Salam semua,
Syukurlah anak-anak dah kembali kepangkuan. Petang semalam dengan bantuan kakak ipar dan anak-anaknya mereka ke rumah ibuku mengambil anak-anak ku.
Tanpa saya dan suami. Syukur anak-anak dikembalikan pada saya semula. Walaupun saya tahu hati mereka masih panas kepada saya. Tapi tak mengapa saya hanya berdoa dari jauh agar mereka sedar dan saya sedar kesilapan saya. Suami saya jauh memahami hati saya. Saya bersyukur dia memahami.
Riuh kembali rumah kami dengan dua putri ini. Adiknya Ahmad Shafiy pun mula tunjukkan emosi positif. Asik senyum-senyum je walaupun dalam pejam, seolah-olah macam tau je ibunya murung 2 3 hari lepas.
Kakak Elissa paling riuh mulutnya kali ini. Macam-macam dia nak tanya. Kakak Husna juga tidak kurang kerenahnya. Kerenahnya kali ini memang menguji kesabaran sesiapa yang kurang sabar dengannya. Tapi dia anak-anak lagi tak patut salahkan dia. Sebelum ni masa dia umur 2 tahun semua sayang dia. Sekarang bila dia dah besar sikit dan dah pandai buat kerenah kenapa mesti nak marah anak kecil tu? Itulah proses perkembangan dia. Mungkin dia berubah sebab, yelah dapat adik lagi. Mulalah buka kerenahnya. Nak cakap pun kene hati-hati...Husna kata, "Mummy kenapa tak ambik akak dengan Elissa? Mumy jangan cakap kenapa tau."
Siang-siang saya dah kena sound dengan si Kakak.
Mummy cuma boleh kata, "Takde apa-apa." Abis bila mummy kata 'Kenapa', 'apa' kene marah. So Mummy tak cakaplah apa-apa.
"Kakak Husna nak tidur dengan Mummy. Kakak Elissa nak tidur dengan Daddy." Kata Husna sungguh-sunguh.
Daddy tanya, "Siapa rindu Mummy, siapa rindu Daddy?".. Masing-masing dah bahagikan.
Husna, "Kakak rindu Mummy, Elissa rindu Daddy".
"Ye sayang..", saya peluk erat mereka berdua. "Lepas ni jangan tinggalkan Mummy dengan Daddy tau. Susah ke senang ke kita sama-sama. Mummy tak nak marah anak-anak lagi".
Elissa dulu masa kecilnya disalahkan. Kenapa bersalin terlalu awal. Husna tak sempat nak manja. Saya juga dipersalahkan. Allah tu maha kuasa. Saya sendiri tak sangka secepat itu kelahirannya. Tapi sekarang bila Elissa dah banyak keletah semua sayang Elissa. Malah yang dirindukan Elissa la berbanding Husna. Kini Kelahiran Ahmad Syafiy juga jadi persoalan. "Tak merancang, jadilah macma ni." Ya Allah..saya mampu berdiam. Kisah Ahmad Shafiy juga saya tak jangkakan. Sedang kan hari-hari saya panjat syukur kelahiran anak-anak ini. Saya jangkakan 4 tahun lagi bila putri-putri ni dah besar mungkin baru nak tambah lagi bilangan anak.
Suatu hari suami bersuara, "Ma..kita ambik anak angkat lelaki nak? Boleh dia jaga kakak-kakak dia nanti." Saya pun tak pernah terfikir suami saya boleh cakap macam tu. Rasanya mungkin sebab kisah seorang saudara tu yang nak bagi anak dia pada orang. Kebetulan masa tu Elissa lahir. Jadi terlalu awal nak ambik anak angkat. Sampailah pada suatu hari, masa tu Khamis 21 Oktober 2011. Tarikh saya posting..Berita gembira bila akhirnya Allah tunaikan juga niat saya nak jadi cikgu. Lama tunggu surat posting dan akhirnya tercapai jugak. Sampailah ke Klinik hari tu, Allah beri lagi berita gembira. Siapa sangka kan...
Rezki, jodoh, ajal dan maut dah ditentukan sejak dialam roh lagi. Kita tak perlu nak ungkit-ungkit, Kalau tak kerana polan bin polan, tak bermakna kita tak kawin. Sebab Allah dah tentukan jodoh kita dengan siapa? kat mana? semua dah ditentukan begitu tak perlu nak ungkit lagi.
Begitu jugak rezki. Cepat ke lambat ke...susah sikit nak dapat rezki..atau terlalu mudah seseorang tu dapat rezki..semua dah tertulis. Tak perlu pertikaikan lagi. Cuma bila dah diberikan rezki, ingatlah..perlu rajin-rajin bersedekah. Niatkan untuk diri sendiri dan keluarga. Duit boleh dicari. berkurangan hari ini dalam akaun, esok lusa bertambah lagi.. Kalau cintakan duit tak lama. Bila dah habis duit kita pening kepala. Sebaliknya gunakanlah rezki yang ada pada pekara berfaedah dan ke jalan yang diberkati.
Mudah-mudahan saya lebih tabah selepas ini mengharungi liku-liku rumah tangga. Esok 31 Mei 2012, genap usia perkahwinan saya dan suami untuk tahun ke 4 tahun. Ustaz kata, 5 tahun pertama perkahwinan tu memang banyak dugaan. Kalau kita mampu bertahan tambah lagi 5 tahun dan seterusnya...
Saya tak dapat fikirkan apa hadiah yang terbaik saya berikan untuk suami. Dan saya tak mengharap hadiah dari suami kerana saya tahu kemampuannya. Cuma yang mampu saya doakan untuk perkahwinan ini untuk membawanya menuju keredha ilahi..Mendidik, mengasuh anak-anak. Taat dan patuh pada suami untuk redha ilahi. Dan menjadi yang terbaik sebagai Isteri, menantu dan anak. Mudah-mudahan saya sedar kesilapan saya..
No comments:
Post a Comment
wa kha kha...:)