Saturday, July 9, 2011

IBADAH PUASA DARI SUDUT SAINS


Allah telah memerintahkan umat Islam berpuasa pada bulan Ramadhan seperti yang dinyatakan dalam al-Quran:

“Wahai orang beriman! kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang sebelum kamu supaya kamu bertakwa. (puasa yang wajib itu ialah) beberapa hari yang tertentu:sesiapa antara kamu yang sakit ataupun dalam musafir, (bolehlah ia berbuka). Kemudian dia wajib berpuasa (sebanyak hari yang dia berbuka) itu pada hari-hari yang lain dan wajib atas orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan fidyah, maka itu adalah satu kebaikan baginya (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui”.

Surah al-baqarah, ayat 183 – 184

Memandangkan bulan ramadhan semakin hampir, jadi elok lah kalau kita bercerita mengenai faedah dan hikmah berpuasa. Terdapat dalam sebuah buku yang mana, menceritakan tentang ibadah puasa dari sudut kesihatan. Memandangkan buku ini merujuk kepada persediaan menghadapi kiamat dalam buku ARMAGEDON 2012 Bencana Akhir Zaman tulisan Muhammad Alexander, jadi sudut pandangan nya mengenai puasa lebih menjurus tentang persediaan menghadapi bencana akhir zaman. Namun ia masih relevan sebagai rujukan dan panduan tentang hikmah puasa dari sudut sains kesihatan. Mari kita menyingkap hal yang seterusnya.

…Puasa membantu dalam menyembuhkan penyakit, termasuk asma, elergi, selsema, bronchitis, asid urat, rematik, barah pramatang, insomnia, kemurungan, tekanan, tekanan darah/ tahap kolestrol, user mulut/perut, migraine, demam, penyakit-penyakit kulit, dan kebergantungan pada ubat, nikotin, akohol dan narkotik. ..

Dari sudut kesihatan kulit dan mata menurut Dr. R. Cinque mrnyatakan puasa dapat menjadikan kulit lebih bersih dan halus serta mampu menjernihkan pandangan mata.

Puasa juga mampu meningkatkan proses detosifikasi dari dalam tubuh itu sendiri. Dalam hal ini organ detosifikasi merangkumi kulit, paru-paru, ginjal, hati, nodus dan usus besar. Apabila seseorang berpuasa, prestasi organ-organ itu meningkat.

Manfaat berpuasa yang lain ia membantu pertumbuhan semula sel-sel tubuh dan membersihkan tubuh daripada pelbagai jenis racun atau toksin.

Dr Abdul Jawad Ash-Shawy menyatakan sel mengandungi asid amino. Apabila puasa dilakukan, asid daripada makanan bergabung dengan asid yang dihasilkan semasa proses pencernaan. Ia kemudian disalurkan mengikut keperluan sel-sel tubuh. Hasilnya mereka yang berpuasa menjadi bertambah sihat.

Puasa dalam Islam adalah satu-satunya cara yang paling ideal bagi memperbaiki fungsi optimum bagi hati. Semasa berpuasa, hati seseorang mendapat bekalan asid lemak dan amino organic selama rentang waktu antara buka puasa dan sahur. Ia kemudian membentuk inti protein, cecair fostat, kolestrol dan lain-lain elemen yang penting bagi membentuk sel-sel baru. Dengan itu, hati tidak akan diserang oleh cirrhosis.

Selain itu, manfaat lain ialah tidak akan berlaku ketidakseimbangan fungsi ekoran tidak terbentuknya bahan yang dapat mengalihkan lemak dari hati. Ini kerana pembentukannya dapat dihindari apabila perut kosong atau pemakanan tidak melibatkan makanan yang berlemak.

Dr. Bahar Azwar berkata, Puasa sebagai ejen pembersih tubuh. Semasa seseorang berpuasa tubuh akan kehilangan tenaga. Pada masa itu, otak sebagai organ yang paling banyak memerlukan tenaga mulai bereaksi. Rancangan memaksa kelenjar pancreas mengeluarkan hormone glucagon. Glukagon berfungsi membakar glikogen yang tersimpan dalam hati dan menjadi glukosa. Maka tahap tenaga yang mencukupi diperolehi. Jika ia masih belum mencukupi maka ia akan membakar lemak, termasuk lemak dalam pembuluh koronari yang terdapat di dalam jantung, hati, usus dan ginjal. Dengan beban yang berkurangan maka organ-organ tersebut bertambah kuat.

Sesak nafas akan berkurangan, usus akan berfungsi dengan lebih baik dan proses pembuangan air besar akan lebih lancar. Selain berat badan menurun.

Lain-lain manfaat berpuasa ialah:

1. Menurunkan tahap lemak dan kolestrol sehingga mencegah penyakit jantung.

2. Fikiran tenang.

3. Jantung kurang terbeban dalam menjalankan tugasnya mengepam darah ke seluruh tubuh.

4. Tekanan darah yang tinggi akan menurun sehingga sakit kepala akibat tekanan darah tinggi hilang.

5. Beban tugas yang mengeluarkan toksin tubuh melalui air kencing dapat dikurangkan.

6. Sakit pinggang yang disebabkan gangguan pada fungsi ginjal akan berkuranagn.

7. Berlakunya pertumbuhan semula sel jantung semakin segar, nafas menjadi lapang, fungsi ginjal bertambah baik dan lain-lain manfaat yang melambatkan proses penuaan.

Hippocrates bapa perubatan moden, ‘jika kamu berasa demam, kamu perlu berpuasa’.

Benjamin Franklin pula berkata ‘ubat yang terbaik adalah berehat dan berpuasa’.

Puasa adalah ‘istirehat kimia’ bagi organ dalam tubuh. Dengan mengawal pengambilan makanan, proses detoksifikasi organ-organ utama seperti ginjal dan hati menjadi bertambah mudah, malah ia mempercepatkan proses itu.

Yang membezakan antara berlapar dengan puasa adalah seperti berikut jom baca:

1. Pernafasan dan lidah menjadi bersih

2. Suhu tubuh yang tidak normal menjadi normal.

3. Denyutan nadi menjadi normal.

4. Reaksi kulit dan lain-lain menjadi normal.

5. Masalah bau mulut dapat diatasi.

6. Air liur menjadi normal.

7. Mata menjadi terang dan daya penglihatan meningkat.

8. Air kencing menjadi bersih.

Menurut Al-Quran puasa meningkatkan keimanan dan ketakwaan.

Mengikut Rasulullah puasa wajib dan puasa sunat dapat menjadikan tubuh bertambah sihat. Puasa juga sebagai perisai tubuh dari segala penyakit.

Hadis oleh Imam Ahmad;

“Allah maha perkasa dan maha Agung mewajibkan puasa Ramadhan dan sunatkan solat pada malam harinya, sesiapa berpuasa dan solat malam dengan mengharapkan pahala keredhaan Allah, dia keluar dari dosanya seperti bayi yang baru lahir oleh ibunya.”

Berdasarkan perintah tersebut, dinyatakan sebagai;

Puasa sememangnya menjadi perisai bagi orang yang mengerjakannya. Seterusnya apabila seseorang yang berpuasa Ramadhan mengerjakan pula solat tarawih, tahjud dan sebagainya, semua sel yang layu di dalam tubuhnya digantikan dengan sel-sel baru sehingga dia laksana seorang bayi yang baru lahir. Dengan pengantian sel, prestasi organ bertambah baik dan dia dilindungi daripada serangan penyakit.

Demikianlah hikmah berpuasa dan pandangannya dari sudut sains kesihatan. Mungkin ada lagi hikmah yang lain yang mana kita perlu mengkaji. Paling tidak pun perlu rajin membaca.

Mudah-mudahan dengan hikmah yang dinyatakan tadi dapat menambahkan keimanan dan istiqamah dalam mengerjakan ibadah puasa nanti. Insyallah.

Ternyata Islam agama yang menyeluruh dan ia sesuai seiring zaman. Jadi apa lagi yang mahu kita risau tentang kesahihan Islam. Semoga kita menjadi umat Islam yang beriman. Bukan umat Islam yang sentiasa leka. Tak perlu ubat kurus, tak perlu krim muka atau ubat awet muda. Tak perlu ubat-ubatan yang mengandungi bahan nikotik hanya dengan berpuasa insyallah ia paling mujarab. Lagi-lagi bila kita sakit kita minta penyembuhan dari Allah lagi Allah suka. Untung-untung Allah bagi kita sihat segar bugar dan dapat mengerjakan ibadah dengan tenang.

Selamat berpuasa..

No comments:

Post a Comment

wa kha kha...:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...