adalah seperti tarikh keramat
yang diraikan oleh setiap warga Malaysia yang bergelar guru sejak tahun 1972.
Tetapi pastinya walaupun ia diraikan sama ada di peringkat sekolah hinggalah ke peringkat
kebangsaan, masih ramai di antara kita yang masih belum mengetahui,
kenapa tarikh 16 Mei dipilih sebagai
Hari Guru.
Mengikut fakta sejarah pendidikan negara,
tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru
kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council)
telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai Dasar Pelajaran bagi negara kita.
Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi
Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak hari itu.
Kita bertuah sebenarnya kerana Hari Guru kita sambut dua kali setahun.
Maklumkah tidak kita bahawa Hari Guru Sedunia disambut pada 5 Oktober setiap tahun.
Hari Guru Sedunia yang pertama kali ditetapkan lembaga dunia Unesco dan ILO 5 Oktober 1966, memang tidak sepopular hari-hari lainnya yang dirayakan secara global.
Sebagai seorang guru kita harus menyedari tentang asal usul sambutan Hari Guru sebagai menyedari hakikat akautibiliti seorang guru tak semudah yang disangka.
bertuahnya menjadi seorang guru sebab diadakan satu hari khas buat kita semua...
SELAMAT HARI GURU kepada rakan-rakan seperjuangan yang akan menduduki peperiksaan di INSTITUT PERGURUAN TEMENGGUNG IBRAHIM, JOHOR BAHRU.
tak lupa untuk rakan-rakan yang sudak berkhidmat yang sama-sama menimba ilmu di INSTITUT PERGURUAN KAMPUS PERLIS KPLI JUN 2009.
dan semua rakan-rakan guru.
No comments:
Post a Comment
wa kha kha...:)