Baru je tamat sesi pemerahan hasil pagi ini..ya masih meneruskan rutin itu...
Syukurlah hingga ke saat ini kesedaran ku tentang Breastfeeding (BF) semakin tinggi..Satunya ialah galakan dan support dari kawan-kawan. Dan selebihnya anak..
Sayang anak mummy Ahmad Shafiy..dia kecil dan masih perlukan perhatian..TQ for my husban juga sebab beri kerjasama untuk berikan perhatian pada akak-akaknya..Mummy busy sikit dengan adik kala ini..Khas untuk menjayakan misi BF Ahmad Shafiy sepenuhnya..
Seminggu yang lepas masa ku banyak dihabiskan di depan lappy tuk pelajari semua ilmu dan isu-isu tentang dunia penyusuan. Dan di Malaysia juga kita ada support team untuk ibu-ibu menyusukan bayinya. Syukurlah dipertemukan mereka walaupun hanya di maya ini. Untuk Puan Norhafizah tQ sebab banyak bagi sokongan terutama moral support pada hasil tulisan di blognya. Dan syukur juga dapat berinteraksi di FB.
Minggu lepas juga..sedikit kekecewaan dan rasa putus asa juga timbul untuk BF sepeuhnya bayi ku..Betulah orang kata bukan senang nak BF tapi ia tak susah..Saya pegang pada konsep Demand and Supply...kalau ada permintaan baru ada pengeluaran..Usaha bersungguh-sungguh setiap waktu bekerjasama dengan bayi ku dan pump Medela Harmoni yang aku rasa tak sia-sia melabur untuk itu.
Bagi ibu-ibu yang baru nak mulakan dunia penyusuan ini rasanya kalian perlu banyak timba ilmu..terutama bagi yang bekerjaya. Sekurang-kurangnya dapat menyusukan bayi anda sehingga umur 6 bulan..dan paling panjang umur 2 tahun..
Perhatikan betul-betul untuk timba ilmu tentang:
Kebaikan susu ibu
Susu formla Vs Susu Ibu
Teknik menyusu dengan betul
Cara membuat stok EBM bagi ibu-ibu bekerjaya dan suri rumah juga
Jadual pumps juga
Waktu terbaik untuk pumps
Supliment yang boleh diambil
Macam-macam la boleh google je..senangkan..yang penting nak seribu daya..
Apa pun TQ to kakak Ipar saya..dia banyak bagi support..
Tapi sedih juga..masih ambil ringan pasal BF sepenuhnya tuk baby..terutama pada mereka yang masih berpikiran ala-ala konvensional..Maaflah ye..
Peredaran dunia dulu dan sekarang berbeza..Dulu tak perlu gajet menyusu semua ni..Lebih mudah nak bagi anak lena lama sikit ulur je susu tepung tu..tidur dia la dia..Or FB tapi campur..Tapi hasilnya tak sama tapi berbeza..hehe..
Cukuplah pengalaman masa Husna dulu..sebab kurang pengetahuan juga, serik rasanya nak abiskan duit setiap bulan bertukar-tukar susu..yang mahal..yang murah..tapi tetap tak sama dengan susu ibu yang mahal ini..masalah kembung perut, muntah-muntah, gatal kulit dan ruam setiap bulan ada je masalah yang menguji...Tapi syukur sekarang dia dah sihat semula.
Cukuplah untuk Elissa yang dapat juga merasai kenikmatan susu ibu sampai umur 2 tahun..walaupun tak banyak tapi still boleh ngempeng kan Kak Ngah..
Untuk Shafiy..insyallah dengan kekuatan dan kudrat mummy kita sama-sama usaha dan doakan moga ada rezki adik nanti ye..
Apa pun meh kita baca sikit info tentang Susu Ibu..dari blog MamaBusyra
http://mamabusyra.blogspot.com
Susu ibu anugerah dari Ilahi yang sangat ternilai bagi setiap titisannya. Setiap bayi selayaknya berhak untuk mendapatkan khasiat susu dari ibunya. Adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai ibu berusaha memastikan bayi kita mendapat nutrisi yang mencukupi melalui pemberian susu badan.
Susu ibu mempunyai kandungan lemak, gula, air dan protein yang sempurna untuk tumbesaran bayi. Banyak kandungan yang ada di dalam susu ibu tidak ada di dalam susu lembu. Susu ibu lebih senang dihadam berbanding dengan susu formula. Ia mengandungi kurang protein dan protein yang ada juga lebih nutrisi dari susu formula. Susu ibu mengandungi antibodi yang menolong melindungi bayi daripada bakteria dan virus. Antibodi ini juga menolong mereka menentang jangkitan kuman dan penyakit. Bayi yang menyusu susu ibu didapati lebih kurang mendapat jangkitan paru-paru, jangkitan kuman pada pundi kencing, telinga dan juga septicimia.
Tidak ada bayi yang alah kepada susu ibu. Susu ibu sentiasa steril, tidak pernah tercemar atau rosak. Menyusu badan menjimatkan wang. Tidak perlu membeli, menyukat dan membancuh di tengah malam buta.
Menyusu menyebabkan anda lebih rapat dengan bayi kerana sentuhan akan membuatkan bayi merasa nyaman, selamat dan selesa. Menyusu boleh memyebabkan badan anda membakar kalori dengan lebih cepat. Anda senang kembali ke bentuk badan asal. Ia juga menolong rahim mengecil dengan lebih cepat dan mengurangkan pendarahan. Menyusu mengurangkan risiko kanser payudara dan kanser ovari.
Bayi yang menyusu badan lebih sihat. Kurang kadar sembelit dan cirit birit. Bayi kurang risiko untuk menjadi terlalu gemuk.
Susu Ibu Makanan awal terbaik!!!
- Kaya dengan DHA dan AA untuk pembentukan sel otak, mudah diserap oleh usus bayi, kaya kolesterol, mengandung enzim pencerna lemak.
- Mengandung lactoferin (baik untuk usus), lisosim (enzim anti mikroba), kaya protein untuk tumbesaran tubuh dan otak.
- Kaya dengan laktosa (karbohidrat penting untuk perkembangan otak) dan oligosakarida berfungsi untuk meningkatkan kesihatan usus.
- Kaya dengan sel darah putih dan imunoglobulin (untuk antibodi).
- Mengandung zat besi, zink dan kalsium, (besi mampu diserap sekitar 50-75%), juga mengandungi antioksidan.
- Kaya dengan enzim pencerna seperti lipase dan amilase. Kaya hormon seperti tiroid, prolaktin, oksitosin.
- Rasa Susu Ibu sesuai dengan makanan yang dikonsumsi oleh ibu.
Kebaikan Susu Formula:
- Mudah – Sesiapa sahaja boleh berikan susu kepada bayi, tak semestinya ibu sahaja. Tak perlu kosongkan/ pam payudara pada waktu tertentu. Tak perlu cari ruang privasi untuk memberi susu.
- Kurang frekuensi penyusuan kerana penghadaman susu yang perlahan. Bayi akan tidur lebih lama.
- Ibu tak perlu risau untuk kawal pemakanan sendiri – boleh makan apa jua, atau tak makan langsusng (diet) kerana tak perlu risau tentang penghasilan susu badan.
Jadi, mari kita lihat apa pula Cabaran Susu Badan berbanding Susu Formula.
Cabaran Menyusu Badan:
(1) Sakit di payudara pada peringkat awal kerana masih tidak pandai untuk menyusukan (latch-on pain). Namun, masalah ini boleh di atasi dengan mendapatkan pertolongan daripada yang pakar. Banyakkan pembacaan, tingkatkan pengetahuan.
(2) Lebih frekuensi penyusuan kerana susu ibu sangat mudah di
hadam. Anda akan dapati bayi anda tidur tidak lama seperti bayi yang
minum susu formula.
(3) Lebih komitmen buat si ibu – perlu
kerap menyusu/ pam payudara untuk buat stok susu perahan. Namun, akan
menjadi lebih mudah dengan praktis yang berterusan & pengurusan masa
yang efektif.
(4) Ibu perlu hadkan pengambilan kafein.
(5) Kondisi kesihatan/ perubatan si ibu.
(1) Perlu cari susu formula yang benar-benar serasi dengan bayi.
(2) Keselamatan produk tersebut.
(3) Susu formula yang berjenama agak mahal, terutama susu untuk bayi dari 1 hari ke 6 bulan. Ada yang 1kg = RM100!
(4) Kurang antibodi.
(5)
Kesesuaian dengan keperluan bayi seiring dengan pembesaran bayi. Perlu
tukar jenis-jenis susu apabila bayi telah capai umur tertentu.
(6) Kebarangkalian untuk kolik dan sembelit adalah lebih tinggi.
assalamualaikum admin.. info yang sangat berguna.. mohon share yer..
ReplyDelete