Syukur kehadrat ilahi yang membuka seluas-luas rezki dan nikmatnya,
Dah hampir 3 minggu berlalu tahun 2012. Cuti yang panjang pada musim perayaan ini dimanfaatkan sewajarnya. dipendekkan cerita pada sabtu dan ahad yang lepas saya mengikuti kursus pengurusan Al-Baghdadi yang dianjurkan di Johor.
Ceritanya bermula bila tumpang kereta seorang sahabat ni..perasan plak dalam kereta tu ada alat ketuk.automatik la tanya mana dia dapat alat ketuk ni. Rupenya dia sebelum ini dah mengikuti kursus asas Al-Baghhdadi. Secara tak sengaja saya terus setuju bila dia pelawa saya untuk ikut sama kursus pengurusan. Walaupun hakikatnya layak tu jauh sekali. Cuma niat di hati untuk baiki bacaan Al- Quran dan dapat mengajar anak di rumah.
Syukurlah segala urusan dipermudahkan. Sepanjang kursus tu saya kagum dengan semangat orang-orang muda peringkat adik-adik yang mahu belajar teknik ini. Tak kurang juga orang-orang tua.Ibu bapa dan juga orang-orang pinggiran macam saya ni...
Secara kesimpulan yang saya perolehi di sini, saya rasa ia berjaya membuka mata saya yang dulunya menganggap mengaji sudah cukup sekadar tahu dan mengajar mengaji hanya layak untuk golongan agama sahaja. Sebenarnya kalau ikutkan ucapan dr pengasas al- Bargdadi sendiri beliau tak menafikan kita untuk menggunakan mana-mana teknik yang kita rasa bersesuaian. Samada muqadam, Iqra, dan lain-lain lagi. Al- Bargdadi hanya satu method yang memudahkan kita untuk mempelajari al-Quran.
kalau saya perhatikan sepanjang pengalaman saya mengajar mengaji sebelum ini, bukan kata kanak-kanak yang dewasa pun bila suruh baca al- Quran bukan main liat.banyak alasan. Bila suh g mengaji jawapannya sakit perutlah, peninglah dan macam-macam lagi. Tapi saya rasa pendekatan yang digunakan oleh al-baghdadi sendiri sudak cukup untuk membuka mata orang diluar sana bahawa teknik ini juga mampu untuk bersaing dengan kaedah pembelajaran yang mampu merangsang minda anak-anak keil khususnya. contoh macam bangsa cina sering antar anak-anak ke sekolah muzik dr umur 4 tahun. orang-orang putih pun begitu. macam-macam teknik pembelajaran yang kita boleh download kat youtube menyanyi macam-macam lagi la..tak mampu nak hurai panjang.
Bagi saya al-baghdadi yang dibekalkan dengan kitab yang ringkas serta bantuan alat mengajar mampu menggerakkan otak kanak dan otak kiri dengan sempurna. Sampai satu tahap sepanjang program tu berlangsung, mak cik-makcik yang tua-tua termasuk saya sendiri gunakan alat ketuk tu dah macam ketuk sambal belacan lama-lama dah jadi satu ketukan yang seragam dan teratur. dan secara tak langsung bacaan ayang Quran pun semakin teratur, lancar dan bertambah baik. Bagi saya ini memang kaedah yang saya cari-cari selama ini.
Saya harap saya dapat memulakanya untuk anak-anak saya. Kalau sebelum ini saya mengajar anak-anak mengaji guna kaedah Iqra. Sampai huruf 'Sin' Husna dah malas nak mengaji.bila suruh buka iQra dia geleng kepala. saya sendiri pun dh takde masa nak layan. Niatkan tuk sambung je umur 5 tahun nanti. Tapi saya rasa dengan alat bantu belajar ini harap-harap dia mudah terima dan bertambah minat. insyallah....doakan lah ye bersama-kalu kita boleh kongsikan kaedah ini untuk anak-anak apa salahnya.
Bagi yang berminat untuk mengetahui teknik ini, boleh hubungi saya. tinggalkan sahaja di ruangan komen. Dalam masa terdekat ini sedang merancang untuk membuka sebuah ALC bersama seorang rakan. Rakan saya ni memang Ustazah yang mengajar Iqra di sekolah. Mungkin perancangan kami nanti sebuah ALC yang akan dibuka sekitar Johor Bahru tak tahu lagi dimana. Dan saya akan update sentiasa. Insyallah...
Terbaik dari Allah kurang lebih kelemahan saya.
No comments:
Post a Comment
wa kha kha...:)