Saturday, December 24, 2011

Melengkapkan cerita cuti sekolah

Assalamualaikum...

Salam kepada semua pembaca blog AYAH DAN IBU, tak lupa follower baru.terima kasih kerana sudi jengah-jengah blog yang tak seberapa ni. Tak sempat nak cari bahan-bahan menarik tuk diisi di sini.al-maklum bila cuti sekolah banyak pula agendanya. Tapi cukuplah untuk mengisi masa-masa renggang cuti ni.

Bila sebut cuti sekolah, ramailah antara kita yang ambil kesempatan tuk melangsungkan majlis perkahwinan dan menghadiri kenduri kendara. Yang pastinya jadual saya membuat persiapan tuk adik ipar yang melangsungkan persandingan pada 12 Disember yang lalu. Sedikit sentuhan dari jari-jari yang tak kreatif ni menyiapkan hantaran kawin. Menyelesaikan hajat mempelai disamping dapat meraikan bersama keluarga. Kerana ketika inilah kita dapat berkumpul bersama. Selesai menghadiri majlis adik ipar yang mendapat pasangannya warga Majidi, Jay Bee kami sekeluarga bersama sanak saudara sebelah suami berkumpul makan-makan dan berjalan-jalan di sekitar Jay Bee. Malumlah cuti suami tak panjang cukup pertemuan beberapa hari untuk mengubat rindu bertemu sanak saudara yang duduk jauh di Perak yang setahun sekali dapat bertemu.

Meneruskan rutin sebagai ibu pada perjanjian saya dengan en suami. Siap letak kt status FB gara-gara nk melatih anak saya tanggalkan pampers. Memang latihan tu cukup menguji kesabaran seorang ibu. Tapi tak bejaya juga akibat melayan mabuk-mabuk ni. Berjaya melakukannya selama 3 hari. Siap buat jadual khas tuk anak gara-gara nak ajar si kakak buang air kt toilet. Siap rujuk kt blog lain. Walaupun nampak ada kemajuan, tapi dek ibu yang tengah melayan mabuk ni terpaksa pulang cuti di kampaung. Mohon cuti dengan suami seminggu di kampung 'omak den' tak larat nak melayan mabuk-mabuk gara-gara tak dapat menyentuh sebutir nasi. Apa-apa hal sebelum kena transfer masuk wad lebih baik ubah angin. Tapi syukur bila dah duk kampung seminggu loya-loya dan 'fening-fening' beransur ok mungkin sebab dah melepasi fasa tre-semester pertama kot. Syukurlah..

Menghadiri pula kenduri sepupu dari sebelah ibu pada 18 Disember.Syukur alhamdulillah segala aktiviti kenduri kendara dapat dilaksanakan dengan aktiviti 'rewang-rewang'.  Maklumlah kenduri besar anak pertama memanglah sibuk dan penat sikit dengan jemputan VVIP dan VIP lagi dan tugas saya pulak bahagian 'floor manager'. Sibuk mengatur aturcara majlis, walaupun tak diberi tugas tu tapi bila kesibukkan tu kena lah pandai-pandai bawak diri. Nak buat keje berat-berat tak mampu. Hehe...Apa pun gambar mempelai tak dapat plak nak di tampal disini. Ucapan Selamat Pengantin Baru tuk sepupu saya Nurul Saidatul Hamsiah dengan pasanagnnya Fairos. Tak lupa tuk adik ipar Saiful Adzhar dengan pasangannya Nur Farah Ayu. Semoga kalian bahgia melayari kehidupan rumahtangga. hidup rukun, damai dan sejahtera dengan penuh sefahaman dan tolak ansur, sabar dan takwa. Semoga sentiasa diberkati, dimurahkan rezki dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah. amin..tak lupa juga pada semua mempelai mudah-mudahan kita mendapat keberkatan.

Sebulan bercuti tanpa facebook dan blog, syukurlah ramai juga yang mengucapkan Selamat Hari Lahir. Tak sangka umur dah semakin meningkat, anak semakin bertambah, rezki melimpah insyallah. Semakin hari semakin banyak kurniaanya yang tidak sedikitpun Allah lupa tuk memberi pada hambanya. Mudah-mudahan diri ini sentiasa beringat-ingat, sentiasa bersyukur dan dijauhi dari sifat-sifat tamak, kedekut, riak, ujub, takbur. Mudah-mudahan sentiasa mendapat petunjuk darinya. Terima kasih en. suami walaupun tiada hadiah yang bernilai tinggi tapi kata-kata yang diucap sangat menyentuh hati dan kesedaran. Biarlah ia tersimpan di dalam handphone 'murah' tu dan ia akan tetap lekat dihati. Untuk suami yang ku sayangi Ahmad Syammudin Ibrahim 'Selamat Hari Lahir ke-33'. Semoga hari-hari yang bakal kita lalui bersama sebagai Ayah dan Ibu dapat membentuk anak-anak menjadi insan yang soleh dan solehah. Melalui dugaan hidup ini dengan redha dan sentiasa syukur pada nikmat dan nikmat Allah. 22 & 24 Disember memang suatu tarikh yang sering kami ingat. Sebab kami berkongsi bulan yang sama. Harapnya kita lebih sefahaman dan saling melengkapi. amin.

Dugaan silih berganti tak kira berat atau ringan, tapi doa somoga dugaan yang Allah berikan tu mampu untuk kami tanggung. Rezki Allah juga ada untuk setiap makhluknya tak kira cepat atau lambat. yang penting sibukkan diri kita dengan urusan akhirat insyallah lebih tenang. Peringatan tuk diri saya jua.

Ambil yang baik-baik saja. Selamat meneruskan kehidupan tuk hari-hari yang seterusnya dan semoga kita lebih takwa dan ditingkatkan keimanan.Selamat melangkah ke tahun baru 2012 dan meninggalkan hari-hari 2011 dengan tenang.

2 comments:

  1. salam nisa, selamat 20an lagi ko ekkk... akeke... aku juga lama x dapat tgk fb, ramai yg menyambut itu dan ini bln 12 ni... jadinya pengumuman penting sahaja kutempel disitu buat pengetahuan semua...

    Nisa, muga kebahagiaan adalah milik ko sekeluarga, guru yang disenangi, disayangi, isteri dan ibu yang soleha dan mithali.. InsyaAllah.. Ingatan tulus iklas sebagai sahabat.. andai lepas ini kita tak sempat berhubung selalu... bertanya kabar dan berkongsi suka duka...

    tapi, ingatan itu tulus iklas, doa dari jauh.. InsyaAllah bertemu kita nanti dengan 'orang baru'.. InsyaAllah..

    ReplyDelete
  2. TQ.insyallah bertemu nanti kita dgn org baru.amin ju harap ada sedikit kekuatan dr kata2 ko.TQVM.

    ReplyDelete

wa kha kha...:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...