Monday, February 14, 2011
PENAT nyer BERGELAR SURIRUMAH SEPENUH MASA
salam sume...br ari ni aku terasa diri aku mcm robot.penat sungguh.baik hujung minggu ke hari2 biasa sama je takde noktahnyer...bukan mengeluh tp melepaskan keluhan sahaje. jadual waktu aku penuh dgn isi kerja harian yang padat.nama je duk umah tapi mcm tak pecaya kan...tentunya aku akan rindu hari2 yg akan datang bersama kerja2 rumah ku.haha....poyo.
yelah dh tak berape hari lagi aku dh start balik kuliah than kene kuar kerja plak.oleh sebab tu aku mula wat2 busy sbg senaman aku bila start sekolah nti.berikut adalah jadual waktu aku kt umah..
5.00pg-6.30:buat kuih anta ke kedai my brother.(kene buat tuk menyara anak2.lg pun dh de peluang cri duit tepikan...)
7.00pg:Bfast dgn suami n anak2.than lambai suami p keje.
7.30pg:layan anak2.buatkan susu, bg nestum si kecil n tgok siaran kesukaan Husna HI 5.
8.00pg:mandikan anak2
9.00pg:tidokan mereka berdua.
Bermulalah kerja2 harian aku.
9.00-11.00pg:membaja pokok bunga, siram pokok, bg mkn burung puyuh kt belakang rumah,bg mkn ikan kt akuarium, basuh baju (mesen yg basuh), sidai kain, kemas umah, menyapu, lap lantai,mandi, masak nasi2.
11.00pg:Elissa bangun.menyusukan elissa than main dgn dia kejap.sementara tu wat aktiviti aku iaitu mengait.
11.30: masuk ke dapur dan masak.bagi makan anak2.
12.00: Husna bangun than pasangkan CD belajar dia sambil aku siapkan makan tuk diaorng berdua.
1.00tgh:waktu tuk diri aku makan dan berehat sebentar.
2.00ptg:lps solat lipat kain baju.
2.30ptg:tidokan Husna dan adik. (bdk2 kene tido yg cukup kalu tak dia mengamuk lg susah nti) masa ni aku pun tertido.
3.30ptg:siap2 tuk masak mkn malam. (my husbn suke mkn lauk panas2 yg fress masak tu yg masak smpai 2 x)
4.00ptg:aku wat preparation tuk jualan kuih esok. pastu kene tinjau2 binatang peliharaan yg kt luartu dh mkn ke blh.dedak cukup ke tdk...biasanye petang aku akan tinjau kt reban dia tuk kira berape biji telur ari ni.sebab puyuh bertelur waktu petang..
5.30ptg:mandikan anak2.layan diaorg ni tau2 je dh kul 6ptg.
6.30ptg:menanti suami pulang. siram pokok bunga kt laman sambil layan anak2 main basikal.
7.00ptg:makan malam.
7.30ptg:aku p umah makcik tuk ajar mengaji sampai kul 9.00.
9.00mlm:sediakan barang2 nk buat kueh esok supaya tak kalam kabut.
10.00mlm:tidokan anak2.
10.30mlm:Berbual kejap dgn suami n masuk tido.
Macam tulah jadual harian aku.bila masa terluang br la blh bukak lappy than tgok internet kejap.sambil2 ajar anak2 kt rumah. sekarang mmg nampak mcm busy.tp lps ni kalu dh keje aku tak tau mcmana nti.mesti jadual waktu aku akan dirombak lagi...haha...aku dh biasa mcm ni.aku dh terdidik sejak kecil dgn mak aku.hidup kene berdikari. hidup susah tak bermakna kita susah selamanya asalkan apa yang kita lakukan itu dapat keberkatan dan IKHLAS.
SEMUA YANG AKU LAKUKAN SEMUANYE DEMI ANAK2...harap2 mereka akan menjenguk laman ini satu hari nanti dan mengerti pengorbanan aku dan kasih sayang aku untuk anak-anak ku HUSNA dan ELISSA.
Labels:
CERITA SURIRUMAH
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
wa kha kha...:)