Thursday, August 4, 2011

Berita baik untuk mereka yang inginkan zuriat!


Saya bukan mereka-reka cerita atau sebaliknya. Namun sedikit perkongsian ini adalah dipetik dari bahan bacaan yang saya temui. Manalah tau ada berkat disebalik penyampaian ini. Jika ada seribu orang yang membaca laman ini, maka seribu orang jualah yang mendoakan mereka yang benar-benar inginkan zuriat. Insyallah dengan izinnya berdoalah seperti mana Allah berfirman di dalam Al-Quran yang berbunyi “Wahai Rabbku, kurniakanlah kepadaku keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau maha Mendengar doa”.

Petikan dari artikel Berita baik untuk mereka yang inginkan zuriat! Majalah AL-Islam keluaran Ogos 2011.

Mungkin kita tidak pernah berfikir bahawa dengan bersedekah dan banyak beristifar disebaliknya ada kuasa ‘penyembuh’ yang tidak ternilai tawarannya daripada Allah swt. Abu Hanifah meriwayatkan dalam musnadnya dari Jabir bin Abdullah, seseorang telah menemui Rasulullah lalu berkata, “Wahai Rasulullah, saya tidak dikurniakan seorang anak pun dan sehingga kini saya tidak memiliki anak”. Lalu Rasulullah saw bersabda, sudahkah kamu memperbanyakkan beristifar dan bersedekah. Kamu akan dikurniakan (anak) berkat kedua-dua amalan itu”. Dengan izin Allah, orang yang mengadu nasibnya itu, akhirnya dikurniakan dengan Sembilan anak lelaki!

Subahanallah. Benarlah firman Allah yang bermaksud, “Bagi Allah jualah hak milik segala yang ada di langit dan di bumi, ia menciptakan apa yang dikehendakinya. Ia mengurniakan anak-anak perempuan kepada sesiapa yang dikehendakinya, dan mengurniakan kedua-duanya anak-anak lelaki dan perempuan, ia juga menjadikan sesiapa yang dikehendakinya, mandul. Sesungguhnya ia maha mengetahui, lagi maha kuasa” Asy-syura ayat 49-50.

Tak sangka sedekah punya fungsinya. Saya pernah terbaca yang mana ada yang menyatakan bila seseorang itu tidak dikurniakan anak mana itu ujian untuknya. Maka hendaklah dia berusaha dan bertawakal dalam menghadapi ujian itu. Namun jika tiada iktiar dan usaha tergolonglah dia dari kalangan orang-orang yang rugi. Bagaimana sedekah itu mampu menjadi pengubatnya mungkin boleh merujuk kepada artikel saya bertajuk Sedekah 7000 pahala. Dalam artikel itu, dinyatakan sedekah yang paling baik adalah sedekah kepada saudara mara terdekat. Cuba lihat kanan dan kiri antara kalangan saudara mara kamu yang mungkin punya ramai anak, maka bantulah mereka. Mungkin nasib kita diuji dengan tidak dikurniakan zuriat berbanding orang yang punya ramai anak mereka ini diuji dengan ujian kewangan.mungkin juga…oleh yang demikian apalah kiranya sedekah lah apa yang termampu. Jika tak mampu dengan wang maka sedekahlah dengan tenaga dan begitu seperti yang tertulis dalam artikel itu.

Dalam bersedekah juga kita perlukan ilmu. Rujuklah mana-mana bahan bacaan yang dapat membantu agar sedekah kita diterima di sisi Allah. Andai ada niat insyallah Allah akan membantu kita. Semua yang berlaku segalanya milik Allah juga dan ia lebih mengetahui atas tiap-tiap sesuatu. Memandangkan bulan Ramadhan bulan termakbul segala doa, cubalah usaha dan gerakkan hati supaya mencari ruang untuk perbanyakkan doa kepada Allah swt mudah-mudahan Allah mendengarnya dan memakbulkan doa kita.

Di sini saya ingin membuat perkongsian di mana terdapat beberapa doa untuk mendapatkan zuriat. Ia di petik dari buku IKHTIAR PENYEMBUH PENYAKIT terbitan Darusshifa’. Kalau nak rujuk lagi lengkap boleh ke laman web Darusshifa www.darussyifa.org .

DOA MANDUL – MOHON MENDAPATKAN ZURIAT

1. Surah Al-Fatihah

2. Doa mohon zuriat

(surah Al-Anbiya’:89, Ali Imran:38 & Al-Anbiya’:30)

3. Doa yang berikut dibaca tujuh kali:

‘subahana man amruhu bainalkafi walnun, subhanaman amruhuu iza ara dasyaan yakulalahu, kunfayakun asalulallah halazim robbilarsyil aziman yasyfiyaka’

Maknanya:

Maha suci Tuhan yang urusannya antara “kaf” dan “nun”. Maha suci tuhan yang urusannya apabila Dia menghendaki sesuatu, Ia berkata “Jadilah”, maka akan jadilah. _Aku bermohon kepada Allah yang maha agung, Tuhan yang memiliki Arsy yang agung agar Dia menyembuhkan dikau.

Kalau nak lanjut bolehlah baca buku Iktiar penyembuhan Penyakit dengan ayat-ayat dan doa-doa mustajab dr Tuan Guru Dato’ Dr Haron Din.

Semoga segala ikhtiar dan usaha anda akan membuahkan hasil yang penting niat perlu ikhlas mencari keredhaan Allah.


No comments:

Post a Comment

wa kha kha...:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...