Soal tanggugjawab
Walking-walking kt belog orang saya terjumpe ini..maka izinlah ye diselitkan disini untuk rujukan saya..best jugak belog ni banyak ilmu disana..nti klik sini k..
- Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud " Sesiapa sahaja isteri yang meninggal dunia sedang suaminya redha terhadap pemergiannya maka ia akan masuk syurga".
- Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud "
Apabila seorang isteri telah mendirikan solat 5 waktu dan berpuasa di
bulan ramadhan dan memelihara kehormatannya dan mentaati suaminya maka
diucapkan kepadanya masuklah syurga dari mana-mana pintu syurga yang
kamu kehendaki".
- Seorang perempuan datang ke hadapan
Nabi s.a.w. lalu berkata " Wahai Rasulullah s.a.w., saya adalah wakil
kaum wanita untuk menghadap tuan. Berperang itu diwajibkan oleh Allah
swt hanya atas kaum lelaki, jika mereka terluka maka mendapat pahala dan
kalau terbunuh maka mereka adalah tetap hidup di sisi Allah swt, dan
dicukupkan rezeki (dengan buah-buahan syurga). Dan kami kaum wanita
selalu melakukan kewajipan terhadap mereka (iaitu melayani mereka dan
membantu keperluan mereka) maka apakah kami boleh ikut memperolehi
pahala berperang itu?" Maka Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud " Sampaikanlah
kepada wanita-wanita yang kamu jumpa bahawa taat kepada suami dengan
penuh kesedaran maka pahalanya seimbang dengan pahala perang membela
agama Allah swt, tetapi sedikit sekali daripada kamu sekalian yang
menjalankannya"
- Wajib bagi seorang isteri :
- Merendahkan pandangannya di hadapan suaminya.
- Tidak khianat terhadap suaminya ketika ketiadaannya termasuk juga hartanya.
- Menunaikan hajat suami bila diajak oleh suaminya biarpun sewaktu
sibuk atau susah ( Rasulullah mentamsilkan walau berada di punggung unta
sekalipun)
- Meminta izin suami untuk keluar dari rumahnya.
- Diceritakan dari Rasulullah s.a.w. bahawa baginda bersabda maksudnya: "Sesungguhnya
semua burung di udara, ikan-ikan di air dan malaikat di langit meminta
ampun untuk seorang isteri yang berbakti kepada suaminya dan sentiasa
dalam keredhaan suaminya. Dan sesiapa sahaja di kalangan isteri yang
tidak berbakti kepada suaminya maka ia mendapat laknat dari Allah swt
dan malaikat serta semua manusia".
- Sesiapa sahaja di kalangan isteri yang bermasam muka di hadapan
suaminya maka ia dalam kemurkaan Allah swt sehingga ia dapat membuat
suasana yang menggembirakan suaminya dan mohon kerelaannya.
- A'isya r.a. berkata: "Wahai
kaum wanita, seandainya kamu mengerti kewajipan dirimu terhadap suamimu
tentu seorang isteri akan menyapu debu dari kedua telapak kaki suaminya
dengan mukanya."
- Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya "Jika
seorang isteri berkata kepada suaminya 'tidak pernah aku melihat
kebajikanmu sama sekali' maka hancur leburlah pahala amal kebajikannya."
- Nabi s.a.w. bersabda "
Sesiapa isteri yang meminta cerai daripada suaminya tanpa sebab-sebab
yang sangat diperlukan maka haramlah bau syurga ke atasnya."
- Hadith Nabi s.a.w. "Sesungguhnya Allah swt tidak melihat kepada seorang isteri yang tidak bersyukur kepada suaminya."
- Nabi s.a.w. bersabda maksudnya "Urusan
pertama yang ditanyakan kepada isteri pada hari qiamat nanti ialah
mengenai solatnya dan mengenai urusan suaminya (apakah menjalankan
kewajipannya terhadap suaminya atau tidak)"
- Nabi s.a.w. bersabda bermaksud: " 4 perempuan yang berada di neraka ialah
- Perempuan yang kotor
mulutnya terhadap suaminya; suaminya tiada di rumah dia tidak menjaga
dirinya dan jika suaminya bersamanya ia mengherdiknya.
- Perempuan yang memaksa suaminya untuk memberi apa yang di luar kemampuan si suami.
- Perempuan yang tidak mempunyai
tujuan hidup kecuali makan, minum dan tidur dan ia enggan berbakti
kepada Allah swt dan enggan berbakti kepada sumainya ( seorang isteri
yang bersifat begini akan dilaknati Allah swt kecuali bertaubat)
- Wanita yang tidak menutupi
dirinya dari kaum lelaki dan keluar rumah dengan menampakkan
perhiasannya dan memperlihakan kecantikannya (untuk menarik kaum
lelaki).
- Al-Hakim bercerita bahawa seorang
perempuan berkata kepada Nabi s.a.w. "Sesungguhnya putera bapa
saudaraku melamarku, oleh itu berilah peringatan kepadaku tentang
kewajipan seorang isteri terhadap suaminya, kalau kebajikan itu sesuatu
yang mampu aku jalankan, maka aku bersedia dikahwinkan." Maka baginda
bersabda: " Andainya mengalir
darah dan nanah dari kedua lubang hidung suaminya lalu dia (isteri)
menjilatnya maka itupun belum dianggap menjalankan kewajipannya terhadap
suaminya. Sekiranya diperbolehkan untuk manusia bersujud kepada manusia
lain, nescaya daku perintahkan para isteri sujud di kaki suami mereka". Berkatalah perempuan itu, " Demi Tuhan yang mengutuskan tuan, aku tidak akan berkahwin selama dunia ini masih ada."
- Seorang isteri hendaklah menyedari bahwa seorang suami bagi isteri
adalah bagaikan ayah bagi seorang anak kerana taatnya seorang anak
kepada ayahnya dan memohon keredhaannya adalah wajib. Seorang suami pula
tidak wajib mentaati isteri.
- Menjadi pendorong serta penasihat dalam hal-hal agama serta kebajikan.
- Memahami hal-hal yang digemari dan yang dibenci oleh suami.
- Segala tingkah laku dan perbuatannya hendaklah menyenangkan hati suami.
- Sentiasa menambahkan ilmu agamanya serta amalannya dengan apa cara
sekalipun seperti dengan membaca serta mengikut majlis-majlis agama.
- Demi cinta terhadap suaminya, seorang
isteri akan melakukan khidmat dan bakti kepada suaminya dari
sebesar-besar perkara sehinggalah kepada yang sekecil-kecilnya seperti
mengerat kuku, memotong misai dan meminyakkan rambut suami.
- Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada Siti Fatimah r.a.: "
Ya Fatimah, apabila seorang wanita meminyakkan rambut dan janggut
suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya maka Allah swt akan
memberinya minum dari air syurga yang mengalir di sungai-sungainya dan
dijadikan kuburnya menjadi sebuah taman yang indah dari taman-taman
syurga."
- Sentiasa menyediakan air di sisi
suami. Selama ia berbuat demikian, selama itulah ia didoakan keampunan
oleh para malaikat. Dikatakan sekiranya isteri membawakan air kepada
suaminya dengan senyuman maka ia mendapat pahala amalan puasa sunat satu
tahun.
- Memasak mengikut kesukaan atau selera suami.
- Menampal baju atau pakaian suami yang koyak.
- Siapkan barang-barang keperluannya seperti sikat, celak, miswak, cermin dan minyak wangi di dalam satu bekas (sunnah).
- Ikut kemahuan suami dalam masa bergurau senda, memicit, mengipas dan sebagainya.
No comments:
Post a Comment
wa kha kha...:)