Friday, March 30, 2012

Persiapan untuk menyambut Baby Baru nanti...

Salam semua.

Semoga sihat hendaknya..hari ni dh penghuung bulan Mac.Hitung-hitung tingal beberapa hari je baby nak lahir. Risau jugak dengan persiapan. Maklumlah bila dah mula kerja, masa-masa penuh dengan tugasan yang tak pernah satel. Tapi mujurlah anak dalam kandungan sihat. Rabu lepas ke klinik untuk pertemuan  biasa. Saya lebih selesa dan tetap memilih perkhidmatan di klinik kerajaan kerana bagi saya mereka dah ada jadual dan pertemuan yang lengkap. So tak pandanglah untuk buat rawatan ke swasta. Cuma masa menunggu jelah yang menguji kesabaran. Bertugas macam saya balik sekolah awal jadi tak perlu ambil cuti. Cuma buat appoitment sebelah petang. Kecuali kena jadual minum air gula yang memerlukan kita datang waktu pagi.

Masa temu janji Rabu lepas dengar jantung baby degup kuat. Sambil-sambil nurse cari bunyi jantung sesekali baby saya akan tendang dengan kuat. Adoi letih jugak kadang-kadang tu..Kesihatan saya syukur alhamdulillah takde apa-apa. Cuma kali ini kene enjit tuk kancing gigi khas tuk prgnant 7 bulan ke atas. Tujuannya supaya masa bersalin kita tak kene penyakit kancing gigi atau orang panggil bentan lepas bersalin. Appoitment seterusnya 2 minggu lagi, last doktor akan scan tuk pastikan baby dh using ke kedudukan yang betul dan tuk konferm kita boleh bersalin normal atau tidak. Saya pulak selalunya akan saje tanya doktor, boleh tak confermkan saya tuk bersalin di mana-mana hospital. Sebab kalau ikut kad merah saya ada stiker hijau. Tu pun masalah fibroid yang saya alami masa anak sulung dulu.Tapi tak serius pun. Sebab kedua2nya bersalin normal. Masa doktor scan nanti kene tanya kedudukan baby ok tak? Kuantiti air ketuban ok tak? berat baby mcamana normal ke tak? dan soalan extra saya akan tanya mcmana kedudukan fibroid saya? adakah ia menganggu jalan baby nak kuar atau bagaimana?Saiz sekarang berapa cm, supaya senang kita nk monitor masa lepas bersalin nanti. Sebab fibroid yang saya alami ni ikut keadaan hormon kita. Kalau masa pragnt nih saiznya akan mengecil dan mengecut. Tapi bila dah bersalin dalam 6 bulan nanti saiznya akan membesar la. Sebab tu saya tak berani makan pil perancang. Sebab pil tu bawaan hormon. Kalau ikut doktor tak kisah pun. Tapi cuma saya yang takut-takut nak makan. Ni ikut pengalaman yang lepas-lepaslah masa anak saya yang pertama dan kedua. Semua masih segar dalam ingatan saya.

Petang ni dalam kesibukan  tugas kat sekolah, saya merancang tuk pegi shoping baju-baju baby. Yang sedihnya saya pergi sorang diri. Kalau kebiasaanya suami akan teman. Tapi taula hencik tu mesti ada perancangan lain minggu ni. Kononnya tak nak balik kampung, tapi cencel ebab dah penat nak berjalan jauh. Tapi belum sempat kita planing dia dah ada planing lain nak pi mancing dengan kawan-kawan ahad ni. Makannya sama je kalu saya pergi beli barang baby sorang-sorang. Adalah beberapa helai yang saya dapat. Tu pun pasal terlepas 'mom n baby fair' kat Johor Bahru ari tu. Kata kawan-kawan masa fair tu barang-barang baby murah-murah. Nak buat macamana dah terlepas...huhu atau mungkin nak menyelamatkan duit poket saya kot.

Biasanya saya akan beli keperluan baby macam baju size new born 2-3 helai je. Selebihnya baju saiz 4-6 bulan. Lagi-lagi kalau baju yang jenis kain yang mahal sikit dalam harga RM19 keatas carila yang besar sikit. Sayang kan kalau dapat pakai sekejap je. Kalau saiz new born ni tak payah beli banyak sangat sebab tak lama dalam 2-4 minggu dah tak muat. Tu kalau baby kuar dalam 3kg macam anak saya yang sulung, biasa kejap je dia besar. Buat masa ni saya juga sediakan sarung tangan baby banyak sikit lah. Dalam 10 helai macam tu. Sebab benda kecik tu selalu senang nak hilang. Lagi-lagi dah ada kakak2 dia nanti. Tapi cari yang murah-murah je. Selain tu cari jugak barut, kain napkin tuk 'bedung',  yang paling asaslah sekurang-kurangnya tuk sambut baby baru mestilah belikan baju baru tuk baby tu, walaupun baju kakak-kakak dia masih elok lagi.

Barang-barang lain macam minyak baby dan semua peralatan tu saya beli pek kecik je. sebab budak2 ni kita tak tau dia alergik ke atau tak.harap2 tak la. Sebab banyak barang sekarang ni yang murah dan kurang kualiti tapi bahaya tuk baby. Tapi tak juga untuk pembaziran. Cuma semua pek tu beli dalam saiz yang kecil atau sederhana jer.Dah memadai tuk sebulan pakai. Sediakan juga minyak angin dan barang ubatan yang asas supaya tak kalut nanti. Macam minyak telon atau saya suka guna minyak 'You Yee'. Lampin pakai buang pun nak kene sedia jugak jangan lupa. Baby baru lahir ni rajin buang air besar. Boleh tahan la sampai 2 pek jugak sebulan. Tapi mulakan dengan pek kecil dulu. Kalau dah beli yang berjenama mcm "pet-pet" tak payah nak risau pasal ruam ke. Orang kata 'menang membeli menang memakai'..

Rasanya tu je yang dapat saya fikirkan tuk persiapan baby..

Tuk persiapan ibu jangan lupa pulak ye. penting jugak tuk jaga kesihatan kita lepas bersalin. Lepas bersalin jangan nak pakai baju jubah2 pulak. kadang ada yang lupa. Kalau boleh cari baju yang selesa dan senang tuk beri susu pada baby nanti. Kain batik pun kene sedia lebih. Dalam tempoh pantang mingu-minggu awal kita tak digalakkan makan jamu. Tapi macam saya, anak-anak semua ikut darah hencik suami, dua-dua  kene demam kuning, so jamu stop la dulu. Barang-barang set bersalin ikut keperluan masing-masing dan banyak di pasaran. Tapi seeloknya yang asas macam minyak panas perlu ada. Stokin masa kat wad nanti pakai yang tebal, baju sejuk pun sama. Lain macam sejuk bila lepas bersalin. Kadang-kadang waktu panas pun kita boleh rasa seram sejuk. Berbeza lepas sebelum bersalin selalu rasa tak selesa kepanasan. Barut tuk ikat perut masa nak kuar hospital nanti penting. Tuk tahan perut kita yang belum diurut, maklumlah keadaan rahim masa tu belum kecut. Jalan pun nak kene slow motion. Tu kalau bersalin normal. Ikut pengalaman saya kedua2 anak saya normal. Pastu pepandailah tuk sediakan pad khas tuk ibu-ibu lepas bersalin. Bukan jenis yang biasa. Pertamanya untuk elak bocoran dan kedua pilih yang lembut sebab jahitan masa tu masih baru. Kita tak normal dah  masa ni...huhu...takut kan..macamanalah rasa sakit nanti..dan satu lagi tips kita kene teruskan makan pil-pil vitamin mcm folic asid, kalsium dan kalu ada nak makan minyak ikan pun takpe. Terbaik tuk baby dan tuk kesihatan kita.

Rasanya tu je yang saya ingat..lain-lain tu kadang-kadang terlepas pandang jugak. Tapi maku sure kita tak membazir..

Mudah-mudahan Allah mudahkan masa bersalin nanti. Kurangkan rasa sakit bersalin nanti dan pekara yang penting dari sekarang mintak maaf pada mak mertua, mak kita, suami terutamanya...Huhu sedih macam nak pegi perang...Semua kuasa Allah kita tak tahu masa akan datang...

Terbaik dari Allah yang lemah itu kekurangan saya. Ambil yang baik-baik je..



No comments:

Post a Comment

wa kha kha...:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...