Thursday, August 25, 2011

Keluhan wanita yang tak dapat beribadah 10 malam terakhir Ramadhan.

Assalamualailum...

Dengan nama Allah yang maha pemurah dan pengasih

Di sini saya titipkan artikel yg saya cari2 untuk persediaan bila hadapi situasi seperti ini...bacalah abis eh...boleh gak jadi panduan. Saya mintak izin nak kongsikan artikel ni dalam blog saya mudah2an boleh jadi rujukan saya dan dimanfaatkan semua. Maklumat lanjut boleh klik kt laman web di akhir penulisan ini...

wallahualam.

Tajuknya:Ibadah 10 Terakhir Ramadhan Bagi Wanita Haid
By Shahmuzir

“Aduhai, tak boleh pulak nak beribadah di 10 terakhir Ramadhan ni…” isteri saya mengadu kepada saya dengan nada sedikit kecewa.

Kesian pula saya melihatnya. Saya faham sangat apa yang terpaksa dihadapi beliau. Tentunya semangat beliau berkobar-kobar ingin memenuhi 10 terakhir Ramadhan ini dengan ibadah-ibadah sunnat. Namun, apakan daya. Ia taqdir ALLAH yang seseorang itu mesti redha. Saya lalu menasihati beliau dengan beberapa nasihat yang mudah-mudahan dengan nasihat itu bisa menaikkan semula semangat beliau untuk beribadah di 10 terakhir Ramadhan walaupun dalam keadaan ‘uzur’.

Berikut adalah beberapa nasihat yang wajar diamati oleh para muslimah sekiranya didatangi haid sedangkan di dalam hati bersemangat hendak beribadah. Disenarai juga beberapa ibadah yang boleh dilakukan sebagai alternatif kepada solat, puasa dan iktikaf di masjid yang dilarang mereka melakukannya ketika haid.

1. Redha dengan ketentuan ALLAH

Mempunyai perasaan redha terhadap ketentuan ALLAH adalah sesuatu yang sangat penting ada di dalam hati seseorang mukmin. Ia menandakan keimanan seseorang terhadap qadar dan qadha ALLAH. Sifat redha akan membuatkan seseorang itu menjadi tenang dan bersangka baik dengan Tuhannya. Dan sifat redha ini adalah sifat yang mahmudah yang insyaALLAH besar pahalanya di sisi ALLAH. Bukan senang seseorang itu hendak redha. Justeru, redhalah. Ada ganjaran pahala buat orang-orang yang redha, insyaALLAH.

Redha adalah tanda kehambaan hamba kepada Tuhannya.

2. Bangun malam di 10 terakhir Ramadhan

Memang ibadah terbaik di waktu seperti malam adalah solat-solat sunnat. Namun, disebabkan oleh wanita-wanita haid tidak boleh bersolat, maka hendaklah dicari ibadah lain bagi menggantikannya supaya kelebihan beribadah pada waktu malam tidak dibiarkan begitu sahaja. Contoh ibadah yang boleh dilakukan ialah:

Membaca ayat-ayat al-Quran dan terjemahannya tanpa memegang mushaf al-Quran. (Rujuk fatwa di sini.)
Dzikrullah iaitu mengingati ALLAH samada melalui lidah, hati atau perbuatan. Banyak kalimah-kalimah dzikir yang boleh diucap dan diamati berulang-ulang kali seperti:
“SubhanAllah” (Maha Suci ALLAH)
“Alhamdulillah” (Segala Puji Bagi ALLAH)
“Allahu Akbar” (ALLAH Maha Besar)
“La Ilaha illa ALLAH” (Tiada Tuhan selain ALLAH)
“SubhanAllahi wabihamdih, SubhanAllahil`Azim” (Maha suci ALLAH dengan segala pujian kepadaNYA, Maha suci ALLAH Yang Maha Agung)
“La hawla wa la quwwata illa biLLAH” (Tiada daya dan tiada kekuatan melainkan dengan ALLAH)
Dan lain-lain lagi.
Memohon ampun kepada ALLAH iaitu beristighfar. Ucaplah “Astaghfirullah” (aku memohon keampunan ALLAH) berulang-ulang kali. Memohon keampunan daripada ALLAH adalah ibadah yang utama dan penting untuk dilakukan seseorang mukmin.
Berdoa memohon apa yang dihajatkan untuk kebaikan di dunia dan di akhirat. Berdoa juga adalah ibadah.
Bersolawat ke atas Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wasallam.
Muhasabah diri.
Membaca buku-buku agama yang darinya boleh menimbulkan keinsafan dan peningkatan Iman serta makin dekat dengan ALLAH.
Tidak ada sebab untuk seseorang meninggalkan ibadah berjaga malam walaupun sedang mengalami haid. Apatah lagi peluang menghidupkan malam pada 10 terakhir Ramadhan. Kerana di dalamnya kita sangat digalakkan untuk memburu Lailatul-Qadar. Oleh itu, janganlah ditinggal terus dari beribadah pada waktu malam walaupun anda sedang didatangi haid.

3. Ibadah-ibadah dan lain-lain amalan soleh.

Menghadiri majlis-majlis ilmu.
Menjauhi perbuatan-perbuatan syubhah dan haram terutama yang melibatkan lidah.
Memberi nasihat, amar ma`ruf nahi mungkar.
Menulis di emel, blog, laman sosial dan lain-lain bentuk penulisan yang mengajak manusia kembali beragama.
Menyediakan juadah berbuka puasa untuk ahli keluarga dan taulan yang berpuasa. InsyaALLAH, seseorang yang ikhlas memberikan makanan kepada orang yang berpuasa untuk berbuka akan turut memperolehi pahala berpuasa tanpa mengurangi pahala orang berpuasa itu.
Melakukan amalan-amalan sampingan lain seperti menyediakan juadah untuk bersahur dan mengejut anak-anak untuk bangun sahur juga boleh dikategorikan sebagai amalan-amalan yang soleh yang bakal mendapat ganjaran ALLAH Subhanahu wa Ta`ala.
Membantu orang yang kesusahan.
Menyebarluaskan salam.
Dan banyak lagi tidak terkira.
Itulah antara sebahagian yang sempat saya fikirkan untuk dimanfaatkan oleh wanita-wanita yang berada di luar sana. Menurut isteri saya, memang ramai wanita yang tidak sedar akan ibadah-ibadah lain yang ada di dalam ISLAM. Mereka ingat hanya solat dan puasa sahaja ibadah. Ketidaksedaran ini membuatkan para wanita yang didatangi haid mati akal dalam mengisi masa yang berharga di dalam bulan Ramadhan. Terbuanglah peluang begitu sahaja, malah ada yang tidur sahaja disebabkan oleh pada anggapan mereka bahawa mereka tidak boleh melakukan ibadah.

ALLAH Maha Pemurah. Banyak peluang lain yang ALLAH sediakan buat hambaNYA. Dan pahala dariNYA memang DIA sediakan buat hamba-hambaNYA yang suka mencari keredhaanNYA. Konsep ibadah ini terlalu luas. Bukankah seluruh kehidupan kita juga boleh jadi ibadah? Selamat beribadah di 10 terakhir Ramadhan.

ALLAHU A`LAM.

- www.muzir.wodpress.com

Wednesday, August 24, 2011

uCAPAN sELAMAT HARI rAYA

Assalamualaikum..

dengan nama Allah Yang maha Pemurah dan Pengasih

Salam diucap kepada semua atas segala kesilapan yang telah lalu. Sedih rasanya untuk meninggalkan Ramadhan kali ini. Yang rasanya lebih bermakna berbanding tahun2 sebelumnya..

Walaupun begitu madrasah Ramadhan tahun ini diharap dapat mendidik diri saya dan semua kearah lebih bertakwah. Namun masih berbaki Ramadhan ini diharap dapat dimanfaatkan dengan sempurnanya.

Andai ini Ramadhan terakhir ku...
Andai ini Ramadhan terakhir ku sihat dan berupaya melakukan ibadah dengan tenang tanpa kesibukan maka hargailah ia sebaiknya..Allah maha pengampun dan menerima taubat. Percayalah sesungguhnya perjalanan kita seterusnya menuju akhirat yang kekal abadi.

Semoga lebaran yang akan menjelang nanti menjadikan diri ku lebih bertakwa, lebih menghargai orang lain dan bukan mengharap penghargaan orang lain.dan sentiasa mencari keredhaan ALLAH swt..insyallah.

Macam Ustaz & Ustazah kata..."walaupun Ramadhan berlalu, amal ibadah akan sentiasa berterusan. Walaupun sedikit namun ia berterusan insyallah akan mendidik jiwa kita ."

Insyallah..kepada semua ampun maaf andai terdapat kesilapan yang saya lakukan sepanjang penulisan blog ini. Niat saya hanya untuk berkongsi yang baik2. Andai ada yang boleh dimanfaatkan bersama alhamdulillah...Kurang lebih itu datang dari kelemahan saya..yang lebih itu datang dari Allah jua.

Wallahualam...

Monday, August 22, 2011

Radio tak putar lagu raya?

Assalamualaikum...

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.

Salam Ramadhan..hari ni dah masuk ramadhan ke-23. Malangnya semangat raya ni tak datang-datang. Semangat raya tahun ni tak sama macam tahun yang sudah.

Mengenang semangat raya tahun-tahun yang lalu bila pertengahan puasa je dah sibuk dengan persiapan menyambut raya. Berbeza tahun ini, memandangkan tahun ini saya tak ambil tempahan biskut raya. Jadi tak sesibuk tahun yang lalu. Sengaja tak mahu hidupkan suasana raya...atau menghargai Ramadhan...2 pekara yang mungkin bermain difikiran orang lain. Tak kisahlah apa-apa pun pendapat kalian.

Sejak saya mula menukar chanel Radio kepada Radio IKIM, radio kegemaran saya sekarang ini mood raya tu sedikit sahaja berbanding sebelum-sebelumnya.

Mula-mula tu macam pelik jugak bila lagu raya takde ke kat radio IKIM ni. Ada satu hari tu, seorang pemanggil buat panggilan dengan DJ radio mintak diputarkan lagu raya, namun DJ tu kata, "lagu raya belum lagi eh..harap maklum". Sebenarnya, mereka nak menghormati kepada mereka-mereka yang masih bersemangat memanfaatkan bulan Ramadhan. Ini kerana kebanyakkan orang yang mendengar IKIM ni pun antaranya Ustaz2, Ustazah2, makcik2, pakcik2, mungkin juga para akademik yang rata-rata menghargai ilmu.

Perkataan yang selalu diulang-ulang oleh DJ ialah "..hayati 10 malam terakhir...", "...sama-sama meningkatkan ibadah, mencari malam lailatul Qadar..". Kata-kata semangat macam ni buat saya kadang-kadang leka kepada kenikmatan dunia. Kalau orang lain sibuk pergi shoping 10 malam terakhir ni, saya tak lalu nafsu nak bershoping.

Bukan bermaksud orang lain tu tak baik, dan saya ni ni terlalu baik. sebenarnya saya hanya nak cerita mood raya saya ni tak sama macam dulu. lagi pun banyak persiapan raya saya dah buat awal.sebelum puasa lagi.beli baju anak-anak, beli kasut raya, menjahit baju raya anak-anak dan baju sendiri tu sikit-sikit je saya buat.

Selebihnya tu sambutan hari raya ni sederhana sahaja. Takdelah semua pekara wajib tukar baru. Saya sedang belajar, macamana nak jadi orang yang bersederhana. Tapi syukurlah banyak yang saya pelajari.Syukur saya mula menghargai nilai wang, nilai kasih sayang, nilai sedekah,nilai puasa dan kelebihannya. Sebenar-benarnya banyak mendidik jiwa.

Harap ia berterusan sampai akhir Ramadhan..dan mendidik jiwa sampai bila-bila.amin.

Apa yang penting, walau meriah mana pun raya jangan sesekali kita sampai bergolok gadai, berhutang sana sini semata-mata nak sambut raya. Beringat2 wang yang ada tu, manfaatkan sebaik-baiknya. Fikir2 pulak abis raya ni..insyallah ingatan untuk diri saya juga..

Wah baru pagi ni radio IKIM kuarkan lagu raya. lagu-lagu berunsur nasyid tapi masih dalam mood raya...menandakan mood raya dah mari lah ni...mudah2an semua persiapan akan selesai. nak siapkan baju raya yang sikit lagi nak setel tu, kemudian buat biskut raya balik kampung nanti nak buat dengan mak di kampung. Rasanya cukuplah 2 hari tu tuk beberapa jenis. Syukur sebab ramai orang dah sedar tentang berjimat-cermat..syukur..kita saling ingat menggigatkan..

Sebenarnya dalam hati ni tak sabar jugak nak tengok anak-anak bergaya berbaju raya yang dibuat sendiri. Tahun kedua beraya dengan anak2 kecilku Husna dan Elissa.

Dikesempatan ini saya mohon maaf andai kata-kata saya yang tertulis di sini banyak yang menyinggung hati kalian. Yang mana tak bermanfaat tu abaikan je..ambil yang baik-baik.

Salam Ramadhan...Salam Aidilfitri menyusul nanti.

Walluhualam

Saturday, August 20, 2011

Pendidikan Alam Semulajadi

Tepi kolam kat dusun

Anak-anak wajah pagi hari

Buah pulasan dari dusun atuk

Tolong petik buah


Buah duku langsat yang akan tiba musimnya

Assalamualaikum..

Bismillahirohmanirohim

Sewaktu pulang ke kampung atuk dan nenek saya, sempat saya titipkan beberapa kenangan untuk anak-anak saya. Iaitu sewaktu mereka seronok berada di nenek yot mereka. Seronok memetik buah-buahan macam pulasan dan rambutan.

Bagi saya pendidikan alam sekitar ni penting untuk terus diterapkan dalam jiwa anak-anak. Supaya mereka rasa cinta pada alam, mengenal siapa penciptanya, merasai ketenangan dan kenyamanan udara bila kita berada di tengah lindungan pokok-pokok seperti di dusun. Udaranya begitu nyaman dan segar. Syukur sangat sebab saya ada kampung. Sekurang-kurangnya saya nak anak-anak tahu bila mereka dah bersekolah nanti, mereka ada pengalaman menarik dan gambaran macamana nak buat karangan tentang dusun, kampung dan alam sekitar.

Pernah suatu ketika dulu, masa bergelar GSTT (guru sandaran) di Johor bahru. Masa tu kena mengajar Bahasa Melayu tuk Tahun 5. Mengikut silibus hari tu, saya kena ajar buat karangan tentang 'pengalaman di dusun atuk saya'. Abis merungut budak2 semua."Cikgu rumah atuk saya mana ada dusun" (sebab duduk kampung kt bandar). Ada seorang budak India tu memang pandai buat karangan Bahasa Melayu dia kata "Cikgu, dusun tu apa cikgu?". Aduih abih pening kepala. Puaslah saya bercerita tentang pengalaman saya. Saya pun melukis sedikit gambaran tentang dusun. Saya keluarkan cerita macam-macam tentang dusun. Cerita panjat pokok, pasal nyamuk, kutip buah, petik buah, makan atas pokok, pokok2 apa yang ada kat dusun, tentang susana dan segala macam mak nenek tentang dusun. Akhirnya mereka berjaya juga menyiapkan tugasan tersebut. walaupun hasilnya 'semua hasil dari cerita saya'.Hampeh!!!

Saya harap bila dewasa nanti anak-anak saya lebih mengerti tentang alam sekitar. Bukan setakat duduk terperuk dalam bilik mengadap komputer. Saya nak mereka merasai semua itu, kerana tanpa alam sekitar dan pokok2 kita belum tentu dapat mengenali lebih rapat penciptanya.

Tiba-tiba En. suami bersuara "Siapa yang jadikan buah ni?", lama anak-anak diam. tak semena2 si kecilku Elissa (1Tahun 3Bulan) menjawab "Allah..." dalam bahasa pelat2 baru nak belajar bercakap. Syukur si adik pun dah kenal siapa Allah. Allah lah sebaik2 pencipta yang menciptakan alam ini, yang menjadikan pokok2 untuk kita menikmati faedah darinya, menghirup udara nyaman,menikmati suasana indah. Allah juga yang menjadikan bumi dan alam semesta. Allah maha mengetahui atas setiap kejadian.

Ada sebuah riwayat hadis berkata;

"Rasullulah SAW jika tiba musim buah, baginda akan makan buah2an tersebut."

sumbar:Majalah Solusi

Maknanya setiap negara ada buah2an yang Allah berikan. maka kita perlu manfaatkan terutamanya khasiat yang ada pada buah2an tersebut. Bagi mereka yang tak manfaatkan buah2an bermusim di tempat mereka, kata rasullulah mereka rugi kerana Allah jadikan sesuatu itu semua bersebab. Buah2an tersebut mungkin baik untuk penduduk tempat tersebut.

(Ini saya petik apa yang tertulis dalam majalah tu..saya cari petikan tu tp tak ingat kt mana..)

Wallahualam...

Berbuka puasa di kampung?

Alhamdulillah...

Tahun ni dapat bersua lagi dengan atuk dan nenek ku. dapat berbuka bersama. Dah menjadi tanggugjawab saya dan en.suami membawa anak2 tuk mengunjungi kampung yot (moyang dalam bahasa jawa) mereka. Syukur kerana Nyaie (Nenek) dan Yaie (Atuk) dipanjangkan umur dapat berjumpa dengan cicit mereka iaitu anak2 ku Husna dan Elissa.Rasa tanggugjawab itu , bila memikirkan sementara ada orang tua di kampung. Andai satu hari nanti mereka dah takde tentu rasa menyesal. lagi pun bukan jauh kampung Nenek saya. lebih kurang 30 minit dari rumah saya.

(Saya saje bagi gelaran Nenek Yot untuk (Nyaie) dan Atuk Yot (Yaie). Sebab aku pun keliru nak suruh anak2 panggil apa?jadinya itulah gelaran rasmi nenek Yot dan Atuk Yot mereka.)

Petang tu saya pun sempatlah menyediakan sedikit juadah berbuka, kueh popia dan nasi goreng tom yam untuk dinikmati bersama berbuka nanti. Itu je menu yang saya mampu sediakan, memandangkan en. suami memberikan cadangan yang 'on the spot'. Sampai dikampung dah dekat waktu berbuka. Alhamdulillah ramai juga yang pulang. 2 orang Mak cik saya dan anak2 nya. Kebetulan juga hari tu, Nyaie masak untuk membalas punjungan (hantar makanan) dari jiran tetangga berbentuk ketupat dan rendang. kebiasaan di kampung tu mereka dah buat awal mungkin sebab menghormati malam-malam terakhir Ramadhan. Apa pun amalan punjung ni lebih berkat di bulan Ramadhan, sebab 'memberi makan orang yang berpuasa, pahalanya sama seperti orang yang berpuasa pada hari itu'..memetik kata2 Ustaz. Bagi saya kalau beri pada akhir Ramadhan berlambak makanan, time tu nak sumbat pun dah tak larat. Bila dah banyak makanan kemudian membazir. masalah jugak..Lagi satu kebanyakkan orang kat kampung tu semua dah tua-tua, jadi masa2 terakhir Ramadhan biasanya Masjid penuh.. Tapi penuh dengan orang tua-tua je...

Selesai berbuka puasa kami semua ke Masjid yang berhampirang rumah. Menunaikan solat Isyak dan terawih berjemaah. Syukur saya dapat pergi mengikuti en.suami, memandangkan hari-hari lain saya terpaksa menjaga dua orang anak saya yang masih kecil. Seronok bercampur syahdu..saya pun tak tahu kenapa tiba-tiba hati rasa syahdu sangat. Mungkin Ramadhan kali ini buat jiwa saya rasa berbeza.mungkin...

Syahdu mengenangkan orang yang dah pergi lama arwah nenek dan atuk belah bapa saya. Al-fatihah semoga mereka bersema di dalam kalangan orang-orang beriman.




Thursday, August 18, 2011

Cerita tentang Suasana Raya



Tajuk ni mcm tak relate je..entah ok kot.



em..sedih dh sampai ramadhan ke 18 hari ni..rasa kemeriahan raya tahun ni tak excited sangat..tapi sebab anak-anak cuba juga untuk hidupkan suasana raya tu..



Kata rakan saja Julia.."Buatla persiapan sekurang2nya anak-anak rasa juga kemeriahan nak sambut syawal"..


Bila fikir balik betul juga..yelah mungkin bila dh jd ibu bapa kemeriahan nak raya tu tak rasa sangat.tak sama macam kanak-kanak dulu..



Jadinya saya rasa tanggungjawab tu patut saya pikul untuk menghidupkan suasana raya nanti insyallah...



Mula rasa seronok bila tengok gelagat anak-anak sibuk bukak tutup pintu almari semata-mata nak tengok baju raya yang siap tergantung dengan kasut raya mereka..."Nak raya eh..". sian lama tunggu bila ntah raya tu tiba..



Si Kakak pula..bila je dengar orang sebut perkataan "RAYA", dia dah toleh-toleh..sambil kata "mummy kasut raya..". mula lah dia teringat pada kasut raya nye..mummy kata "Sabar belum raya lagi, nanti dah raya boleh pakai eh"..Kakak pun anguk kepala..



Di pendekkan cerita, dek nk menyahut saranan sahabat saya Julia, saya mula menghidupkan suasana raya dengan membuat kueh tradisional, yang memang En. Suami suke sangat.siap2 habis puasa, habis satu balang. Biarlah janji ia tak terbuang dan membazir. apa yang penting semua gembira.



Sedikit perkongsian resepi lah kan..Mudah2an bila hasil air tangan isteri dan ibu ni doa mudah meresap dlm diri suami dan anak-anak.tuk doa yang baik2 je..sefahaman, dengar kata ibu bapa..mcm tulah..sambil mengulung kueh siput ni selit2 sikit zikir2..tambahkan perasa.kot lah taksedap jadi sedap kan..lagi satu janagn lupa mulakan dengan 'Bismillah..'.Kadang-kadang kita lupa.



Buat dua putri ku ini..ingat ye dh besar nanti jangan lupa resepi kueh siput. andailah mummy takde nanti boleh buatkan kueh siput ni tuk daddy kamu.






Bahan2 nya:



Minyak makan (1 mangkuk)

Ikan bilis (kisar)

Ketumbar (kisar)

Air

Garam

Tepung gandum (1 Kg)



Caranya:



Uli lah semua bahan tadi sampai jadi doh.jangan lembik sangat. agak2 kalu dh boleh gulung kt cetak kueh siput tu kira ok lah.pastu goreng.Kalu nk sira pedas seeloknya lada yg dikisar tu lebihkan bawang putih. mak kata kalu lebih bawang merah nanti kueh siput jd lembab.tak rangup.


Sekian..

Monday, August 15, 2011

Kisah Ramadhan tahun 2011

Assalamualaikumm...


Ini lah gelagat anak2 yg usia mereka si kakak baru 2tahun 5bulan, si adik 1tahun 3bulan. masing2 sibuk memegang Joran waktu pulang ke kampung Opah mereka pada minggu kedua Ramadhan. Tak padan perempuan.bila sebut je 'fishing' wah melompat-lompat girang sekali. Tanpa mahu menghampakan anak en.suami pun merancang sesuatu..





Aku ingin anak-anak menghargai Alam ciptaan Ilahi.Nikmat disebalik ciptaannya..





Sering aku mengingatkan pada si kakak yang sudah sedikit petah bercakap..


Mummy:Siapa jadikan Elissa?


Husna:Allah...


Mummy:Siapa jadikan mummy dgn daddy?


Husna: Allah...


Mummy:Siapa jadikan matahari


Husna: Allah..





Syukur lidahnya tidak kelu menyebut nama penciptanya..sekurang-kurangnya sebagai ibu, aku mahu mereka tahu bahawa hidup di dunia ini, ada penciptanya. Setiap kejadian mahluk ada yang menciptanya. setiap haiwan yang dia lihat ada yang menjadikannya..yang maha Agung, Maha Kuasa dan maha penuh nikmat kasih sayangnya...Allah.





Apa yang aku harap..kalimat Allah tidak lekang dari lidahnya.sebermulanya mengenali butir-butir bicara.Sebagai ibu aku mahu dia tahu kalimah suci dan nama rasulnya.Apa agamanya?biar dia tidak kekok melalui kehidupan sebagai muslim..kenapa perlu pakai hijab?Kalu tak pakai nanti Allah marah?pandai anak mummy...





Ramadhan kini aku dan en. suami merancan aktiviti yang mengembirkan untuk dua putri.walaupun mereka masih kecil, tapi pendedahan sebegini harus di teruskan. kami beranggapan pendidikan awal kanak-kanak suatu proses yang paling penting.menyerapkan mereka dengan elemen2 Islami agar mereka tidak berasa kekok bila besar nanti. sedari umur dalam kandungan hingga umur mereka 7 tahun. kami harap dapat mengisi aktiviti mereka dengan pekara yang berfaedah selain mengembirakan hati mereka.





Ini hanya eksperimen kami..yang mana kami lihat anak-anak kini terlalu terdedah dengan teknologi. malah siaran TV dan internet menjadi hiburan utama mereka. Lama kelamaan mereka tidak pandai berdikari. Andailah suatu hari nanti mereka melalui saat susah, apa bekalan kita sebagai ibubapa pada mereka?





Pengalaman waktu kecil banyak membantu. Cerita En. suami pengalaman menangkap ikan di sawah. pengalaman dikejar anjing, pengalaman bermain di sungai sering meniti dibibirnya.seolah2 masih segar. kesannya putri2nya kini sedikit lasak. Kata Ustaz "anak-anak lelaki dan perempuan didiklah dengan ilmu pertukangan,ilmu menjahit dan memasak. supaya mereka dapat berdikari dengan sendirinya suatu hari nanti."kami pun tak mampu nak manjakan anak2 dgn mainan.tiap2 hari mereka berkawan dengan buku-buku.terpaksalah merasai kesusahan ini.namun semua ini ada baiknya...





Jika mereka mengetahui...





Di sini ingin aku titipkan sedikit kenangn anak ku Husna sewaktu mengikut en. suami ke pergi memancing..





Sayang sangat gambar-gambar ini. tak kisahlah apa org nk kata..yg penting kami tahu pendirian kami agar anak-anak menghargai alam sekitar ciptaan ilahi..






Thursday, August 11, 2011

Promosi Blog Baru Ibubapa_cemerlang

Blog baru Ibubapa_cemerlang

Untuk blog yang baru Ibubapa Cemerlang, saya ingin membuat sedikit pembaharuan yang mana saya ingin memuatkan info-info atau bahan bacaan yang ringkas namun di harap berguna kepada pembaca. Saya memohon izin untuk mengambil petikan dari buku-buku dan majalah-majalah kerana saya kurang arif dan masih belajar. Untuk memanfaatkan apa yang telah saya temui dalam dunia pembacaan saya akan muatkan info-info berkenaan dalam blog ini. Saya juga berharap agar blog ini juga sesuai untuk dikunjungi oleh anak-anak. Disamping memuatkan bahan info yang ringkas saya juga akan berusaha menyelitkan gambar-gambar yang dapat menarik perhatian anak-anak khasnya. Insyallah blog ini akan memberikan manfaat bersama. Mudah-mudahan Allah memberkati usaha murni ini.amin

Sekian, Wasalam.

Saturday, August 6, 2011

Bagaimana memupuk sifat sabar?


1. Melatih diri untuk melakukan pekara-pekara kebaikan dalam apa jua situasi sama ada senang mahupun susah.

2. Menguatkan diri dan jiwa ketika hendak marah dan sentiasa memaafkan kesilapan dan kesalahan orang lain.

3. Menyedari bahawa dunia ini tempat ujian dan kesusahan, bukannya tempat untuk bersenang lenang.

Bagaimana untuk menewaskan nafsu?


1. Sentiasa muhasabah diri.

2. Sentiasa memohon keampunan dari Allah swt.

3.Selalu berzikir kerana berzikir hati akan menjadi tenang dan menundukkan nafsu.

4. sentiasa beristifar dan memperbanyakkan amal kebaikan.

Bagaimana membina pemikiran positif dan keyakinan terhadap Allah?



1. Sering membaca al-Quran dan menghayati maknanya.

2. Sentiasa mendekatkan diri dengan Islam dengan meluangkan masa mengikuti kelas-kelas pengajian agama atau memilih bahan bacaan, hiburan dan siaran TV yang berunsurkan Islam untuk menambahkan pengetahuan.

3. Sentiasa mencari makna yang tersirat dalam melaksanakan syariat Islam seperti melihat hikmah di sebalik kewajipan berpuasa pada bulan Ramadhan.

Bagaimana cara doa dimakbulkan?



1. Berdoa dengan penuh keikhlasan kepada Allah swt.

2. Bersikap rendah diri dan takut kepada Allah swt.

3. Tidak bosan dengan doa yang dipohon selagi belum dimakbulkan dan sentiasa bersangka baik dengan Allah swt.

6 CARA MENJADI MUKMIN SUPER

Gambar Hiasan

1. Mempunyai Niat dan matlamat yang betul

Setiap pekara yang dilakukan perlu menetapkan niat dan matlamat yang betul supaya kita tidak tergelincir dari landasan kehidupan.

Rasulullah saw bersabda sewaktu perang Badar bermula. Yang mana baginda sentiasa mengingatkan parajurit bahawa dalam setiap peperangan yang dihadapi bukan bertujuan untuk mendapatkan harta, habuan dunia, kemewahan serta kemegahan. Sebaliknya bertujuan untuk mendapat keredhaan Allah dan meninggikan syiar Islam.

Aplikasi Ramadhan:

Akademi Ramadhan merupakan akademi yang beroperasi sepanjang 30 hari. Peserta yang terlibat paling ramai. Ada penyingkiran .Ada yang tersingkir dan ada yang meneruskan perjuangan. Untuk menuju 'Puncak Impian’ bukan sahaja dunia tetapi ‘Puncak takwa yang sejati’ seseorang itu perlu menetapkan matlamat untuk memperbaiki diri menjadi seorang yang bertakwa. Matlamat hendaklah jelas bukannya kabur.

2. Sabar dan Takwa


Sabar dan takwa adalah prasyarat untuk mendapat keredhaan Allah.
Ini diingatkan juga oleh Rasulullah saw, baginda mengajar pasukannya untuk bersabar menerima segala kemungkinan yang akan berlaku ketika dalam peperangan sama ada menang atau pun kalah.

Aplikasi Ramadhan:

Ketika Ramadhan umat Islam dituntut untuk bersabar, menahan diri daripada makan dan minum serta pekara maksiat dan yang boleh membatalkan puasa.Juga tidak melayan nafsu.Sabar dalam melakukan amalan kebaikan pada bulan Ramadhan adalah satu cara untuk melonjak iman dan takwa kepada Allah swt.

Bagaimana memupuk sifat sabar?

3. Melawan nafsu

Nafsu merupakan faktor dalaman dalam diri manusia untuk mendorong hasrat dan naluri. Setiap manusia mempunyai jiwa dan nafsu yang harus dipandu dengan ketakwaan supaya kita akan sentiasa sedar bahawa setiap yang kita lakukan diketahui dan dilihat oleh Allah. Walaupun ia tersembunyi seperti sekecil-kecil niat.

Rasulullah berkata kepada pasukan tenteranya, bahawa kita baru sahaja selesai bertarung dengan jihad yang kecil dan ada lagi jihad yang lebih besar. Para sahabat kehairanan dan bertanya kepada Rasulullah. Maka baginda pun menyatakan jihad yang lebih besar ialah jihad menentang hawa nafsu.

Aplikasi Ramadhan:

Pada bulan Ramadhan syaitan dibelenggu dan dirantai oleh Allah swt. Namun nafsu merupakan cabaran dan tugas utama yang perlu ditewaskan ketika seseorang itu berpuasa.

Bagaimana utuk menewaskan nafsu?

4. Berfikiran positif dan yakin


Kemenangan tentera Islam dalam perang Badar merupakan satu keajaiban. Kerana kekuatan tentera musuh kebih besar iaitu seramai 1000 orang berbanding tentera Islam 313 orang. Selain kelengkapan yang cukup oleh tentera musuh. Namun berkat keyakinan dan bersangka baik dengan Allah telah menyaksikan Tentera muslim mendapat pertolongan dari Allah swt.

Aplikasi Ramadhan:

Sentiasa berkeyakinan dan berfikiran positif bahawa Allah swt akan memberikan ganjaran yang hebat kepada umatnya yang melakukan ibadah puasa. Ia dapat mendorong seseorang untuk memperbaiki diri serta perbanyakkan amalan kebaikan.

Bagaimana membina pemikiran yang positif?

5. Sentiasa bersungguh-sungguh dan mempunyai jati diri yang tinggi.


Perang Badar berlaku pada bulan Ramadhan. Walaupun menyaksikan suasana yang getir pada ketika itu tetapi tidak mematahkan semangat parajurit Islam untuk melakukan ibadah puasa. Selain itu jumlah mereka sedikit bukan menjadi ukuran. Namun berkat kesungguhan serta jati diri yang untuh dengan kerjasama dan perancangan yang teliti telah memberikan kejayaan kepada mereka.

Aplikasi Ramadhan:

Puasa menuntut umat Islam memaksimumkan amalan ibadah. Oleh sebab itu ia memerlukan komitmen dan kesungguhan dan jati diri yang tinggi untuk melakukan kebaikan dan meninggalkan kemungkaran.

6. Sentiasa berdoa.

Doa merupakan pergantungan, pengharapan dan permohonan kepada Allah swt. Ia juga senjata atau perisai orang mukmin yang harus diamalkan untuk mendapat restu Allah swt. Ketika dalam perang badar nabi saw berdoa “Ya Allah, laksanakanlah untukku apa yang telah engkau janjikan. Ya Allah aku merayu kepada mu bantuan dan janji mu”(Al-Rahiq al-Makhtum)

Aplikasi Ramadhan:

Bulan Ramadhan ialah bulan yang penuh rahmat bagi orang yang beriman untuk berdoa kepada Allah. Oleh sebab itu, umat Islam digalakkan memperbanyakkan doa sepanjang Ramadhan kerana ia merupakan salah satu waktu doa dimakbulkan.

Bagaimana cara untuk doa dimakbulkan?

SOLUSI EDISI ISU#34

Berkasih Sayang Kerana Allah


Kisah ini diriwayatkan daripada Rasulullah saw sendiri. Abu Hurairah meriwayatkan daripada baginda saw, bahawa ada seorang lelaki yang ingin menziarahi sahabatnya yang menetap di sebuah kampung yang lain.

Maka Allah swt telah menghantar malaikat ke jalan yang dilaluinya untuk memerhatikan lelaki itu.

Apabila lelaki itu melalui jalan yang ditunggu oleh malaikat itu, malaikat bertanya “Ke mana kamu ingin pergi?”

Jawab lelaki itu jujur “Aku ingin bertemu saudaraku di kampung ini.”

Malaikat bertanya lagi, “Adakah bagi kamu ada apa-apa nikmat yang kamu perolehi daripadanya?”

Lelaki itu menjawab “Tidak.Aku menziarahinya hanya kerana aku menyayanginya kerana Allah.”

Berkata Malaikat, “Sesungguhnya aku merupakan utusan Allah kepadamu untuk menyampaikan bahawa Allah Taala menyayangimu sebagaimana kamu menyayangi saudaramu kerananya.” (Riwayat muslim).

Orang yang ikhlas bersahabat kerana Allah tidak menaruh apa-apa kepentingan peribadi daripada hubungan persahabatan yang terbina. Bukanlah harta dan pangkat yang dicari walaupun sahabat mampu memberikan kelebihan seperti itu. Namun mereka yakin hakikat persahabatan yang baik itu hanya Allah yang mampu member ganjaran yang terbaik.

Dipetik dari:Solusi Isu#33

Friday, August 5, 2011

10 JENIS ORANG ISLAM YANG KEJAM

Sufyan Athsauri

10 macam daripada kekejaman ialah:

1. Seorang yang berdoa untuk dirinya sendiri dan tidak mendoakan untuk anak-anaknya dan kaum mukmin.

2. Seorang yang pandai membaca al-Quran, tetapi tiap harinya tidak membaca seratus ayat.

3. Seorang yang masuk masjid lalu keluar dan tidak sembahyang dua rakaat. (Sunat Tahyatul Masjid)

4. Seorang yang berjalan melalui kuburan kemudian tidak memberi salam dan mendoakan ahli kubur.

5. Seorang yang sampai di sebuah kota pada hari Jumaat kemudian tidak sembahyang jemaah.

6. Seorang yang sampai di daerahnya di datangi oleh seorang alim. Tiba-toba tidak mahu belajar apa-apa daripadanya.

7. Dua orang yang bertemu di perjalanan dan masing-masing tidak bertanyakan nama kawannya itu.

8.Seseorang yang di undang pada jamuan tiba-tiba tidak mahu datang.

9.Pemuda yang tidak ada kerja dan tidak mahu belajar ilmu dan kesopanan.

10. Seorang yang kenyang sedang dia tahu bahawa tetangganya lapar, tetapi tidak diberi dari makanannya itu.

Thursday, August 4, 2011

Berita baik untuk mereka yang inginkan zuriat!


Saya bukan mereka-reka cerita atau sebaliknya. Namun sedikit perkongsian ini adalah dipetik dari bahan bacaan yang saya temui. Manalah tau ada berkat disebalik penyampaian ini. Jika ada seribu orang yang membaca laman ini, maka seribu orang jualah yang mendoakan mereka yang benar-benar inginkan zuriat. Insyallah dengan izinnya berdoalah seperti mana Allah berfirman di dalam Al-Quran yang berbunyi “Wahai Rabbku, kurniakanlah kepadaku keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau maha Mendengar doa”.

Petikan dari artikel Berita baik untuk mereka yang inginkan zuriat! Majalah AL-Islam keluaran Ogos 2011.

Mungkin kita tidak pernah berfikir bahawa dengan bersedekah dan banyak beristifar disebaliknya ada kuasa ‘penyembuh’ yang tidak ternilai tawarannya daripada Allah swt. Abu Hanifah meriwayatkan dalam musnadnya dari Jabir bin Abdullah, seseorang telah menemui Rasulullah lalu berkata, “Wahai Rasulullah, saya tidak dikurniakan seorang anak pun dan sehingga kini saya tidak memiliki anak”. Lalu Rasulullah saw bersabda, sudahkah kamu memperbanyakkan beristifar dan bersedekah. Kamu akan dikurniakan (anak) berkat kedua-dua amalan itu”. Dengan izin Allah, orang yang mengadu nasibnya itu, akhirnya dikurniakan dengan Sembilan anak lelaki!

Subahanallah. Benarlah firman Allah yang bermaksud, “Bagi Allah jualah hak milik segala yang ada di langit dan di bumi, ia menciptakan apa yang dikehendakinya. Ia mengurniakan anak-anak perempuan kepada sesiapa yang dikehendakinya, dan mengurniakan kedua-duanya anak-anak lelaki dan perempuan, ia juga menjadikan sesiapa yang dikehendakinya, mandul. Sesungguhnya ia maha mengetahui, lagi maha kuasa” Asy-syura ayat 49-50.

Tak sangka sedekah punya fungsinya. Saya pernah terbaca yang mana ada yang menyatakan bila seseorang itu tidak dikurniakan anak mana itu ujian untuknya. Maka hendaklah dia berusaha dan bertawakal dalam menghadapi ujian itu. Namun jika tiada iktiar dan usaha tergolonglah dia dari kalangan orang-orang yang rugi. Bagaimana sedekah itu mampu menjadi pengubatnya mungkin boleh merujuk kepada artikel saya bertajuk Sedekah 7000 pahala. Dalam artikel itu, dinyatakan sedekah yang paling baik adalah sedekah kepada saudara mara terdekat. Cuba lihat kanan dan kiri antara kalangan saudara mara kamu yang mungkin punya ramai anak, maka bantulah mereka. Mungkin nasib kita diuji dengan tidak dikurniakan zuriat berbanding orang yang punya ramai anak mereka ini diuji dengan ujian kewangan.mungkin juga…oleh yang demikian apalah kiranya sedekah lah apa yang termampu. Jika tak mampu dengan wang maka sedekahlah dengan tenaga dan begitu seperti yang tertulis dalam artikel itu.

Dalam bersedekah juga kita perlukan ilmu. Rujuklah mana-mana bahan bacaan yang dapat membantu agar sedekah kita diterima di sisi Allah. Andai ada niat insyallah Allah akan membantu kita. Semua yang berlaku segalanya milik Allah juga dan ia lebih mengetahui atas tiap-tiap sesuatu. Memandangkan bulan Ramadhan bulan termakbul segala doa, cubalah usaha dan gerakkan hati supaya mencari ruang untuk perbanyakkan doa kepada Allah swt mudah-mudahan Allah mendengarnya dan memakbulkan doa kita.

Di sini saya ingin membuat perkongsian di mana terdapat beberapa doa untuk mendapatkan zuriat. Ia di petik dari buku IKHTIAR PENYEMBUH PENYAKIT terbitan Darusshifa’. Kalau nak rujuk lagi lengkap boleh ke laman web Darusshifa www.darussyifa.org .

DOA MANDUL – MOHON MENDAPATKAN ZURIAT

1. Surah Al-Fatihah

2. Doa mohon zuriat

(surah Al-Anbiya’:89, Ali Imran:38 & Al-Anbiya’:30)

3. Doa yang berikut dibaca tujuh kali:

‘subahana man amruhu bainalkafi walnun, subhanaman amruhuu iza ara dasyaan yakulalahu, kunfayakun asalulallah halazim robbilarsyil aziman yasyfiyaka’

Maknanya:

Maha suci Tuhan yang urusannya antara “kaf” dan “nun”. Maha suci tuhan yang urusannya apabila Dia menghendaki sesuatu, Ia berkata “Jadilah”, maka akan jadilah. _Aku bermohon kepada Allah yang maha agung, Tuhan yang memiliki Arsy yang agung agar Dia menyembuhkan dikau.

Kalau nak lanjut bolehlah baca buku Iktiar penyembuhan Penyakit dengan ayat-ayat dan doa-doa mustajab dr Tuan Guru Dato’ Dr Haron Din.

Semoga segala ikhtiar dan usaha anda akan membuahkan hasil yang penting niat perlu ikhlas mencari keredhaan Allah.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...