Saturday, July 9, 2011

Surah al-Kaffi

Amalkan membaca 10 ayat dari surah Al-Kafi untuk melindungi diri dari fitnah akhir zaman. Di samping itu mari kita hayati makna yang tersurat dan tersirat dari ayat tersebut. Ayat 101-110 surah al-Kaffi.

Fitnah akhir zaman berleluasa. Menyebabkan kita sentiasa leka dengan keindahan dunia dan mengejar keduniaan. Sebaliknya Allah meyuruh kita untuk sentiasa mencari kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Jom hayati bersama dan semoga ia akan menjadi amalan harian..insyallah.

Bismillahirohmanirohim…

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyanyang.

101 :Iaitu orang-orang yang matanya tertutup (dari melihat) peringatanku, sedang mereka tidak sanggup mendengarkannya.

102 :Adakah orang-orang kafir menyangka, bahawa mereka mengangkat hamba-hambaku (malaikat, Isa dan lain-lain) menjadi wali tuhan, selain daripadaku? Sesungguhnya kami sediakan neraka jahanam sebagai tempat tinggal orang-orang kafir.

103 :Katakanlah: mahukah kami khabarkan kepadamu tentang orang-orang yang amat rugi perbuatannya?

104 :(Iaitu) orang-orang yang sesat perbuatannya ketika hidup di dunia, sedang mereka menyangka bahawa mereka mengerjakan pekerjaan yang sebaik-baiknya.

105 :Merekalah orang-orang yang ingkar akan ayat-ayat Tuhan dan akan menemuinya, sebab itu hapuslah pahala perbuatan mereka, dan tidak kami adakan timbangan untuk mereka pada hari kiamat.

106 :Itulah balasan mereka, (iaitu) neraka jahanam, sebab mereka kafir dan mengambil ayat-ayat ku dan rasul-rasulku sebagai bahan ejekan.

107 :Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh untuk mereka syurga firdaus sebagai tempat tinggal.

108 :Sedang mereka kekal di dalamnya, tidak mahu berpindah daripadanya.

109 :Katakanlah: jika sekiranya (air) laut menjadi dakwat untuk (menulis) perkataan Tuhanku, nescaya keringlah air laut itu, sebelum habis perkataan Tuhan, sekalipun kami datangkan dakwat sebanyak itu lagi sebagai tambahan.

110 :Katakanlah: sesungguhnya aku seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku, bahawa Tuhanku Tuhan yang Maha Esa. Barangsiapa yang berharap akan menemui Tuhannya, hendaklah dia beramal dengan amalan yang saleh dan janganlah dia menyekutukan dalam menyembah Tuhannya dengan sesuatau apapun.

Keterangan ayat:

Sesungguhnya ilmu Allah swt amat luas dan perkataanya untuk mnegadakan alam dan mengaturkan, amat banyak. Jika ditulis dengan dakwat dari air laut dunia ini, nescaya habislah air laut itu, sedangkan perkataan Allah swt belum habis ditulis lagi, meski pun ditambah lagi dakwat sebanyak itu lagi. Hal ini memang tidak dapat dibantah, kerana dunia yang kita diami ini sangat kecil, jika dibandingkan dengan matahari, bahkan ada yang lebih besar daripadanya. Maka tentu air laut kita ini, seumpama setitis, jika dibandingkan dengan alam yang sangat luas ini.

Sesungguhnya Nabi Muhammad saw itu manusia seperti kita juga, hanya kelebihannya Allah swt mewahyukan kepadanya Al-Quran, di dalamnya tertera, bahawasanya Allah taala hanya satu. Barangsiapa yang hendak bertemu dengan Allah swt (mendapat kurnianya), hendaklah dia beramal saleh dan jangan sekali-kali menyekutukan ibadat sengan sesuatu jua. Jika dia sembahyang, puasa, bersedekah dan sebagainya, hendaklah semata-mata kerana Allah swt, bukan kerana hendak dipuji orang atau hendak menjadi masyur.

Sambungan…Alhamdulillah

No comments:

Post a Comment

wa kha kha...:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...