Salam semua...
Wah tetiba je si Nisa ni cakap pasal kehamilan...terkejut tak?bukan apa..saban hari bila mendengar kawan2 diluar sana ramai yg sedang hamil.anak pertama,anak kedua..rasa seronok pulak.seronok kerana mendengar berita gembira dari rakan2.Alhamdulillah nikmat yg ALLAH swt berikan tu jgn sia2kan.Ia sebagai pelengkap kehidupan dan suatu anaugerah yg tak ternilai. (wah...niat nk tambah lg.tp maklumlah keadaan ekonomi tak stabil lagi.lagipun anak2 yg kecil tu perlukan perhatian yg sepenuhnya dr umi..kalu ada rezki insyallah).TAHNIAH pada kawan2 mana yang sedang menghadapi minggu-minggu kehamilan.syukur alhamdulillah...
Di sini ingin saya kongsikan beberapa panduan, tip, petua, ilmu dan sedikit pengetahuan tentang kehamilan. Ilmu pesona kehamilan mengikut cara Islam sepatutnya kita mengkaji dari sudut panduan dan syariat Islam supaya anak dalam kandungan dan ibu mendapat berkat dan syafaat disebalik anugerah kehamilan itu.
Pertama ingin saya kongsikan sedikit hadis Rasulullah tentang kehamilan yg mana kdang2 kita tak tau, lupa dan kurang pengetahuan tentang nya;
sabda rasulullah saw "wanita yang meninggal dalam keadaan perawan atau pada masa hamil atau pada saat melahirkan atau sesudah itu (ketika nifas) akan memperoleh martabat seorang syahid".
Besar sungguh pengertian hadis, yg mana mengatakan bahawa dengan mengandung atau mati masa melahirkan atau mati selepas melahirkan dianugerahkan sebagai mati syahid. dulu adalah ustazah2 kt sekolah agama cerita pasal wanita mati syahid. alangkah indah kalu kita dianugerahkan mati syahid dalam keadaan begini. banyak lagi hadis2 yg merujuk kepada perihal wanita hamil.
tip yg perlu diambil perhatian untuk wanita hamil antaranya:
1. jangan sembelit.
maknanya kalu sembelit boleh mengalami keguguran. ini mungkin merujuk pada mereka yg berapa pd peringkat awal kehamilan. tp sembelit ni juga akan mengganggu kita sepanjang proses kehamilan.paling dasyat time kandungan 7,8, dan 9.masa tu ibu kene berhati2 dlm pemilihan mknan.bnyk mkn buah,sayur. bg yg alah mkn sayur mcm saya dulu caranya saya ambil mknan tambahan spirulina.bgus tuk lancarkan najis.lg satu kandungan vitamin dia banyak.meliputi keseluruhan proses perkembangan janin.jenama spirulina yg saya guna ELKEN memang terbaik untuk sy dan anak.
2. jangan cirit-birit
Harus diingat kenapa tak boleh alami cirit-birit sbb itu masa hamil kita kena jaga makanan. tak blh main sumbat je.mentang2 dh lps dr tempoh mabuk2 3 bln pertama.selera dh mkin ok.mkn pun ikut suka je. sebaliknya amalkanlah cara pemakanan nabi.mcm tip kt blog saya yg lalu jom contohi diet rasullulah.lg satu time hamil kita tak boleh mkn pil2 sebarangan.biasa kalu cirit-birit kita mkn pil 'CHI KIT teck aun' amat bahaya diambil tuk wanita hamil.sbb kita tak tau kandungannya mcmana.selamat atau tdk tuk janin.jd bila dh cirit kan susah.paling tak pun minum bancuhan teh pekat insyallah boleh redakan cirit birit.
3. jangan makan asam tak elok.
selalu kalu wanita hamil rasa mual2, muntah dan gelisah. mereka akan suka mkn masam dan masin. kadang2 ada yang mengidam benda2 pelik mcm minyak itam (macam mak saya),kiwi kasut, sabun, tanah itam semua benda tu tak elok kerana dapat merosakkan kesihatan.
4. jangan angkat benda2 berat, jangan melompat,jangan berlari kerana ia boleh menyebabkan pendarahan dan mungkin keguguran.
5. Wanita hamil perlu berhati-hati dengan fikirannya, perasaannya, buku2 yg dibaca, pergaulan kawan2, benda2 yg didengar.pendek kata segala kelakuan perlu dijaga dan dipelihara. sebab tu dalam ISLAM wanita hamil digalakkan membaca AL-QURAN. elakkan pengaruh2 yg buruk sebab semua tindakkan kita akan mempengaruhi sistem saraf janin dlm kandungan. Penting sangat kita untuk berhati bersih, berfikiran bersih, tidak iri hati, hasad dengki, kuatir, syak wasangka, sedih,resah, gelisah,murung dan semuanya kerana ia akan mempengaruhi watak anak kelak. Pendek kata lingkungan waktu janin dlm perut ibu itu adalah masa2 yg terbaik tuk disemaikan pekara yg baik.banyakkan baca al-quran selain memudahkan masa nk bersalin nanti. Kalu barat galakkan kita perdengarkan lagu2, tp dalam Islam kita digalakkan perdengarkan ayat-ayat suci al-Quran supaya anak yg lahir nanti dh terdidik dengan Islam. mendengar kata dan mudah2an jd anak yg soleh dan solehah.
selebihnya ibu2 hamil bolehlah merujuk buku2 kehamilan yg banyak dipasaran. merujuk buku2 Islamik. amalkan surah2 dlm al-Quran iaitu surah al-kursi, surat yasin, surah maryam,surah yusuf dan surah muhammad.
antara tips2 makanan ketika hamil;
1. makan makanan yang baik dan halal sangat penting. harus ditekankan "jika makan makanan dari sumber yg haram makan anak yg lahir nanti pun tak elok" makna kata ISLAM amat menekankan soal halal dan haram dlm pemakanan. ibu2 perlu berwaspada dan berhati2.
2.di peringatkan kalu kita makan makanan dan buah yang berzat secara berlebihan dan terlalu banyak beristirehat akan menyebabkan berat anak bertambah dan sukar bersalin. INGAT TUUU!
(maknanya makanan yg kita mkn pun perlu seimbang.dan lakukan kerja2 ringan. jgn bnyk berehat. kalu kita tiru barat memang dia suh kita banyakan berehat.sampai dah terlebih rehat, jd malas kemudian bila waktu nk bersalin tak cukup tenaga nk bersalin. sekurang2nya pergerakan tu penting lagi2 bila dh waktu tri semester terakhir 7,8,9 bulan.)
3.ikut sunah rasul..sabda nabi: "apabila seorang wanita memakan tembikai manis maka dia akan melahirkan anak yang tampan dan cantik".
4. kalu ibu makan kacang, dia akan lahirkan anak yg cerdas. di samping tu kacang akan membanyakkan air susu ibu. tak kiralah apa2 jenis kacang.
5.sy percaya pada pantang larang orang tua2 kata tak boleh makan tebu masa hamil dulu lah....kata org tua2 nti susah nk bersalin.sampaikan pengalaman yg saya lalui hampir 3 thun saya tak minum air tebu.terliur je tgok org minum air tebu. (thn 1 prgnt ank 1,pastu thn3 prgnt anak 2).tapi rahsianya dalam Islam kita digalakkan makan kelapa dan tebu kerana ia dpt mengurangi muntah.dan dapat memudahkan kelahiran. tp harus diingat JANGAN ambil terlalu banyak pula. lagi faedahnya anak yg lahir akan berkulit bersih, tak alami ruam. biasanya sy ambil air kelapa pada usia kelahiran 7 bulan hinga 9 bulan.cuba lah!
6. makan kurma kerana sangat berguna untuk pertumbuhan janin. disamping kurma berikan tenaga tuk ibu hamil. baik juga dimakan masa melahirkan nanti. antara kajian terhadap kurma khasiatnya boleh menguatkan otot rahim untuk bulan terakhir kehamilan, boleh membesarkan rahim pada saat2 melahirkan dan mengurangi pendarahan. kurma juga boleh perbanyakkan air susu. kismis juga makan terbaik tuk otak anak. selain itu kismis menjadi sebagai ubat dan dpt perbanyakkan air susu ibu.
sekian sedikit perkongsian. sumber maklumat banyak diambil dari buku PESONA MENDIDIK ANAK SECARA SUNAH.
saya rasa setiap ibu bapa harus ada sebuah buku ini , untuk mengukuhkan kefahaman kita dalam mendidik anak mengikut sunah seperti yang ditekankan dalam ISLAM. di harap sedikit perkongsian ini membawa manfaat seterusnya usaha yang berterusan melahirkan generasi yang kuat. sesungguhnya tanggugjawab paling besar ibu bapa adalah mendidik anak2 mengikut landasan ISLAM.
semoga anak2 yang bakal lahir nanti menjadi generasi yang kuat.mendapat anak yang soleh dan solehah.
Untuk anak ku ELISSA QAIRINA WARDAH selamat ulang tahun kelahiran pertamanya. semoga menjadi anak yg solehah,
Syukran for sharing . Salam kenal dr errakyra.com
ReplyDelete