Salam semua...
Selalu bila kita senang, jarang nak ingat dugan apa yang menimpa kita lepas ni. Tapi bila dh terduduk dan rasa kesukaran barulah kita nak mengenang dan bermuhasabah diri.
Apa yang berlaku pada saya sepanjang minggu-minggu yang lepas, sememangnya banyak menguji kesabaran saya sebagai ibu. Pada awal tahun ini. saya memulakan sesi persekolahan bagi tahun 2012. dan anak-anak dihantar ke taska berdekatan rumah. Sepanjang tempoh itu si adik kelihatan tak selesa. Setiap kali daddy hantar ke taska, tentu dia merengek panjang. Sampailah saat mumy nya ambil untuk pulang.begitulah rutin hariannya. lain si kakak yang sudah terbiasa duduk di taska sejak kecil.
Sebenarnya sebelum ni anak-anak dihantar ke rumah pengasuh.jadi bila pengasuh pun ada masalah dan tak dapat menjaga anak-anak saya pun mulalah pada plan menghantar anak-anak ke taska. tapi lain jadinya dari mingu ke minggu ada saja dugaannya..
Minggu pertama berlalu dengan tragis setiap kali hantar dan pulang. berlarutan sampai ke minggu ke dua. adik demam dan mula tunjukkan diri tak sihat. diserang selsema. bila malam mulalah tak dapat tidur nyenyak. Saya pun ulang alik ke klinik swasta hampir 3 kali. Sehinggalah minggu ke tiga adik si adik dan kakak mengalami cirit-birit. saya mula rasa tak senang hati.dengan kerja yang bertimbun di sekolah..waduh..dugaan apa yang saya terpaksa lalui lagi..
Masuk minggu ke tiga januari saya terpaksa menjemput mak datang tuk jaga anak-anak. nampak pekara ni macam biasa.tp jadi luar biasa untuk saya mengurus anak-anak dengan diri yang tak berapa sihat bila saya sendiri kena gastrik dan batuk yang teruk.dalam keadaan mengandung bulan yang kelima ni saya rasa kurang selesa. hencik suami hanya boleh bantu mana yang mampu. Syukur mak ada. Dapatlah saya melalui tempoh bertahan dengan okay-okay aje.
Biasalah pendapat orang tua, kata anak-anak tak sihat dikatakan "ni kena sintom pembawakan lah".tapi bagi saya cuaca dan edaran udara sekarang tak berapa sihat tuk anak-anak. misalnya masa anak-anak kene cirit birit, bukan anak-anak saya je yg terkena. tp bila di klinik ramai juga yang alami masalah yang sama. minggu demam pun macam tu jugak. jd ibu bapa pun kena berhati-hati dan kalau boleh kurangkan aktiviti di luar rumah.
Untuk anak-anak saya, saya banyak berikan mereka makan madu, bancuh dalam bentuk air madu dan tambahkan vitamin c dan tak lupa kalsium tuk anak-anak tak lupa tuk berikan juga makanan yang sihat. Mereka perlukan antibodi yang kuat tuk melawan penyakit. Saya tak nak terlalu bergantung kepada ubat-ubat doktor.
Apa yang penting...ikhtiar, doa dan kesabaran. Sentiasa ingatkan diri saya tentang kesabaran. Terutama dalam membesarkan anak-anak. Ya Allah moga sedikir ujian ini memberikan keinsafan pada diri ini. Moga anak-anak beransur sihat. Saat ini kesihatan keluarga amat berharga. Sekejap sahaja masa berlalu, kandungan saya juga dah menjangkau bulan yang ke enam. Dah mula mengeras..Saya pula terpaksa selesaikan kerja-kerja di sekolah, memandangkan akan bercuti panjang nanti.
Semoga segala urusan ku dipermudahkan..amin ya raballalamin.
Kurang lebih kelemahan saya terbaik jua dari Allah.
No comments:
Post a Comment
wa kha kha...:)