Terharunya bila terbaca kisah rakan-rakan di blog..Untuk membalasnya sengaja saya tag di sini "Saya akui saya juga merindui sahabat-sahabat saya".
Walau apa yang kalian lakukan saat ini. Memberi kebahagiaan kepada orang lain, membahagiakan hati insan yang sunyi sesuatu yang dianggap amal jariah jugak. Saya tau lama sahabat saya menanti cahaya mata keduanya..tapi percayalah allah maha mengetahui segala-galanya. Dia yang memberi rahmat dai yang memberi rezki.
Sebelum ini saya pernah mengadu pada seorang sahabat juga. Sahabat rapat zaman sekolah dulu. ketika itu saya dapat tahu yang sedang mengandung anak ke tiga..ya..yang dalam kandungan ini..Waktu tu macam tak boleh terima kenyataan sebab anak-anak yang lain masih kecil lagi. Boleh ke saya menguruskan anak-anak nanti. Alahai..Baru nak mula bekerja kan..Tapi saya percaya pada nasihat seorang sahabat, katanya setiap anak itu ada rezkinya..insyallah allah telah menetapkan rezkinya, jodohnya dan ajal mautnya sejak dari dalam kandungan ibunya...
Al-maklumlah bila ibu dah keluar bekerja, dan anak-anak terpaksa dihantar ke taska perbelanjaan pasti meningkat. Lagi-lagi di bandar. Taska anak saja dah rm250 ke rm300 seorang tuk baby dan anak yang barumur 2-3 tahun.Kiralah sendiri...tapi tu lah pengorbanan ibu. bagi saya tu tanggugjawab saya tuk bayar kembali kepada pengasuh. Walaupun dugaannya besar saya harungi jua dan menerima dengan redha..Mungkin inilah rezki Allah..
Teringat pesanan ustazah kt radio minggu lepas.. Bila seorang ibu itu melahirkan anak pada awal usianya 4 bulan hendaklah dia menerima dengan hari yang derha dan gembira menyambut kelahiran anak tersebut. Kerana dari usia itu kita membentuk hatinya menjadi anak yang soleh dan solehah.
Disini saya petik beberapa hadis tentang zuriat yang boleh kita kongsikan bersama sebagai renungan...Tuk sahabat saya tu..jangan bersedih hati.. Saya doakan juga dia mendapat berita gembira suatu hari nanti. Mungkin lama menanti itu adalah lebih baik. Kan sabar itu ada kemanisannya...
“Setiap
kelahiran (anak kecil) dilahirkan dalam keadaan fitrah, maka kedua ibu
bapanya menyahudikannya, atau menasranikannya, atau memajusikannya,
sebagaimana haiwan melahirkan (mengeluarkan) haiwan, adakah kamu lihat
padanya sebarang kecacatan (kekurangan/kelainan)”
(HSR Bukhari No. Hadis 1296, Muslim No. Hadis 6828)
Doa mohon ditambah keturunan...berdoa dengan penuh pengharapan agar diberikan zuriat, sebagai penyambung keturunan.
Firman Allah (Surah Al-Anbiya’, 89):
وَزَكَرِيَّا إِذْ نَادَى رَبَّهُ رَبِّ لَا تَذَرْنِي فَرْداً وَأَنتَ خَيْرُ الْوَارِثِينَ
Dan
(ingatlah kisah) Zakaria, tatkala ia menyeru Tuhannya: "Ya Tuhanku
janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri (tidak mempunyai
zuriat keturunan) dan Engkaulah Waris Yang Paling Baik (diserahkan
segala urusan kepadaMU) .
Jangan bangga kerana anak ramai..sebaiknya bermuhasabah pada hadis ini untuk memikul tanggugjawab mendidik dan mengasuh anak-anak seperti amanah yang amat berat.
Firman Allah (Surah Al-Anfal, 28):
وَاعْلَمُواْ أَنَّمَا أَمْوَالُكُمْ وَأَوْلاَدُكُمْ فِتْنَةٌ وَأَنَّ اللّهَ عِندَهُ أَجْرٌ عَظِيمٌ
Dan ketahuilah, bahwa hartamu dan anak-anakmu itu hanyalah sebagai cobaan dan sesungguhnya di sisi Allah-lah pahala yang besar.
FirmanNYA lagi (Surah Al-Taghabun, 15):
إِنَّمَا أَمْوَالُكُمْ وَأَوْلَادُكُمْ فِتْنَةٌ وَاللَّهُ عِندَهُ أَجْرٌ عَظِيمٌ
Sesungguhnya hartamu dan anak-anakmu hanyalah cobaan (bagimu), dan di sisi Allah-lah pahala yang besar.
ok la ada anak sorang berbanding dgn org yang langsung tak de anak, semuanya tergantung pada rezeki...
ReplyDeleteSalam angah..terima kasih kerana sudi komen disini. Salam perkenalan..
DeleteBetul tu angah.selaku manusia kekadang kita lupa dan kurang rasa syukur. Bila ada anak pun selalu mengeluh menyalahkan anak-anak itu dan ini ada je yang tak kene.Bila penat mudah saje melontar kata-kata tak enak pada anak-anak. Sedangkan itu semua adalah rezki dan keberuntungan yang Allah beri pada kita. Tapi kita tak syukur berbanding mereka yang bertahun menanti cahaya mata.
Betul...kita manusia yang selalu lupa dan tak pernah rasa kecukupan.
TQ angah tolong ingat2kan bagi yang lupa ni..Semoga diri angah dilimpahkan kebahgiaan dunia dan akhirat.amin