Showing posts with label ZURIAT. Show all posts
Showing posts with label ZURIAT. Show all posts

Thursday, August 4, 2011

Berita baik untuk mereka yang inginkan zuriat!


Saya bukan mereka-reka cerita atau sebaliknya. Namun sedikit perkongsian ini adalah dipetik dari bahan bacaan yang saya temui. Manalah tau ada berkat disebalik penyampaian ini. Jika ada seribu orang yang membaca laman ini, maka seribu orang jualah yang mendoakan mereka yang benar-benar inginkan zuriat. Insyallah dengan izinnya berdoalah seperti mana Allah berfirman di dalam Al-Quran yang berbunyi “Wahai Rabbku, kurniakanlah kepadaku keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau maha Mendengar doa”.

Petikan dari artikel Berita baik untuk mereka yang inginkan zuriat! Majalah AL-Islam keluaran Ogos 2011.

Mungkin kita tidak pernah berfikir bahawa dengan bersedekah dan banyak beristifar disebaliknya ada kuasa ‘penyembuh’ yang tidak ternilai tawarannya daripada Allah swt. Abu Hanifah meriwayatkan dalam musnadnya dari Jabir bin Abdullah, seseorang telah menemui Rasulullah lalu berkata, “Wahai Rasulullah, saya tidak dikurniakan seorang anak pun dan sehingga kini saya tidak memiliki anak”. Lalu Rasulullah saw bersabda, sudahkah kamu memperbanyakkan beristifar dan bersedekah. Kamu akan dikurniakan (anak) berkat kedua-dua amalan itu”. Dengan izin Allah, orang yang mengadu nasibnya itu, akhirnya dikurniakan dengan Sembilan anak lelaki!

Subahanallah. Benarlah firman Allah yang bermaksud, “Bagi Allah jualah hak milik segala yang ada di langit dan di bumi, ia menciptakan apa yang dikehendakinya. Ia mengurniakan anak-anak perempuan kepada sesiapa yang dikehendakinya, dan mengurniakan kedua-duanya anak-anak lelaki dan perempuan, ia juga menjadikan sesiapa yang dikehendakinya, mandul. Sesungguhnya ia maha mengetahui, lagi maha kuasa” Asy-syura ayat 49-50.

Tak sangka sedekah punya fungsinya. Saya pernah terbaca yang mana ada yang menyatakan bila seseorang itu tidak dikurniakan anak mana itu ujian untuknya. Maka hendaklah dia berusaha dan bertawakal dalam menghadapi ujian itu. Namun jika tiada iktiar dan usaha tergolonglah dia dari kalangan orang-orang yang rugi. Bagaimana sedekah itu mampu menjadi pengubatnya mungkin boleh merujuk kepada artikel saya bertajuk Sedekah 7000 pahala. Dalam artikel itu, dinyatakan sedekah yang paling baik adalah sedekah kepada saudara mara terdekat. Cuba lihat kanan dan kiri antara kalangan saudara mara kamu yang mungkin punya ramai anak, maka bantulah mereka. Mungkin nasib kita diuji dengan tidak dikurniakan zuriat berbanding orang yang punya ramai anak mereka ini diuji dengan ujian kewangan.mungkin juga…oleh yang demikian apalah kiranya sedekah lah apa yang termampu. Jika tak mampu dengan wang maka sedekahlah dengan tenaga dan begitu seperti yang tertulis dalam artikel itu.

Dalam bersedekah juga kita perlukan ilmu. Rujuklah mana-mana bahan bacaan yang dapat membantu agar sedekah kita diterima di sisi Allah. Andai ada niat insyallah Allah akan membantu kita. Semua yang berlaku segalanya milik Allah juga dan ia lebih mengetahui atas tiap-tiap sesuatu. Memandangkan bulan Ramadhan bulan termakbul segala doa, cubalah usaha dan gerakkan hati supaya mencari ruang untuk perbanyakkan doa kepada Allah swt mudah-mudahan Allah mendengarnya dan memakbulkan doa kita.

Di sini saya ingin membuat perkongsian di mana terdapat beberapa doa untuk mendapatkan zuriat. Ia di petik dari buku IKHTIAR PENYEMBUH PENYAKIT terbitan Darusshifa’. Kalau nak rujuk lagi lengkap boleh ke laman web Darusshifa www.darussyifa.org .

DOA MANDUL – MOHON MENDAPATKAN ZURIAT

1. Surah Al-Fatihah

2. Doa mohon zuriat

(surah Al-Anbiya’:89, Ali Imran:38 & Al-Anbiya’:30)

3. Doa yang berikut dibaca tujuh kali:

‘subahana man amruhu bainalkafi walnun, subhanaman amruhuu iza ara dasyaan yakulalahu, kunfayakun asalulallah halazim robbilarsyil aziman yasyfiyaka’

Maknanya:

Maha suci Tuhan yang urusannya antara “kaf” dan “nun”. Maha suci tuhan yang urusannya apabila Dia menghendaki sesuatu, Ia berkata “Jadilah”, maka akan jadilah. _Aku bermohon kepada Allah yang maha agung, Tuhan yang memiliki Arsy yang agung agar Dia menyembuhkan dikau.

Kalau nak lanjut bolehlah baca buku Iktiar penyembuhan Penyakit dengan ayat-ayat dan doa-doa mustajab dr Tuan Guru Dato’ Dr Haron Din.

Semoga segala ikhtiar dan usaha anda akan membuahkan hasil yang penting niat perlu ikhlas mencari keredhaan Allah.


Tuesday, June 14, 2011

Apabila memilih nama anak


Assalamualaikum wbt

Terlebih dahulu terima kasih kepada pembaca setia laman blog ini.syukur yang tak terhingga kerana sambutan blog ini amat menggalakkan. Ada juga pengunjung dari Australia, Brunai, Singapore, Scothland, US dan merata dunia sudi membaca hasil coretan saya. Ia menaikkan lagi semangat saya untuk selalu mencari bahan dan topik-topik menarik untuk dikongsikan. Tak lupa rakan senegara yang sentiasa dahagakan bahan bacaan dan ilmu. Saya harap usaha saya ini dapat membantu ibu bapa diluar sana dalam medidik anak-anak. Selain kita dapat berkomunikasi dan memberikan pendapat masing-masing di ruangan komen agar saya dapat memperbetulkan segala kesilapan saya. Andai hasil tulisan dan buah fikiran saya ini ada kekurangan ia adalah dari kelemahan dan kedaifan saya sendiri, andai ada kelebihan itu datangnya dari Allah swt. Jika ada ibu bapa yang membaca laman blog ini sedang atau sudah mempunyai anak lebih baik semak pemilihan nama anak anda samada pemilihan nama anak mengikut sunah atau sebaliknya. Kerana tajuk kali ini lebih fokus pada pemilihan nama anak lelaki dan anak perempuan seperti yang digariskan oleh rasullulah mengikut Islam. Sekurang-kurangnya ia sebagai peringatan dan panduan selaku kita sebagai ibu bapa.

Sudah menjadi kelaziman masyarakat hari ini akan memastikan nama yang terbaik dipilih untuk anak mereka. Bagi yang menghadapi tempoh kehamilan menjelang kehamilan 7 bulan maka para ibu sibuk memilih-milih nama yang sesuai untuk bayi mereka. Dek kecanggihan zaman moden kini jantina bayi dalam kandungan dapat ditentukan melalui scan seawal 7 bulan maka para ibu bapa mula merancang nama bayi mereka andai perempuan nama-nama yang indah dipilih sebagai menyempurnakan sifat dan rupa paras anak begitu juga untuk bayi lelaki. Pemilihan nama bayi hendaknya masih berlandaskan Islami di samping tidak melupakan pesan agama Islam dengan memberikan nama-nama yang membawa makna yang baik untuk anak lelaki dan nama yang baik untuk anak perempuan.

Di sebalik pemilihan nama kita juga sering tidak sedar kita sudah terikut-ikut nama seperti orang barat. Ada juga dikalangan ibu bapa yang memilih nama anak-anak mereka mengikut iras-iras nama-nama barat. Tak payah sebutlah nama apa. Cuba cek nama anak-anak anda semua lepas ni kerana di sini ada sedikit perkongsian yang perlu diketahui semua ibu bapa.

Sudah menjadi satu kewajipan bagi ibu bapa untuk memberikan nama yang baik-baik untuk anak-anak yang baru lahir kerana anak-anak tersebut berhak untuk memiliki nama yang indah. Dalam Islam pemberian nama anak-anak adalah tujuh hari selepas kelahiran anak. Pemilihan nama juga perlu yang baik-baik agar mendapat keberkatan sepanjang hayat anak.

Dalam sebuah hadis ada disebut;

“sesungguhnya pada hari kiamat, kamu akan dipanggil dengan namamu dan nama bapamu, maka pakailah olehmu nama-nama yang baik ”.

Rasullulah bersabda lagi,

“Di antara nama-nama kamu, Allah paling menyukai nama Abdullah dan Abdurrahman dan nama anak hendaklah diberi nama para nabi”.

Apabila memilih nama anak pekara berikut perlu diberi perhatian:

1. Kalau kita memilih nama mengikut Asma Allah nama tersebut hendaklah didahulukan dengan kata yg menunjukkan penghambaan contohnya Abdullah, Abdurahman, Abdul Ghaffar dan sebagainya.

2. Hendaklah memilih nama para nabi seperti Yusuf, Idris, Ahmad, Musa, Muhammad dan sebagainya.

3. Memilih nama dengan nama orang-orang bertakwa contohnya umar Faruq, Utsman, Khalid, Kahdijah, Maryam, Summayyah dan sebagainya.

4. Apabila memilih nama anak dengan nama nabi banyak keberkatannya. Namun harus berhati-hati jangan sampai mencaci. Misalnya mengikut Abu Rafi’ r.a. meriwayatkan bahawa Rasullulah saw bersabda, “Apabila engkau memberi nama seseorang dengan nama Muhammad, maka janganlah dia dipukul dan disakiti”.

Menurut Umar r.a meriwayatkan bahawa Rasullulah saw pernah memberikan nasihat, “jangan sampai engkau memberikan nama anakmu Muhammad, tetapi engkau juga mencacinya”.

Nampaknya bukan sebarangan nama yang kita boleh pilih. Sebaliknya nama yang terbaik dipilih untuk anak maka perlu kita memelihara anak tersebut bahkan menjaga nama yang diberikan tadi. Amat benarlah cara Islam menjaga dan memelihara Nabi-nabi terutama Nabi kita Muhammad saw.

5. Nama yang dipilih juga perlu mencerminkan semangat dan prinsip Islam. Misalnya nama Thariq, Salahuddin dan sebagainya . dengan harapan nama tersebut dapat disandang oleh pemilik nama.

Pekara yang perlu dihindari bila memberi nama anak:

1. nama yang di berikan bertentangan dengan Islam contoh Abdul Rasul, Abdul Nabi.

2. nama yang diberikan mencerminkan sifat yang buruk.

3. nama yang menunjukan kemegahan dan kebanggaan. (Islam sukakan kesederhaan)

4. nama yang ganjil.

5. nama yang ada unsur syirik.

6. nama yang berasal daripada nama makcik saudara wanita sebelah bapa.

7.Usaha menginggeriskan dan menjadikan nama kebaratan adalah perbuatan yang buruk seperti tidak Islami.

8. Nama yang diberi panjang misalnya Muhammad Syuaib kemudian dipanggil Muhammad atau syuib sahaja maka hal ini tak betul.

9.nama anak juga tidak dipanggil dengan nama yang menyimpang misalnya sulaiman jadi Solly, Zubaidah jadi Beilda, Fatimah jadi Fatti, fatu, fathi atau Tima.

10. nama-nama yang disingkatkan contoh Muhammad jadi Mohd atau M.D. Alhamdulillah sekarang di sekolah-sekolah nama-nama murid yang Muhammad cikgu dah tulis penuh takde lagi Mohd. Habis penuhlah nama pada buku kedatangan lagi yang ada bubuh nama anak panjang-panjang sampai 4 perkataan.

Oleh yang demikian sebagai ibu bapa kita juga tidak harus memilih nama anak sekadar indah namun makna nama tidak ada. Indah didengar namun tidak ada sebarang makna yang baik. Sian anak tu bila besar nanti. Ibu bapa juga kalu nk beri nama untuk anak fikirlah untuk mendapat keberkatan dan jangan terlalu cenderung kebaratan sedangkan dalam Islam tidak menggalakkan. Sekurang-kurangnya anak itu mendapat keberkatan dan rahmat daripada nama yang dipilih malah ibu bapa juga insyallah mendapat rahmat Allah swt. Akhirnya sebuah nama yang nampak indah bunyinya tetapi tidak mempunyai makna ibarat kosong tanpa berkat dan rahmat Allah. Semoga anak-anak yang lahir nanti menjadi golongan mereka yang soleh dan solehah disebalik keberkatan nama.

Segala bahan dan tulisan dalam blog ini adalah dirujuk melalui buku Pesona Mendidik Anak Secara Sunnah. Namun penulis juga membuat sedikit rujukan dalam beberapa buah buku yang lain. Diharap segala kesilapan penulis diberitahu melalui email ke mike_5223@yahoo.com.my agar penulis dapat memperbaiki penulisan pada masa akan datang. Sekian terima kasih.

Nama anak-anak saya:

“Husna Qistina Wardah” membawa makna Seorang yang peramah, keadilan dan bunga mawar

“Elissa Qairina Wardah” membawa makna Seorang yang dilindungi Allah, Sebaik-baik bunga mawar

Nama saya yang indah “khairulnisak” bermakna sebaik-baik wanita insyallah andai allah merahmati makna nama itu.

Apa pun saya manusia biasa yang masih ada kelemahan. Saya juga ingin membuat perkongsian ini untuk panduan rakan dan para ibu bapa. Apa pun lepas ini pilihlah nama yang baik-baik tu anak anda. Yang ringkas dan berlandaskan syariat.

Sunday, May 29, 2011

Tanggugjawab menyusukan anak dan hikmah susu ibu


Assalammualaikum...

Kepada sekian sidang pembaca laman blog ini, terima kasih yang tak terhingga kerana kesetiaan kalian dlm mencari bahan bacaan untuk menambah ilmu pengetahuan.

Ingin sekali saya membuat perkongsian ilmu mengenai pekara yang penting bila bergelar seorang ibu.

Mengikut catatan saya yang lepas, saya ada meninggalkan titipan mengenai kehamilan..maka nye kali ini saya amat berminat untuk menyebarkan khabar yang patut diketahui oleh setiap insan yang bakal bergelar ibu dan semua ibu-ibu diluar sana tentang HIKMAH SUSU IBU. pencarian saya selama ini terjawab melalui bahan bacaan yang saya temui iaitu Pesona Mendidik Anak Cara Sunah..

Sebelum ini saya banyak merujuk bahan-bahan dari internet terutama tentang cara mendidik anak2, fasa-fasa kehamilan, tentang khasiat susu ibu.tapi jawapan yg saya temui masih samar2. sehinggalah saya menemui buku Pesona Mendidik Anak Cara Sunah kerana buku ini amat lengkap menerangkan segala segi dalam aspek kehidupan.

sekurang2nya kita dapat belajar dan melaksanakan tanggugjawab kita sebagai ibubapa MUSLIM dengan memperlengkapkan diri tentang pengetahuan mendidik anak mengikut sunah rasullulah saw.insyallah...pada masa akan datang saya akan ceritakan tentang cara2 mendidik anak mengikut sunah serta sedikit kajian yang telah saya jalankan.

Hikmah Menyusukan Anak

Rasullullah saw bersabda:

"Apabila seorang wanita menyusui anaknya, maka setiap teguk daripada susunya dia akan menerima pahala seakan-akan menghidupkan orang, dan apabila dia menyapih (memelihara) anaknya, maka para malaikat menepuk punggugnya dan berkata, 'Selamat semua dosamu yang lalu telah diampuni, sekarang mulailah lagi".

Bertuahnya jika seorang ibu dapat menyusukan anaknya sendiri. setiap orang anak berhak untuk mendapatkan susu ibunya. Air susu ibu adalah makanan semulajadi bagi bayi. kerana ibu ia dikurniakan seiring dengan kehamilan anak. selain kita tahu tentang khasiat susu ibu yang menjadi keperluan makanan yang sempurna untuk pertumbuhan bayi, ia juga dapat menjamin kehisatan.sebagai antibodi yang mujarab untuk bayi.

Ingin saya senaraikan beberapa kepentingan susu ibu yang perlu diketahui oleh setiap wanita muslim khususnya antaranya:

1. susu ibu melengkapkan keperluan gizi bayi.

2. susu ibu dapat mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak. Malah ikatan tersebut semakin kuat walaupun bila anak telah dewasa.

3. Air susu ibu merupakan gizi rohaniah di samping dapat membentuk sifat yang baik anak-anak. Seorang ibu juga dapat menanamkan sifat yang baik dalam diri anaknya melalui setiap titisan air susu serta membentuk cara berfikir yang baik, membentuk akhlaknya yang akan mengalir kesetiap saluran darah anak yang disusuinya. sebab itu adalah wajib bagi setiap ibu untuk menyerapkan nilai2 Islam dengan mentauhidkan Allah serta mencintai rasullulah saw dan kecintaan terhadap ISLAM.

4. susu ibu menanam rasa cinta, kasih dan sayang ibu terhadap anaknya.anak yang disusui dalam pangkuan ibu akan rasa lebih selamat berada di situ. sehingga mencetuskan perasaan cinta yang tidak berbelah bagi terhadap anaknya. sebab itu jika kita lihat bagaimana kesungguhan ibu-ibu kita terdahulu dalam membesarkan anak2. walau susah mana pun dia tetap berusaha membanting keringat untuk membesarkan anak2.beritu ikhlas kecintaan ibu terhadap anak yang disusui.begitulah hikmah yang Allah rakamkan melalui titisan susu ibu.

Pesanan rasulullah kepada para ibu2 perlu diambil perhatian:

Rasulullah bersabda..."barangsiapa yang menyusui anaknya Allah swt akan memberikan pahala di dunia dan akhirat."

nabi berkata lagi.."setiap tegukan pertama air susu ibu akan diberikan kepada anak akan mendapat pahala sama dengan pahala menghidupkan seorang manusia".

kemudian dia menekankan kepada kita lagi tentang..."bagi ibu yang sedang mati waktu itu dia masih menyusukan anaknya ganjaran syahid untuk ibu itu".

betapa besarnya ganjaran yang Allah berikan kepada para ibu yang menyusukan anaknya. sehingga ditegaskan kepada kita "apabila ibu menolak untuk tidak menyusukan bayinya tanpa ada alasan yang kuat maka ia adalah satu perbuatan yang ZALIM".

masyallah...besar sungguh peranan susu ibu yang telah dianugerahkan kepada kita. sedang pada masa ini, banyak ibu2 menolak untuk menyusukan anaknya kerana nak cantik. kita juga disibukkan dengan kerja sehingga mengabaikan anak2 atas alasan kesibukan bekerja.sehingga kewajipan tidak dapat ditunaikan. di sini mungkin para ibu diluar sana perlu berusaha dan berazam untuk menyusukan bayi walau apa cara demi mendapat keredhaan ALLAH kecuali atas sebab2 tertentu.

Kesan tidak menyusukan anak juga menjelaskan dengan terperinci iaitu para ibu yang tidak menyusukan bayinya tidak anak memperolehi kasih sayang anak, hubungan batin dan penghormatan anak atas sebab tidak memindahkan air susu ke saluran darah anak.

begitulah hikmah disebalik menyusukan anak yang sering kita abaikan. dalam kesibukan dizaman moden ini para ibu jangan sekali mengabaikan tanggugjawab menyusukan bayi. banyak cara dan kaedah yang kita boleh pelajari sebelum mempersiapkan diri melalui hari2 seorang ibu nati. sekarang ni pun banyak pil2 dan makanan tambahan yang boleh diambil oleh ibu sebagai persediaan menyusukan bayi. info2 juga boleh didapati di internet dan bahan2 bacaan yang lain.oelh itu manfaatkalah sebaiknya agar kita dapat melaksanakan sebahagian dari sunah rasullulah saw.




Saturday, May 28, 2011

Kehamilan



Salam semua...

Wah tetiba je si Nisa ni cakap pasal kehamilan...terkejut tak?bukan apa..saban hari bila mendengar kawan2 diluar sana ramai yg sedang hamil.anak pertama,anak kedua..rasa seronok pulak.seronok kerana mendengar berita gembira dari rakan2.Alhamdulillah nikmat yg ALLAH swt berikan tu jgn sia2kan.Ia sebagai pelengkap kehidupan dan suatu anaugerah yg tak ternilai. (wah...niat nk tambah lg.tp maklumlah keadaan ekonomi tak stabil lagi.lagipun anak2 yg kecil tu perlukan perhatian yg sepenuhnya dr umi..kalu ada rezki insyallah).TAHNIAH pada kawan2 mana yang sedang menghadapi minggu-minggu kehamilan.syukur alhamdulillah...

Di sini ingin saya kongsikan beberapa panduan, tip, petua, ilmu dan sedikit pengetahuan tentang kehamilan. Ilmu pesona kehamilan mengikut cara Islam sepatutnya kita mengkaji dari sudut panduan dan syariat Islam supaya anak dalam kandungan dan ibu mendapat berkat dan syafaat disebalik anugerah kehamilan itu.


Pertama ingin saya kongsikan sedikit hadis Rasulullah tentang kehamilan yg mana kdang2 kita tak tau, lupa dan kurang pengetahuan tentang nya;

sabda rasulullah saw "wanita yang meninggal dalam keadaan perawan atau pada masa hamil atau pada saat melahirkan atau sesudah itu (ketika nifas) akan memperoleh martabat seorang syahid".

Besar sungguh pengertian hadis, yg mana mengatakan bahawa dengan mengandung atau mati masa melahirkan atau mati selepas melahirkan dianugerahkan sebagai mati syahid. dulu adalah ustazah2 kt sekolah agama cerita pasal wanita mati syahid. alangkah indah kalu kita dianugerahkan mati syahid dalam keadaan begini. banyak lagi hadis2 yg merujuk kepada perihal wanita hamil.

tip yg perlu diambil perhatian untuk wanita hamil antaranya:

1. jangan sembelit.
maknanya kalu sembelit boleh mengalami keguguran. ini mungkin merujuk pada mereka yg berapa pd peringkat awal kehamilan. tp sembelit ni juga akan mengganggu kita sepanjang proses kehamilan.paling dasyat time kandungan 7,8, dan 9.masa tu ibu kene berhati2 dlm pemilihan mknan.bnyk mkn buah,sayur. bg yg alah mkn sayur mcm saya dulu caranya saya ambil mknan tambahan spirulina.bgus tuk lancarkan najis.lg satu kandungan vitamin dia banyak.meliputi keseluruhan proses perkembangan janin.jenama spirulina yg saya guna ELKEN memang terbaik untuk sy dan anak.

2. jangan cirit-birit
Harus diingat kenapa tak boleh alami cirit-birit sbb itu masa hamil kita kena jaga makanan. tak blh main sumbat je.mentang2 dh lps dr tempoh mabuk2 3 bln pertama.selera dh mkin ok.mkn pun ikut suka je. sebaliknya amalkanlah cara pemakanan nabi.mcm tip kt blog saya yg lalu jom contohi diet rasullulah.lg satu time hamil kita tak boleh mkn pil2 sebarangan.biasa kalu cirit-birit kita mkn pil 'CHI KIT teck aun' amat bahaya diambil tuk wanita hamil.sbb kita tak tau kandungannya mcmana.selamat atau tdk tuk janin.jd bila dh cirit kan susah.paling tak pun minum bancuhan teh pekat insyallah boleh redakan cirit birit.

3. jangan makan asam tak elok.
selalu kalu wanita hamil rasa mual2, muntah dan gelisah. mereka akan suka mkn masam dan masin. kadang2 ada yang mengidam benda2 pelik mcm minyak itam (macam mak saya),kiwi kasut, sabun, tanah itam semua benda tu tak elok kerana dapat merosakkan kesihatan.

4. jangan angkat benda2 berat, jangan melompat,jangan berlari kerana ia boleh menyebabkan pendarahan dan mungkin keguguran.

5. Wanita hamil perlu berhati-hati dengan fikirannya, perasaannya, buku2 yg dibaca, pergaulan kawan2, benda2 yg didengar.pendek kata segala kelakuan perlu dijaga dan dipelihara. sebab tu dalam ISLAM wanita hamil digalakkan membaca AL-QURAN. elakkan pengaruh2 yg buruk sebab semua tindakkan kita akan mempengaruhi sistem saraf janin dlm kandungan. Penting sangat kita untuk berhati bersih, berfikiran bersih, tidak iri hati, hasad dengki, kuatir, syak wasangka, sedih,resah, gelisah,murung dan semuanya kerana ia akan mempengaruhi watak anak kelak. Pendek kata lingkungan waktu janin dlm perut ibu itu adalah masa2 yg terbaik tuk disemaikan pekara yg baik.banyakkan baca al-quran selain memudahkan masa nk bersalin nanti. Kalu barat galakkan kita perdengarkan lagu2, tp dalam Islam kita digalakkan perdengarkan ayat-ayat suci al-Quran supaya anak yg lahir nanti dh terdidik dengan Islam. mendengar kata dan mudah2an jd anak yg soleh dan solehah.



selebihnya ibu2 hamil bolehlah merujuk buku2 kehamilan yg banyak dipasaran. merujuk buku2 Islamik. amalkan surah2 dlm al-Quran iaitu surah al-kursi, surat yasin, surah maryam,surah yusuf dan surah muhammad.

antara tips2 makanan ketika hamil;

1. makan makanan yang baik dan halal sangat penting. harus ditekankan "jika makan makanan dari sumber yg haram makan anak yg lahir nanti pun tak elok" makna kata ISLAM amat menekankan soal halal dan haram dlm pemakanan. ibu2 perlu berwaspada dan berhati2.

2.di peringatkan kalu kita makan makanan dan buah yang berzat secara berlebihan dan terlalu banyak beristirehat akan menyebabkan berat anak bertambah dan sukar bersalin. INGAT TUUU!

(maknanya makanan yg kita mkn pun perlu seimbang.dan lakukan kerja2 ringan. jgn bnyk berehat. kalu kita tiru barat memang dia suh kita banyakan berehat.sampai dah terlebih rehat, jd malas kemudian bila waktu nk bersalin tak cukup tenaga nk bersalin. sekurang2nya pergerakan tu penting lagi2 bila dh waktu tri semester terakhir 7,8,9 bulan.)



3.ikut sunah rasul..sabda nabi: "apabila seorang wanita memakan tembikai manis maka dia akan melahirkan anak yang tampan dan cantik".



4. kalu ibu makan kacang, dia akan lahirkan anak yg cerdas. di samping tu kacang akan membanyakkan air susu ibu. tak kiralah apa2 jenis kacang.

5.sy percaya pada pantang larang orang tua2 kata tak boleh makan tebu masa hamil dulu lah....kata org tua2 nti susah nk bersalin.sampaikan pengalaman yg saya lalui hampir 3 thun saya tak minum air tebu.terliur je tgok org minum air tebu. (thn 1 prgnt ank 1,pastu thn3 prgnt anak 2).tapi rahsianya dalam Islam kita digalakkan makan kelapa dan tebu kerana ia dpt mengurangi muntah.dan dapat memudahkan kelahiran. tp harus diingat JANGAN ambil terlalu banyak pula. lagi faedahnya anak yg lahir akan berkulit bersih, tak alami ruam. biasanya sy ambil air kelapa pada usia kelahiran 7 bulan hinga 9 bulan.cuba lah!

6. makan kurma kerana sangat berguna untuk pertumbuhan janin. disamping kurma berikan tenaga tuk ibu hamil. baik juga dimakan masa melahirkan nanti. antara kajian terhadap kurma khasiatnya boleh menguatkan otot rahim untuk bulan terakhir kehamilan, boleh membesarkan rahim pada saat2 melahirkan dan mengurangi pendarahan. kurma juga boleh perbanyakkan air susu. kismis juga makan terbaik tuk otak anak. selain itu kismis menjadi sebagai ubat dan dpt perbanyakkan air susu ibu.

sekian sedikit perkongsian. sumber maklumat banyak diambil dari buku PESONA MENDIDIK ANAK SECARA SUNAH.

saya rasa setiap ibu bapa harus ada sebuah buku ini , untuk mengukuhkan kefahaman kita dalam mendidik anak mengikut sunah seperti yang ditekankan dalam ISLAM. di harap sedikit perkongsian ini membawa manfaat seterusnya usaha yang berterusan melahirkan generasi yang kuat. sesungguhnya tanggugjawab paling besar ibu bapa adalah mendidik anak2 mengikut landasan ISLAM.

semoga anak2 yang bakal lahir nanti menjadi generasi yang kuat.mendapat anak yang soleh dan solehah.

Untuk anak ku ELISSA QAIRINA WARDAH selamat ulang tahun kelahiran pertamanya. semoga menjadi anak yg solehah,

Thursday, April 7, 2011

All about my daughter

saje layan bosan kan...
layan jelah...
so layan...


Being a first time mom is a challenging role to have. My baby Elissa is a very curios child and she loves to explore his world. Elissa notices even an ant crawling around his rubber mat and she loves to go after it with his finger trying to catch it. And now Husna she is 2 year old I'm trying to find ways to keep him busy. busy with new world. For now, she loves ball, watching and playing it. She thinks that his toys are balls and throws them everywhere. She also loves his books, she loves to be read to and loves to look at the pictures especially those she is familiar with like banana, butterfly and ball. Anyway Husna and Elissa is my lovely daughter I hope they all can be a good person one day.


Husna and Elissa also loves this song...

Stand Up Tall Tippy Toes - Hi 5


Tuesday, April 5, 2011

Anak ku dh pandai jalan


Syukur ke hadrat ilahi atas kesempatan melihat zuriat ku hari ini. menjengah sebentar di blog seorang kawan bercerita tentang anaknye Tasya klik sini memang seronok. tak jemu2 kawan saya tu berkongsi walaupun kesibukannya bekerja.alhamdulillah...

Kini sedikit cerita ingin ku kongsi tentang 2 org putri ku si kecil Husna dan Elissa.Husna kini berusia 2 tahun. sudah pandai membaca terutamanya ABC, sudah mengenal huruf2 walaupun kadang2 sebutannya tak betul sgt contohnya:'W' bunyinya 'da bawuuu'. kata adik aku "apa lah akak ni ajar dia sebut pelat". tp bagi aku satu kebanggaan kalu anak aku dpt menyebut sesuatu yg baru.kira ok la dia boleh sebut.pelat tu bahasa dia.lm2 nti ok la.yg penting kita x ajar cara sebutan yg pelat dan bukan buat2 pelat nti anak2 keliru..

Sekarang ni aku dh latih anak2 bangun seawal pg.sebab tak lm lg tugas mummy akn bertambah.so ank2 kenelah tolong mummy ya...seawal pg sedang aku buat breakfast ank kecil ku Elissa dh bgun.merangkak keluar dr bilik tanpa merengek lg.syukur dh pandai berdikari. Husna pula masih di katil menunggu daddy kejutkan.kalu angin dia ok maka ok la pg tu kalu tdk maka sebaliknya haru la pg tu...tp everything is to be ok my dear..

Aku beryukur kerana Allah berikan aku kesempatan utk melihat anak2 ku membesar di depan mata. Kalu dulu rasa terkilan sebab aku termiss perkembangan Husna selama setahun.mana tak nyer sebulan sekali je jumpa mummy.br 2 3 hari jumpe pastu hilang.Husna pun mungkin tertanya2 kemana mummy pergi.sebab selama ni daddy dia je yg uruskan hal dia. sebab tu dia begitu rapat dengan ayahnya...hanya gambar dan 3G je pengubat rindu aku pd Husna.setelah kami duduk sebumbung aku puas sbb dpt tgok perkembangan anak2 baik Elissa atau Husna.kadang2 mcm mengulangkaji pun ada..apa tak nyer...bila Elissa dh pandai buat sesuatu.aku mesti rujuk balik pd suami..."Husna dulu mcm ni ker?"."Husna dulu mcm tu ker?".tulah soalan2 yg sering aku ajukan pd suami.sbb termiss perkembangan dia selama setahun.ibu mana yg tak sedih.kini bila Elissa ada, Elissa la jd tempat aku imbas kembali mcmana susah payah suami aku menjaga anak kecil ku Husna.mesti ramai yg tak percaya.tp tu lah yg suami aku buktikan.Terima kasih suami...

Em...Elisa kini dh berusia 11 bulan.bulan depan maka genap la umurnya setahun.dia dh start nk berjalan.celik2 mata je dh kemaruk nk berjalan.kalu blh tu tak mau dipimpin lg.lucu jgk bila setapak dua dh jatuh.tp tak jemu jemu Elissa bagun dan cuba lagi.kadang2 si kakak Husna dtg mengusik.Husna dgn hanya satu jari bejaya menolak Elissa.lps tu mula la si adik terjelupok.Husna pun bersorak gembira.bila keadaan dh jd kecoh Elissa yg mulanya berhasrat nk menangis bg mencuri perhatian terhenti niatnya lantas ketawa sama...tu lah gelagat mereka seharian.yg kakak biasalah bila x de keje menyakat je.tp Elissa lain plak semangatnye sentiasa berusaha berlatih.skrg ni dh berani lepas tgn dan menapak lebih dr 5 langkah..tu kira perkembangan yg baik la...bg ibu aku bersyukur sgt2...bila aku ulangi pertanyaan aku pd suami "em..husna dulu mcm ni ker?". suami jwb "tak pun. Husna dulu mls nk latih sbb dia nk tunggu mummy balik br dia tunjuk kebolehan dia".lm jgk Husna berlajar jln.kalu Elissa umur 11 bulan dh mula melangkah panjang.Husna plak 11 bulan masih selangkah dua.tu pun lps aku balik umur dia 12 bulan baru dia mula kemaruk berjalan.tu lah ceritanya...

Bila Elissa dh mula berjalan aku tak risau lg nk tinggalkan dia kt Taska.yelah sekurang2nya dia tak perlukan perhatian yg penuh.sbb dh pandai berdikari.tp Elissa masih baru utk aku tinggalakn pd pengasuh sbb aku tak pernah berpisah dgn dia.kalu Husna tu dh biasa.apa pun aku doa anak2 aku selamat.amin

kini Husna dh mula jd ulat buku.celik mata je mengadap buku.buku Kamus Bergambar yg cukup dia minati sbb ada mcm2 kt situ. Elissa lbh berminat apa yg di hidangkan di TV.tp aku akn pastikan ia bermanfaat utknya.selain BBM yg ada iaiatu CD ABC yg sering aku pasang bila tinggalkan dia bersendirian dpn TV.Husna dh pandai ABC baginya dia lebih suka sesuatu yg baru. Betul anak2 memang cepat belajar.tinggal kita je perlu mengisi masa mereka dgn sebaiknya.kalu blh setiap sehari tu mesti ada yg terbaru utk diajar. Memandangkan perkembangan anak2 aku tak begitu jauh makanya aku sering ambil jln pintas misalnya kalu buka buku aku selalu suruh Elissa dan Husna ada depan buku tu.so kalu Elissa dpt yg baru. Husna pulak dpt ulangkaji. contohnya bila mummy tunjuk gambar Husna akn sebut apa gambar tu dan Elissa angguk2 kepala...haha...Husna pulak kata "pandai...pandai.."(puji diri sendiri)Anak OH anak...

Dengan harapan dan doa yg panjang..Ya Allah jgn lah kau pisah2kan kami lagi.bg la aku posting dekat2 je.tak sanggup lg aku nk posting jauh.tak nk tinggalkan anak2 aku dan suami.amin ya rabbalalamin...

Monday, February 14, 2011

keletah anak-anak ku









salam semua...rasanye dh lm aku tak ambk gmbr anak2 aku.yelah camera kesayangan aku rosak...ingin aku abadikan saat mereka membesar di sini semoga bakal menjadi tatapan mereka suatu hari nanti.

suasana rumah aku riuh rendah dek gelagat anak-anak ku yang semakin membesar.Husna semakin lincah dan beridea kreatif mcm mummy dia.keje menconteng dinding ni memang habbit dia.yelah umur pun dh nk 2 tahun 3 Mac ni.adus pening kepala...tak pelah nk contengla..untung2 besar nti blh jd lactre.

Gelagat Elissa pulak tak putus asa mencuba dan terus mencuba.antara aktiviti hariannya memanjat dan memapah.habis ceruk penjuru rumah diterejah.rasanye kalu suh dia ukur lilit umah aku ni dia blh bg jwpannyer..hai anak mummy yg semakin membesar ni..adik cepatla berjalan nti blh muumy keje..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...