Saturday, June 23, 2012

Masih menimba ilmu Penyusuan Susu Ibu secara Eksklusif


Salam semua..

Kali ini post pasal buku penyususan pula..

Buku ini baru saja saya dapat petang semalam..Beli online di blog Puan Zah..Buku ini diterbitkan oleh Persatuan Penyokong-penyokong Penyusuan Ibu dan bayi Malaysia..

Tapi kalau ada sesiapa nak tempah boleh je ke facebook Norharizah Azfar. Kalau tak pun boleh oder saje dari saya..caranya sama je. tak makan komisyen pun..

Ha..nak cerita pasal buku ni..memang best sangat.. Banyak ilmu yang kita dapat dari buku ini..Terutama persediaan untuk ibu yang kembali bekerja nanti.

Pendek kata memang membantulah..Nak lagi lanjut belilah ye..hihi..

Beri stok susu perahan pada pengasuh

Salam semua..

Terlebih dahulu rasa bersyukurlah masih lagi meneruskan penyusuan susu ibu untuk bayi ku.

Terbaru..aku terpaksa tinggalkan Shafiy pada pengasuh. Kali pertama juga berpisah dengan Shafiy. Nampaknya sukur alhamdulillah bb ok dan tak meragam. Tidur nyenyak..Waktu menyusu mengikut jadual dan kuat berak kata pengasuh.

Pertama kali juga ku tinggalkan susu perahan pada pengasuh..seperti biasa dapat ikuti tips yang diberikan dalam blog penyusuan susu ibu sebelum ini.. Ternyata ia amatlah mudah dan tak membebankan pengasuh.

Komen dari pengasuh dia pun suka...sebab tak banyak kerenah nak bancuh susu dan sukat..Mudah saja..semudah 1..2..3..aaakeke

Tekniknya macam ni..bila nak tinggalkan susu perahan pada pengasuh:
1. Malam sebelum pergi kerja keluarkan susu perahan dan alih di bahagian bawah untuk cairkan. rendam dalam air biarkan susu cair.
2. Esok pagi..nak lagi mudah sukat setiap botol anggaran bby menyusu dan sedia hantar pada pengasuh.
3.Di taska, pesan pada mereka waktu nak bagi susu cuma perlu rendam botol dalam air suam. Dah sedia digunakan..

Mudahkan..1..2..3...step je..tak banyak..

Ada cara lain pula..ni tips dari kakak ipar ku..beri saja susu beku tu pada pengasuh. nanti tiba taska susu mula cair. Kalau ada peti sejuk kat  taska masukan susu tadi di bahagian sejuk. Bila nak guna caranya sama juga rendam dalam air suam.

Tengoklah cara mana lagi mudah..kalau boleh mudahkanlah mereka..untuk anak kita juga kan..

Thursday, June 21, 2012

DIY Goodie Bags Kawin

Salam semua..

Tengah sibuk la sekarang ni..

Berita baik tau tuk Biznes pertama kami...yup...'Dah dapat kedai'..yuhuuuuuuu..best gilers.

Walaupun kedai tu tak la besar mana seperti yang kami impikan..tapi cukuplah tuk menampung 5 perut buat masa ini..

Risau jugak..periuk nasi dah makin berkerak gamaknyer..hihi..So sekarangf tengah proses tuk setup kedai..nanti ada cite kita update selalu k...

La ni nak citer pasal Goodie Bags Kawin...untuk majlis sambut menantu kat umah mak mertua aku..
Peh..mentang-mentang aku cuti 3 bulan abis sume pulun keje kat aku..cih..ahaks..

Lagi pun nak buat majlis Aqikah anak-anak aku..yelah semua bebudak tu tak dan lagi nak buat tuk derang.. Jadinya planing tuk tumbang lembu sekor pastu bahagikan 6 bahgian..

La ni aku tengah sibuk wat design kad kawin derang dengan Goodie Bags ni..maklumlah kos tak besar mana pun. Jadi terpaksalah kreatif sikit kan..

Dapat idea ni dari google la jugak..hehe pinjam idea korang eh..

Meterialnya guna paper bag "Goreng pisang"..Modal dalam 20sen satu keping.

Tepek gambar sikit..tapi design sendirilah..ku gunakan kemahiran yang ada untuk optimumkan kos. Penat belajar tinggi-tinggi weh..hihi..

So..lebih kurang cam nilah. Tepek gambar sikit ngan reben..tapi tu reben sample jerk..sebab tak pi cari reben lagi..


OK tak?...hopely bolehlah kongsi sikit bagi adi-adik ke sesape yang tengah buntu nak buat persediaan kawin..tak payah pening-pening..gunakan kemudahan yang ada..google je eh..

Tuesday, June 19, 2012

Masih meneruskan usaha mengumpul stok EBM

Selamat malam..

Bila survey kt post yang sebelum ni, ku lihat ramai yang google pasal Pil Asi. Pil tambah susu ibu tu..

So..nk citelah sikit kesannya..Saya dh cuba 2 minggu pil ASI tu tapi masih sama..Susu tak banyak dan mangkin merundum lagi.. Mungkin kala itu sedikit stress atau mungkin tak serasi dengan badan.

Bila balik dari klinik tempoh hari masa ambil darah HB ku kurang 11 sahaja bacaanya.. Kuceritakan niat untuk BF bayi sepenuhnya. Tapi yang disarankan adalah naikkan HB dulu. Paling tak pun 14 baru boleh BF bayi sepenuhnya dan penghasilan susu meningkat..siap cadangkan diet untuk ku lebihkan sayur sekurang-kurangnya 1 kg dan makan ikan 5 ekor satu hari..wah banyak la belanja dapur lepas ni..

Habis tu bila fikir-fikir semula..ku nekad tuk cuba produk Shaklee. Ini last la kalau masih cam tu jugak memang tak boleh buat pe terpaksa campur susu jugak la. Oder yang trial pack je..itu je yang mampu beli setakat ini.

2 hari ku cuba..nampaknya macam ok. ada perubahan la. Disamping buat power pummping tu..memang ada kesan la..

Apa yang aku faham dalam pump ni..ialah waktu pump yang konsisten..apa juga jenis pump kalau tak displin tak berjaya juga.

Sedikit usaha yang kental..jiwa kena kental habisss..kalu tak EBM tak berjaya la.

 Dengan bantuan alat ini..walaupun lenguh tangan tapi syukur ada produk Shaklee..tangan tak lenguh lagi..semangat..semangat..

Dan Kesannya seminggu inilah yang berjaya ok..

Semuanya ada dalam 10 pack 3-4 oz je..susu tak banyak. Tapi adalah kan..dari takde.huhu 
(pujuk hati..)

Ku rasa memang jenis susu tak banyak..tapi ia mencukupi untuk bayi ku..Memang setiap ibu tak sama penghasilan susu. Ada yang susu nya meriah..ada yang sedikit tapi cukup..Tak kisahlah yang penting dalam usaha aku itu ada niat-niat yang baik terutama untuk besarkan anak-anak..selain merebut sebanyak pahala yang mungkin disebalik setiap titisan susu ibu itu..



 Masih lagi meneruskan BF Ahmad Shafiy..yang semangkin hari semangkin tembam..walaupun tak semontel akak-akak nya..

Badannya yang semangkin compact..hehe..

Moga anak-anak sihat ye..amin

Sedang sibuk setup kedai online kami

Salam semua..

Semalam sebenarnya belum habis pantang 44 hari lagi..tapi hati dah memberontak nak start biznes kecil-kecilan ni..

Manalah tau rezeki anak-anak..harap pada yang sudi support bizznes kami dan follw kt FB cari http://www.facebook.com/bbm.montessori.7 atau Bbm Montessori tu (requesss prrrend) okey..

Ada jual barang-barang mainan dan juga sedikit bahan BBM untuk cikgu-cikgu sekolah..Paling best dapat shoping online je tak payah penat-penatkan badan pi beli bahan BBM kat luar..

Harga pun ok jer..tak mahal dan ok la mampu beli. Apa yang penting bagi kami ialah kepuasan pelanggan.. Kang buh mahal-mahal bila datang tak serupa harga tak maula sampai tahap orang tak puas hati..


 Barang mainan kat kedai online ku..semua memang terbaik setanding harganya..
(Gambar tu blur sebab kotak dia tak lawa la..)

Sebahagian lagi di sini

Sedikit ruang di rumah kami digunakan untuk menyimpan stok..
impian satu hari nanti nak ada kedai sendiri..amin
(Gambar tokey kene blur..nti kene marah)

  Ni tengah sibuk merekod list barang..sambil tu layan customer jugak
Esok dah ada jadual lain k...

Nawaitu kami cuma satu rezki kalau ada untuk anak-anak..

(Sekadar bagi semangat tuk diri sendiri dan untuk kawan-kawan..dimana ada kemahuan disitu ada jalan..99% rezki adalah berniaga..ingat tu menuntut ilmu biar sampai ke negeri China..mungkin kata-kata ini bekalan untuk kita terus bersemangat..)

Nice..semalam makan durian bersama anak-anak

Testing camera baru
1..2...3..budak-budak baru balik taska.

Husna..perlu senyum je..tak payah peace ke?

Elissa tahilalatnya di pipi

Sunday, June 17, 2012

Khasiat susu ibu sepenuhnya

Salam pagi Isnin semua..

Baru je tamat sesi pemerahan hasil pagi ini..ya masih meneruskan rutin itu...

Syukurlah hingga ke saat ini kesedaran ku tentang Breastfeeding (BF) semakin tinggi..Satunya ialah galakan dan support dari kawan-kawan. Dan selebihnya anak..

Sayang anak mummy Ahmad Shafiy..dia kecil dan masih perlukan perhatian..TQ for my husban juga sebab beri kerjasama untuk berikan perhatian pada akak-akaknya..Mummy busy sikit dengan adik kala ini..Khas untuk menjayakan misi BF Ahmad Shafiy sepenuhnya..

Seminggu yang lepas masa ku banyak dihabiskan di depan lappy tuk pelajari semua ilmu dan isu-isu tentang dunia penyusuan. Dan di Malaysia juga kita ada support team untuk ibu-ibu menyusukan bayinya. Syukurlah dipertemukan mereka walaupun hanya di maya ini. Untuk Puan Norhafizah tQ sebab banyak bagi sokongan terutama moral support pada hasil tulisan di blognya. Dan syukur juga dapat berinteraksi di FB.

Minggu lepas juga..sedikit kekecewaan dan rasa putus asa juga timbul untuk BF sepeuhnya bayi ku..Betulah orang kata bukan senang nak BF tapi ia tak susah..Saya pegang pada konsep Demand and Supply...kalau ada permintaan baru ada pengeluaran..Usaha bersungguh-sungguh setiap waktu bekerjasama dengan bayi ku dan pump Medela Harmoni yang aku rasa tak sia-sia melabur untuk itu.

Bagi ibu-ibu yang baru nak mulakan dunia penyusuan ini rasanya kalian perlu banyak timba ilmu..terutama bagi yang bekerjaya. Sekurang-kurangnya dapat menyusukan bayi anda sehingga umur 6 bulan..dan paling panjang umur 2 tahun..

Perhatikan betul-betul untuk timba ilmu tentang:
Kebaikan susu ibu
Susu formla Vs Susu Ibu
Teknik menyusu dengan betul
Cara membuat stok EBM bagi ibu-ibu bekerjaya dan suri rumah juga
Jadual pumps juga
Waktu terbaik untuk pumps
Supliment yang boleh diambil

Macam-macam la boleh google je..senangkan..yang penting nak seribu daya..

Apa pun TQ to kakak Ipar saya..dia banyak bagi support..

Tapi sedih juga..masih ambil ringan pasal BF sepenuhnya tuk baby..terutama pada mereka yang masih berpikiran ala-ala konvensional..Maaflah ye..

Peredaran dunia dulu dan sekarang berbeza..Dulu tak perlu gajet menyusu semua ni..Lebih mudah nak bagi anak lena lama sikit ulur je susu tepung tu..tidur dia la dia..Or FB tapi campur..Tapi hasilnya tak sama tapi berbeza..hehe..

Cukuplah pengalaman masa Husna dulu..sebab kurang pengetahuan juga, serik rasanya nak abiskan duit setiap bulan bertukar-tukar susu..yang mahal..yang murah..tapi tetap tak sama dengan susu ibu yang mahal ini..masalah kembung perut, muntah-muntah, gatal kulit dan ruam setiap bulan ada je masalah yang menguji...Tapi syukur sekarang dia dah sihat semula.

Cukuplah untuk Elissa yang dapat juga merasai kenikmatan susu ibu sampai umur 2 tahun..walaupun tak banyak tapi still boleh ngempeng kan Kak Ngah..

Untuk Shafiy..insyallah dengan kekuatan dan kudrat mummy kita sama-sama usaha dan doakan moga ada rezki adik nanti ye..

Apa pun meh kita baca sikit info tentang Susu Ibu..dari blog MamaBusyra

http://mamabusyra.blogspot.com

Susu ibu anugerah dari Ilahi yang sangat ternilai bagi setiap titisannya. Setiap bayi selayaknya berhak untuk mendapatkan khasiat susu dari ibunya. Adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai ibu berusaha memastikan bayi kita mendapat nutrisi yang mencukupi melalui pemberian susu badan.

Susu ibu mempunyai kandungan lemak, gula, air dan protein yang sempurna untuk tumbesaran bayi. Banyak kandungan yang ada di dalam susu ibu tidak ada di dalam susu lembu. Susu ibu lebih senang dihadam berbanding dengan susu formula. Ia mengandungi kurang protein dan protein yang ada juga lebih nutrisi dari susu formula. Susu ibu mengandungi antibodi yang menolong melindungi bayi daripada bakteria dan virus. Antibodi ini juga menolong mereka menentang jangkitan kuman dan penyakit. Bayi yang menyusu susu ibu didapati lebih kurang mendapat jangkitan paru-paru, jangkitan kuman pada pundi kencing, telinga dan juga septicimia.

Tidak ada bayi yang alah kepada susu ibu. Susu ibu sentiasa steril, tidak pernah tercemar atau rosak. Menyusu badan menjimatkan wang. Tidak perlu membeli, menyukat dan membancuh di tengah malam buta.

Menyusu menyebabkan anda lebih rapat dengan bayi kerana sentuhan akan membuatkan bayi merasa nyaman, selamat dan selesa. Menyusu boleh memyebabkan badan anda membakar kalori dengan lebih cepat. Anda senang kembali ke bentuk badan asal. Ia juga menolong rahim mengecil dengan lebih cepat dan mengurangkan pendarahan. Menyusu mengurangkan risiko kanser payudara dan kanser ovari.

Bayi yang menyusu badan lebih sihat. Kurang kadar sembelit dan cirit birit. Bayi kurang risiko untuk menjadi terlalu gemuk.


Susu Ibu Makanan awal terbaik!!!


  • Kaya dengan DHA dan AA untuk pembentukan sel otak, mudah diserap oleh usus bayi, kaya kolesterol, mengandung enzim pencerna lemak.
  • Mengandung lactoferin (baik untuk usus), lisosim (enzim anti mikroba), kaya protein untuk tumbesaran tubuh dan otak.
  • Kaya dengan laktosa (karbohidrat penting untuk perkembangan otak) dan oligosakarida berfungsi untuk meningkatkan kesihatan usus.
  • Kaya dengan sel darah putih dan imunoglobulin (untuk antibodi).
  • Mengandung zat besi, zink dan kalsium, (besi mampu diserap sekitar 50-75%), juga mengandungi antioksidan.
  • Kaya dengan enzim pencerna seperti lipase dan amilase. Kaya hormon seperti tiroid, prolaktin, oksitosin. 
  • Rasa Susu Ibu sesuai dengan makanan yang dikonsumsi oleh ibu.


Kebaikan Susu Formula:
  • Mudah – Sesiapa sahaja boleh berikan susu kepada bayi, tak semestinya ibu sahaja. Tak perlu kosongkan/ pam payudara pada waktu tertentu. Tak perlu cari ruang privasi untuk memberi susu.
  • Kurang frekuensi penyusuan kerana penghadaman susu yang perlahan. Bayi akan tidur lebih lama.
  • Ibu tak perlu risau untuk kawal pemakanan sendiri – boleh makan apa jua, atau tak makan langsusng (diet) kerana tak perlu risau tentang penghasilan susu badan.
Walaupun kebaikan Susu Ibu kelihatan lebih banyak berbanding Susu Formula, penyusuan susu ibu ini tidaklah semudah A-B-C, ya (namun, tidaklah menyusahkan sehingga memudaratkan si ibu). Anda silap jika anda rasa tak perlu baca apa-apa, dan apabila tiba masanya nanti (bila bayi dah lahir), secara semulajadi anda akan pandai menyusu bayi/ susu akan banyak melimpah ruah! Emm, fitrah semulajadi?
Jadi, mari kita lihat apa pula Cabaran Susu Badan berbanding Susu Formula.

Cabaran Menyusu Badan:

(1) Sakit di payudara pada peringkat awal kerana masih tidak pandai untuk menyusukan (latch-on pain). Namun, masalah ini boleh di atasi dengan mendapatkan pertolongan daripada yang pakar. Banyakkan pembacaan, tingkatkan pengetahuan.
(2) Lebih frekuensi penyusuan kerana susu ibu sangat mudah di hadam. Anda akan dapati bayi anda tidur tidak lama seperti bayi yang minum susu formula.
(3) Lebih komitmen buat si ibu – perlu kerap menyusu/ pam payudara untuk buat stok susu perahan. Namun, akan menjadi lebih mudah dengan praktis yang berterusan & pengurusan masa yang efektif.
(4) Ibu perlu hadkan pengambilan kafein.
(5) Kondisi kesihatan/ perubatan si ibu.
 
 
 
Cabaran Memberi Susu Formula:

(1) Perlu cari susu formula yang benar-benar serasi dengan bayi.
(2) Keselamatan produk tersebut.
(3) Susu formula yang berjenama agak mahal, terutama susu untuk bayi dari 1 hari ke 6 bulan. Ada yang 1kg = RM100!
(4) Kurang antibodi.
(5) Kesesuaian dengan keperluan bayi seiring dengan pembesaran bayi. Perlu tukar jenis-jenis susu apabila bayi telah capai umur tertentu.
(6) Kebarangkalian untuk kolik dan sembelit adalah lebih tinggi.
 
Sekarang anda dah tahu kebaikan di antara Susu Ibu dan Susu Formula, serta cabaran masing-masing, mungkin anda boleh jadikan panduan ini untuk membuat keputusan dalam memilih makanan awal yang mana untuk anak anda, bergantung kepada tahap keselesaan dan cara hidup anda.

Tuesday, June 12, 2012

Teruskan semangat untuk breastfeeding bayiku sepenuhnya











Pinjam kat google ye.

Selamat malam semua..

Tentunya sedang beristirehat dengan anak-anak malam ini..haha..(pe plak depan blog nih..huhu)

Siang tadi berdiskusi dengan kawan-kawan tentang BF (Breastfeeding) di facebook..yelah bagi saya yang beberape hari ni mula risaukan Ahmad Shafiy yang nak ditinggalkan bila naik kerja nanti. Niat utama saya nak BF Ahmad Shafiy secara exclusive selama 6 bulan...YA itu target saya okes!

Kenape baru sekarang?

Kenapa baru sekarang nak fikir BF secara exclusive tuk anak ke 3 nih..oh jawabnya mudah..

1. Sebelum ni puas dah BF Elissa sampai dia dapat adik. tapi susu campurlah..

2. Lagi..sebab tak dapat menyusukan Husna secara terus masa dia kecik. Sampai 4  bulan je dia BF.

Tu yang niat tuk BF anak ke3 ni sepenuhnya tanpa susu fomula..Ya tu niat saya.

Dari sehari ke sehari Ahmad Shafiy hari ni dah cukup sebulan. Esok dia pi chek doktor dan suntikan 3 serangkai. Saya mulalah rungsing tuk buat stok menyusu untuk Ahmad Shafiy nanti.Lagi dah nak bulan puasa nanti kan..Banyak jugak laman dan blog yang saya terejah tuk gali ilmu pasal BF..percaya tengok macam mudah jerk..tapi susah sebenarnya nak BF nih kawan..ya..macam berbincangan saya dengan kawan-kawan siang tadi..Ada antaranya memang banyak membantu dan saya cuba praktikkan..

Terima kasih banyak-banyak tu members2 sume..sayang you alls..Cumi, Nurul Hilda dan Imal..banyak juga ilmu yang saya dapat..Ha..sayangnya sahabat saya Mdash Julia tu tak dapat join sekali..ada masalah nak online katanya..dan saya tak dapat nak hubunginya seminggu ini sebab HP tinggal kat kampung mertua..huhu sodih den..

Ha..lepas je bincang-bincang kt FB dengan derang saya walking kat blog cari resepi nak banyakkan susu ibu dan cara nak buat stok susu anak..dan akhirnya saya jumpe blog ini..KASIH TIADA PENGHUJUNGNYA..

Syukur sangat-sangat pada info-info dan sokongan yang amat berguna itu..moga hidup penulis blog ini lebih diberkati selagi ada ibu-ibu yang menyusukan anak mereka..dan teruskan dengan niatnya sebagai Counselor and Peer Counselor tuk ibu-ibu menyusukan anak.

So..sekarang saya dah ada jadual baru..cam saya janji kat kawan2. Ya.. jadual makan, jadual menyusu (ikut demand bayi), jadual pump, dan jadual senam erobik..yesz..penting tu..cuba tuk kekal anggun naik cuti nanti..wah misi yang tak hengat2..

Tuk enchik suami..saya cuma nak membantu jerk..andai dapat menyusu Ahmad Shafiy sampai 2 tahun cam Elissa dulu saya rasa amatlah bertuah sangat..duit susu pun jimat sikit dan lagi tak payahla nak berulang alik pi klinik. Mumy dah penat..cuma doakan anak-anak sentiasa sihat.Dapatlah mummy bekerja dengan tenang.

Elissa sekarang pun masih rindukan susu ibu..pengalaman yang tak ternilai jika dapat menyusukan anak ku..Waktu di pangkuanlah dia dapat bermain-main dengan ibu..nikmat yang tak ternilai..sungguh!

So tuk ibu-ibu yang folow blog saya ni tengah cari tempat terbaik tuk kaunseling BF korang pi klik kat blog tu ya..saya tak mahir nak citer dan masih tercari-cari lagi ilmu tentang BF ni..harapnya esok lusa kalau dah de pengalaman sendiri bolehlah saya kongsikan...

Ambil yang baik-baik saje..

Monday, June 11, 2012

Bayi Meragam

Selamat pagi dan assalamualaikum semua.

Kalau di entry yang lepas saya ada kisahkan tentang Membaca Gerak Geri Si Kecil saya nak sambung sikit kisah bayi saya Ahmad Shafiy yang berumur sebulan hari ini..12 jun 2012

Kisah Si kecil saya yang tak boleh tidur malam tu berlarutan sampai 2 3 hari jugak..puas saya memikirkan apa nak buat dengan anak kecil itu.maklumlah dalam usaha berpantang sendirian tanpa bantuan ibu or ibu mertua..

Bila ku tepuk-tepuk perutnya bunyi angin..kembung perut. Saya dan suami sudah mula risau..dah diberi macam-macam pun masih sama. Malah bayi tak boleh nak tidur sampai siang.

Pagi tu ku teringat pesan ibu mertua untuk diberikan air nasi..supaya bayi kenyang.. Ya..Air nasi..
 Pinjam pic ni dr google..

Apa lagi ku capai periuk dan pot beras. Cuci dan bilas beras dan masuk dalam periuk nasi. Setelah hampir 10 minit air dalam periuk nasi mendidih.. Di ambil air yang mendidih tadi dengan senduk or sudu. Pastikan beras tadi dah bertukar jadi nasi. Jangan beri air beras.kang bertambah kembung pulak bayi nanti.. Lepas dapatkan air nasi tadi dalam 1 aun. Ku masukan dalam botol susu dan rendam botol dalam mangkuk air sejuk untuk sejukkan sedikit air nasi tadi sebelum diberikan pada bayi. Bila dah rasa suam-suam aku pun berikan pada bayi..

Lepas diberikan air nasi dan sendawakan bayi..ku balut Ahmad Shafiy dengan kain bedung dan tidurkan dia dalam buai. Lena Si Kecil tadi sampai ke petang. dalam jam 3 petang dia sadar untuk menyusu. Syukurlah dia tak meragam lagi. setelah 2 kali ku berikan air nasi...

Ya..air nasi tadi sebagai ganti susu yang tak berapa banyak..Lepas ni puas ku fikirkan macamana nak banyakkan air susu dan untuk dapatkan susu ku lebih pekat supaya bayi kenyang.

Tunggu entry lepas ni okeys..

Friday, June 8, 2012

Tambah susu badan...produk PIL ASI

Salam semua..

Dua tiga hari ni sibuk dengan baby kecil ni..Mana taknya susah nak tidur..mummy pula keletihan. Entah kenapa la merengek je bila malam. Siang tidur nyenyak sangat. Bila kejut tak nak bukak mata langsung. Lapa susu, buka mulut tau-tau kenyang je..tulah gelagat si bujang ku..huh.

Adakalanya menyusu dah banyak kali. Terfikir jugak kenapa ye..tak kenyang-kenyang..
Kalau masih berpantang dikampung nih..mesti mak dah suruh bagi nestum kat baby.Huh..orang tua2 bila dengar baby menangis mau di katanya lapar. Kurang sabar sikit bila dengar bayi menangis..lagi-lagi dah nak masuk sebulan. Dan..tulah antara sebab ingin berpantang sendiri. Ikut nasihat doktor 6 bulan baru boleh campur makanan lain..Ni pun risau mungkin susu badan tak cukup ker..tak puas menyusu ke..puas jugak la search macamana nak tambah susu badan..

Maklumlah sekarang mudah je..klik je depan komputer. Tunggu 2 3 hari posmen pun sampai.. Tapi yang penting dibank tu penuhlah akaun.huhu..Masih tak terusik lagi gaji ku syukur..(masa untuk berjimat cermat 3 bulan ini)

Huh cerita pasal tambah susu badan, baru semalam oder PIL ASI sampai. On line jerk..Tak mahal harganya dalam RM17. Nak cuba yang murah dulu. Dia bentuk jamu. Dari Indonesia. Puas jugak baca-baca komen dan pengalaman orang yang guna produk ni. Tapi rata-rata kata okey..susu bertambah banyak. Siap boleh buat stok susu. Tapi tak kurang juga yang merungut. Tak de kesan apa. Mungkin yang diguna tu produk tiruan. maklumlah jamu kan..Tu yang hati-hati nak beli..

Semalam juga..kakak Ipar ada bagi PIL ASI. Lebih yang dia makan sebelum ni. Kebetulan pulak PIL ASI yang saya oder sampai. So guna yang dah buka dulu lah. Tak mau membazir. Masuk hari ni dah 2 hari saya cuba..Tapi kesannya..nak tau ker..

Adakah ini mungkin baru permulaan..atau apa ek..

Anak kerap bertahi mata..mungkin sebab banyak makan jamu. Dah makan PIL ASI saya makan lagi Jamu Mak Dara. So stop dulu Mak Dara..tengok perkembanagan Pil ASI. Tapi rasanya lebih lagi hasil susu sebelum ni. Lepas makan Pil ASI bila pum x dapat susu pun. Tapi kalu sebelum ni adalah jugak 1 or 2 auns. Kat mana silap nyer ye..mungkin badan tak serasi kot..Takpe kita tengok lagi seminggu.. Kalu tak okay jugak harus di STOP dulu or tukar kotak yang baru..

Apa pun moga usaha ku berhasil Niat nak menyusu Shafiy samapai 2 tahun. Kalau dapat tak nak campur pun susu formula..


Bersalin Shafiy kali ini saya tak beli pun stok susu formula. Yang ada pun dari Hospital hari tu dan pek sample. masih banyak lagi. Cuma bancuh bila baby tak puas menyusu je..Harap adalah rezeki tuk Ahmad Shafiy nanti ya..amin.

Impikan susu yang mencurah-curah untuk bayi ku..

Sunday, June 3, 2012

Membaca Gerak Geri Si Kecil

Salam semua..

Entry apa pagi2 buta ni..subuh pun dah berlalu..Bila time pantang ni patutnya banyakkan rehat..Tapi sibuk dok story kt sini..HUH..

Letih jugak berjaga sepanjang malam..Napelah dengan si Shafiy tu dari kul 3 pagi tak nak tidur..

Membaca si Kecil ada kalanya menyeronokkan dan mencabar..adakalanya meletihkan juga..

Pagi jam 3.00 si Kecil ku bangun..Ku tukar lampin. Mungkin dia kurang selesa..Lepas di ganti masih berbunyi lagi..Mujur dia tak menangis..kalu tak mau gelabah.

Ku beri dia susu badan..Lepas disendawa harap dia tidur..pun sama jugak.merengek lagi dan bersuara si kecil itu..

Kudengar ada bunyi kahak setiap kali dia tarik nafas..Ku perhatikan dah 2 3 hari begitu..kenapa ye..apa nk buat nih..Ku teringatkan madu..Ku bancuh madu dengan sedikit air suam dalam botol. Ku beri si kecil. Puas dia minum sampai habis. Menurut pengalaman ku madu mampu mencairkan kahak..

Sebentar dia rasa lega dan terus diam..Tapi matanya tak mahu pejam..

Ku basahi kepalanya yang botak itu dengan bedak sejuk..HUH matanya berkelip-kelip sejuk kot..tapi dia diam..lega mungkin.

Ku belek-belek perutnya. Bunyi macam kembung.. Sedang ku mencari minyak Telon dia berbunyi pula..HUH anak mumy dah berak eh..baru ganti pempers tadi kan..

Lepas je ganti Pempers..teringat pesan Kak Ipar petang tadi.Budak ni mungkin mudah kembung perut. Jangan lupa selitkan lada hitam kat pusat dia. Untuk elak kembung perut. Lepas tu tiap kali tukar pempers, perutnya jangan lupa sapu minyak...sedang ku sapu minyak dan bersihkan najisnya..SURRR..dia kencingkan mummy pulak..His betul la budak lelaki ni..Tak reti bahasa. Sesuka hati jer dia pancut. Habis baju mummy. Baju adik pun basah jugak..

Ku pakaikan barut baru, tukarkan bajunya.lepas tukar lampin..dia kehausan. Sumbat lagi susu..lepas sedawa dia terus lena. Ku balut dan masukkan dia dalam buai.

Lagu apa lagi yang tak keluar..habis satu CD mummy nyanyi dik..matanya nampak macam nak lelap..

Mata Mummy pun dah ngantuk..

Tiba-tiba dia berbunyi lagi.Ku turunkan dia dari buaian..Mungkin dia panas duduk lama dia buai..Ku buka balutan dan biarkan dia tidur bersama atas katil.

Sebentar dia lena..Azan subuh berkumandang..Mata terus mengantuk..

HUh kini giliran En. Suami lah pula..Memang selalu begitu bila keletihan jaga sepanjang malam.

Membaca kerenah anak dalam pantang ni kadang-kadang menyeronokan dan mencabar..Tapi bukan mudah..itulah pengorbabnan ibu..Baru ku tahu susah senang ibuku menjaga ku..

Memandangkan masih cuti berpantang lagi..Ku biarkan bayi ku dengan suami. Harap dia lena dengan daddynya..Mumy nak tidur pulak..letih..

Mummy kenape adik kene botak jugak?

Salam semua..

Gumbiranye bila sebentar tadi bila ku buka FB dapat berita kawan ku Yanti dah selamat melahirkan anak lelaki. Syukurlah. Tapi yang sedihnya anaknya dimasukkan ke NICU. Tak sempat nak tanya keadaannya. Biarkalah dia rehat dahulu. Harap anaknya tak serius dan sihat macam bayi yang lain.. Sama-samalah kita doakan untuknya.amin..

Petang tadi juga mak mertua ku datang ke rumah menjenguk cucu barunya. Tapi dapat singgah sebentar sahaja. Memandangkan dia nak balik semula ke kampung. Sabtu lepas baru pulang dari kenduri kawin anak arwah Pak Ngah di KL. Walaupun datang sebentar anak-anak tetap gembira opah dan anak sedara yang lain datang.

Petang tadi Ahmad Shafiy telah dikerjakan oleh daddynya..Sian dia. Tapi dia diam je bila Daddy cukur rambutnya. Kakak yang meronta-rontak mintak jangan buat begitu pada Ahmad Shafiy.."Mummy nape Ahmad Shafiy mesti botak sama macam Daddy?" Husna yang nampaknya fobia bila tengok kejadian yang sama berlaku pada Daddynya hari tu..

Ceritanya bermula di Kedai gunting rambut. Bila Husna menemankan Daddy. (Daddy dah bernazar kalau dapat anak lelaki dia nak botak kepala)..Bila tukang gunting tu botakkan rambut Daddy dan gugur rambut dady dan nampak hanya tinggal sebelah bahgian je Husna ternganga mulut.. Sampailah ke sudah. Bila keluar dari kedai gunting daddy tak kata apa cuma perhatikan gelagat anaknya Husna. Dalam kereta Husna masih tak caye rambut daddy dah takde. Sekejap-sekejap dia toleh..tak kata apa..Kemudian toleh lagi..apa lah yang ada kat fikiran dia masa tu kan..Kini giliran Ahmad Shafiy pula..Tu yang dia mengamuk giler.

Mummy cuba tenangkan dia.."Baby Boy memang kene botak kepala. Nanti rambut dia tumbuh semula macam rambut daddy k sayang.."lama-lama dia faham.

Niatnya nak tungu kenduri Aqikah Ahmad Shafiy nanti. Tapi rasa macam lama lagi. Nanti terlepas pulak pahala bulan Rejab. Ustaz kata bulan Rejab kene banyakkan amalan sunat macam sedekah..Ingatkan bila dah cukur rambut nanti nak timbang dan sedekah duit kat masjid ke atau ke sekolah tahfiz ke..Tu yang cukur awal..Lagi pun bila tumbuh nanti rambut dia cantiklah sikit..

Kini rupa Ahmad Shafiy lagi hensem bila takde rambut. Harap Ahmad Shafiy cepat sembuh dari demam kuningnya. Kakak Ipar kata dia masih nampak kuning lagi. Mata dia masih kuning lagi. Kene kerap bagi susu. Ku rasa kerap dah bagi susu..mungkin tak cukup lagi kot susu badan..em..ku fikirkan macam nak ambik supliment jugaklah..tak boleh jadi begini..

 Bersedia Ahmad Shafiy

 Sediakan barang-barang dulu..kakak-kakak jangan kacau k..duk diam-diam

  Diam je dia..sama macam kakak-kakak dia dulu

  Dah berape kepala daddy cukur?.."Empat kot..termasuk rambut anak Kak Long.."

 Yerk..sian dia. Sikit lagi yerk.
Baru nak bukak mata yerk..Kalu tak payah nak bukak mata..

 Keletihan ke sayang..sian dia.
Bayi yang lahir suci bersih. Mereka insan yang tak bersalah..
Mudah-mudahan didik mereka dengan sempurna 
dengan agama..amin.


Saturday, June 2, 2012

Musim Durian Tiba Lagi

Salam semua..

Syoklah bila tiba musim durian nih..lagi-lagi bila lihat anak-anak dah pandai makan durian. Sib baik dalam pantang lagi..Nak makan lebih-lebih pun tengah menyusukan Shafiy pulak. Nanti panas dalam. Mulalah bertahi mata pulak..

Semalam anak-anak kemaruk nak makan durian. Suh Enchik ni pi balik kampung atuk saya kat Gunung Pulai. Ala 30 minit je dari rumah kami. Tapi malasnye dia..katanya saya takde sama. Saya pulak malas nak berangkut-angkut dengan baby nih..

Tunggu punya tunggu lama Enchik tu keluar dengan anak-anaknya..betul-betul ingat dia balik kampung. Durian tepi jalan jadi santapan kami. Tapi kualiti sama macam kat kampung atuk saya. Sebab penjual tu ambik durian pun kat area kampung atuk saya jugak. Layankan sebiji dua..nampak semua okay-okay dan tak layak nak buat bubur kacang. Tapi dah niat nak makan bubur kacang..bubuh jugaklah barang seulas dua tuk bau-bau nya..

Syok tengok anak-anak makan durian..sian derang ni.Tak puas..nak lagi..Si bujang kecik ni pun ku jamahkan juga..huhu..

Santapan petang tu..Bubur durian kacang hijau.
Hiris sedikit halia..sedap jugak.
Tuk mummy yang tengah pantang nih..kurangkan santanlah.
cukup rasa..cukup bau..huhu

Tapi versi yang paling tak best bila tiba musim durian ia melayakkan pasukan lalat tuk bermaharaja lela..tak suke rumah penuh lalat..Bila malam baru mereka pulang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...