Sunday, August 26, 2012

Cerita syawal tahun ini 2012

Salam semua..

Alhamdulillah Ramadhan telah berlalu pergi meninggalkan.syukur bukan kerana merana..tapi syukur sebab dah dapat selesaikan ibadah puasa..tapi sayu la sebab suasana dah lain..bulan tak puasa begitu berbeza dengan bulan puasa..waktu panjang di bulan puasa..semua amalan ibadah yang kita buat berganda pahalanya..sedekah berganda..mengurus rumahtangga juga dapat pahala berganda. 

Tapi bila bulan tak puasa ni nak start puasa 6 pun lagi kuat dugaannya..padahal waktunya sama je macam bulan puasa..tapi insyallah kalau ramadhan kita berkat mudah ja kita meneruskan puasa 6..insyallah..

cuba kita mulakan esok..

Sepanjang Ramadhan diri saya sibuk dengan anak2..diduga dengan ujiannya..menjaga anak2 yang kurang sihat begitu meletihkan..tapi saya harus kuat untuk mereka..saya perlu ikhlas untuk mereka tanpa harapkan balasan..insyallah saya terus sabar mengasuh dan menjaga anak-anak..

Ahmad Shafiy di Hospital 4 hari..Elissa dan Husna demam seminggu..

Oh tuhan terima kasih kerana sanyangi aku..

Syawal kali ini disambut kesederhanaan sahaja..

Raya pertama di kampung sebelah suami..

memandangkan tahun ini semua berkumpul sama-sama sanak saudara yang jauh dan yang dekat. Syukur dan anak-anak begitu teruja dengan kazen2 derang..umur lebih kurang sahaja..memang anak-anak baru nak membesar..


Opah dan Tok Wan yang paling teruja anak cucu berkumpul.


Ya..cukup sudah raya ye..cerita syawal lagi esok perlu bekerja pula.
.setelah bercuti sekian lama..3 bulan + cuti raya lagi..cukup la tu layan anak murid pula..

Hari ini saya di rumah saja..tak kemana2.memandangkan si kecil tak begitu sihat..masa ziarah terpaksa dikorbankan..tambah pula cuaca kat luar tak mengizinkan sekejap sejuk sekejap panas..
Shafiy pulak masih macam hari tu di Hospital nafas turun naik..bila sejuk ja merengek. nafasnya berbunyi..Ikhtiar terakhir saya cuma madu..saya yakin madu ja boleh legakan si kecil nih..


Bila fikir balik zaman nabi dulu tak de ubat-ubatan kimia ni..madu ja yang mujarab..lebih baik saya cuba..mudah2an anak2 sihat..

si kakak Husna pun dah demam. Ayahnya pula tak sihat..hai ibu perlu kuat untuk kamu semua..

Rutin Harian dan Hujung Minggu

Persiapan kerja esok..Hari persekolahan minggu depan cuma 4 hari..
makanya saya dah siapkan paking baju anak2 untuk 4 hari ke taska..maklumlah dah 3 orang. kene urus waktu dengan betul. Kain baju pun dah siap iron. 
Takde dah istilah lengah2..sebab hari bekerja tu waktunya pendek ja di rumah..pagi ke sekolah kul 6 saya akan bawak si kecil ke Taska dulu..makanya si kakak2 ayahnya akan hantar lewat sedikit. 

Tulah jadual harian kami yang sedikit sibuk..Tengahari saya pulang dari sekolah..terpaksa saya ambi si baby dulu jam 2 petang. Masa untuk saya bersama dengan baby tuk BF secara ekslusive tak mahu diganggu.. 
jam 5 petang anak-anak pulang dari taska..
Nasib baik la taska tu belakang rumah ja..

Selesai masak n bagi anak2 makan malam..saya pula melayan anak2 belajar..kalu rajin dapat la ajar mereka membaca, menulis sambil layan si kecil..malam masa tak panjang..Kul 10 semua kena tido awal. 

Masa dirumah memang untuk anak2 (kalau boleh nak ngadap derang ja. masak pun benda yang simple2..No more TV sebab ia ganggu masa saya dengan anak2..Gantikan pada hujung minggu untuk TV)..sebab tu saya perlu siapkan semua pada hujung minggu..

Ambil berkat dari kakak Ipar saya..walaupun sibuk uruskan anak2 sendirian tapi dia mampu buat.sekarang dia dah senang anak sikit, anak2 dah besar cuma perlu suruh ja..lain2 cuma pantau..Hai tunggulah sikit hari lagi Husna, Elissa dan Ahmad Shafiy membesar..tak sabar nak tengok mereka besar depan mata..

Entah sempat ke tidak..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...