Salam semua..
Buat insan yang berduka janganlah sedih. Mungkin kedukaan
hari ini untuk kebahagiaan hari
esok..siapa yang tau kan..
Sabtu lepas sesi persekolahan ganti tuk sekolah kebangsan
daerah Johor Bahru dan kawasan yang sewaktu dengannya. Tetiba saya dapat relief
gantikan seorang guru perempuan. Hari sabtu kebiasaannya memang tak ramai guru
yang hadir kerana ramai yang ke kuliah kerana sambung belajar. Jadi setiap guru yang hadir ada tugasan
masing-masing. Dipendekkan cerita pagi tadi saya Nampak cikgu perempuan tu hadir
ke sekolah..tapi kenapa ada relief untuk dia..em..dalam hati tak mengapalah..
Lepas je keluar kelas, saya dapat makluman yang kawan saya
tu dapat panggilan kecemasan. Anaknya terkena air panas. Anaknya berusia 8
bulan. Ketika itu tinggal dengan suaminya di rumah, sementara isteri ke
sekolah. Memandangkan rakan saya ini tinggal di Johor. Manakala suaminya sekali
sekala datang menjenguk anak dan isteri, kerana terpaksa bertugas jauh di
Pahang. Kawan saya pun baru je mohon tukar untuk mengikuti suaminya. Maklumlah sejak
posting sampai sekarang hidup berjauhan. Rakan serumahnya juga berkahwin dan
suami masing-masing berjauhan. Kebetulan hari itu isteri masing-masing ke
sekolah. Tinggal hanya suami-suami mereka dan anak kecil.
Cerita tentang anak tadi, waktu tu suaminya meninggalkan
anaknya sendirian di bilik dan tinggalkan anaknya untuk pergi mandi. Entah
bagaimana situasi berlaku, kebetulan kawan saya tu tinggal menyewa bilik
bersama sahabatnya di apartment berhampiran sekolah. Jadi dapat bayangkanlah
bilik penuh dengan barang-barang. Macam kittle, mungkin hanya terletak atas
lantai je. Bersebelahan ada laptop. Jadi anak kecil ni tercapai kittle berisi
air panas. Kemudian air tersebut tertumpah dilantai. Anak kecil tadi terus
menepuk-nepuk air yang berada di lantai. Tanpa sedar air panas tadi menyebabkan melecur ke seluruh badan. Subahanallah bila je dengar cerita tu
berderau darah saya. Teringat pada anak-anak kat rumah.
Kesan melecur tu hampir 20 peratus jugak. Daging dan kulit
melecur teruk. Dan yang paling kritikal di tapak tangan. Doktor beritahu
mungkin ambil masa sebulan untuk pulih.
Ketika itu perang salah menyalah mungkin berlaku.. Maklumlah anak kan. Siapa
yang cuai dia yang kene teruk. Cuba kalau isteri yang cuai siaplah suami
marahkan isteri kerana kecuaian. Tapi memandangkan kisah kawan saya tadi,
suaminya memang cuai dan akur kesilapannya. Baru dia tahu bukan senang nak jaga
anak. Lagi-lagi tengah buas dan aktif kan..Tapi suami jenis sabar. Terima
sahaja cemuhan isteri. Pada saya nak salahakan sebelah pihak pun tak adil jugak.
Mungkin kalau tak jadi mecam tu ibu pun tak sedar bahawa tempat dia meletakkan
bekas air tu tak sesuai. Nak harapkan suami yang jarang-jarang jaga anak memang
kene fikirkan keselamatan untuk mereka berdua sekaligus. Tapi yang pastinya semua tu kita
balik pada takdir Allah.
Tuk diri sendiri pula ia sebagai ikhtibarlah. Sebagai ibu
kadang kita ambil lewa je. Kadang-kadang benda tu kecik je. Tapi tak sangka
impaknya besar. Bayangkan bila dah jadi macam tu..sapa yang susah. Terpaksa ambil
cuti tanpa gaji tuk jaga anak yang sakit. Ya Alah mintak dijauhkan lah pekara
macam tu berkalu pada diri saya dan anak-anak. Kadang-kadang bila dah letih bila balik
sekolah terus ambil anak-anak. Kita tertidur tak sedar. Bila anak bising nak
marah-marah. Ada lebih baik kalau budak-budak tu tinggal je sementara kat
taska. Sampai masa ambil anak-anak. Memang letih, lagilah nak tambah anak lagi
nanti.
Tips: Bila anak melecur atau tanagn kita sendiri melecur.
Rendam anggota badan yang melecur tadi dalam air sejuk. Tak perlu siram pada kulit tadi takut kalu kulit yang sensetif nanti kesanna lagi teruk. Dan ingat benda yang tak perlu dan selalu kita buat silap. Jangan sesekali letak kicap ke, colgate ke..itu salah!!!
Rendam dalam air sejuk lebih kurang 20 minit. itu sahaja..kemudian terus bawa ke klinik atau hospital.
Sedikit pesanan tuk diri sindiri:
Teringatlah pesan Ustaz Don, dalam meseg yang di hantar di
Facebook.
Kena rerajinlah kita beringat. Kadang-kadang kerja yang kita
buat tak standing dengan gaji yang kita dapat. Mungkin ada juga yang tak
berkat. Untuk menyucikannya amalkan sedekah. Lebih kuranglah niatkan sedekah
tuk anak-anak dan keluarga. Mudah-mudahan rezeki kita sentiasa diberkati. Tapi kalau
benda nak jadi..jadi jugak..Takdir Allah. Mungkin ada hikmahnya…
Maaf kalau ada yang terasa. Pesanan ini tuk diri saya jugak
yang selalu lupa.
singgah..
ReplyDeletethanks angah..rajin singgah.
ReplyDelete