Monday, May 28, 2012

Kelahiran Anak ke3


Salam semua..

Syukur Alhamdulillah..walaupun sibuk melayan kerenah anak-anak, rasanya masih sempat lagi tuk saya berkongsi cerita dengan rakan pembaca semua. Hari ni masuk minggu kedua saya berpantang. Syukur saya masih lagi melalui proses berpantang. Syukur juga komplikasi masa bersalin tidakla seteruk yang saya fikirkan, tapi syukur sangat-sangat kesihatan beransur pulih.

Dua minggu yang lepas saya ingat lagi, bila malam saya rasa tak lena nak tidur. Time tu tercari-cari tips bersalin la. Baca cerita-cerita tentang pengalaman bersalin kat blog-blog. Tak kurang jugak tu cari-cari maklumat Hospital mana yang okay.  Dan akhirnya tanggal 11 mei  Hari tu Jumaat, saya dah rasa sakit-sakit. Dah siap-siap nak pi sekolah. Yang en.suami ni pun duk hasutlah..

”Kalu tak larat, tak payah pi sekolah hari ni..” jenuhlah saya asik MC jerk.   

Tapi dalam tak setuju tu, iakan jugak cadangan dia. Maklumlah kandungan dah masuk 37 minggu. Macam-macam boleh jadi.

Petang tu cadang nak balik kampung. So kebetulan OTW balik tu saya pun ajak en. Suami pi Checkup kat Hospital Penawar, Pasir Gudang. Dari Pasir Gudang nanti kami terus naik Higway Desaru ke Bandar Penawar. Suami pun setuju. Lama jugak kat Hospital. Yelah tak buat appoiment, main redah jerk. Puaslah anak-anak menatap keindahan Klinik Sakit puan dan kanak-kanak. Cantik decoration klinik tu ala-ala cottage. 

Sambil berbual-bual dengan en.Suami tentang projek barunya. Banyaklah idea yang saya dapat tuk persiapan raya nanti..hihi..tak sedar yang diri tu tengah sarat.

Bila jumpe doctor, doctor macam biasalah scan, kebetulan pula datang kali ni tuk ulang checkup. Dah minggu ke 37. Uri dah matang, air ketuban cukup, berat baby ok. Doktor pun berani tuk check jalan. Lepas check jalan Doktor kata “Puan jalan dah buka 3cm. Bila-bila masa je boleh bersalin. Pilih hari pun boleh. Tapi saya cadangkan Isnin. Hari minggu susah pulak nak panggil doctor ke..”

Saya angguk je tanda setuju. “Andai ada tanda darah or air datang terus ke sini ye..” Doktor ingatkan saya.

Saya pun lepas bincang-bincang dengan suami, terus je ambik keputusan balik dulu rumah mak.  Kalu ada tanda baru kita ke sini semula. Memandangkan jarak rumah mak dengan Hospital tu tak jauh. Lebih kurang setengah jam macam tu.  Malam tu saya rasa tak selesa. Sakit kejap-kejap kat pinggang dan sakitnya tak kerap. Setengah jam sekali kot..sampai terbawa-bawa dalam mimpi. Bila check dah ade tanda darah. Bagitau suami dia selamba je..berlagak tenang. Kebetulan malam tu abah saya masih tak tidur. Bila bagitau dia dah kuar tanda dia pun nak cakap apa..Cuma cadangan dia pegilah Hospital. Budak-budak abah jaga. Kebetulan malam tu Mak takde kat rumah. Sibuk pi KL. Ada perhimpunan politik dan on the way balik ke Johor. Telefon mak, dia pun tak tau nak buat keputusan. Dan akhirnya saya terus tidur sampai ke pagi keletihan.

Pagi tu buat keputusan terus je ke Hospital Penawar. Memandangkan keadaan sakitnya kejap-kejap sakit lepas tu diam..Nekadlah.Kalu pi Hospital Kerajaan dah tentu kene tahan lama sampai bersalin. Tak tau la bila dan berape lama lagi..Memandangkan pakej paling minima kat Hospital penawar ketika tu RM 1990. Saya rela la berkorban sedikit dengan harapan lepas bersalin nanti badan saya jugak yang menanggugnya. Mana nak melayan anak-anak lagi yang baby lagi. Walaupun tak kisah sebenarnya bersalin kat mana-mana. Sebab saya dah merasa bersalin kat Hospital Kerajaan ke semuanya sakit jugak. Keputusan muktamad saya ke Hospital Penawar.

Ketika tu lepas buat booking bersalin terus masuk ke LB. Sampai kat sana jam 11.00 pagi lebih kurang. Kebetulan masa kat paking kereta sempat lagi jumpe EX lama masa kerja dulu. Dia pun hantar isteri kat Hospital tu. Sebab Wife dia kencing manis. Tunggu due jugak jangkaan bersalin sama dengan saya awal bulan 6. 

Dengan muke yang sihat dan tak sakit langsung terus ditolak naik ke LB. masa tu relax lagi sebab tak sakit. Jam 12.00 nurse yang rawat saya mintak saya buat CTG, masa tu jalan dah buka 4cm. Macam biasa sejam macam tu takde kontraktion apa2. Saya dapat berehat lama. Suami masih menemani kat sebelah sambil bercerita bab politiknya yang tak habis-habis. Layankan jerk..1.00pm doctor yang merawat saya sampai. Doktor pecahkan air ketuban. Ketika tu baru saya rasa sakit-sakit. Lihat perut dah mula mengempis. 

Teringat masa bersalin Elissa dulu. Sorang-sorang dalam LB sambil gosok-gosok pinggang tahan sakit.  Saya Tanya nurse bila jangka bersalin. Anggaran Jam4.00 petang. Suami nak tingglkan saya sebentar katanya dah nak masuk Zuhur. Saya katakan jangan lewat nanti tak sempat tengok baby lahir. Ingat masa Elissa pun macam tulah. Lepas tu cepat2 dia pi solat tinggalkan saya sendirian dalam LB. Badan mula lemah. Tenaga dah banyak hilang sebab tahan sakit.  Teringat kat dalam beg ada Madu Jus Tok Guru anak saya punya. Bila suami sampai je saya mintak dia suapkan madu tu banyak sikit. Dah takde tenaga. Bila dapat rasa manis-manis tu lega sikit kan.. 

Jam 3.00pm sakit dah mangkin kerap dan sakit kuat. Nurse masuk sekejap-sekejap.  Saya kata dah tak tahan. Sakit mangkin kuat. Nurse kata kalu nak ubat tahan sakit bagitau dia. 3.30pm nanti kita check jalan. 

Peh lama lagi..selawat banyak-banyak masa tu. Saya mintak suami tolong bacakan fatihah tuk saya. Saya cuba ikut dia baca pelan-pelan berulang kali. Sebenarnya nak hilangkan rasa sakit, supaya kepala otak kita tak fikir sakit bersalin. 

Jam 3.20pm sakit mangkin kuat, rasa sangat kepala baby macam dah nk kuar. Saya terus jerit doctor tolong!!dah masa nih!! Tak ingat nak tekan lonceng ke, terus je jerit sakit..

Masing-masing terus masuk dalam LB. Ketika tu mata saya pejam rapat-rapat. Saya tak sanggup tengok wajah-wajah yang kat depan saya tu.Tapi kedengaran suara Doktor, seorang doktor perempuan dan nurse yang followup saya. Dan suami kat sebelah saya. Pegang erat tangan saya sambil bacakan sesuatu. Ya Allah saya cuba banyak kali tuk teran, waktu tu saya tak ingat kali ke berape. Sampai terfikir nape susah nih..masa Elissa dulu sekali teran je dah keluar baby. Saya cuba lagi Allahhhhuakbar…dah tak terdaya. 

Fikiran saya mula melayang..anak-anak kat rumah, wajah baby saya tak sabar nak menatapnya, Hubby kat sebelah saya banyak buat dosa dengan dia.” Abang ampunkan mama..” terdengar suami saya cuba lagi..sikit je lagi..dengan sekuat tenaga dan nafas saya kumpulkan..mata saya tetap tertutup rapat. Ketika tu semangat saya cuma satu je kali ni kalu tak boleh saya serender..Sekali  nafas dengan sebutan nama ALLAH..saya yakin Allah akan bantu saya ketika itu. 

Dalam keadaan mata terpejam tu saya macam ternampak bayang putih yang datang tiba-tiba dari tepi suami saya ke tempat doktor, serta merta terasa kepala dan badan baby keluar dengan satu nikmat hilang semua kesakitan yang saya alami tadi..syukur Alhamdulillah..dah selamat. Tepat jam 3.49pm. 

Bayi saya diletakkan di dada..Puan ni baby puan. Cuba tengok baby apa? "Boy.." suara saya keletihan.Sedih terharu. Terdengar suami saya kata "syukur Alhamdulillah baby boy mama". 

Memang itu yang diharap-harapkannya. Saya dah tak Nampak apa ketika tu. Hanya pejam mata dan kembali berehat. Doktor masih meneruskan kerjanya. membersihkan dan menjahit luka tanpa bius. Ketika tu rasa sakit dah tak fikir sebab sakit bersalin lagi sakit. Hanya Allah yang tahu seperti nak tanggal nyawa..Syukur saya masih ada didunia ini..

Suami pula pergi bersama baby. Baby dibersihkan dan diazankan..

Ya Allah sekelip mata je sakit-sakit tadi hilang. Sekelip mata juga kau berikan kami kegembiraan.  Biarlah kegembiraan itu berkekalan. Mudah-mudahan anak yang lahir ini membawa sinar dalam keluarga, penyeri dan pengikat hubungan kami. Kekuatanya memberikan kekuatan kami mendidik dan mengasuh anak-anak. Syukur..syukur Ya allah..

Petang tu ramai yang datang melawat. Rakan saya Mazni dan anak-anak,paling seronok anak-anak saya dapat tengok baby kat katil Hospital. Selalu kalu kat Hospital GH mana boleh masuk kan..Ni siap naik atas katil lagi. Seronok tengok baby Boy. Lengkap sudah sebuah keluarga kami. Yang akan dibentuk dengan iman dan amal. Insyallah..

 Gambar lepas bertarung nyawa petang itu bersama anak bujang saya

  Selamat Lahir ke dunia sayang..semoga adi anak yang soleh.

  Sempat juga sesi fotografi dengan anak bujangnya..bila masa ntah dady ambik gambar nih.

 Ini lah uri..teman anak saya sepanjang di alam rahim. Mintak maaf  ye pada yang geli. Teringin sangat nak tau uri tu macamana..Kelahiran yang lepas saya tak dapat tengok uri kakak2nya. Kali ni saya pesan berkali-kali pada suami nak tengok. Tapi tah mcmana dia tanam kat rumah di Johor. Cuma sempat snap gambar ni tuk tunjuk kat saya. Akhirnya ni rupe dia uri. 

2 comments:

  1. Tahniah nisak..Moga Allah berikan kekuatan untuk mendidik anak-anak. InsyaAllah..

    ReplyDelete
  2. Terima Kasih banyak2 Imal.untuk ko juga moga dilimpahkan rezki untuk kau sekeluarga..

    Tak sangka kelahiran ke3 baby boy..padahal baru cakap2 kat suami nk ambik anak angkat lelaki, nk bela nk susukan. Tau2 de rezki. Tak sangka jugak Allah nk bagi anak lelaki.Syukur..syukur Alhamdulillah..

    ReplyDelete

wa kha kha...:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...