Syukurlah diberi sedikit ruang ini untu saya bernafas lega..Kerana sebentar lagi askar-askar mula memenuhi ruang rumah saya..hehe...jangan mare. Askar-askar merangkap pejuang yang hebat..Diri saya juga perlukan kekuatan untuk pertarungan itu..
Seminggu berlalu..hari2 yang saya lalui sedikit sibuk kerana anak-anak sedara saya terpaksa dihantar ke rumah, memandangkan ibubapanya bekerja diluar dr negeri Johor. Ibunya ke Sarawak kerana urusan kerja selama 3 bulan. Si ayah pula bekerja di Kuala Lumpur berulang alik semingu sekali. jadinya saudara mara yang paling hampir saya dan suami.
Mulanya memandang semua ini dengan penuh kasih sayang. busuk-busuk pun anak saudara sendiri. lagi pun mereka masing-masing dah besar umur lingkungan 10, 8 dan 6 tahun. dah bersekolah.. Cumanya anak-anak saya yang masih kecil ini lah yang perlukan perhatian lebih..Saya harap hati penuh ikhlas. Semoga allah memudahkan segala kerja dan urusan saya.
Waktu petang dirumah memang sibuk. Sibuk menyiapkan juadah anak-anak makan malam. Sampai ke urusan mengemas beg sekolah masing-masing untuk jadual esoknya. Mulalah mulut ni bising-bising sikit. Budak-budak nak kene suruh baru gerak. Baju-baju dah siap sangkut kat tepi pintu. supaya takde yang ketinggalan. Tidur awal dalam jam 9 atau 10. Mesti sebab pagi bangun awal. TV...no more TV2 time hari sekolah. Semua fokus pada buku dan kerja sekolah sahaja.
Pagi-pagi jam 6.15 saya dah gerak ke sekolah. Lambat sikit jem la jalan. Anak-anak sume suami yang uruskan. Anta mereka ke taska, ke tadika dan yang sulung tu bas sekolah datang ambik. Mujurlah sepanjang seminggu berjalan dengan lancar. Cuma letih sikit la melayan anak-anak dengan kerenah perut yang semakin membesar dan tekanan kerja kadang-kadang tu stress jugak. Tapi doa banyak-banyak moga Allah berikan kesabaran padda saya.
Sedikit coretan untuk tatapan bersama...manalah tahu satu hari nanti nak belajar uruskan anak-anak jugak bila mereka dah besar dan bersekolah. Latihan la tuk saya dan suami..Moga suami juga lebih memahami dan berkerjasama hendaknya.
Segala kelengkapan sekolah esok nak kene satelkan awal. Letak satu tempat supaya takde yang tertinggal dan kalam kabut nanti.
Persiapan kat dapur pulak tuk seminggu, sayur dan lauk dan sedikit persiapan tuk memasak. Bagi ibu-ibu yang bekerjaya mesti tak menang tangan di dapur. Kalau boleh nak habiskan masa yang seminima di dapur bila hari-hari bekerja.
No comments:
Post a Comment
wa kha kha...:)