Tuesday, February 8, 2011

Anak-anak remaja masa kini

ingin aku buat perkongsian dan perpindahan pendapat tentang remaja masa kini.
Musim cuti raya cina yang lepas semua anak2 pulang ke desa yang belajar pulang ke kampung menjenguk ibu ayah. begitu juga yang bekeluarga.sudah habis cuti masing-masing pulang semula ke kota melaksanakan tanggungjawab masing2.

ada seorang remaja ni sanggup memperdayakan ibu dia yang katanya nk pulang semula ke institut.tp tiket bas dh habis kerana terlewat beli.itu sebagai satu alasan untuk dia pulang menaiki motosikal.si ibu rungsing jugak memikirkan anak bujangnya itu dh la nk pulang ke KL.risau dgn keselamatan.dipujuk lagi si ibu tak perlulah mcm tu.pulang saje lewat sedikit.eh...ada lagi alasan yang ditepis kata anak bujang nya "tak blh mak kalu cuti nanti tak cukup jam kredit tak boleh ambik exam".begitulah alasannya.si ibu yg tua dan kurang berpengetahuan diperdaya lagi.

si ibu pun terlalu ikutkan kerenah anak bujangnya.tanpa berbincang dgn anak2 yg lain termasuk kakak yang sulung serta abang yang kedua juga diperdaya.masing2 geleng kepala dek melihat perangai si ibu yang terlalu memanjakan dan percaya akan anak kesayangannya. apa yang si kakak dan si abang ni risaukan ialah tentang keselamatan adiknya, tentang bajetnya.bila dh bawak moto nti bajet dh naik.mana nk cekut duit bulanan yang sepatutnya diberi pada anak bujang tu mesti bertambang.yg di kakak dan abang belum pasti dapat membantu ibunya sedangkan masing2 dh berkeluarga.

situasi ini lah yang dirisaukan...kalu tak dituruti kehendak anak bujangnya yang berjiwa remaja pastinya dia akan memberontak paling kurang merajuk.ibu tersepit dgn keadaan. si anak bujang berjaya menepis dgn pelbagai alasan dan pembohongan serta helah2 bernas diberikan.wajarkah demikian.mcmana kita mampu nk mendidik anak2 dgn cara yang terbaik.jiwa remaja sekarang lembutnya seperti kapas.kerasnya seperti batu.kalu terguris risau apa yang mereka akan lakukan kelak.takut mcm2 budaya tak sihat berlaku.

entahlah ye...fikir-fikirkan lah kerana kita juga akan mengahadapi situasi mcm tu sebab kita juga ada anak2 yang akan meningkat dewasa.

2 comments:

  1. nisak, siapakan yang berada dalam cerita ko ni? Mak ko ke mak mertua ko? aku rs mungkin dr pengalaman ko sndr ni kan.

    ReplyDelete
  2. cite dr pgalaman org.mcm2 ragam la.

    ReplyDelete

wa kha kha...:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...