Syoklah bila tiba musim durian nih..lagi-lagi bila lihat anak-anak dah pandai makan durian. Sib baik dalam pantang lagi..Nak makan lebih-lebih pun tengah menyusukan Shafiy pulak. Nanti panas dalam. Mulalah bertahi mata pulak..
Semalam anak-anak kemaruk nak makan durian. Suh Enchik ni pi balik kampung atuk saya kat Gunung Pulai. Ala 30 minit je dari rumah kami. Tapi malasnye dia..katanya saya takde sama. Saya pulak malas nak berangkut-angkut dengan baby nih..
Tunggu punya tunggu lama Enchik tu keluar dengan anak-anaknya..betul-betul ingat dia balik kampung. Durian tepi jalan jadi santapan kami. Tapi kualiti sama macam kat kampung atuk saya. Sebab penjual tu ambik durian pun kat area kampung atuk saya jugak. Layankan sebiji dua..nampak semua okay-okay dan tak layak nak buat bubur kacang. Tapi dah niat nak makan bubur kacang..bubuh jugaklah barang seulas dua tuk bau-bau nya..
Syok tengok anak-anak makan durian..sian derang ni.Tak puas..nak lagi..Si bujang kecik ni pun ku jamahkan juga..huhu..
Santapan petang tu..Bubur durian kacang hijau.
Hiris sedikit halia..sedap jugak.
Tuk mummy yang tengah pantang nih..kurangkan santanlah.
cukup rasa..cukup bau..huhu
Tapi versi yang paling tak best bila tiba musim durian ia melayakkan pasukan lalat tuk bermaharaja lela..tak suke rumah penuh lalat..Bila malam baru mereka pulang..
No comments:
Post a Comment
wa kha kha...:)