Friday, August 5, 2011
10 JENIS ORANG ISLAM YANG KEJAM
10 macam daripada kekejaman ialah:
1. Seorang yang berdoa untuk dirinya sendiri dan tidak mendoakan untuk anak-anaknya dan kaum mukmin.
2. Seorang yang pandai membaca al-Quran, tetapi tiap harinya tidak membaca seratus ayat.
3. Seorang yang masuk masjid lalu keluar dan tidak sembahyang dua rakaat. (Sunat Tahyatul Masjid)
4. Seorang yang berjalan melalui kuburan kemudian tidak memberi salam dan mendoakan ahli kubur.
5. Seorang yang sampai di sebuah kota pada hari Jumaat kemudian tidak sembahyang jemaah.
6. Seorang yang sampai di daerahnya di datangi oleh seorang alim. Tiba-toba tidak mahu belajar apa-apa daripadanya.
7. Dua orang yang bertemu di perjalanan dan masing-masing tidak bertanyakan nama kawannya itu.
8.Seseorang yang di undang pada jamuan tiba-tiba tidak mahu datang.
9.Pemuda yang tidak ada kerja dan tidak mahu belajar ilmu dan kesopanan.
10. Seorang yang kenyang sedang dia tahu bahawa tetangganya lapar, tetapi tidak diberi dari makanannya itu.
Wednesday, August 3, 2011
Bulan Al-Quran

"Menurut Sheikh Manna’ Qattan dalam bukunya Mabahith fi ‘Ulum al-Quran, proses penurunan al-Quran berlaku dalam dua peringkat. Peringkat pertama ia diturunkan daripada luh mahfuz ke langit dunia secara sekali gus. Peringkat kedua pula diturunkan daripada langit dunia kepada Nabi s.a.w secara beransur-ansur melalui perantaraan malaikat Jibril as. al-Quran yang diturunkan secara beransur-ansur ini mengambil masa selama hampir 23 tahun.
Ayat pertama diturunkan ialah ayat 1-5 daripada Surah al-‘Alaq yang diturunkan pada 17 Ramadan tahun 610 Masihi di Gua Hira’. Ayat terakhir ialah ayat 281 surah al-Baqarah yang diturunkan sembilan malam sebelum kewafatan Rasulullah.
Penurunan al-Quran sebenarnya telah memberikan sejuta rahmat kepada manusia. Imam ar-Razi dalam kitab tafsirnya menjelaskan, bahawa al-Quran itu adalah penawar kepada penyakit rohani dan jasmani.
Namun yang menyedihkan, terdapat ramai yang masih tidak menghargai al-Quran dan masih terdapat mereka yang memandangnya sebagai sesuatu yang tidak bernilai. Kalaulah diberi pilihan antara wang ringgit dengan al-Quran, rasanya ramai yang memilih wang daripada al-Quran. Kalau pun ada yang mengatakan bahawa ia memilih al-Quran, mungkin ia ibarat menanam tebu di bibir mulut tetapi hakikatnya adalah yang sebaliknya.
Sehubungan itu, kita wajar bermuhasabah adakah kita benar-benar menghayati kepentingan al-Quran dalam kehidupan kita atau sebaliknya?. Masyarakat Islam hari ini masih ketinggalan jauh daripada menghayati isi kandungan al-Quran dengan sebenar-benarnya.
Justeru, kita dapati al-Quran hanya akan berkumandang apabila berlakunya kematian, atau ia hanya akan dialunkan pada pembukaan majlis-majlis tertentu sahaja. Selepas itu, al-Quran kembali ditinggalkan. Inilah fenomena yang sepatutnya diubati agar ia tidak berterusan. Setiap orang Islam mesti berusaha sedaya upaya untuk membaca, memahami, menghayati dan mempraktikkan keseluruhan isi kandungan al-Quran dalam kehidupan.
Setiap orang Islam mesti berusaha sedaya upaya untuk membaca, memahami, menghayati dan mempraktikkan keseluruhan isi kandungan al-Quran dalam kehidupan. Dr. Solah Abdul Fattah al-Khalidi dalam bukunya Mafatih li al-Ta’amul ma’a al-Quran menyenaraikan beberapa tujuan utama al-Quran itu diturunkan. Antaranya ialah:
1. Untuk mendapat hidayah daripada Allah.
2. Untuk mewujudkan peribadi muslim yang unggul dan seimbang.
3. Mewujudkan masyarakat Islam tulen.
4. Sebagai senjata dalam menghadapi musuh-musuh Islam yang berusaha untuk menghancurkan Islam.
Untuk melihat bahawa kita benar-benar beriman dan yakin terhadap isi dan kandungan al-Quran tersebut perlulah, ada pada diri kita beberapa ciri sebagai tanda dan ukuran. Ciri-ciri yang dimaksudkan itu ialah:
1. Hendaklah kita sentiasa membaca dan berusaha menghafalnya. Dengan membaca al-Quran ia dapat menambah kebersihan jiwa, ketenangan, keimanan dan ketaqwaan kepada Allah. Dengan membaca al-Quran itu juga, kita akan mendapat ganjaran pahala dan syafaat dari Allah, sebagaimana maksud sabda junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w: “Bacalah al-Quran, sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat sebagai syafaat kepada pembacanya”.
2. Al-Quran itu hendaklah dibaca dengan tartil iaitu dengan bacaan yang terang, jelas dan betul mengikut ilmu tajwid.
3. Hendaklah kita sentiasa meneliti, memahami kandungan dan pengertian yang disampaikan dalam al-Quran. Allah berfirman yang bermaksud: Maka adakah mereka sengaja tidak berusaha memahami serta memikirkan isi al-Quran? Atau telah ada di atas hati mereka kunci penutup yang menghalangnya daripada menerima ajaran al-Quran. (Muhammad: 24)
untuk maklumat lanjut klik di sini TranungKite Online
Tuesday, August 2, 2011
CIRI CIRI MUKMIN PROFESIONAL

Mereka yang mempunyai keperibadian yang unggul dan hubungan yang mantap antara dirinya dan penciptaNya (hablu minallah) dan hubungan yang baik antara dirinya dan orang lain (hablu minannas)
Anas ra. berkata: Nabi saw. bersabda: Allah ta'ala berfirman: "terdapat 4 perkara, satu di antaranya menyangkut hubungan dengan Aku, satu menyangkut hubunganmu dengan hamba-hambaKu, satu untukmu dan satu untuk Aku. Adapun yang untuk Aku ialah bahwasanya engkau menyembah-Ku tidak menyekutukan sesuatu dengan Aku, sedang yang satu untuk engkau ialah bahwasanya apa yang telah engkau perbuat dari kebaikan Aku akan membalasmu. Adapun yang satu antara Aku dan engkau ialah bahwasanya engkau berdoa dan Aku menerima dan yang antaramu dan hamba-hambaKu ialah bahwasanya engkau merelakan bagi mereka apa yang engkau relakan bagi dirimu sendiri." (Riwayat Abu Nu'aim)
Muslim yang profesional dalam gerak kerja, yang melaksanakan sesuatu tanggungjawab dengan profesional.mereka melakukan kerja dengan ilmu dan kepakaran serta kemahiran terhadap kerja yang dilakukan. ia tidak hanya dikhususkan kepada golongan yang dikatakan profesional seperti doktor, bahkan nelayan dan petani juga boleh menjadi profesional sekiranya mereka melakukan kerja dengan baik dan menepati piawaian-piawaian tertentu.
Sabda Rasulullah s.a.w, 'Sesungguhnya Allah s.w.t menyukai apabila seseorang kamu bekerja dan melakukan pekerjaan itu dengan tekun.' (Riwayat Abu Daud)
Monday, August 1, 2011
LIMA GANJARAN MEREKA YANG TAAT SOLAT

Allah swt berfirman yang bermaksud:
“Sesiapa yang sentiasa menunaikan solat akan diberi ganjaran dengan lima cara iaitu:”
1. Dimurahkan rezeki.
2.Terlepas dari seksa kubur.
3. Di hari pembalasan, kiraan amalan dosa dan pahalanya diberatkan di sebelah kanan.
4. Mereka melintasi jambatan ke syurga dengan sekelip mata.
5. Terkecuali dari kiraan amalan.
Manakala sesiapa yang meninggalkan solat akan dikenakan seksaan dengan 14 cara iaitu lima seksaan di dunia, tiga ketika hendak mati, tiga seksaan di dalam kubur dan tiga seksaan ketika dibangkitkan semula daripada kubur.
Lima Seksaan di dunia ialah:
1. Hidup tidak diberkati dan tidak dimurahkan rezeki.
2. Tidak ada cahaya keimanan di mukanya.
3. Semua ganjaran bagi amalan baik dimansuhkan.
4. Permintaannya tidak dimakbulkan.
5. Tidak berhak daripada diingati oleh orang alim dalam doanya.
Tiga seksaan ketika hendak mati ialah:
1. Matinya dalam keadaan yang memalukan.
2. Matinya dalam serba kekurangan.
3. menderita kerana tersangat dahaga sehinggakan air seluruh lautan tidak dapat menghilangkannya.
Tiga seksaan dalam kubur ialah:
1. Kubur menjadi sempit dan menghimpit tulang dadanya hingga pecah dan berkecai.
2. Disediakan api di dalam kuburnya.
3. Ular dihantar bagi menyika si mati. Bentuk ular itu sangat dasyat. Matanya seperti bola api, kukunya diperbuat daripada besi yang panjang memakan masa sehari untuk sampai ke hujungnya. Suaranya bagaikan halilintar.
Ular itu berkata: “Aku diperintahkan oleh Tuhan untuk menggigit kau sehingga matahari terbit kerana kau tidak solat Zohor, menggigit lagi hingga petang kerana kau tidak solat Asar, menggigitt lagi hingga senja kerana kau tidak solat maghrib, menggigit kau hingga malam kerana kau tidak solat Isyak dan berterusan hingga ke pagi esoknya”.
Siksaan itu berterusan hingga hari pembalasan.
Selepas dihidupkan kembali daripada kubur, si mati akan menderita akibat tiga seksaan iaitu:
1. Segala amalannya akan dikira dengan teliti.
2. Kemurkaan Allah swt yang maha adil ke atasnya.
3. Dia akan dicampakkan ke dalam neraka.
Seksaan lain ialah tiga potong ayat ditampalkan di mukanya iaitu:
1. Wahai orang yang mencuaikan suruhan Tuhan maha kuasa.
2. Wahai orang yang menjadi tumpuan kemurkaan Tuhan.
3. Kerana kau melalaikan suruhan Tuhan ketika di dunia, jadi kau dilucutkan daripada menerima rahmat Tuhan.
(Maza Ba’da Qiyamuka)
Banyak orang pada hari ini ramai yang mengerjakan solat tapi tidak mampu untuk mendirikan solat...Ustazah kata mengerjakan solat dengan tubuh badan kita, tapi mendirikan solat dengan roh kita. yang lebih afdal dan banyak mendapat rahmat ialah orang yang berjaya mendirikan solat dengan roh yang hidup segar. Insyallah pilihlah mana yang terbaik...moga kita semua diberi hidayah Allah.
ALAT DAN PEMIMPIN ORANG MUKMIN

Diriwayatkan oleh Ka’ab dan Abu Hurairah bahawa mereka datang dan bertanya kepada Rasulullah saw.
Mereka: Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling pintar?
Rasulullah saw: Orang yang berakal.
Mereka: Siapakah yang paling berbakti?
Rasulullah saw: Orang yang berakal.
Mereka: Siapakah orang yang paling utama?
Rasulullah saw: Orang yang berakal kerana setiap kamu mempunyai pemimpin dan pemimpin orang mukmin ialah akal.
Setiap kamu mempunyai tujuan utama sebagai hamba Allah iaitu Akal (khayatul qulub)
Saidatina Aisyah berkata: Akal itu mempunyai sepuluh bahagian. Lima bahagain Nampak dan lima bahagian lagi tersembunyi.
Adapun yang nampak itu ialah:
1. Diam. Sebagaimana sabda Rasullulah saw
“Barang siapa diam, maka selamatlah dia, barangsiapa banyak bicaranya, maka banyak pula kesalahannya”
2. Sabar
3. Rendah hati. Sebagaimana sabda rasulullah saw
“Barangsiapa berendah hati, ALLAH akan mengangka darjatnya dan barangsiapa yang sombong, ALLAH akan merendahkan darjatnya”.
4. Takut kepada ALLAH
5. Mengawal hawa nafsu.
“Sesungguhnya engkau sentiasa sejahera selama engkau diam, tetapi apabila engkau berkaa, diulis bagi engkau atas engkau (yang baik atau yang jahatnya).”
Dari Hadith Mu’adh bin Jamal
