia pun nak cakap apa..Cuma cadangan dia pegilah Hospital. Budak-budak abah jaga. Kebetulan malam tu Mak takde kat rumah. Sibuk pi KL. Ada perhimpunan politik dan on the way balik ke Johor. Telefon mak, dia pun tak tau nak buat keputusan. Dan akhirnya saya terus tidur sampai ke pagi keletihan.

Pagi tu buat keputusan terus je ke Hospital Penawar. Memandangkan keadaan sakitnya kejap-kejap sakit lepas tu diam..Nekadlah.Kalu pi Hospital Kerajaan dah tentu kene tahan lama sampai bersalin. Tak tau la bila dan berape lama lagi..Memandangkan pakej paling minima kat Hospital penawar ketika tu RM 1990. Saya rela la berkorban sedikit dengan harapan lepas bersalin nanti badan saya jugak yang menanggugnya. Mana nak melayan anak-anak lagi yang baby lagi. Walaupun tak kisah sebenarnya bersalin kat mana-mana. Sebab saya dah merasa bersalin kat Hospital Kerajaan ke semuanya sakit jugak. Keputusan muktamad saya ke Hospital Penawar.

Ketika tu lepas buat booking bersalin terus masuk ke LB. Sampai kat sana jam 11.00 pagi lebih kurang. Kebetulan masa kat paking kereta sempat lagi jumpe EX lama masa kerja dulu. Dia pun hantar isteri kat Hospital tu. Sebab Wife dia kencing manis. Tunggu due jugak jangkaan bersalin sama dengan saya awal bulan 6. 

Dengan muke yang sihat dan tak sakit langsung terus ditolak naik ke LB. masa tu relax lagi sebab tak sakit. Jam 12.00 nurse yang rawat saya mintak saya buat CTG, masa tu jalan dah buka 4cm. Macam biasa sejam macam tu takde kontraktion apa2. Saya dapat berehat lama. Suami masih menemani kat sebelah sambil bercerita bab politiknya yang tak habis-habis. Layankan jerk..1.00pm doctor yang merawat saya sampai. Doktor pecahkan air ketuban. Ketika tu baru saya rasa sakit-sakit. Lihat perut dah mula mengempis. 

Teringat masa bersalin Elissa dulu. Sorang-sorang dalam LB sambil gosok-gosok pinggang tahan sakit.  Saya Tanya nurse bila jangka bersalin. Anggaran Jam4.00 petang. Suami nak tingglkan saya sebentar katanya dah nak masuk Zuhur. Saya katakan jangan lewat nanti tak sempat tengok baby lahir. Ingat masa Elissa pun macam tulah. Lepas tu cepat2 dia pi solat tinggalkan saya sendirian dalam LB. Badan mula lemah. Tenaga dah banyak hilang sebab tahan sakit.  Teringat kat dalam beg ada Madu Jus Tok Guru anak saya punya. Bila suami sampai je saya mintak dia suapkan madu tu banyak sikit. Dah takde tenaga. Bila dapat rasa manis-manis tu lega sikit kan.. 

Jam 3.00pm sakit dah mangkin kerap dan sakit kuat. Nurse masuk sekejap-sekejap.  Saya kata dah tak tahan. Sakit mangkin kuat. Nurse kata kalu nak ubat tahan sakit bagitau dia. 3.30pm nanti kita check jalan. 

Peh lama lagi..selawat banyak-banyak masa tu. Saya mintak suami tolong bacakan fatihah tuk saya. Saya cuba ikut dia baca pelan-pelan berulang kali. Sebenarnya nak hilangkan rasa sakit, supaya kepala otak kita tak fikir sakit bersalin. 

Jam 3.20pm sakit mangkin kuat, rasa sangat kepala baby macam dah nk kuar. Saya terus jerit doctor tolong!!dah masa nih!! Tak ingat nak tekan lonceng ke, terus je jerit sakit..

Masing-masing terus masuk dalam LB. Ketika tu mata saya pejam rapat-rapat. Saya tak sanggup tengok wajah-wajah yang kat depan saya tu.Tapi kedengaran suara Doktor, seorang doktor perempuan dan nurse yang followup saya. Dan suami kat sebelah saya. Pegang erat tangan saya sambil bacakan sesuatu. Ya Allah saya cuba banyak kali tuk teran, waktu tu saya tak ingat kali ke berape. Sampai terfikir nape susah nih..masa Elissa dulu sekali teran je dah keluar baby. Saya cuba lagi Allahhhhuakbar…dah tak terdaya. 

Fikiran saya mula melayang..anak-anak kat rumah, wajah baby saya tak sabar nak menatapnya, Hubby kat sebelah saya banyak buat dosa dengan dia.” Abang ampunkan mama..” terdengar suami saya cuba lagi..sikit je lagi..dengan sekuat tenaga dan nafas saya kumpulkan..mata saya tetap tertutup rapat. Ketika tu semangat saya cuma satu je kali ni kalu tak boleh saya serender..Sekali  nafas dengan sebutan nama ALLAH..saya yakin Allah akan bantu saya ketika itu. 

Dalam keadaan mata terpejam tu saya macam ternampak bayang putih yang datang tiba-tiba dari tepi suami saya ke tempat doktor, serta merta terasa kepala dan badan baby keluar dengan satu nikmat hilang semua kesakitan yang saya alami tadi..syukur Alhamdulillah..dah selamat. Tepat jam 3.49pm. 

Bayi saya diletakkan di dada..Puan ni baby puan. Cuba tengok baby apa? "Boy.." suara saya keletihan.Sedih terharu. Terdengar suami saya kata "syukur Alhamdulillah baby boy mama". 

Memang itu yang diharap-harapkannya. Saya dah tak Nampak apa ketika tu. Hanya pejam mata dan kembali berehat. Doktor masih meneruskan kerjanya. membersihkan dan menjahit luka tanpa bius. Ketika tu rasa sakit dah tak fikir sebab sakit bersalin lagi sakit. Hanya Allah yang tahu seperti nak tanggal nyawa..Syukur saya masih ada didunia ini..

Suami pula pergi bersama baby. Baby dibersihkan dan diazankan..

Ya Allah sekelip mata je sakit-sakit tadi hilang. Sekelip mata juga kau berikan kami kegembiraan.  Biarlah kegembiraan itu berkekalan. Mudah-mudahan anak yang lahir ini membawa sinar dalam keluarga, penyeri dan pengikat hubungan kami. Kekuatanya memberikan kekuatan kami mendidik dan mengasuh anak-anak. Syukur..syukur Ya allah..

Petang tu ramai yang datang melawat. Rakan saya Mazni dan anak-anak,paling seronok anak-anak saya dapat tengok baby kat katil Hospital. Selalu kalu kat Hospital GH mana boleh masuk kan..Ni siap naik atas katil lagi. Seronok tengok baby Boy. Lengkap sudah sebuah keluarga kami. Yang akan dibentuk dengan iman dan amal. Insyallah..

 Gambar lepas bertarung nyawa petang itu bersama anak bujang saya

  Selamat Lahir ke dunia sayang..semoga adi anak yang soleh.

  Sempat juga sesi fotografi dengan anak bujangnya..bila masa ntah dady ambik gambar nih.

 Ini lah uri..teman anak saya sepanjang di alam rahim. Mintak maaf  ye pada yang geli. Teringin sangat nak tau uri tu macamana..Kelahiran yang lepas saya tak dapat tengok uri kakak2nya. Kali ni saya pesan berkali-kali pada suami nak tengok. Tapi tah mcmana dia tanam kat rumah di Johor. Cuma sempat snap gambar ni tuk tunjuk kat saya. Akhirnya ni rupe dia uri. 

Wednesday, May 9, 2012

Amalan dan Zikir Mudahkan Bersalin

Antara zikir dan doa yang disuruh mengamalkannya ialah:
1.

“ Ya Tuhan kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat ( anak ) yang baik sempurna (tidak cacat ). Sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar dan menerima rayuan dan doa hamba Mu”
2.

“ Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau ( Allah ), maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku termasuk di kalangan orang-orang yang zalim.
3.

“ Tuhanku berilah kepadaku ( seorang anak) dari anak-anak yang soleh”

Dan apabila saat hampir bersalin bacalah doa ini:
4.

“ Allah telah mencukupi segala sesuatu bagiku dan sebaik-baik yang ku serah diri kepada Allah”

Untuk memudahkan bersalin digalakkan pula membaca ayat kursi,
Kemudian pula :
5.

“ Bahawasanya Tuhanku, ialah Allah yang telah menjadikan langit dan bumi dan yang diantara keduanya di dalam enam hari kemudian Dia bersemayam atas Arasy. Dia memasukkan malam ke dalam sarang yang mencarinya dengan cepat.
Matahari, bulan dan bintang semuanya ditundukkan dengan perintah-Nya. Ketahui olehmu, Allah yang mempunyai pencipta dan suruhan. Maha Mulia Allah Tuhan semesta alam.

Seterusnya perbanyakkan membaca tasbih ini:
6.

Maha Suci Allah
7.

Aku Pohon ampun kepada Allah

Sentiasa membaca doa ini :
بِسْÙ…ِ اللهِ الرَّØ­ْمنِ الرَّØ­ِÙŠْÙ…ِ8.
Ø£ُعِÙŠْØ°ُÙ‡ُ بِالوَاحِدِ الصَّÙ…َدِ Ù…ِÙ†ْ Ø´َرِّ ÙƒُÙ„ِّ Ø°ِÙ‰ Ø­َسَدٍ
Maksudnya : Aku berlindung akannya dengan pertolongan Tuhan yang Esa yang ditumpu segala kehendak kepadaNya daripada sekalian yang mempunyai dengki
* Sekurang-kurangnya dibaca sebanyak 10 kali setiap kali lepas solat 5 waktu

9.Surah Al-Ansyiqaq


10.Sentiasa membaca surah Maryam.


11.Surah An-Nahl: ayat 78-80
[78] Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran); supaya kamu bersyukur.

Hadiah Tuk Mereka

Salam semua.

Semalam baru je sampai perabot yang saya tempah tuk anak-anak. Kebetulan kedai perabut dekat dengan rumah ni ada buat ofer..Biasalahkan ofer sepanjang tahun. Terfikir nak beli perabut tu pun sebab fikirkan anak-anak. Satunya tuk mereka lebih rajin, tanamkan sifat kasih sayang dan lebih berdikari.huhu..

2..3 hari sebelum perabut tu sampai saya dah buat perjanjian dengan anak-anak.. Sebab katil tu memang dia suke masa  jejalan kat Kedai Perabut tu.  Cuma masa pi tempah tu saya yang pergi sendiri. Kebetulan kawan saya pun tengah oder perabut tuk umah baru dia. So dapatlah diskaun sikit.

Saya kata pada si Kakak..Kalu kakak nak katil Hello Kitti kakak kene rajin tau. Jangan malas bila mummy suruh buat ok..Kain baju tak mau sepah. Mainan lepas main terus kemas. Lepas ni dah boleh tidur kat bilik sendiri. Bangun tidur tak mau nangis. Pagi terus gosok gigi dan mandi. Derang pun angguk setuju.. Syukurlah anak-anak saya memang mudah di asuh. Baik Elissa 2 tahun tu pun dah boleh diatur. Sebagai ganjarannya hadiah tuk mereka, ia memang impian saya pun nak bagi sedikit keselesaan dan keriangan tuk anak-anak.

Semalam pertama kalinya saya asingkan tempat tidur mereka. Syukurlah senang je nak susun mereka.Kul 10 malam terus masuk tidur. Malam saya cuma sediakan botol air tuk mereka minum kalau terjaga bila haus. Cuma si kakak yang manja tu nak suh tidur pun kene tepuk-tepuk dulu. Mesti nak peluk mummy dulu naru boleh tidur. Elissa jugak yang senang tido. Ada bantal peluk, habis susu satu botol terus tidur nyenyak..malam tu mereka tidur nyenyak sampai ke pagi..

 Dah masuk tidur..senang je ini budak..

 Kemaruk main panjat-panjat jelah

Harap mereka seronok dan bermotivasi bila dapat adik nanti. Mummy tetap sayang mereka berdua..

Cerita Husna Yang Sedang Kemaruk Ber-Puzzle

Salam..lama dah tersimpan gambar nih.

Baru ni rasa terpanggil tuk tambah kt entry. Sebagai cerita sembang-sembang tuk tatapan kengkawan. Cerita biasa jerk..

Kisah memilih permainan yang sesuai tuk anak-anak. Saya beritahu Hubby nak belikan Husna Puzzle. Pastu my Hubby kata budak baya ni tak sesuai lagi nk main puzzle. Em...boring je bila dengar hubby kata macam tu. Tak semangat langsung la.Balik-balik nak bagi budak-budak main dengan buku, kaler-kaler sume bende yang dia dah naik boring...

Sekali sekala nak jugak belikan mainan lain. Di jadikan cerita masa anak2 sedara duk kat umah saya, saya tergerak hati tuk belikan mainan Puzzle. Kebetulan ada jual kt kedai 2 henget. Sampai je kat rumah masing-masing berebut buat puzzle. Husna pulak tengok je abang kakak main. Kebetulan esoknya mereka sume balik ke rumah derang. So pepagi tu lepas je bangun tido Husna terus cari Puzzle yang beli semalam.

Lama jugak dia cuba buat dan akhirnya berjaya. Saya pun bantu jugak sama. Lepas dah siap buat Puzzle dia sepahkan semula. Ulang banyak kali sampai saya jemu dan terus biarkan dia main sesorang. Kisahnya berlarutan sampai ke malam. Tak jemu-jemu dia pasang puzzle. Lama-lama dia dah makin mahir. Cepat je selesai.

Bagi saya permainan Puzzle jugak dapat tingkatkan IQ budak-budak. Akhirnya saya juga belikan mereka berdua Puzzle yang tebal sikit dan tahan lasak. Elissa pun dah mula tunjukkan perkembangan yang baik. Yang penting anak-anak seronok..Saya juga ajar mereka cara nak jaga mainan tu supaya simpan elok-elok nanti lain kali nak main banyak kali pun boleh..

Husna selesaikan Puzzle ni berkali-kali tanpa jemu

Saturday, May 5, 2012

Prepair to Breastfeed

Salam semua..

Keterujaan saya untuk menyambut 3rd baby ni tak terluah dgn kata-kata. Macam-macam yang saya buat tuk persedian menyambut baby nanti dan tak lupa jugak persiapan kalau terpaksa berpantang di rumah sendiri. 

Bercerita tentang persediaan untuk Breastfeed baby saya nanti, banyak la info-info yang saya kumpulkan tentang Breastfeed. Walaupun ni anak yang ketiga. Tapi yang nyatanya kalu dapat Breastfeed sampai anak 2 tahun memang seronok. Pengalaman saya cuma anak pertama je tak dapat Breastfeed lama sebab time tu terpaksa tingglkan dia jauh. Hanya dapat Breastfeed sampai umur 4 bulan je. Tapi tuk anak ke dua saya berjaya juga Breastfeed anak saya sampai mengandung anak yang ke3. 


Memandangkan saya nak kuar bekerja nanti, so macam-macam yang perlu saya prepair tuk Breastfeed anak ke3 nanti. Saya tak nak lepaskan peluang keemasan ini. Semalam dikesempatan cuti saya ajak my Hubby ke Fobulous Mom lepas tinjau-tinjau kat laman webnya www.fabulousmom.com . Memandangkan masa melawat kawan saya tempoh hari dia bercerita tentang breastpump jenama MEDELA. Kalu sebelum ni saya cuma guna jenama 'Anakku' sahaja. Tak mampu nak beli yang mahal-mahal. Tapi kesannya sedikit je pengeluaran susu dan proses pumping sangatlah penat dan menyakitkan sebab guna pam manual. 


Oleh kerana perancangan Breastfeed kali ini tuk jangka masa panjang jadi saya fikir kalu belanja lebih pun tak rugi. Daripada terpaksa beli susu tepung. Memandangkan belanja tuk anak-anak nanti mesti akan meningkat kan. Lagi satu yang saya fikirkan pengalaman anak yang pertama dulu bila terpaksa beli susu tepung nak menjaganya teramatlah susah sebab setiap bulan nak berganti jenama susu. Bila tak serasi dengan susu tepung dia akan muntah dan sakit dekat 3 hari macam tu. Susu yang tak habis tu terbuang membazir. Anak jadi tak sihat dan kurus jerk bila tiap-tiap bulan mesti macam tu. ketika tu suami yang jaga baby tu dialah yang paling teruk menanggugnya..sian suami ku. Tu yang azam saya kuat tuk breastfeed anak yang ke3 nih.

Saya dengar pula tentang brestpump jenama Medela ni sedutan pum tu sama macam baby. dan ia mudah diuruskan tak menyakitkan serta hasilnya amat membanggakan. Memandangkan pengalaman yang lepas penghasilan susu badan tak berape menggalakkan. Kalu sekali pum tu dapatlah 2 auns lama-lama cuma dapat 1 auns je sedih sangat. Macam tak cukup je tuk baby. Cuma terpaksa menyusukan baby sekerap yang mungkin. Tapi kesakitan menyusukan baby masa awal-awal tu boleh buat saya giveup jugak nak teruskan Breastfeed.

Tapi tuk persiapan ini saya hanya mampu beli Medela Harmony dengan set tuk Breastfeed harga RM319 setelah promosi bersama dengan  Bumble Bee - Nursing Pillow sekarang pun dapat harga promosi jugak. Macam tak masuk akal je harganya semata-mata tuk menyusukan anak kan. Tapi kalu di darab, tambah, bahgi semua daripada beli susu tepung yang kurang khasiatnya berbanding susu ibu tu saya rasa berbaloi la tuk semua ni. Cita-cita ni dah terpendam masa 2nd baby lagi. Tapi masa 2nd baby tu masih duk umah sepenuh masa. Menyusu sepenuhnya pun tak mengapa kan. Tapi kali ni kenalah prepair lebih sikit sebab dah bekerja. Selain bersedia tuk hadapi masalah anak Jaundis. Kebiasaanya masa dua orang anak yang lain awal kelahiran tu memang kedua-duanya tak mahu menyusu dan susu pun tak  nak keluar. Saya pun tak tau kat mana silapnya. Tapi harap dengan bantuan breastpumps ni dapat mengatasi masalah ini. Bila terbaca kat satu blog tu ibu dia kata sementara nak balik ke rumah berurut dia cuba pum dulu guna breastpumps, Katanya awal kelahiran jam yang pertama tu tuk meransang pengeluaran air susu. Lagi dengan breastpumps tu galakkan nipple tu timbul bagi ibu-ibu yang alami masalah nipple dan sebagainya katanya baguslah kalu dapat  breastpumps dulu.  Rasanye bagus gak tips yang dia beri tu. Dan harap berguna tuk saya yang sering alami anak jaundis nih. Harap anak kali ni sihat hendaknya. Saya tak nak duduk lama-lama kat hospital..tolonglah Ya Allah. Ha ni set yang saya beli semalam.
Set promosi Medela Harmony Brest pump, Reusable Ice Pack, Bottle No Teat, Cooler Bag and free give dari Fabulous Mom


 Medela Harmony dengan set menyusu
Nursing Pillow

Saya harap hasilnya nanti membanggakanlah berbaloi dengan jumlah perbelanjaan yang saya keluarkan. Tapi sememangnya nekad tuk  Breastfeed ni bukan sebab nak jimat kos sahaja. Tapi lebih dari itu tuk mendidik anak-anak patuh pada ibu. Lain rasanya hasil anak yang kita susui dengan anak yang minum susu tepung ni.. Kedua-dua anak perempuan saya memang punya perangai yang berbeza. Yang saya nampak si kakak lebih manja sedikit berbanding adiknya. Tapi tu fenomena biasa bagi anak sulung kan. Tapi adiknya lebih banyak memahami ibu berbanding si kakak. Mungkin sebab si adik minum susu ibu kot..Saya pula kurang sabar kalau si kakak buat perangai berbanding si adik amat memahami saya sebagai ibu, senang berunding, pandai bawa diri dan hubungan kami rapat sedikit. Walaupun yang terlebih dimanja ialah si kakak. 


Setitis susu yang mengalir dalam tubuh si anak itu berganda-ganda pahalanya..marilah rebut bersama dengan menyusukan anak secara eksklusive.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...