Wednesday, April 20, 2011

Jom contohi diet pemakanan rasullulah

Sedang2 mencari2 maklumat mengenai sesuatu sy terjumpa pekara yg amat menarik.sebenarnya tentang diet rasulullah...dulu sy pernah jumpe pekara ni di email, tp bila dh lm dan tak diamalkan makin sy jd lupe.kebetulan pula hari ni sedang asik sy menimba ilmu di internet sy terjumpa dan terus sy muatkan di dlm blog ini.supaya senang nti sy nk jdkan rujukan.jd bg sesiapa yg terbaca blog sy ni harap2 dpt la kongsikan tentang ini dan seterusnya dptlah kita amalkan bersama.kalu nk lg info blh layari blog KING of the East:bani JAWI yang hilang "misteri".bnyk info kt situ yg blh dikongsi.

Diet Baginda Rasulullah S.A.W



cara makan yg bersopan

Dalam sejarah hidupnya, Rasullulah saw tak pernah mengalami sakit perut sepanjang hayatnya kerana Baginda sentiasa menjaga pemakanan sehariannya.. Alangkah baiknya jika kita dapat mengikuti diet Baginda itu,. tak payahlah kita bersusah payah membeli berbagai-bagai pil untuk kuruskan badan.

Jangan makan SUSU + DAGING
Jangan makan DAGING + IKAN
Jangan makan IKAN + SUSU
Jangan makan AYAM + SUSU
Jangan makan IKAN + TELUR
Jangan makan IKAN + DAUN SALAD
Jangan makan SUSU + CUKA
Jangan makan BUAH + SUSU

JANGAN MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN NASI , SEBALIKNYA MAKAN BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI.
TIDUR 1 JAM SELEPAS MAKAN TENGAHARI.

JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM . SESIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.

Nampak seperti ganjil dan pelik..tetapi memang benar terutama kesannya semasa umur lewat.
Terdapat satu contoh. Dalam kitab lama juga ada larangan kita memakan makanan dari darat bercampur dengan makanan dari laut. Nabi pernah menegah kita memakan ikan bersama-sama susu. di khuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini telah dibuktikan oleh saintis yang membuat penyelidikan permakanan. Dalam badan ayam mengandungi ion(+) manakala dalam ikan pula mengandungi ion(-), jika dalam setiap suapan yang terdiri dari ayam bercampur ikan maka berlakulah tidak balas kimia dan ia menghasilkan suatu unsur yang boleh merosakkan usus.

Maklumat tambahan
Mandi Pagi sebelum subuh. Sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap melalui ruang roma ke dalam badan boleh mengurangkan lemak yang terkumpul. Kita boleh saksikan orang yang mengamal mandi waktu ini kebanyakannya tidak gemuk. Satu lagi jika kita amati betul-betul, kita akan nampak wap panas keluar dari badan kita ketika mandi.

Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air batu) setiap pagi. Ia mujarab menghindar kita dari penyakit.

Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian mendapati banyak kelebihan terhasil dari aktiviti ini (sujud). Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruangan berkenaan.

Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila selesai, disunatkan kita menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak mudah hadam) ..

No comments:

Post a Comment

wa kha kha...:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...