Saturday, February 11, 2012

Makanan Ibu Hamil

Salam semua...

Baru ni berkesempatan tuk coret-coret pasal kehamilan..
Nak cerita tentang makanan yang saya ambil ketika Hamil. Sekarang usia kandungan dah masuk bulan ke 6. Jadi ssesuai sangatlah tuk beri nutrisi tambahan tuk baby nanti.

Ada soalan kata "Wah kak muka kau berseri-seri la bila pragnt"  saya kata "mungkin sebab masa hamil kita makanan kita jaga dan ambil vitamin tu yang muke nampak berseri-seri dan sihat. takde jerawat. kulit bersih..lagi-lagi dah 6 bulan nih..memang nampak perubahannya." itu cerita saya lah...tapi kalu ikut doktor tak tau plak yer..

Semasa awal kehamilan macam 1,2 bulan saya ambil pil asid folik.ikut nasihat doktor lah..
Bulan 3,4,5 dan seterusnya saya ambil pil Asid folic yang jenis sebiji tu. sebabnya kalu ikut pil klinik kerajaan saya tak lalu nk telan. bau ubat yg kuat.saya bukan pemakan ubat sgt pun..jd tuk kebiasaan masa anak ke dua pun saya terus ambil pil EBERET warna merah..pil tu bagus tuk tingkatkan bacaan HB darah. sebab bila kehamilan dh bertambah HB saya akan menurun. Jadi ada satu nurce kt Perlis tu syorkan pil EBERET ni..setakat ni HB saya maintain ok.syukurlah...


Saya juga ambil pil kalsium.pil kalsium ni saya terpaksa ambil sebab saya jarang minum susu masa mengandung. Tak tau kenapa sebab tak boleh bau susu kot..jadi tu ganti kehilangan kalsium yang diambil oleh baby tuk tumbesarannya saya ambil pil kalsium. dari apa2 jenama pun tak kisah rasanya. yang penting tanya nasihat doktor dulu lah.

Tuk bulan kelima pula saya dah start ambil minyak ikan tuk baby. kalau ikut nasihat doktor patut bagi umur 7 bulan. tapi saya ni terover plak.bukan apa kadang-kadang terlupa nak makan bila dah sampai masa. jadi terlanjur ingat saya ambil je terus. Pil ni baik tuk otak baby. sebab masa dalam perut neuron-neuron kat otak baby baru nak bertunas..so kene ambil la tuk ib-ibu mengandung macam saya..insyallah terbaik tuk baby anda.

Lagi makanan tambahan yang saya ambil ialah madu. madu biasanya saya ambil tuk lawaskan pembuangan air besar. saya ambil satu sudu madu kacau dengan air suam. pastikan sudu kaca atau plastik sahaja ye.amalkan setiap hari kalau mampu. kadang-kadang seminggu 3 kali saya buat. tu pun selalu lupa dan tak sempat.

Selain madu saya juga ambil kurma dan kismis. Biasanya waktu tengah malam.bila perut lapar saya makanlah kismis dan kurma. selai baik tuk perkembagan baby dan khasiatnya ia juga dapat beri tenaga pada saya terutama bila lapar. semestinya kat rumah tak kurang 1 bekas mesti ada kurma dan kismis.

Satu lagi masalah saya masa hamil ni ialah tak lalu makan nasi. lagi-lagi yang dimasak sendiri. Jadinya saya akan ambil makanan tambahan dari jenama Herba Life. bancuhan yang di SHAKE ni saya minum dan amalkan waktu pagi. sebab bila sampai sekolah selalunya saya tak sempat nk sarapan. terus lenjan dengan jadual kelas yang padat.  kadang-kadang tengahari baru saya makan. Di samping tu saya tak perlu risau lagi. sebab kandungan vitamin dan nutrisi dalam Shake Herba Life ni dah komplit. jadi saya tak risau lagi. sebab bila hamil ni saya juga bermasalah tuk makan sayur. Tapi kene ambil jugak sayur. penting...kata doktor makan banayk sayur hijau boleh cegak anak jaundis bila lahir nanti dan persediaan tuk susu ibu.

Lain-lain  yang saya tak ambil lagi waktu ni ialah minum air sarang burung..tuk cantikkan kulit baby. tapi ni masa bulan ke 7,8, 9 elok lah kita ambil. Kalu mampu nak minum sekarang pun boleh.

K rasanya tu saje la yang saya dapat kongsikan..cuma..terbaik dari allah, kurang lebih kelemahan saya. Apa-apa pun kalau was-was tanya doktor anda k..saya hanya kongsikan apa yang saya ambil waktu hamil ini.

Kalau ada yang sudi syer tentang makanan masa hamil boleh lah tuliskan kat ruangan komen..perkongsian bermanfaat. satu kita syer..1000 lagi yang kita akan dapat.TQ




Thursday, February 9, 2012

Pekara yang menakutkan saya

Salam semua...

Rasa ingin mencoretkan sesuatu di sini. untuk diri agar lebih berhati-hati. Untuk orang lain sebagai panduan dan penilaian kalian.

Cerita bermula, semalam datang seorang supplier jual buku kat sekolah. Nak jumpa Guru Perpustakaan. Saya pun  jumpe la encik tu..

Dia pun tunjuklah buku-buku yang dia nak bagi kat sekolah. Dia kata ni sumbangan dari pihak syarikat dia. saya tengok buku-buku tu dari jenama pusat tuisyen terkemuka. saya pun tanya adakah dia dari pusat tuisyen ini?dia kata tak. Buku-buku ni ialah buku recycle. Jadi dari terbuang so dia kata lebih baik bagi pada sekolah-sekolah. so saya kata ni kira sumbangan la ye...saya pun terimalah sumbangan buku-buku tersebut yang di masukkan dalam paper bag. ada lah dlm sepuluh buah.(baguslah niat pertamanya)

Lepas tu dia kata, saya nak tunjukkan invoise buku-buku yang pihak syarikat jual.ok..saya pun belek-belek lebaran tersebut.ada senarai buku-buku yang diperlukan untuk labrary sekolah.basguslah kan..memandangkan saya sedang mencari supplier. Sekarang ni dah ada 2 invoice dari supplier lain.so cukupkan 3 baru boleh buat oder.

Encik tadi tu pun mula menawarkan sesuatu..."cikgu, kalau sekolah beli buku dengan syarikat kami dalam jumlah 4ribu kami bagi sekolah percuma camera digital sebiji tuk sekolah. satu lagi i-Pad tuk cikgu perpustakaan yang uruskan pembelian buku" (niat kedua ni lain macam sikit)

Wow menariknya tawaran tu..saya tak puas hati saya tanya lagi...i-Pad tu tuk sekolah ke? Encik tu jawab "Tak. ini memang syarikat nk bagi pada cikgu.Nti cikgu boleh buat kerja guna i-Pad. Senanglah sikit kerja cikgu".

Dalam hati saya ketika tu, "ni rasuah ke apa?.." saya tinggalkan soalan tadi dengan tanda soal. Encik tu pun beredar dan saya menyambung kembali tugasan saya.

Peliknya. Ingat kat sekolah takdelah benda-benda macam ni. Sebenarnya saya tak suka jenis orang yang nak berniaga tapi ada kepentingan-kepentingan tertentu. Saya rujuk balik pada suami. Dia kata kalau sesuatu tu tawaran itu berunsur menarik perhatian kita. Hati-hati kadang-kadang bila tersilap kita termakan rasuah. Tak payah nak terima. Kalau rasa nak jual buku, jual je. tak payah terima apa-apa..."baik lah encik suami".

Pengajaran dari kisah ni..rasuah tu boleh jadi dari macam-macam bentuk. Kadang-kadang duit kopo pun boleh jadi rasuah jugak. Apa lagi ganjaran yang beribu-ribu ringgit. Dah cukuplah duit gaji saya yang ada ni. Kemudahan yang lain tu tak penting buat masa ni. Saya takutlah situasi macam ni..harap-harap saya lebih berhati-hati lepas ni.


Tuk semua..ambil yang baik-baik sahaja.


Saturday, February 4, 2012

Berkenalan dengan pelaburan EMAS

Syukur ya allah kerana mengerakkan hati tuk bertemu sendiri dengan Ustaz Syeihumaqri Haji Othman b. Hamzah iaitu selaku panel Syarak Amsyiq Gold.
Selama ni hanya dapat dengar di radio IKIM je..Petang tadi lepas je En Suami balik dari memancing, saya terus ajak dia tuk pergi ke Permas. Tuk jumpa sendiri dengan tuan punya Amsyiq Gold. Syukur dia En. Suami pun berminat tuk tahu tentang pelaburan Emas ni. Lepas dia setuju saya pun mengaturkan temujanji dengan Ustaz.

Sebenarnya bukan ada duitpun nak melabur Emas. Tapi teringin nak tahu tentang pelaburan Amsyiq Gold. Syukur juga Ustaz menerangkan pada kami tentang sistem yang digunakan oleh Public Gold.

Lepas dengar kuliah Ustaz tu baru la saya faham dan tahu serba sedikit tentang kepentingan melabur Emas. Insyallah suatu hari nanti saya juga berazam tuk mengumpul Emas.

Dalam kuliah hampir 30minit yang pendengarnya hanya 2 pasang telinga ni (saya dan encik suami)..mualnya ingat macam ramai. rupanya waktu petang td lagi ramai.haha..kami ni kita bertuah la dapat layanan istimewa jugak. Anak2 nasib baik tak buat hal. so dengan kusyuk saya dengar satu persatu penerangan Ustaz. Sekarang ni saya dalam proses nak memahami menegnai pelaburan Emas. nanti bila dah faham saya akan terangkan satu persatu...



Tapi apa yang pasti..pelaburan emas amat mengutungkan tuk jangka masa panjang. kalu kita bijak sekurang2nya kita tak pelu lagi teriat dengan beban hutang yang banyak dan sepanjang hayat. Bila hutang takde..insyallah kita akan lebih tenang beribadat.

Tak payah nk kusut-kusutkan kepala. yang pastinya jalan yang terbaik dan kaedah yang ditawarkan oleh Amsyiq Gold sememangnnya membantu umat Islam. Lepas nijagan takut2 tuk simpan emas kerana takut tuk bayar zakat. Sebaliknya zakat tu menyucikan harta..menyucikan hati kita insyallah..

Kalaun nak tau lanjut tai je Amsyiq Gold kt google. atau klik kt alamat ni http://syeikhulmaqari.blogspot.com

Fikirkan lah tuk masa depan anak, diri sendiri dan keluarga dan yang paling penting fikirkan tuk jangka panjang tentang ekonomi umat Islam.

Wednesday, February 1, 2012

Seronok tengok mereka dah mula suka nak mengaji

Salam semua...

Kisah kali ini tu saya update cite pi belajar teknik Al-Barghdadi. Satu teknik belajar dan mengajar al-Quran dengan cepat..

Baru beberapa hari saya cuba praktik kan tuk 3 orang anak sedara saya. Lingkungan umur mereka 10, 8 dan 6 tahun.

Wah masa mula2 perkenalkan teknik ini si kakak berumur  8 tahun kata..."Mak Ngah nak ajar muzik eh?" mentang2 saya ni cikgu muzik..Tapi bila dia test tuk mengaji guna teknik Al-Barghdadi dia mula seronok dan cepat je boleh kuasai teknik Al-Barghdadi. katanya "mak Ngah..oYa nak ngaji dengan Mak Ngah lagi eh?"..okeh.

Tuk si Abang berumur 10 tahun, saya test dulu dengan bacaan potongan ayat tanpa teknik Al-Barghdadi. Mulanya dia baca sedikit merangkak2. Bila tanya abang dh sampai mana mengaji.dh masuk Quran. Ok lah tp masih merangkak. "Ikut Mak Ngah ngaji nanti abang baca lancar k.." Dia setuju. Wah minggu berikutnya bila tak datang nk ajar mereka asik kol je bila nak ajar mengaji. Asik tanya kenapa tak datang ajar. "Abang tunggu mak Ngah masa cuti seminggu nk mengaji..". Terkilan pulak dengan semangat dia yang berkobar-kobar. malangnya anak2 tak sihat jadi terpaksa tangguh belajar... Tapi syukur minat dia dah datang bila guna teknik Al-Barghdadi. Teknik ketuk2...suka nyer si abang. Dulu kemain liat bila suh baca Quran.

Cerita si adik plak umur 6 tahun. memang liat nk mengaji. Masih tak kenal huruf lagi. Sebab tengah kemaruk main game jerk. Bila suh ngaji malas kemain... Tapi syukur bila pertama kali kenalkan teknik Al-Barghdadi asik tanya je bila nak ngaji lagi."Afi nk main ketuk2"..


Syukur minat mereka terhadap Quran dah mula meningkat..harap2 tak terhenti di situ. dan saya mengharapkan hasilnya positif juga.amin...





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...