Assalammualaikum...
Kepada sekian sidang pembaca laman blog ini, terima kasih yang tak terhingga kerana kesetiaan kalian dlm mencari bahan bacaan untuk menambah ilmu pengetahuan.
Ingin sekali saya membuat perkongsian ilmu mengenai pekara yang penting bila bergelar seorang ibu.
Mengikut catatan saya yang lepas, saya ada meninggalkan titipan mengenai kehamilan..maka nye kali ini saya amat berminat untuk menyebarkan khabar yang patut diketahui oleh setiap insan yang bakal bergelar ibu dan semua ibu-ibu diluar sana tentang HIKMAH SUSU IBU. pencarian saya selama ini terjawab melalui bahan bacaan yang saya temui iaitu Pesona Mendidik Anak Cara Sunah..
Sebelum ini saya banyak merujuk bahan-bahan dari internet terutama tentang cara mendidik anak2, fasa-fasa kehamilan, tentang khasiat susu ibu.tapi jawapan yg saya temui masih samar2. sehinggalah saya menemui buku Pesona Mendidik Anak Cara Sunah kerana buku ini amat lengkap menerangkan segala segi dalam aspek kehidupan.
sekurang2nya kita dapat belajar dan melaksanakan tanggugjawab kita sebagai ibubapa MUSLIM dengan memperlengkapkan diri tentang pengetahuan mendidik anak mengikut sunah rasullulah saw.insyallah...pada masa akan datang saya akan ceritakan tentang cara2 mendidik anak mengikut sunah serta sedikit kajian yang telah saya jalankan.
Hikmah Menyusukan Anak
Rasullullah saw bersabda:
"Apabila seorang wanita menyusui anaknya, maka setiap teguk daripada susunya dia akan menerima pahala seakan-akan menghidupkan orang, dan apabila dia menyapih (memelihara) anaknya, maka para malaikat menepuk punggugnya dan berkata, 'Selamat semua dosamu yang lalu telah diampuni, sekarang mulailah lagi".
Bertuahnya jika seorang ibu dapat menyusukan anaknya sendiri. setiap orang anak berhak untuk mendapatkan susu ibunya. Air susu ibu adalah makanan semulajadi bagi bayi. kerana ibu ia dikurniakan seiring dengan kehamilan anak. selain kita tahu tentang khasiat susu ibu yang menjadi keperluan makanan yang sempurna untuk pertumbuhan bayi, ia juga dapat menjamin kehisatan.sebagai antibodi yang mujarab untuk bayi.
Ingin saya senaraikan beberapa kepentingan susu ibu yang perlu diketahui oleh setiap wanita muslim khususnya antaranya:
1. susu ibu melengkapkan keperluan gizi bayi.
2. susu ibu dapat mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak. Malah ikatan tersebut semakin kuat walaupun bila anak telah dewasa.
3. Air susu ibu merupakan gizi rohaniah di samping dapat membentuk sifat yang baik anak-anak. Seorang ibu juga dapat menanamkan sifat yang baik dalam diri anaknya melalui setiap titisan air susu serta membentuk cara berfikir yang baik, membentuk akhlaknya yang akan mengalir kesetiap saluran darah anak yang disusuinya. sebab itu adalah wajib bagi setiap ibu untuk menyerapkan nilai2 Islam dengan mentauhidkan Allah serta mencintai rasullulah saw dan kecintaan terhadap ISLAM.
4. susu ibu menanam rasa cinta, kasih dan sayang ibu terhadap anaknya.anak yang disusui dalam pangkuan ibu akan rasa lebih selamat berada di situ. sehingga mencetuskan perasaan cinta yang tidak berbelah bagi terhadap anaknya. sebab itu jika kita lihat bagaimana kesungguhan ibu-ibu kita terdahulu dalam membesarkan anak2. walau susah mana pun dia tetap berusaha membanting keringat untuk membesarkan anak2.beritu ikhlas kecintaan ibu terhadap anak yang disusui.begitulah hikmah yang Allah rakamkan melalui titisan susu ibu.
Pesanan rasulullah kepada para ibu2 perlu diambil perhatian:
Rasulullah bersabda..."barangsiapa yang menyusui anaknya Allah swt akan memberikan pahala di dunia dan akhirat."
nabi berkata lagi.."setiap tegukan pertama air susu ibu akan diberikan kepada anak akan mendapat pahala sama dengan pahala menghidupkan seorang manusia".
kemudian dia menekankan kepada kita lagi tentang..."bagi ibu yang sedang mati waktu itu dia masih menyusukan anaknya ganjaran syahid untuk ibu itu".
betapa besarnya ganjaran yang Allah berikan kepada para ibu yang menyusukan anaknya. sehingga ditegaskan kepada kita "apabila ibu menolak untuk tidak menyusukan bayinya tanpa ada alasan yang kuat maka ia adalah satu perbuatan yang ZALIM".
masyallah...besar sungguh peranan susu ibu yang telah dianugerahkan kepada kita. sedang pada masa ini, banyak ibu2 menolak untuk menyusukan anaknya kerana nak cantik. kita juga disibukkan dengan kerja sehingga mengabaikan anak2 atas alasan kesibukan bekerja.sehingga kewajipan tidak dapat ditunaikan. di sini mungkin para ibu diluar sana perlu berusaha dan berazam untuk menyusukan bayi walau apa cara demi mendapat keredhaan ALLAH kecuali atas sebab2 tertentu.
Kesan tidak menyusukan anak juga menjelaskan dengan terperinci iaitu para ibu yang tidak menyusukan bayinya tidak anak memperolehi kasih sayang anak, hubungan batin dan penghormatan anak atas sebab tidak memindahkan air susu ke saluran darah anak.
begitulah hikmah disebalik menyusukan anak yang sering kita abaikan. dalam kesibukan dizaman moden ini para ibu jangan sekali mengabaikan tanggugjawab menyusukan bayi. banyak cara dan kaedah yang kita boleh pelajari sebelum mempersiapkan diri melalui hari2 seorang ibu nati. sekarang ni pun banyak pil2 dan makanan tambahan yang boleh diambil oleh ibu sebagai persediaan menyusukan bayi. info2 juga boleh didapati di internet dan bahan2 bacaan yang lain.oelh itu manfaatkalah sebaiknya agar kita dapat melaksanakan sebahagian dari sunah rasullulah saw.
No comments:
Post a Comment
wa kha kha...:)