Sunday, April 15, 2012

Tekenang Kisah Sampai Beranak Tiga.


Salam semua.

Tengok jam kat dinding sekarang dah pukul 4.30pg.Dari jam 3.00 pagi tadi tersedar dari tidur, tapi sampai sekarang ni mata tak nak lelap lagi. Jap lagi nak pi sekolah tengah2 drive mula lah nak mengantuk. Kul 6.20 pagi dah kuar rumah..terdengar jiran sebelah yang keje kat Singapore tu bukak gate rumah dia. Jam 4.30 pagi. Terlambat kot hari ni..selalunya jam 4.oo dah dengar derang bergegas keluar. Kalau tak jem kat Tambak Johor sebab tu keluar awal pagi elakkan jem..

Biasalah sintom2 perut dah membesar 8 ke 9 bulan terakhir ni memang biasa saya lalui masa mengandung. Tak lama lagi nak bersalin. Kira macam latihan jugaklah tuk hadapi hari2 bila baby kuar nanti. Sintom tak cukup tido..agaknye sebab tulah badan saya tak mau turun dan naik tak turun-turun..sebab hormone dalam badan tak menentu. Lagilah bela anak kecil.Tak sempat yang ke2 nak besar dah tambah lagi..memanglah badan macam ni jerk.makanlah ubat kurus apa jenama pun..tetap sama jugak..huhu..



Bila time tak boleh lelap ni teringat zaman saya masa kat Maktab dulu. Masa tu ngandung jugak anak ke2. Tapi senyap2 jerk.Tak banyak infaction masa mengandung. Tapi dugaan datang hebat jugaklah. Masa kat maktab senyap je tak sape yang tau. Cuma rakan terdekat dengan beberape orang pensyarah rapat..Perut kecik orang pun tak perasan..time tu pergi kelas pakai baju besar-besarlah..
Kala itu masih segar diingatan waktu nak aply KPLI. Masa tu bersalin anak pertama masih dalam pantang. Lepas abis study kat UiTM terus kawin. Tak DAN nak keje pun. Time tu umur pun dah masuk 26. Kawin je terus dapat anak pertama. Jadi makanya,  kawan bagitau ada bukak permohonan KPLI. Mak yang beria beno suh try..Isilah borang. TUP TUP…panggilan tuk exam..masa tu masih dalam pantang lagi..baru sebulan bersalin kot..ngadap jugak paper. Sampailah g interview. Mak yang sudi menemankan anak ku Husna ketika tu masih galak menyusu. Tetiba dapat je result KPLI tu terus air mata bergenang tak boleh tahan…



Ingat lagi dialog tu dengan MR HUBBY..”Bang..kiter dapat KPLI. Tapi kt PERLIS”..suami kata “Tahniah lah..rezki awak, rezki anak jugak. Cita-cita awak nak jagi cikgukan..” “tau..tapi kenape kat Perlis…” (sambil sedu sedan nagis. Masih tak dapat terima kenyataan). Masa tu dia bagi tempoh berfikir Cuma 3 hari jerk. Tak pergi nama terus reject. Mana nak uruskan keperluan dan borang, mana nak uruskan perjalanan dan kelengkapan sume..fikir plak anak yang masih baby nak ditinggalkan…fikiran bercelaru. Sambbil cam tak caye.. tapi gagah jugak demi cita-cita dan masa depan anak. Macam tak betul je tindakan saya ketika itu.macam tak logic pun ia jgak…


Malam tu suami antar saya ke Perlis naik bas. Kami tak sempat nak prepair tambang dan transport. Yang ada bajet time tu Cuma cukup2 tuk tambang bas jerk. Anak masa tu mak saya yang jaga sementara suami antar isterinya sambung belajar lagi. Sepanjang saya takde tu dia yang gantikan tempat saya..Syukur dapat suami yang memahami. cerita dalam bas sepanajang perjalanan saya menangis ingatkan anak yang masa tu 4 bulan. Sempat jugak dia tunjukkan bakat kat saya yang dia yang baru nak belajar meniarap..HUHU sedihnya..tahap kesedihan yang tak tertanggung bila pam susu dan terpaksa buang kat singki…tulah kesedihan yang tak boleh tahan bagi seorang ibu bila mana anak takde depan mata. Teringat anak seminggu dalam orentasi mata bengkak tak peduli orang kata apa…tapi bila dengar berita anak sihat dan happy..barulah hati ok.tak sedih tak sayu. Seolah2 dia merestui  pemergian saya. Perjuangan harus diteruskan.. Bermulalah episode saya bergelar sebagai warga Maktab..


Dalam diam masa berlalu, sedar-sedar dah 4 ke 5 bulan cam tu perut saya pulak ada isi. Dalam diam-diam, ingat lagi time tu kene pi kursus pegakap.. Biasalah kawad ke berlari ke lenjan jerk. Lepas tu sibuk pulak pi masuk hutan kartulistiwa kat Banjaran Titiwangsa…kat tengah hutan tebal tu gi SBE program school base experience ajar murid orang asli. 2 minggu cam tu.. Lenjan sampai naik kete four wheel drive. Macam tak caye punyelah lasak tak tau dah de bby kat dalam. Balik maktab sibuk aktiviti koko. Main sukan bola jaring terlompat-lompat selamba jerk.. Memang dah nak jadi rezki anak kedua saya terpaksa rahsiakan pada pihak IPG ketika itu..(Hambe mintak map ler..) 
Masa tu bukan saya sorang..tapi berteman dengan seorang kawan. Dia pun sama mengandung anak pertama. Baru kawin ko…Tapi okaylah. Kami Berjaya menempuh aktiviti lasak dengan jayanya. Mengharungi pahit getir sesame. Ada gak kawan tuk ngadu sakit pening. Maklumlah suami jauh. Masing-masing bawak diri. Kalau sorang tak boleh tido dengan sesame tak boleh tido. Jarak kandungan pun dalam sebulan. Tapi malangnya kawan saya tu bersalin terawal dan tak sempat nak teruskan peperiksaan akhir. Masa tu  kami lagi sebulan nak exam. Dan samalah saya pun betul2 nak final lagi seminggu exam…dah bersalin. Mujur masa tu dah balik JB..sebab terasa tak sedap hati. Dengan rela hati menyerah diri dan minta dikantui kan..Pihak Maktab bila tau marahlah..Kira kes tersembunyi. Saya cuma dapat tindakakn kena gantung peperiksaan jerk.

Tau-tau setahun jugak saya baru dapat sambung semula. Setahun tempoh yang lama. Puas jugak saya jaga anak saya Husna dan Elissa. Dapat besarkan derang depan mata dengan tangan sendiri. Mujur jugak ketika itu ada kekosongan KPLI Muzik kat IPG Temenggong Ibrahim. Tak jauh dengan rumah. Kawan baik saya Fiza pun sama jugak. Kami sambung kat maktab yang sama. Dan kini lebih bersyukur bila posting terus dapat negeri yang sama..masih di Johor. Fiza posting di sekolah lama saya masa Guru Sandaran dulu. Dan saya terus mengadap Guru Besar masa Guru Sandaran dulu..huhu…pusing-pusing kisah nak 9 ke 10 tahun jumpe lagi dengan Datin Hapipah tu..Tapi tak lama dah, dia pun dah nak pencen.  Hari-hari mengadap muka dia…kerja cam biasa jerk. Walaupun dah lama kenal. Bodek membodek bukan cara saya bekerja. Dia terus membebel melakukan tugasannya sebagai ketua. Dan saya melaksanakan apa yang disuruh.Tak nak dendam-dendam ke, walaupun gred saya tinggi skit dari dia. Bagi saya banyak yang perlu saya pelajari. kutuk mengutuk.Biar orang lain cam tu tapi prinsip saya tetap sama..buat je kerja selagi mampu. Kalau tak mampu stop dulu rehat..pastu sambung balik… TQ la Datin. Walaupun Datin pernah kata, datin tak faham cara saya bekerja. Tapi saya sentiasa doakan Datin bahgia dunia dan akhirat. Dan moga sisa-sisa kerjaya Datin ni bagi senyuman madu paling manis tuk hidup Datin. Walaupun sebenarnya kita tak perlukan orang tuk hargai diri kita, tapi yang penting kita puas dan menghargai kerja orang lain yang banyak membantu.. Mudah-mudahan Allah buka hati Datin tuk fikirkan semua  ini…(pasal ramai sangat yang kutuk-kutuk Datin. Saya kesian kat derang tu. Tak sedar derang dah bagi Datin berbakul-bakul pahala setiap hari.) Yang pastinya saya tak sempat nak mengadap hari Datin pencen  nanti 22hb6. Sebab dijangka due 2 hb 6 tuk anak yang ketiga pulak (anak kali ni rezki posting).huhu...mudah2an Allah buka rezki untuk anak dalam kandungan ini.Juga untuk anak-anak ku yang pertama rezeki KPLI, Yang kedua ni rezeki kat Maktab dan yang ketiga ni ayahnya kata rezeki posting. amin..

Hehehe…sesaje lah duk terkenang balik camana pahit getir saya bergelar seorang guru dan kisah anak-anak ku. Tapi yang pastinya dimana ada usaha disitu ada jalan. Dimana ada keikhlasan disitu ada kemanisan. Kepahitan tak beerti pahir selamanya. Tapi kepahitan dihujungnya ialah kemanisan….seperti juga iman…Kesabaran membuah kemanisan dihujung sabar…

Dah..siap-siap nk pi SCHOLL pagi ni…Salam hari Isnin semua..moga ceria.

3 comments:

  1. Tahniah! yang ku nampak 'murah rezeki'.. cabaran, dugaan adalah 'lumrah' mengharungi hidup ini, mudah disini, sukarnya disitu, syukurlah sentiasa beringat dan syukurlah menjadi insan yang sentiasa bersyukur.. Alhamdulillah, dah siap ka barang-barang nak diangkut masa bersalin?? hehe... ku belum basuh baju bby dan lain2 lagi.... haishhh....

    ReplyDelete
  2. TQ ju..kadang-kadang disini lebih tenang menulis dan meluahkan. Tapi disini juga perlu hati-hati. Takut kang terkantoi cerita yang tak sepatutnya. Tapi baiknya tuk iktibar diri sendiri bila kurang rasa syukur tu bermuhasabah disini.
    Baju baby kakak-kaka masih banyak yang elok.jadi tak banyak yang perlu dibeli.cukup 10 helai yang baru tuk sambut baby dan sampai umur baby 3 ke 6 bulan.Time tu kene pikir pulak nak pi shoping tentu dah leceh sikit nak bawak mereka bertiga nanti..anak kecik2..huhu.
    Baju-baju semua kau dah komplit dan paking dalam bakul yang bertutup.Tinggal diangkut jerk ke kampung masa balik berpantang nanti. Baju yang dh stanby kt beg tu dah ready dalam kereta..sebab rasa tak sedap hati jerk takut sakit time kat sekolah terus je pi hospital.hospital pun dekat tak risau sangat.huhu...macamanalah gayanyer nanti ek..sakit nyer tak taulah yang kali ni senang ke susah ke..allah maha mengetahui..mudah-mudahan dipermdahkan segalanya..amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pembaca juga harus memandang dari sudut yg positif kiranya penulisan seorang penulis itu disalah erti, mungkin penulis benar2 tidak bermaksud yang sumbang, kadang2 satu penulisan penulis tidak mampu menjelaskan segala-galanya walaupun penulisan itu sangat panjang, mcm aku bukanlah seorang penulis yang sempurna, kadang2 sedar tak patut aku tulis macam tu,dan mmg ada penulisan yg marah2.. hahah.. tapi untuk seorang suri rumah, mungkin dengan menulis dapat mengembangkan minda selain dari aktiviti lainnya..

      dekat sini susah sikit nak membeli.. baju bby ada la 3pasang yg baru.. heh heh.. harap2 baju azem husna cukup utk new born...
      Betul juga tu, mmg kna ready bag dalam keta mcm ko sbb kalu apa2 hal terkejar2 nnt kalu bag kat rumah takut haru... InsyaAllah semuanya dipermudahkan ;)

      Delete

wa kha kha...:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...