Monday, April 23, 2012

Benda nak jadi

Salam semua..

Buat insan yang berduka janganlah sedih. Mungkin kedukaan hari ini untuk kebahagiaan hari esok..siapa yang tau kan..

Sabtu lepas sesi persekolahan ganti tuk sekolah kebangsan daerah Johor Bahru dan kawasan yang sewaktu dengannya. Tetiba saya dapat relief gantikan seorang guru perempuan. Hari sabtu kebiasaannya memang tak ramai guru yang hadir kerana ramai yang ke kuliah kerana sambung belajar. Jadi setiap guru yang hadir ada tugasan masing-masing. Dipendekkan cerita pagi tadi saya Nampak cikgu perempuan tu hadir ke sekolah..tapi kenapa ada relief untuk dia..em..dalam hati tak mengapalah..

Lepas je keluar kelas, saya dapat makluman yang kawan saya tu dapat panggilan kecemasan. Anaknya terkena air panas. Anaknya berusia 8 bulan. Ketika itu tinggal dengan suaminya di rumah, sementara isteri ke sekolah. Memandangkan rakan saya ini tinggal di Johor. Manakala suaminya sekali sekala datang menjenguk anak dan isteri, kerana terpaksa bertugas jauh di Pahang. Kawan saya pun baru je mohon tukar untuk mengikuti suaminya. Maklumlah sejak posting sampai sekarang hidup berjauhan. Rakan serumahnya juga berkahwin dan suami masing-masing berjauhan. Kebetulan hari itu isteri masing-masing ke sekolah. Tinggal hanya suami-suami mereka dan anak kecil.

Cerita tentang anak tadi, waktu tu suaminya meninggalkan anaknya sendirian di bilik dan tinggalkan anaknya untuk pergi mandi. Entah bagaimana situasi berlaku, kebetulan kawan saya tu tinggal menyewa bilik bersama sahabatnya di apartment berhampiran sekolah. Jadi dapat bayangkanlah bilik penuh dengan barang-barang. Macam kittle, mungkin hanya terletak atas lantai je. Bersebelahan ada laptop. Jadi anak kecil ni tercapai kittle berisi air panas. Kemudian air tersebut tertumpah dilantai. Anak kecil tadi terus menepuk-nepuk air yang berada di lantai. Tanpa sedar air panas tadi menyebabkan  melecur ke seluruh badan.  Subahanallah bila je dengar cerita tu berderau darah saya. Teringat pada anak-anak kat rumah.

Kesan melecur tu hampir 20 peratus jugak. Daging dan kulit melecur teruk. Dan yang paling kritikal di tapak tangan. Doktor beritahu mungkin ambil masa sebulan  untuk pulih. Ketika itu perang salah menyalah mungkin berlaku.. Maklumlah anak kan. Siapa yang cuai dia yang kene teruk. Cuba kalau isteri yang cuai siaplah suami marahkan isteri kerana kecuaian. Tapi memandangkan kisah kawan saya tadi, suaminya memang cuai dan akur kesilapannya. Baru dia tahu bukan senang nak jaga anak. Lagi-lagi tengah buas dan aktif kan..Tapi suami jenis sabar. Terima sahaja cemuhan isteri. Pada saya nak salahakan sebelah pihak pun tak adil jugak. Mungkin kalau tak jadi mecam tu ibu pun tak sedar bahawa tempat dia meletakkan bekas air tu tak sesuai. Nak harapkan suami yang jarang-jarang jaga anak memang kene fikirkan keselamatan untuk mereka berdua sekaligus. Tapi yang pastinya semua tu kita balik pada takdir Allah.

Tuk diri sendiri pula ia sebagai ikhtibarlah. Sebagai ibu kadang kita ambil lewa je. Kadang-kadang benda tu kecik je. Tapi tak sangka impaknya besar. Bayangkan bila dah jadi macam tu..sapa yang susah. Terpaksa ambil cuti tanpa gaji tuk jaga anak yang sakit. Ya Alah mintak dijauhkan lah pekara macam tu berkalu pada diri saya dan anak-anak.  Kadang-kadang bila dah letih bila balik sekolah terus ambil anak-anak. Kita tertidur tak sedar. Bila anak bising nak marah-marah. Ada lebih baik kalau budak-budak tu tinggal je sementara kat taska. Sampai masa ambil anak-anak. Memang letih, lagilah nak tambah anak lagi nanti.

Tips: Bila anak melecur atau tanagn kita sendiri melecur.

Rendam anggota badan yang melecur tadi dalam air sejuk. Tak perlu siram pada kulit tadi takut kalu kulit yang sensetif nanti kesanna lagi teruk. Dan ingat benda yang tak perlu dan selalu kita buat silap. Jangan sesekali letak kicap ke, colgate ke..itu salah!!!

Rendam dalam air sejuk lebih kurang 20 minit. itu sahaja..kemudian terus bawa ke klinik atau hospital.

Sedikit pesanan tuk diri sindiri:

Teringatlah pesan Ustaz Don, dalam meseg yang di hantar di Facebook. 

Kena rerajinlah kita beringat. Kadang-kadang kerja yang kita buat tak standing dengan gaji yang kita dapat. Mungkin ada juga yang tak berkat. Untuk menyucikannya amalkan sedekah. Lebih kuranglah niatkan sedekah tuk anak-anak dan keluarga. Mudah-mudahan rezeki kita sentiasa diberkati. Tapi kalau benda nak jadi..jadi jugak..Takdir Allah. Mungkin ada hikmahnya…

Maaf kalau ada yang terasa. Pesanan ini tuk diri saya jugak yang selalu lupa.


Wednesday, April 18, 2012

Malam ni macam ada yang tak kena..

Ahlan wasahlan....
"Subahanallah....napelah baby dalam kandungan ibu ni bergerak tak henti dari tadi". Tertanya-tanya pada hati. Seperti ada yang tak kena. Bayangkan baby saya bergerak hampir satu jam. Nak tidur pun tak selesa sebab sakt pinggang, lebih-lebih lagi time baby bergerak.
"Cuba abang rasa perut ni. Aktif sangat dia malam ni. Saya tak boleh tido.."
Tinggallah encih suami tidur dengan lena bersama anak-anak. Kalu seingat saya masa pegi checkup petang tadi doktor kata hanya ada 3 tanda je yang perlu segera ke hospital bila rasa nak bersalin:
1. Bila baby kurang gerak seperti yang kene catat hari2 tu.
2. Bila ada tanda macam darah atau air ketuban pecah.
3. Bila ada ransangan, tapi kene set timing berape minit sekali sakit. Kalau dah mangkin 5 minit sekali tu makanya kene cepat-cepat g hospital.

Tulah yang saya ingat pesanan doktor petang tadi. Kalu nak kira anak-anak yang sebelum ni pun sama jugak. Anak pertama keluar tanda air ketuban pecah baru saya ke hospital. Tapi anak yang kedua,  3 hari sakit tapi kejap2 ok. sakit yang beberape minit tp saya masih boleh tahan lagi di rumah. Sampailah hati rasa tak sedap pi check kt hospital rupenya contraction yang 3 hari tu baby dah bukak jalan 5 cm. tapi kes malam ni lain macam sikit la.

Baby gerak kuat sangat. tengelam timbul perut saya dibuatnya..Jadi hati saya tak tenang. fikir macam-macam. Saya kejutkan suami mintak dia ambilkan  air zam zam ada simpan dalam rumah kami tuk kes-kes kecemasan macam ni. Suami ambilkan dan terus sambung tidur. Masih lagi tak tenang. Mangkin kuat dia menendang, pusing, segala macam sampai mengeras beberapa kali. Saya terus buka audio bacaan yasin dan perdengarkan. Sebab teringat Halaqah sebelum ni pasal baby yang dengar bacaan al-quran akan tenang dan badan seolah seperti sujud. lama saya perdengarkan al-Quran dari surah Yasin sampai ke surah Maryam..Baru rasa ok dan kurang geraknya. Tapi sakit pinggang tak kebah lah. Buatkan mata saya tak boleh lena malam ni.

Harap-harap baby saya sihat. Dan saya dapat tidur dengan tenang malam ini. Rasanya kalu dia gerak tu tandanya dia okay kot. Tapi kalu Baby kurang gerak tu yang patut risau. Alahai ibu mengandung ni..macam-macam plak kerenahnya. itu tak kene, ini tak kene. Bila Allah dah bagi mengandung asik mengeluh jer. Sakit sana sakit sini. Patutnya pi mintak tolong dengan Allah. Ni tidak duk mengarut malam-malam buta nih. Dah la esok nak g keje. Kang lewat bangun plak.


Monday, April 16, 2012

Saya Sentiasa Mendoakan Kebahagian Sahabat-sahabat

Assalamualaikum salam seluruh seisi alam..

Terharunya bila terbaca kisah rakan-rakan di blog..Untuk membalasnya sengaja saya tag di sini "Saya akui saya juga merindui sahabat-sahabat saya".

Walau apa yang kalian lakukan saat ini. Memberi kebahagiaan kepada orang lain, membahagiakan hati insan yang sunyi sesuatu yang dianggap amal jariah jugak. Saya tau lama sahabat saya menanti cahaya mata keduanya..tapi percayalah allah maha mengetahui segala-galanya. Dia yang memberi rahmat dai yang memberi rezki.

Sebelum ini saya pernah mengadu pada seorang sahabat juga. Sahabat rapat zaman sekolah dulu. ketika itu saya dapat tahu yang sedang mengandung anak ke tiga..ya..yang dalam kandungan ini..Waktu tu macam tak boleh terima kenyataan  sebab anak-anak yang lain masih kecil lagi. Boleh ke saya menguruskan anak-anak nanti. Alahai..Baru nak mula bekerja kan..Tapi saya percaya pada nasihat seorang sahabat, katanya setiap anak itu ada rezkinya..insyallah allah telah menetapkan rezkinya, jodohnya dan ajal mautnya sejak dari dalam kandungan ibunya...

Al-maklumlah bila ibu dah keluar bekerja, dan anak-anak terpaksa dihantar ke taska perbelanjaan pasti meningkat. Lagi-lagi di bandar. Taska anak saja dah rm250  ke rm300 seorang tuk baby dan anak yang barumur 2-3 tahun.Kiralah sendiri...tapi tu lah pengorbanan ibu. bagi saya tu tanggugjawab saya tuk bayar kembali kepada pengasuh. Walaupun dugaannya besar saya harungi jua dan menerima dengan redha..Mungkin inilah rezki Allah..

Teringat pesanan ustazah kt radio minggu lepas.. Bila seorang ibu itu melahirkan anak pada awal usianya 4 bulan hendaklah dia menerima dengan hari yang derha dan gembira menyambut kelahiran anak tersebut. Kerana dari usia itu kita membentuk hatinya menjadi anak yang soleh dan solehah.

Disini saya petik beberapa hadis tentang zuriat yang boleh kita kongsikan bersama sebagai renungan...Tuk sahabat saya tu..jangan bersedih hati.. Saya doakan juga dia mendapat berita gembira suatu hari nanti. Mungkin lama menanti itu adalah lebih baik. Kan sabar itu ada kemanisannya...

“Setiap kelahiran (anak kecil) dilahirkan dalam keadaan fitrah, maka kedua ibu bapanya menyahudikannya, atau menasranikannya, atau memajusikannya, sebagaimana haiwan melahirkan (mengeluarkan) haiwan, adakah kamu lihat padanya sebarang kecacatan (kekurangan/kelainan)”
(HSR Bukhari No. Hadis 1296, Muslim No. Hadis 6828)

Doa mohon ditambah keturunan...berdoa dengan penuh pengharapan agar diberikan zuriat, sebagai penyambung keturunan.
Firman Allah (Surah Al-Anbiya’, 89):
وَزَكَرِيَّا إِذْ نَادَى رَبَّهُ رَبِّ لَا تَذَرْنِي فَرْداً وَأَنتَ خَيْرُ الْوَارِثِينَ
Dan (ingatlah kisah) Zakaria, tatkala ia menyeru Tuhannya: "Ya Tuhanku janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri (tidak mempunyai zuriat keturunan) dan Engkaulah Waris Yang Paling Baik (diserahkan segala urusan kepadaMU) .
Jangan bangga kerana anak ramai..sebaiknya bermuhasabah pada hadis ini untuk memikul tanggugjawab mendidik dan mengasuh anak-anak seperti amanah yang amat berat.
Firman Allah (Surah Al-Anfal, 28):
وَاعْلَمُواْ أَنَّمَا أَمْوَالُكُمْ وَأَوْلاَدُكُمْ فِتْنَةٌ وَأَنَّ اللّهَ عِندَهُ أَجْرٌ عَظِيمٌ
Dan ketahuilah, bahwa hartamu dan anak-anakmu itu hanyalah sebagai cobaan dan sesungguhnya di sisi Allah-lah pahala yang besar.
FirmanNYA lagi (Surah Al-Taghabun, 15):
إِنَّمَا أَمْوَالُكُمْ وَأَوْلَادُكُمْ فِتْنَةٌ وَاللَّهُ عِندَهُ أَجْرٌ عَظِيمٌ
Sesungguhnya hartamu dan anak-anakmu hanyalah cobaan (bagimu), dan di sisi Allah-lah pahala yang besar.
 


Sunday, April 15, 2012

Tekenang Kisah Sampai Beranak Tiga.


Salam semua.

Tengok jam kat dinding sekarang dah pukul 4.30pg.Dari jam 3.00 pagi tadi tersedar dari tidur, tapi sampai sekarang ni mata tak nak lelap lagi. Jap lagi nak pi sekolah tengah2 drive mula lah nak mengantuk. Kul 6.20 pagi dah kuar rumah..terdengar jiran sebelah yang keje kat Singapore tu bukak gate rumah dia. Jam 4.30 pagi. Terlambat kot hari ni..selalunya jam 4.oo dah dengar derang bergegas keluar. Kalau tak jem kat Tambak Johor sebab tu keluar awal pagi elakkan jem..

Biasalah sintom2 perut dah membesar 8 ke 9 bulan terakhir ni memang biasa saya lalui masa mengandung. Tak lama lagi nak bersalin. Kira macam latihan jugaklah tuk hadapi hari2 bila baby kuar nanti. Sintom tak cukup tido..agaknye sebab tulah badan saya tak mau turun dan naik tak turun-turun..sebab hormone dalam badan tak menentu. Lagilah bela anak kecil.Tak sempat yang ke2 nak besar dah tambah lagi..memanglah badan macam ni jerk.makanlah ubat kurus apa jenama pun..tetap sama jugak..huhu..



Bila time tak boleh lelap ni teringat zaman saya masa kat Maktab dulu. Masa tu ngandung jugak anak ke2. Tapi senyap2 jerk.Tak banyak infaction masa mengandung. Tapi dugaan datang hebat jugaklah. Masa kat maktab senyap je tak sape yang tau. Cuma rakan terdekat dengan beberape orang pensyarah rapat..Perut kecik orang pun tak perasan..time tu pergi kelas pakai baju besar-besarlah..
Kala itu masih segar diingatan waktu nak aply KPLI. Masa tu bersalin anak pertama masih dalam pantang. Lepas abis study kat UiTM terus kawin. Tak DAN nak keje pun. Time tu umur pun dah masuk 26. Kawin je terus dapat anak pertama. Jadi makanya,  kawan bagitau ada bukak permohonan KPLI. Mak yang beria beno suh try..Isilah borang. TUP TUP…panggilan tuk exam..masa tu masih dalam pantang lagi..baru sebulan bersalin kot..ngadap jugak paper. Sampailah g interview. Mak yang sudi menemankan anak ku Husna ketika tu masih galak menyusu. Tetiba dapat je result KPLI tu terus air mata bergenang tak boleh tahan…



Ingat lagi dialog tu dengan MR HUBBY..”Bang..kiter dapat KPLI. Tapi kt PERLIS”..suami kata “Tahniah lah..rezki awak, rezki anak jugak. Cita-cita awak nak jagi cikgukan..” “tau..tapi kenape kat Perlis…” (sambil sedu sedan nagis. Masih tak dapat terima kenyataan). Masa tu dia bagi tempoh berfikir Cuma 3 hari jerk. Tak pergi nama terus reject. Mana nak uruskan keperluan dan borang, mana nak uruskan perjalanan dan kelengkapan sume..fikir plak anak yang masih baby nak ditinggalkan…fikiran bercelaru. Sambbil cam tak caye.. tapi gagah jugak demi cita-cita dan masa depan anak. Macam tak betul je tindakan saya ketika itu.macam tak logic pun ia jgak…


Malam tu suami antar saya ke Perlis naik bas. Kami tak sempat nak prepair tambang dan transport. Yang ada bajet time tu Cuma cukup2 tuk tambang bas jerk. Anak masa tu mak saya yang jaga sementara suami antar isterinya sambung belajar lagi. Sepanjang saya takde tu dia yang gantikan tempat saya..Syukur dapat suami yang memahami. cerita dalam bas sepanajang perjalanan saya menangis ingatkan anak yang masa tu 4 bulan. Sempat jugak dia tunjukkan bakat kat saya yang dia yang baru nak belajar meniarap..HUHU sedihnya..tahap kesedihan yang tak tertanggung bila pam susu dan terpaksa buang kat singki…tulah kesedihan yang tak boleh tahan bagi seorang ibu bila mana anak takde depan mata. Teringat anak seminggu dalam orentasi mata bengkak tak peduli orang kata apa…tapi bila dengar berita anak sihat dan happy..barulah hati ok.tak sedih tak sayu. Seolah2 dia merestui  pemergian saya. Perjuangan harus diteruskan.. Bermulalah episode saya bergelar sebagai warga Maktab..


Dalam diam masa berlalu, sedar-sedar dah 4 ke 5 bulan cam tu perut saya pulak ada isi. Dalam diam-diam, ingat lagi time tu kene pi kursus pegakap.. Biasalah kawad ke berlari ke lenjan jerk. Lepas tu sibuk pulak pi masuk hutan kartulistiwa kat Banjaran Titiwangsa…kat tengah hutan tebal tu gi SBE program school base experience ajar murid orang asli. 2 minggu cam tu.. Lenjan sampai naik kete four wheel drive. Macam tak caye punyelah lasak tak tau dah de bby kat dalam. Balik maktab sibuk aktiviti koko. Main sukan bola jaring terlompat-lompat selamba jerk.. Memang dah nak jadi rezki anak kedua saya terpaksa rahsiakan pada pihak IPG ketika itu..(Hambe mintak map ler..) 
Masa tu bukan saya sorang..tapi berteman dengan seorang kawan. Dia pun sama mengandung anak pertama. Baru kawin ko…Tapi okaylah. Kami Berjaya menempuh aktiviti lasak dengan jayanya. Mengharungi pahit getir sesame. Ada gak kawan tuk ngadu sakit pening. Maklumlah suami jauh. Masing-masing bawak diri. Kalau sorang tak boleh tido dengan sesame tak boleh tido. Jarak kandungan pun dalam sebulan. Tapi malangnya kawan saya tu bersalin terawal dan tak sempat nak teruskan peperiksaan akhir. Masa tu  kami lagi sebulan nak exam. Dan samalah saya pun betul2 nak final lagi seminggu exam…dah bersalin. Mujur masa tu dah balik JB..sebab terasa tak sedap hati. Dengan rela hati menyerah diri dan minta dikantui kan..Pihak Maktab bila tau marahlah..Kira kes tersembunyi. Saya cuma dapat tindakakn kena gantung peperiksaan jerk.

Tau-tau setahun jugak saya baru dapat sambung semula. Setahun tempoh yang lama. Puas jugak saya jaga anak saya Husna dan Elissa. Dapat besarkan derang depan mata dengan tangan sendiri. Mujur jugak ketika itu ada kekosongan KPLI Muzik kat IPG Temenggong Ibrahim. Tak jauh dengan rumah. Kawan baik saya Fiza pun sama jugak. Kami sambung kat maktab yang sama. Dan kini lebih bersyukur bila posting terus dapat negeri yang sama..masih di Johor. Fiza posting di sekolah lama saya masa Guru Sandaran dulu. Dan saya terus mengadap Guru Besar masa Guru Sandaran dulu..huhu…pusing-pusing kisah nak 9 ke 10 tahun jumpe lagi dengan Datin Hapipah tu..Tapi tak lama dah, dia pun dah nak pencen.  Hari-hari mengadap muka dia…kerja cam biasa jerk. Walaupun dah lama kenal. Bodek membodek bukan cara saya bekerja. Dia terus membebel melakukan tugasannya sebagai ketua. Dan saya melaksanakan apa yang disuruh.Tak nak dendam-dendam ke, walaupun gred saya tinggi skit dari dia. Bagi saya banyak yang perlu saya pelajari. kutuk mengutuk.Biar orang lain cam tu tapi prinsip saya tetap sama..buat je kerja selagi mampu. Kalau tak mampu stop dulu rehat..pastu sambung balik… TQ la Datin. Walaupun Datin pernah kata, datin tak faham cara saya bekerja. Tapi saya sentiasa doakan Datin bahgia dunia dan akhirat. Dan moga sisa-sisa kerjaya Datin ni bagi senyuman madu paling manis tuk hidup Datin. Walaupun sebenarnya kita tak perlukan orang tuk hargai diri kita, tapi yang penting kita puas dan menghargai kerja orang lain yang banyak membantu.. Mudah-mudahan Allah buka hati Datin tuk fikirkan semua  ini…(pasal ramai sangat yang kutuk-kutuk Datin. Saya kesian kat derang tu. Tak sedar derang dah bagi Datin berbakul-bakul pahala setiap hari.) Yang pastinya saya tak sempat nak mengadap hari Datin pencen  nanti 22hb6. Sebab dijangka due 2 hb 6 tuk anak yang ketiga pulak (anak kali ni rezki posting).huhu...mudah2an Allah buka rezki untuk anak dalam kandungan ini.Juga untuk anak-anak ku yang pertama rezeki KPLI, Yang kedua ni rezeki kat Maktab dan yang ketiga ni ayahnya kata rezeki posting. amin..

Hehehe…sesaje lah duk terkenang balik camana pahit getir saya bergelar seorang guru dan kisah anak-anak ku. Tapi yang pastinya dimana ada usaha disitu ada jalan. Dimana ada keikhlasan disitu ada kemanisan. Kepahitan tak beerti pahir selamanya. Tapi kepahitan dihujungnya ialah kemanisan….seperti juga iman…Kesabaran membuah kemanisan dihujung sabar…

Dah..siap-siap nk pi SCHOLL pagi ni…Salam hari Isnin semua..moga ceria.

Wednesday, April 4, 2012

Minggu-minggu yang sibuk

salam sejahtera ke atas semua umat Muhammad saw..semoga mendapat keberkatan pada setiap yang kita lakukan.

Saya memulakan bicara dengan tugasan saya. Walaupun busy di rumah menguruskan anak-anak dibawah jagaan saya, sempat juga untuk melaksanakan tugasan yang diberikan. Kadang-kadang sambil pantau budak-budak baut kerja sekolah, sambil saya buat kerja saya jugak. Maklumlah sekolah saya sedang berusaha untuk dapatkan anugerah NEW DEAL. Makanya semua guru-guru dikerah untuk buat perubahan pada bilik-bilik khas terutamanya, bilik-bilik darjah jugak. Hampir jam 11 malam baru dapat tidur lepas budak-budak dah nyenyak tidur..tak kira dah budak kat dalam ni duk tendang-tendang sebab terlalu letih..agaknye baby boleh bercakap mesti dia mengeluh "cepat la tidur mummy..saya letih.."huhu...agaknyelah..

Nilah beberapa kerja saya yang saya pulun gara-gara nak cantikkan Perpustakaan Sekolah dengan Bilik Muzik..



hasil kerja yang tak seberapa.Bnayak lagilah yang saya pulun dan dah tampal kat papan sekolah. Ada juga bahan BBM yang saya beli kat internet. Tulah bila pikir-pikir balik tak guna dulu kat 'U' belajar pasal fotografi dan editing pastu bila beli bahan BBM tu rasa ruginya..alahai kalau rajin boleh je buat sendiri..hehe...cadang-cadang kalau dah abis pantang nanti ada masa boleh lah saya pulun wat BBM banyak-banyak. Manalah tau bermanfaat..sampingan tu dapat gak duit poket sikt-sikit..Orang sekarang ni macam-macam cara nak buat duit..Yang penting halal...tambah rajin dan tambah usaha sedikit..

Sedikitlah...cerita yang nak di update bulan ini..Kejap je dah bulan April..tunggu masa lagi..tak sabar nak sambut baby saya..Harap dia sihat. Saya juga tak harap apa-apa ganjaran, bila jaga budak-budak ni..selalu sebut.doakan Mak Ngah mudah bersalin ye...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...