Wednesday, April 20, 2011

Ingin ku abadikan kenangan dia di sini

Salam semua...

kepada kalian yg selalu singah di blog ini ku ucapkan terima kasih yg tak terhingga. Bg yg sudi meninggalkan catatan-catatan kalian juga terima kasih yg tak terhingga.Harap apa yg dititipkan di sini dapat dikongsikan bersama.

Coretan kali ini tidak ada lain hanya untuk menyimpan kenangan Putri Sulung ku Husna yg menyambut ulang tahun kelahirannya pd 3 Mac 2011. Rasanya bila jenguk2 kt FB ramai antara kawan2 aku punya anak seusia Husna masing2 menyambut ulang tahun kelahiran anak mereka.Tak lupa ingin aku ucapkan Selamat Ulang tahun tuk anak2 mereka utk Humairah (ank kpd Yusida dan Norizal), Siti Husna (ank kpd Julia dan Khairul), Tasya (ank kepada Imal dan Azhar), Qistina Adriana (ank kpd Yanti dan Celi) dan lain2 yg tidak disebutkan di sini.Semoga anak2 kalian menjadi ank yg solehah, sentiasa diberikan kesihatan, bijak dan menjadi org yg berguna satu hari nanti.

Ulang tahun Husna yg kedua kami sambut secara sederhana sahaja. sekadar melengkapi diri Husna dengan kehadiran adiknya Elissa serta Mummy dan Daddy. walaupun sederhana sahaja namun bg ku ini amat beerti kerana ulang thn nya yg lepas Husna menyambut bersama daddy dan sepupu2nya yg lain, sedang aku hanya dpt menyaksikan di 3G. ketika tu tersentuh hati bila tgok Husna dh besar tp sayangnya aku takde disisi nya. Alhamdulillah kali ini Tuhan menginzinkan Husna bersama ku untuk sekian kali.Tak sanggup lg aku nk berpisah dgn anak2.kerana mereka nyawa dan nadiku hanya Allah yg dpt memisahkan aku dan anak2 ku.

Di sini aku tinggalkan sedikit titipan hasil usaha Mummy,yg aku rasakan Husna seronok ketika menontonnya kerana dia dpt tgok semula kenangan itu.dan minta aku ulang bnyk kali.waktu pkai topi 'happy beday to' katanya.tiup2 lilin n kek2 semua ni dia tak tau sgt.yg paling seronok topi bentuk kon tu jerk...alahai anak..takpelah kan.tu cara mereka menghargai sesuatu.yg pastinya dia suke video ni.dan bnyk gmbr2 di dalam nya semua dirakam waktu usia dia setahun smpai 2 tahun. harap satu hari nanti ia bakal menjadi tatapan anak2.dan bingkisan2 seterusnya yg akan aku tinggalkan di blog ini sepanjang mereka membesar.

Tahnaih Husna...Kakak dh Dua tahun skrg.semakin boleh diharap dan Husna lebih matang dengan kehadiran Adik melengkapi sebahagian hidupnya.semoga anak mummy ni bila besar nti jd manusia yg berguna pd semua umat.amin.

No comments:

Post a Comment

wa kha kha...:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...