Keterujaan saya untuk menyambut 3rd baby ni tak terluah dgn kata-kata. Macam-macam yang saya buat tuk persedian menyambut baby nanti dan tak lupa jugak persiapan kalau terpaksa berpantang di rumah sendiri.
Bercerita tentang persediaan untuk Breastfeed baby saya nanti, banyak la info-info yang saya kumpulkan tentang Breastfeed. Walaupun ni anak yang ketiga. Tapi yang nyatanya kalu dapat Breastfeed sampai anak 2 tahun memang seronok. Pengalaman saya cuma anak pertama je tak dapat Breastfeed lama sebab time tu terpaksa tingglkan dia jauh. Hanya dapat Breastfeed sampai umur 4 bulan je. Tapi tuk anak ke dua saya berjaya juga Breastfeed anak saya sampai mengandung anak yang ke3.
Memandangkan saya nak kuar bekerja nanti, so macam-macam yang perlu saya prepair tuk Breastfeed anak ke3 nanti. Saya tak nak lepaskan peluang keemasan ini. Semalam dikesempatan cuti saya ajak my Hubby ke Fobulous Mom lepas tinjau-tinjau kat laman webnya www.fabulousmom.com . Memandangkan masa melawat kawan saya tempoh hari dia bercerita tentang breastpump jenama MEDELA. Kalu sebelum ni saya cuma guna jenama 'Anakku' sahaja. Tak mampu nak beli yang mahal-mahal. Tapi kesannya sedikit je pengeluaran susu dan proses pumping sangatlah penat dan menyakitkan sebab guna pam manual.
Oleh kerana perancangan Breastfeed kali ini tuk jangka masa panjang jadi saya fikir kalu belanja lebih pun tak rugi. Daripada terpaksa beli susu tepung. Memandangkan belanja tuk anak-anak nanti mesti akan meningkat kan. Lagi satu yang saya fikirkan pengalaman anak yang pertama dulu bila terpaksa beli susu tepung nak menjaganya teramatlah susah sebab setiap bulan nak berganti jenama susu. Bila tak serasi dengan susu tepung dia akan muntah dan sakit dekat 3 hari macam tu. Susu yang tak habis tu terbuang membazir. Anak jadi tak sihat dan kurus jerk bila tiap-tiap bulan mesti macam tu. ketika tu suami yang jaga baby tu dialah yang paling teruk menanggugnya..sian suami ku. Tu yang azam saya kuat tuk breastfeed anak yang ke3 nih.
Saya dengar pula tentang brestpump jenama Medela ni sedutan pum tu sama macam baby. dan ia mudah diuruskan tak menyakitkan serta hasilnya amat membanggakan. Memandangkan pengalaman yang lepas penghasilan susu badan tak berape menggalakkan. Kalu sekali pum tu dapatlah 2 auns lama-lama cuma dapat 1 auns je sedih sangat. Macam tak cukup je tuk baby. Cuma terpaksa menyusukan baby sekerap yang mungkin. Tapi kesakitan menyusukan baby masa awal-awal tu boleh buat saya giveup jugak nak teruskan Breastfeed.
Tapi tuk persiapan ini saya hanya mampu beli Medela Harmony dengan set tuk Breastfeed harga RM319 setelah promosi bersama dengan Bumble Bee - Nursing Pillow sekarang pun dapat harga promosi jugak. Macam tak masuk akal je harganya semata-mata tuk menyusukan anak kan. Tapi kalu di darab, tambah, bahgi semua daripada beli susu tepung yang kurang khasiatnya berbanding susu ibu tu saya rasa berbaloi la tuk semua ni. Cita-cita ni dah terpendam masa 2nd baby lagi. Tapi masa 2nd baby tu masih duk umah sepenuh masa. Menyusu sepenuhnya pun tak mengapa kan. Tapi kali ni kenalah prepair lebih sikit sebab dah bekerja. Selain bersedia tuk hadapi masalah anak Jaundis. Kebiasaanya masa dua orang anak yang lain awal kelahiran tu memang kedua-duanya tak mahu menyusu dan susu pun tak nak keluar. Saya pun tak tau kat mana silapnya. Tapi harap dengan bantuan breastpumps ni dapat mengatasi masalah ini. Bila terbaca kat satu blog tu ibu dia kata sementara nak balik ke rumah berurut dia cuba pum dulu guna breastpumps, Katanya awal kelahiran jam yang pertama tu tuk meransang pengeluaran air susu. Lagi dengan breastpumps tu galakkan nipple tu timbul bagi ibu-ibu yang alami masalah nipple dan sebagainya katanya baguslah kalu dapat breastpumps dulu. Rasanye bagus gak tips yang dia beri tu. Dan harap berguna tuk saya yang sering alami anak jaundis nih. Harap anak kali ni sihat hendaknya. Saya tak nak duduk lama-lama kat hospital..tolonglah Ya Allah. Ha ni set yang saya beli semalam.

Set promosi Medela Harmony Brest pump, Reusable Ice Pack, Bottle No Teat, Cooler Bag and free give dari Fabulous Mom
Medela Harmony dengan set menyusu
Nursing Pillow
Saya harap hasilnya nanti membanggakanlah berbaloi dengan jumlah perbelanjaan yang saya keluarkan. Tapi sememangnya nekad tuk Breastfeed ni bukan sebab nak jimat kos sahaja. Tapi lebih dari itu tuk mendidik anak-anak patuh pada ibu. Lain rasanya hasil anak yang kita susui dengan anak yang minum susu tepung ni.. Kedua-dua anak perempuan saya memang punya perangai yang berbeza. Yang saya nampak si kakak lebih manja sedikit berbanding adiknya. Tapi tu fenomena biasa bagi anak sulung kan. Tapi adiknya lebih banyak memahami ibu berbanding si kakak. Mungkin sebab si adik minum susu ibu kot..Saya pula kurang sabar kalau si kakak buat perangai berbanding si adik amat memahami saya sebagai ibu, senang berunding, pandai bawa diri dan hubungan kami rapat sedikit. Walaupun yang terlebih dimanja ialah si kakak.
Setitis susu yang mengalir dalam tubuh si anak itu berganda-ganda pahalanya..marilah rebut bersama dengan menyusukan anak secara eksklusive.
kesedaran, mahu menyusukan anak itu yang penting, dan aku akui, mmg tersangat la bagusnya bila kita dapat menyuskan anak... tambah pula sebagai umat Islam, sedih la jika kita bersikap/ berniat bagai org tak punya agama... tambah2 yang memang tidak mahu menyuskan anak... sekarang ni kemudahan da ada.. macam alternatif yang nisak pilih... selamat berjuang,dan muga diredhai oleh Nya.. InsyaAllah..
ReplyDeleteYa Nur Izz..sebab sebelum ni susu pun campur. macam Elissa terpaksa campur susu badan dan susu tepung. Jadi kali ni nak sepenuhnya BF.
ReplyDelete