Thursday, June 30, 2011

Baju Anak Khalifah


Bacalah cerita ini. Ia menarik untuk diceritakan pada anak-anak dan sebagai renungan bersama.

Diriwayatkan bahawa pada suatu hari, anak Omar bin Khattab pulang dari sekolah sambil menangis. Ketika ditanya oleh ayahnya, anak itu menjawab:”Teman-temanku di sekolah menghitung tampalan bajuku dan mengejekku. Kata mereka, lihatlah anak Amirul Mukminin bajunya bertampal-tampal seperti ini”.

Mendengar pengaduan anaknya itu timbullah rasa kasihan dalam hati Omar terhadap anaknya. Oleh kerana itu beliau mengirim sepucuk surat kepada Bendahari Negara, meminta agar beliau dipinjamkan wang empat dirham dengan jaminan gajinya bulan depan dipotong.

Maka bendahari Negara itu mengirimkan surat jawapan yang berbunyi “Wahai Omar, adakah engkau sudah dapat memastikan bahawa engkau akan hidup sampai bulan depan? Bagaimana kalau kau mati sebelum membayar hutangmu? Apa yang akan kamu perbuat terhadap hutangmu itu di hadapan Allah?”.

Membaca surat itu maka Omar tersungkur menangis, lalu berkata kepada anaknya: “pergilah engkau wahai anakku ke sekolah sebagaimana biasanya kerana aku tidak dapat memperhitungkan umurku walau sejam lagi”

Cer fikir:

1. Hidup berhutang Allah kata tak layak masuk syurga, walaupun dia mati syahid.

2. Hidup berhutang siang resah malam tak tenang.

3. Mengejar kebendaan dan keduniaan sifat yang Allah cela.

4. Mencintai harta tak boleh dibawa ke syurga sebaliknya mengikuti gaya dan cara hidup Barat sedangkan Allah murka kita ikut cara hidup Barat.

5. Di dalam harta kita tu ada hak orang lain ke atasnya. Sudahkan kita langsaikan?

ISLAM SUKA KESEDERHANAAN

No comments:

Post a Comment

wa kha kha...:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...