Sunday, June 3, 2012

Membaca Gerak Geri Si Kecil

Salam semua..

Entry apa pagi2 buta ni..subuh pun dah berlalu..Bila time pantang ni patutnya banyakkan rehat..Tapi sibuk dok story kt sini..HUH..

Letih jugak berjaga sepanjang malam..Napelah dengan si Shafiy tu dari kul 3 pagi tak nak tidur..

Membaca si Kecil ada kalanya menyeronokkan dan mencabar..adakalanya meletihkan juga..

Pagi jam 3.00 si Kecil ku bangun..Ku tukar lampin. Mungkin dia kurang selesa..Lepas di ganti masih berbunyi lagi..Mujur dia tak menangis..kalu tak mau gelabah.

Ku beri dia susu badan..Lepas disendawa harap dia tidur..pun sama jugak.merengek lagi dan bersuara si kecil itu..

Kudengar ada bunyi kahak setiap kali dia tarik nafas..Ku perhatikan dah 2 3 hari begitu..kenapa ye..apa nk buat nih..Ku teringatkan madu..Ku bancuh madu dengan sedikit air suam dalam botol. Ku beri si kecil. Puas dia minum sampai habis. Menurut pengalaman ku madu mampu mencairkan kahak..

Sebentar dia rasa lega dan terus diam..Tapi matanya tak mahu pejam..

Ku basahi kepalanya yang botak itu dengan bedak sejuk..HUH matanya berkelip-kelip sejuk kot..tapi dia diam..lega mungkin.

Ku belek-belek perutnya. Bunyi macam kembung.. Sedang ku mencari minyak Telon dia berbunyi pula..HUH anak mumy dah berak eh..baru ganti pempers tadi kan..

Lepas je ganti Pempers..teringat pesan Kak Ipar petang tadi.Budak ni mungkin mudah kembung perut. Jangan lupa selitkan lada hitam kat pusat dia. Untuk elak kembung perut. Lepas tu tiap kali tukar pempers, perutnya jangan lupa sapu minyak...sedang ku sapu minyak dan bersihkan najisnya..SURRR..dia kencingkan mummy pulak..His betul la budak lelaki ni..Tak reti bahasa. Sesuka hati jer dia pancut. Habis baju mummy. Baju adik pun basah jugak..

Ku pakaikan barut baru, tukarkan bajunya.lepas tukar lampin..dia kehausan. Sumbat lagi susu..lepas sedawa dia terus lena. Ku balut dan masukkan dia dalam buai.

Lagu apa lagi yang tak keluar..habis satu CD mummy nyanyi dik..matanya nampak macam nak lelap..

Mata Mummy pun dah ngantuk..

Tiba-tiba dia berbunyi lagi.Ku turunkan dia dari buaian..Mungkin dia panas duduk lama dia buai..Ku buka balutan dan biarkan dia tidur bersama atas katil.

Sebentar dia lena..Azan subuh berkumandang..Mata terus mengantuk..

HUh kini giliran En. Suami lah pula..Memang selalu begitu bila keletihan jaga sepanjang malam.

Membaca kerenah anak dalam pantang ni kadang-kadang menyeronokan dan mencabar..Tapi bukan mudah..itulah pengorbabnan ibu..Baru ku tahu susah senang ibuku menjaga ku..

Memandangkan masih cuti berpantang lagi..Ku biarkan bayi ku dengan suami. Harap dia lena dengan daddynya..Mumy nak tidur pulak..letih..

1 comment:

  1. Semoga bertabah hati ye Ibu...ragam bayi sementara nak membesar..gitu la..

    ReplyDelete

wa kha kha...:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...