Selagi Allah memanjangkan hayat dunia ini, dunia akan terus dihuni oleh orang-orang yang suka buat baik.
Selalu orang anggap, dunia ni banyak dipenuhi orang jahat-jahat. Sampai satu tahap, nak gi memana pun rasa tak selamat. Lagi-lagi kalau perempuan, kalu pegang handbag, kepit atau pegang rapat-rapat. Punyalah takut..
Satu lagi kes, nak anta anak ke taska sampai rasa takut..yelah takut anak kene dera, takut macam-macam lah.
Sebenarnya secara tak kita sedar dunia sedang set minda kita supaya rasa curiga, rasa ketakutan yang teramat sangat. Sampai ke tahap, kalau kita ada duit banyak sikit nak anta anak ke tempat
yang betul-betul selamat.
Tak salah kita berhati-hati, was pada semua tu.memang kita perlu berwas pada dimana jua..
Persoalannya ialah adakah dunia ni tempat orang jahat. Macam saya kata tadi...'dunia sedang setting minda kita ke arah ketakutan'. Kat TV jerk jangan cakap, berapa banyak yang kita tonton semuanya
benda yang baik-baik? Berapa peratus filem atau drama kat TV unsur yang baik dan unsur yang
yang negatif?
Berapa peratus kat berita tu semuanya ketakutan..dan berapa peratus yang kita rasa selamat dan tenang je bila tengok berita..
Pecaya atau tidak, otak manusia telah dipengaruhi dengan TV 100%.
Contohlah..saya pernah tengok berita kt TV AL-Hijrah masa balik ke kampung baru-baru ni..Tak sangka
terasa damai jerk dengar berita, tak stress, tak de la nak paparkan kemalangan ngeri ke..gambar mayat ke..semua baik-baik belaka..
Nasiblah kat rumah kami tak langan ASTRO kan..dan liputan siaran TV al-Hijrah masih tak dapat lagi di JB ni..
Pecayalah...Kalau kita berniat tuk berkawan dengan orang baik-baik..insyallah orang baik-baik juga yang akan lekat dengan kita.macam magnet..
sedangkan janji Allah tertulis.."Lelaki yang baik untuk wanita yang baik". Macam tulah jodoh yang Allah tentukan. Pemikiran kita juga begitu. Kalau kita fikirkan semua orang jahat, maka jahatlah disekeliling kita. Begitu sebaliknya...Hati-hatilah dan sederhanalah dalam semua aspek. Jangan terlalu taksub dengan TV dan media-media yang tak baik yang boleh bawa kita pada pemikiran negatif.
Namun harus kita ingat juga, kenapa kadang-kadang ada orang yang baik tapi jodohnya dengan firaun.
Semua itu dah ditentukan Allah, dan mungkin ia sebagai ujian untuk dirinya.
Selagi Allah mengizinkan, dunia ini terus dihuni oleh orang baik-baik.
Orang yang benar-benar baik ialah orang mukmin kerana orang mukmin baik dengan Allah, baik dengan manusia.
Berusahalah kita ke arah menjadi mukmin yang baik..insyallah...
No comments:
Post a Comment
wa kha kha...:)