Monday, August 1, 2011

LIMA GANJARAN MEREKA YANG TAAT SOLAT


Allah swt berfirman yang bermaksud:

“Sesiapa yang sentiasa menunaikan solat akan diberi ganjaran dengan lima cara iaitu:”

1. Dimurahkan rezeki.

2.Terlepas dari seksa kubur.

3. Di hari pembalasan, kiraan amalan dosa dan pahalanya diberatkan di sebelah kanan.

4. Mereka melintasi jambatan ke syurga dengan sekelip mata.

5. Terkecuali dari kiraan amalan.

Manakala sesiapa yang meninggalkan solat akan dikenakan seksaan dengan 14 cara iaitu lima seksaan di dunia, tiga ketika hendak mati, tiga seksaan di dalam kubur dan tiga seksaan ketika dibangkitkan semula daripada kubur.

Lima Seksaan di dunia ialah:

1. Hidup tidak diberkati dan tidak dimurahkan rezeki.

2. Tidak ada cahaya keimanan di mukanya.

3. Semua ganjaran bagi amalan baik dimansuhkan.

4. Permintaannya tidak dimakbulkan.

5. Tidak berhak daripada diingati oleh orang alim dalam doanya.

Tiga seksaan ketika hendak mati ialah:

1. Matinya dalam keadaan yang memalukan.

2. Matinya dalam serba kekurangan.

3. menderita kerana tersangat dahaga sehinggakan air seluruh lautan tidak dapat menghilangkannya.

Tiga seksaan dalam kubur ialah:

1. Kubur menjadi sempit dan menghimpit tulang dadanya hingga pecah dan berkecai.

2. Disediakan api di dalam kuburnya.

3. Ular dihantar bagi menyika si mati. Bentuk ular itu sangat dasyat. Matanya seperti bola api, kukunya diperbuat daripada besi yang panjang memakan masa sehari untuk sampai ke hujungnya. Suaranya bagaikan halilintar.

Ular itu berkata: “Aku diperintahkan oleh Tuhan untuk menggigit kau sehingga matahari terbit kerana kau tidak solat Zohor, menggigit lagi hingga petang kerana kau tidak solat Asar, menggigitt lagi hingga senja kerana kau tidak solat maghrib, menggigit kau hingga malam kerana kau tidak solat Isyak dan berterusan hingga ke pagi esoknya”.

Siksaan itu berterusan hingga hari pembalasan.

Selepas dihidupkan kembali daripada kubur, si mati akan menderita akibat tiga seksaan iaitu:

1. Segala amalannya akan dikira dengan teliti.

2. Kemurkaan Allah swt yang maha adil ke atasnya.

3. Dia akan dicampakkan ke dalam neraka.

Seksaan lain ialah tiga potong ayat ditampalkan di mukanya iaitu:

1. Wahai orang yang mencuaikan suruhan Tuhan maha kuasa.

2. Wahai orang yang menjadi tumpuan kemurkaan Tuhan.

3. Kerana kau melalaikan suruhan Tuhan ketika di dunia, jadi kau dilucutkan daripada menerima rahmat Tuhan.

(Maza Ba’da Qiyamuka)

Banyak orang pada hari ini ramai yang mengerjakan solat tapi tidak mampu untuk mendirikan solat...Ustazah kata mengerjakan solat dengan tubuh badan kita, tapi mendirikan solat dengan roh kita. yang lebih afdal dan banyak mendapat rahmat ialah orang yang berjaya mendirikan solat dengan roh yang hidup segar. Insyallah pilihlah mana yang terbaik...moga kita semua diberi hidayah Allah.

No comments:

Post a Comment

wa kha kha...:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...