Thursday, February 9, 2012

Pekara yang menakutkan saya

Salam semua...

Rasa ingin mencoretkan sesuatu di sini. untuk diri agar lebih berhati-hati. Untuk orang lain sebagai panduan dan penilaian kalian.

Cerita bermula, semalam datang seorang supplier jual buku kat sekolah. Nak jumpa Guru Perpustakaan. Saya pun  jumpe la encik tu..

Dia pun tunjuklah buku-buku yang dia nak bagi kat sekolah. Dia kata ni sumbangan dari pihak syarikat dia. saya tengok buku-buku tu dari jenama pusat tuisyen terkemuka. saya pun tanya adakah dia dari pusat tuisyen ini?dia kata tak. Buku-buku ni ialah buku recycle. Jadi dari terbuang so dia kata lebih baik bagi pada sekolah-sekolah. so saya kata ni kira sumbangan la ye...saya pun terimalah sumbangan buku-buku tersebut yang di masukkan dalam paper bag. ada lah dlm sepuluh buah.(baguslah niat pertamanya)

Lepas tu dia kata, saya nak tunjukkan invoise buku-buku yang pihak syarikat jual.ok..saya pun belek-belek lebaran tersebut.ada senarai buku-buku yang diperlukan untuk labrary sekolah.basguslah kan..memandangkan saya sedang mencari supplier. Sekarang ni dah ada 2 invoice dari supplier lain.so cukupkan 3 baru boleh buat oder.

Encik tadi tu pun mula menawarkan sesuatu..."cikgu, kalau sekolah beli buku dengan syarikat kami dalam jumlah 4ribu kami bagi sekolah percuma camera digital sebiji tuk sekolah. satu lagi i-Pad tuk cikgu perpustakaan yang uruskan pembelian buku" (niat kedua ni lain macam sikit)

Wow menariknya tawaran tu..saya tak puas hati saya tanya lagi...i-Pad tu tuk sekolah ke? Encik tu jawab "Tak. ini memang syarikat nk bagi pada cikgu.Nti cikgu boleh buat kerja guna i-Pad. Senanglah sikit kerja cikgu".

Dalam hati saya ketika tu, "ni rasuah ke apa?.." saya tinggalkan soalan tadi dengan tanda soal. Encik tu pun beredar dan saya menyambung kembali tugasan saya.

Peliknya. Ingat kat sekolah takdelah benda-benda macam ni. Sebenarnya saya tak suka jenis orang yang nak berniaga tapi ada kepentingan-kepentingan tertentu. Saya rujuk balik pada suami. Dia kata kalau sesuatu tu tawaran itu berunsur menarik perhatian kita. Hati-hati kadang-kadang bila tersilap kita termakan rasuah. Tak payah nak terima. Kalau rasa nak jual buku, jual je. tak payah terima apa-apa..."baik lah encik suami".

Pengajaran dari kisah ni..rasuah tu boleh jadi dari macam-macam bentuk. Kadang-kadang duit kopo pun boleh jadi rasuah jugak. Apa lagi ganjaran yang beribu-ribu ringgit. Dah cukuplah duit gaji saya yang ada ni. Kemudahan yang lain tu tak penting buat masa ni. Saya takutlah situasi macam ni..harap-harap saya lebih berhati-hati lepas ni.


Tuk semua..ambil yang baik-baik sahaja.


2 comments:

  1. elok berhati-hati, x sedar ada rasuah... iskhiskhiskh.... dia tau cikgu library yg atur duit library...

    ReplyDelete
  2. mmgla nur izz..dia nk kita oder buku dgn dia jerk.sdgkn bnyk sykt buku lain yg lagi berkualiti.bnyk berhati hati.takut termakan benda benda shubahah..tq

    ReplyDelete

wa kha kha...:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...