Friday, December 30, 2011

KAGUM DENGAN KANAK-KANAK YANG BERUPAYA MENGHAFAZ AL-QURAN

SALAM SEMUA...

Petang ni sunyi sepi di rumah. Sendirian kerana anak-anak tinggal di kampung selama beberapa hari. Jadi bagi melengkapkan aktiviti petang ni saya terjumpa sesuatu yang dirasakan amat menarik untuk dikongsi.

Kagumnya tengok kanak-kanak umur 3 tahun menghafaz al-quran. Bacaanya secara bersahaja. Tp bacaannya lancar.Seronoknya tengok. Nak menangis pun ada. Teringatkan dua putri saya di kampung.

Teka-teki saya selama ini terjawab bila tengok video kanak-kanak menghafaz al-quran. Saya dah cuba pada anak saya Husna dan Elissa. Tapi tak berape serius. Setakat diulang-ulang bacaan ayat lazim dan alfatihah. Syukur Husna dah dapat menghafal.Tapi terhenti setakat tu. Dan saya tak teruskan kemampuannya. Baru saya sedar selama ni memang boleh upernya kalu kita ajar anak-anak hafaz quran dari umur 3 tahun. Bukan suatu yang mustahil. Tp kena cuba..

Setakat pengalaman saya pada awalnya, saya mulakan dengan beri anak-anak tengok video kt youtube bacaan surah lazim dan fatihah. Mereka seronok. Dan tengok setiap hari. Usaha seterusnya setiap kali nak tidur saya akan suruh anak-anak baca 3 kul dan alfatihah. Setiap hari saya buat dan tak sampai 3 hari Husna dah boleh hafal lancar walaupun sebutan masih tak betul dan Elisa berumur 1 tahun 5 bulan ketika tu dah dapat tangkap ayat dalam surah tersebut. 3 hari je macam tak caye...tapi buktinya ada saya catatkan dalam post yang lepas. Masa saya tidur saya macam terdengar-dengar anak saya baca al-fatihah dari situlah saya praktikkan dan teruskan mereka hafal surah lazim.

Tapi malangnya saya stop kat situ. Saya tak teruskan dengan surah yang lain kerana beranggapan tak penting lagi buat masa ni. setakat  ini pun dah cukup. Kesian kat anak-anak nanti mereka pening...Rupanya silap..sebenarnya saya dah bantutkan pertumbuhan sel neuron mereka. Alangkah ruginya..Saya harap lepas ni saya nak teruskan anak-anak baca dan hafaz al-quran.Insyallah langkah pertama saya ialah persiapkan diri saya dengan ilmu dan belajar quran serta tajwid yang betul sambil tu ajar anak-anak sama. saya harap baby yang kat dalam pun dapat manfaat bersama.insyallah..

Merangkap azam tahun baru saya tahun  hadapan ialah target anak-anak saya dah boleh membaca al-quran sekurang-kurangnya surah-surah dalam muqadam...itu target saya sebelum saya hantar mereka ke sekolah tadika. Husna tahun hadapan 3 tahun dan adiknya Elissa 2 tahun. Saya harap ia berjaya dilaksanakan..tak mustahil jika Allah mengizinkannya. Yang penting displin dan istiqomah.

Terlanjur tu saya ucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua. Sepanjang yang berlaku pada tahun ini saya mohon ampun jika ada silap dan salah. Kurang lebih dari saya, yang baik itu dari Allah jua.

Saturday, December 24, 2011

Melengkapkan cerita cuti sekolah

Assalamualaikum...

Salam kepada semua pembaca blog AYAH DAN IBU, tak lupa follower baru.terima kasih kerana sudi jengah-jengah blog yang tak seberapa ni. Tak sempat nak cari bahan-bahan menarik tuk diisi di sini.al-maklum bila cuti sekolah banyak pula agendanya. Tapi cukuplah untuk mengisi masa-masa renggang cuti ni.

Bila sebut cuti sekolah, ramailah antara kita yang ambil kesempatan tuk melangsungkan majlis perkahwinan dan menghadiri kenduri kendara. Yang pastinya jadual saya membuat persiapan tuk adik ipar yang melangsungkan persandingan pada 12 Disember yang lalu. Sedikit sentuhan dari jari-jari yang tak kreatif ni menyiapkan hantaran kawin. Menyelesaikan hajat mempelai disamping dapat meraikan bersama keluarga. Kerana ketika inilah kita dapat berkumpul bersama. Selesai menghadiri majlis adik ipar yang mendapat pasangannya warga Majidi, Jay Bee kami sekeluarga bersama sanak saudara sebelah suami berkumpul makan-makan dan berjalan-jalan di sekitar Jay Bee. Malumlah cuti suami tak panjang cukup pertemuan beberapa hari untuk mengubat rindu bertemu sanak saudara yang duduk jauh di Perak yang setahun sekali dapat bertemu.

Meneruskan rutin sebagai ibu pada perjanjian saya dengan en suami. Siap letak kt status FB gara-gara nk melatih anak saya tanggalkan pampers. Memang latihan tu cukup menguji kesabaran seorang ibu. Tapi tak bejaya juga akibat melayan mabuk-mabuk ni. Berjaya melakukannya selama 3 hari. Siap buat jadual khas tuk anak gara-gara nak ajar si kakak buang air kt toilet. Siap rujuk kt blog lain. Walaupun nampak ada kemajuan, tapi dek ibu yang tengah melayan mabuk ni terpaksa pulang cuti di kampaung. Mohon cuti dengan suami seminggu di kampung 'omak den' tak larat nak melayan mabuk-mabuk gara-gara tak dapat menyentuh sebutir nasi. Apa-apa hal sebelum kena transfer masuk wad lebih baik ubah angin. Tapi syukur bila dah duk kampung seminggu loya-loya dan 'fening-fening' beransur ok mungkin sebab dah melepasi fasa tre-semester pertama kot. Syukurlah..

Menghadiri pula kenduri sepupu dari sebelah ibu pada 18 Disember.Syukur alhamdulillah segala aktiviti kenduri kendara dapat dilaksanakan dengan aktiviti 'rewang-rewang'.  Maklumlah kenduri besar anak pertama memanglah sibuk dan penat sikit dengan jemputan VVIP dan VIP lagi dan tugas saya pulak bahagian 'floor manager'. Sibuk mengatur aturcara majlis, walaupun tak diberi tugas tu tapi bila kesibukkan tu kena lah pandai-pandai bawak diri. Nak buat keje berat-berat tak mampu. Hehe...Apa pun gambar mempelai tak dapat plak nak di tampal disini. Ucapan Selamat Pengantin Baru tuk sepupu saya Nurul Saidatul Hamsiah dengan pasanagnnya Fairos. Tak lupa tuk adik ipar Saiful Adzhar dengan pasangannya Nur Farah Ayu. Semoga kalian bahgia melayari kehidupan rumahtangga. hidup rukun, damai dan sejahtera dengan penuh sefahaman dan tolak ansur, sabar dan takwa. Semoga sentiasa diberkati, dimurahkan rezki dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah. amin..tak lupa juga pada semua mempelai mudah-mudahan kita mendapat keberkatan.

Sebulan bercuti tanpa facebook dan blog, syukurlah ramai juga yang mengucapkan Selamat Hari Lahir. Tak sangka umur dah semakin meningkat, anak semakin bertambah, rezki melimpah insyallah. Semakin hari semakin banyak kurniaanya yang tidak sedikitpun Allah lupa tuk memberi pada hambanya. Mudah-mudahan diri ini sentiasa beringat-ingat, sentiasa bersyukur dan dijauhi dari sifat-sifat tamak, kedekut, riak, ujub, takbur. Mudah-mudahan sentiasa mendapat petunjuk darinya. Terima kasih en. suami walaupun tiada hadiah yang bernilai tinggi tapi kata-kata yang diucap sangat menyentuh hati dan kesedaran. Biarlah ia tersimpan di dalam handphone 'murah' tu dan ia akan tetap lekat dihati. Untuk suami yang ku sayangi Ahmad Syammudin Ibrahim 'Selamat Hari Lahir ke-33'. Semoga hari-hari yang bakal kita lalui bersama sebagai Ayah dan Ibu dapat membentuk anak-anak menjadi insan yang soleh dan solehah. Melalui dugaan hidup ini dengan redha dan sentiasa syukur pada nikmat dan nikmat Allah. 22 & 24 Disember memang suatu tarikh yang sering kami ingat. Sebab kami berkongsi bulan yang sama. Harapnya kita lebih sefahaman dan saling melengkapi. amin.

Dugaan silih berganti tak kira berat atau ringan, tapi doa somoga dugaan yang Allah berikan tu mampu untuk kami tanggung. Rezki Allah juga ada untuk setiap makhluknya tak kira cepat atau lambat. yang penting sibukkan diri kita dengan urusan akhirat insyallah lebih tenang. Peringatan tuk diri saya jua.

Ambil yang baik-baik saja. Selamat meneruskan kehidupan tuk hari-hari yang seterusnya dan semoga kita lebih takwa dan ditingkatkan keimanan.Selamat melangkah ke tahun baru 2012 dan meninggalkan hari-hari 2011 dengan tenang.

Thursday, November 24, 2011

Ku tinggalkan titipan mereka disini

Alhamdulillah...

Syukur juga tugas hari ini dah selesai. Menanti pula tugas tuk tahun akan datang dengan tugasan yang baru. Makanya esok baru dapat nikmat cuti sekolah. Maklumlah cikgu-cikgu bila start cuti sekolah dah sibuk booking hotel sana sini dah sibuk plan cuti masing-masing sebab nak lepaskan stress. Haha ...itu hanya cerita sebahagian mereka. Bagi ku masih begini. Cukup sekadar yang ada.


Petang tadi hari terakhir dengan rakan-rakan sekolah yang berpindah. Meraikan hari perpisahan mereka. Walaupun rasa baru sehari dua berkenalan tapi rasa sebak sangat. Tak tahulah kenapa. Sempat juga aku menyumbangkan sedikit sentuhan yang mana tak la kreatif sangat. Tapi cukup untuk dijadikan kenangan dan tatapan mereka. Harapan semoga ianya dapat dikongsikan disini. Sumbangan pertama ku setelah hampir sebulan berkhidmat di SK Nong Chik. Khas tuk rakan guru yang akan bertukar semoga mereka semua dirahmati di dunia dan akhirat. amin.

Wednesday, November 23, 2011

Apa pendapat guru-guru eek?

Salam semua...
Semoga hari inimembawa keberkatan kepada semua mahluk Allah. amin.

Syukur kerana perjalanan ke tempat kerja pagi ini lancar. Tapi sedikit rasa terkilan kerana semalam tak sempat nk bermain dengan anak-anak, si ibu keletihan dan tinggalkan mereka tertidur sendirian. Bila bangun tengah malam baru sedar yang diri ni dh lama sangat tertidur. Tak sempat nak buat apa-apa keje rumah semalam. Kecewa dalam hati sebab terlepas tanggugjawab di rumah. Keluar seawal 6.30 pagi dan pulang ke rumah hampir jam 8.00 malam. Itu pun sebab menyudahkan kerja-kerja yang tertangguh di sekolah. Rasa kesal teramat sangat. Bila pulang je tengok atas meja dah siap makan malam hasil sentuhan suami. Harap dia dapat memahami. Tapi yelah siapa la yang nak faham kita tuk selama-lamanya. Sampai satu masa kita sendiri kena sedar kesilapan kita. Harap-harapnya ibu ni tak lupalah tugasnya walaupun dah bekerja. Terima kasih suami kerana hidangan malam. Walaupun simple tapi cukuplah memberi keselesaan waktu.

Huh! cepatlah selesai tugas-tugas ari ni. Jumaat baru dapat berehat panjang. Semoga aku dapat jalankan rutin harian ku semula bersama keluarga sepanjang cuti sekolah ini.

Memanglah untung jadi cikgu. Cuti sekolah panjang. Tapi kerja kami di sekolah bukan setakat mendidik anak murid sahaja. Tapi termasuk dengan kerja-kerja pengkeranian dan lain-lain hal yang kadang-kadang tak masuk akal. Siap bawa pulang kerja-kerja di rumah. Bila buat kerja di rumah suami mula la bising. Tapi bila niat nk selesaikan di sekolah dan pulang lewat pun bising jugak. Duit gaji kadang-kadang terpaksa guna tuk potostat kertas kerja anak murid. Kalau jenis sekolah yang baik hati dapatla klim. Kalau tak jadilah amal jariah dan saham pencen kubur. Itupun kalau tak ungkit mengungkit. Sebaliknya kerja guru tu sia-sia je. Haha...tulah antara keluhan rakan-rakan guru yang setiap masa ku dengar. Sikit masa lagi tunggu jelah dapat warning latter dari my Husband pulak!

Bukan apa...pagi tadi singgah di warung berhampiran sekolah. Sambil baca surat khabar...than terbacalah komen dari seorang hamba Allah ni...katanya, "memang patut pun cikgu kene kerja 8 jam. Siap ada cuti sekolah lagi kan. Lepas ni derang kene balik keje kul 5 petang. Memang la patut sebab cikgu-cikgu naik gaji tahun depan". Apa pendapat guru-guru ek?

Wallahualam...saya tak nak komen apa-apa. Tanggugjawab kerja tetap kerja dan tanggugjawab rumahtangga tetap satu kewajipan. Harap-harap Allah sentiasa berikan diri ini kekuatan dan kesihatan untuk laksanakan tanggugjawab. insyallah...

Wednesday, November 9, 2011

Kongsi cerita dan berita

salam semua..

Alhamdulillah dengan anugerah masa yang ada ini terasa ingin berkongsi sesuatu. Walaupun berita ini gembira untuk ku, tapi harap yang sudi berkongsi sahaja membacanya. Apapun jauh disudut hati untuk menunjuk-nunjuk. Takut diri jadi riak, ujub dan sombong. Harap-harap ia lebih memotivasikan diri ini dan sesiapa yang terbacanya.

Hampir setahun lebih duduk di rumah melengkapkan status suri rumah sepenuh masa. Kini genap pada tarikh 21 September 2011, saya mula melapor diri sebagai pendidik di Sekolah Kebangsaan Nong Chik di Johor Bahru. Syukur berkat kesabaran dan dugaan yang datang silih berganti akhirnya Allah memberi kesempatan untuk diri ini melengkapkan cerita hidup. Walaupun kita tak tahu apa pula kesudahan kepada cerita hidup ini seterusnya.

Pertamanya memanjatkan kesyukuran dengan nasihat seorang sahabat alhamdulillah telah saya tunaikan. Katanya "jangan lupa panjatkan rasa syukur pada Allah yang memberi rezki dan izin, sujud syukur kepada yang maha esa". Peringatan untuk diri saya alhamdulillah.

Mungkin berkat kesabaran ini Allah memudahkan segala urusan kita. Saya percaya kesabaran sebagai kunci untuk kita, bila mana menghadapi dugaan hidup. Dugaan itu pula sebagai ujian kepada tahap keimanan insan.

Pertama, memanjatkan kesyukuran pada rezki pekerjaan yang diberinya. Kedua, kesyukuran kepada cahaya mata yang bakal dianugerahkannya. Terasa terharu bila Allah memberikan kita rezeki yang tak pernah kita gambarkan. Benar kata orang alim ulamak, rezeki Allah tidak boleh dipertikaikan. Banyak mana diberi. kejap atau lambat semua itu urusannya. Sebagai manusia selaku insan kita perlu bersyukur atas rezki yang dianugerahkan. Walaupun sedikit walaupun banyak. Syukur jika sedikit, mengingatkan kita pada usaha yang berterusan dan menaikkan martabat kesabaran. Tetapi jika banyak, sentiasa beringat pada yang masih memerlukan dan ia merupakan ujian kepada keimanan juga.

Banyak mana bilangan anak itu tidak penting. yang penting ialah sejauh mana kita sanggup memikul amanah Allah. Melaksanakan tanggugjawab mendidik dan mengasuh anak-anak supaya menjadi insan takwa.

Sering juga termenung andai diri ini tak mampu memikul tanggugjawab nanti bagaimana jadinya. Harapan semoga rezeki Allah ini adalah yang terbaik untuk diri ku, keluarga, dan masyarakat sekeliling. Bukan untuk ditunjuk-tunjuk sebaliknya peringatan. Insyallah sebaik-baik kurnia Allah itu adalah yang terbaik dan mampu ditanggung oleh hambanya. amin.

Semoga segala urusan ku dipermudahkan. Menjadi ibu kepada anak-anak ku dan bakal anak ku nanti juga pendidik kepada murid-murid ku. Syukur doa ku termakbul. Mahukan sekolah yang persekitarannya lebih Islami, murid-murid yang baik-baik dan sopan juga suasana rakan kerja yang harmoni. Yang paling penting perjalanan ku setiap pagi diiringi dengan pemandangan yang indah di tepi pantai Lido di susur Danga Bay. Terasa pagi lebih bersemangat dan damai. Bila sampai di pantai pasti cermin tingkap kereta ku turunkan untuk menikmati suasana pagi yang tenang.

Walaupun kini jadual harian ku terpaksa di rombak, harap-harap ianya lebih teratur bila melepasi tri-semester pertama nanti. Insyallah. Harap suami lebih memahami.

Sekali lagi ingin ku tegaskan, berita dan cerita ini bukan untuk digembar gemburkan. Ia semata-mata memanjatkan rasa syukur ku pada Allah. Harapan kepada sesiapa yang membaca sering kita melihat kepada kesusahan orang lain, supaya kita sering rasa bersyukur pada apa yang Allah anugerahkan pada kita. Sebaiknya melihat pada kemewahan orang lain hanya akan menampakkan diri kita serba kekurangan dan tak pernah rasa kecukupan.

Ambil yang baik-baik sahaja. Terbaik dari Allah. Kurang lebih kelemahan saya.

Monday, October 17, 2011

Rahsia Surah Al-kauthsar

Posted by admin | Posted in Terjemahan | Posted on 07-10-2007

[1 ]

Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat).

[2 ]

Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).

[3 ]

Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, Dia lah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya). …


by Mohd Affis on Wednesday, October 5, 2011 at 8:07am

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga.

Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa,mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya’allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal,bengkak,sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x,mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5)Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x,Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.


Wanita yang hamil

1. Dua rakaat solat wanita yang hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

2. Wanita yang hamil dapat pahala puasa disiang hari & pahala ibadat di malam hari.

3. Wanita yang bersalin dapat pahala 70 thn solat & puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah bagi satu pahala haji.

4. Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira sebagai mati syahid. …

5. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya akan dapat 1 pahala daripada tiap titik susu yang diberikannya.

6. Wanita yang beri minum susu badannya kpd anaknya yang menangis maka Allah beri pahala satu tahun pahala solat & puasa.

7. Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 setengah tahun, maka malaikat dilangit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

8. Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

9. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan di ampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya & bila dia hiburkan hati anaknya Allah beri 12 tahun pahala ibadat anaknya yang menangis maka Allah beri pahala satu tahun pahala solat & puasa.

dipetik dr lmn FB


Wednesday, September 28, 2011

Makanan Kesihatan Untuk Anak Kita


Bismilahirohmanirohim...

Alhamdulillah saya diberi ruang untuk berkongsi lagi. Pagi ni saya dengar radio IKIM. Bicara oleh Ustaz Fauzi atau "Ustaz Jus Tok Guru'. Gelaran baru kata Ustaz. Ustaz cerita tentang khasiat 'Jus Tok Guru'.Bila dengar kesan yang baik pada anak-anak saya terdorong untuk berkongsi.

Alhamdulillah dah hampir 6 bulan juga saya beri anak-anak minum jus Tok Guru. Saya amalkan setiap pagi sebelum sarapan pagi. Mulanya saya beri mereka minum untuk tujuan kesihatan. Sebab anak-anak kerap selsema masa kami hantar ke Taska. Tapi bila bagi mereka minum madu nampak beransur ok. Lalu suami saya syorkan untuk cuba jus Tok Guru sebab kandungannya ada kurma, kismis, habatus sauda, buah tin, buah zaitun, delima dan semua buah2an sunnah dan baik tuk kesihatan. Syukur sejak saya beri anak-anak minum jus Tok Guru mereka dah jarang demam dan kena selsema. Kecuali lah jika demam tu semua takdir Allah kami 'Redha'. Kami pun teruskan sampai sekarang. Harga pun ok tak la mahal. belikan sesuatu yang baik tuk anak-anak apa salahnya kan.

Dipendekkan cerita saya terdengar khasiat yang Ustaz selalu cerita. Jadi saya pun mula membuat experimen pada anak-anak. Baru-baru ni dalam 2 bulan sejak bulan puasa ari tu saya mulakan dengan Husna anak yang sulung. Apa yang saya buat?...setiap hari saya perdengarkan Husna dengan surah-surah lazim macam 3 kul dan al-fatehah. Mulanya dia macam tak berminat. tapi bila saya mainkan video yang saya upload kt youtube dia mula berminat. kadang-kadang sambil bermain dengan Husna, saya sambil-sambil ajar dia baca al-fatehah, al- falaq, an-nas dan al-ikhlas. hari-hari saya ulang-ulang benda yang sama. sambil2 bermain-main dengan anak-anak, dalam kereta, masa tengok TV sama-sama dan bila-bila free.

Suatu hari, time saya tidur waktu petang. Biasanya saya terlelap kejap je. Tapi Husna biasanya dia tak tidur. Dia bermain-main kt area saya tidur sebab saya akan pastikan dia tak buat benda2 yang berbahaya. Dalam tido-tido ayam tu saya dengar Husna baca al-Fatehah. Walaupun bacaannya tak lancar dan sebutan tak jelas lagi tapi dia baca ikut susunan yang betul. Saya yang tidur-tidur ayam mcm dengar tak dengar la.Macam mimpi pun ada. Biarkanlah dia main.

Lepas bangun tidur tu saya baru teringat. Tarus saya anta SMS pada suami. Suami pun terkejut juga sebab tak pernah dengar dia baca al-Fatehah. Jadi pendek kan cerita petang tu bila ayah Husna balik kerja saya saja uji Husna baca Fatehah. Dia baca dengan betul. Walaupun masih perlu dipimpin sebab dia sebut pun tak jelas lagi. Masih pelat-pelat umur 2 tahun lebih kan. Jadi saya terfikir mungkin ni khasiat yang saya temui dari minuman Jus Tok Guru. Memang tak syak lagi. Kalau berdasarkan dari kata-kata Ustaz Jus Tok Guru kata tu memang tak syak lagi khasiat makanan sunnah ni memang bagus.

Jadi untuk ibu bapa yang lain, kalau naka anak cerdas minda bolehlah beri Jus Tok Guru. Supaya minda dia kuat tuk menghafaz dan mudah terima ilmu yang baik2. Saya juga percaya kalau ubat anak yang nakal boleh bagi jugak. Memandangkan Jus Tok Guru antara salah satu produk yang dikeluarkan oleh syarikat ILP pengilangan yang berteraskan Halalan Toiyiban saya rasa memang elok kalau kita cuba. Manalah tahu ikhtiar itu satu yang digalakkan. Yang penting memulakan anak-anak dengan makanan sunnah juga sesuatu yang dutuntut. Itu berdasarkan pembacaan saya lah..Selebihnya anda boleh nilai sendiri. Tapi bagi saya kalau betul terbukti buat pelah saya nak sembunyi-sembunyikan kesahihannya. Secara tak langsung tercapai jugak matlamat saya tuk ajar Husna ayat-ayat lazim mula dari umur 2 tahun. Insyallah saya akan teruskan juga untuk anak kedua saya Elissa.

Baru-baru ni bila balik kampung Nenek dia suruh baca al-Fatehah tp budak ni bijak sangat diambil surah yang hujung tu..."Walaodholin.amin...". pandai dah buat lawak eh.. Minggu lepas kenduri kawin umah jiran saya. Husna pantang nampak mic. Dia pun apa lagi karaoke la macam-macam lagu yang mummy ajar. Lagu ayah dan ibu, twinkle little star, ABC semua keluar termasuk al-Fatehah. Jadi tontonan lah semua tanya suara cilik sape yang pelat-pelat tu..tak lah saya menunjuk-nunjuk cuma cerita je. Malah masa pagi hari raya en.suami kata "Terima kasih didik anak-anak dengan baik". terharu saya bila suami nampak usaha saya.syukurlah..saya pun bukan mintak dihargai. Semua yang saya buat terbaik tuk anak-anak. Satu yang buat saya kagum tentang makanan Sunnah, kini saya lebih mempercayainya termasuk makan daging kambing dan mula sukakan susu kambing.

Terima kasih kepada yang buat produk halalan yang macam Jus Tok Guru ni. Sebab banyak sangat produk kesihatan yang ada kat pasaran kita tak tahu halal ke tidak. Lagi satu makanan sunah ni memang bagus kalau tak nabi tak la amalkan. Cubalah tak salah kalau kita beri yang terbaik tuk anak. Selain membantu menyumbang perniagaan orang Islam. Mudah-mudahan anak-anak dapat pendidikan yang lebih baik dari kita.amin.

Kurang lebih kelemahan saya. terbaik dari Allah jua.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...