"hidup ini seperti sudah dirancang...minggu lepas umurku baru genap 7 tahun sudah disuruh ke sekolah. baru bulan lepas aku tamatkan persekolahan setelah selesai peperiksaan akhir SPM sudah disuruh sambung study lagi. tahun lepas aku baru selesai graduate keluaran universiti tempatan. percaya atau tidak hutang aku dah mencecah RM23,000. tu belum start keje lagi"
Percaya atau tidak kalau saya kataka hidup kita telah diatur olah mereka yang berkenaan. yang pastinya mereka telah berjaya menguasai kita dari segi mental, fizikal, rohani dan pemikiran kita. mereka telah berjaya memanipulasikan kita sepenuhnya.
cuba bayangkan kalu tak dapat sambung belajar cukup setakat SPM nk cri keje pun susah. lps tu bila dh study tinggi2 hutang pulak keliling pinggang. lps study kerja kemudian nk kawin plak. bila dh kawin bertambah lagi tanggugjawab utk besarkan anak2.tu tak kisahlah mmg dh tanggungjawab kita sbg ibu bapa. yg nk kira ni lps kawin nk lepak kt mana tentunya nk beli rumah,kemudian kereta.HUTANG LAGI! katakanlah paling ciput pun hutang kete 32,00 (MYVI) pastu hutang rumah RM120,000. tu belum ikut perkiraan bank lg.siap bunga sume dlm RM300,000. bukan sikit tu...belum campur bil2 lain lagi bil api, bil air, bil pembentungan, cukai pintu, servis kete, taska anak2, miskin bandar la gamaknyer kita ni...gaji RM2000 mcm RM20 je. tapi sedar atau tidak inilah dia umat akhir zaman yg sentiasa disibukkan dengan urusan dunia.sentiasa dibelenggu dengan masalah2 dunia hutang, hutang, hutang...
kerana mengejar dunia sibuk nk bayar hutang, kita leka nk didik anak2. padahal anak2 tu lah harta yang paling berharga bekalan ke akhirat nanti. bila dah sibuk anak2 tugas mengasuh anak2 diambil alih oleh bibik, anta ke taska dan orang tua.silap2 haribulan nanti bila kita dh tua anak2 pulak anta kita kt pusat jagaan orang tua2, atau pun paling beruntung bibik yg jaga.atau tak pun kita sesama reunion kt umah orang tua2. sbb masing2 dh terlalu sibuk dgn urusan dunia nilah yg akan jd nanti. mintak dijauhkan...jgn sibuk nk byar hutang tangugjawab kita lupakan...renung-renungkan...
sesungguhnya apa yang kita bicarakan tadi...mereka telah berjaya memperdayakan kita sehinggakan kita terpaksa juga mengikut apa yang telah mereka aturkan. Ya Allah jdkan lah diri kita penghuni syurga...'teringat kata-kata ustaz kt TV tu salah satu sebab manusia tak layak masuk syurga ialah kerana HUTANG'. JAdi sebelum terlambat jauhkanlah diri kita dari belenggu hutang. tunaikan kewajipan sebagai umat Islam. mendidik anak2 jasmani, rohani, fizikal dan mental mereka. berdoalah agar kita terhindar dari fitnah DAJAL. kembali kepada rukun Iman yang 6 pekara dan tunaikan tanggungjawab kita dalam persediaan ke akhirat melangsaikan rukun Islam 5 pekara.
saya juga sentiasa leka...kalu saya leka 'tolong ingatkan aku...'
renung-renungkan...
No comments:
Post a Comment
wa kha kha...:)