Bila survey kt post yang sebelum ni, ku lihat ramai yang google pasal Pil Asi. Pil tambah susu ibu tu..
So..nk citelah sikit kesannya..Saya dh cuba 2 minggu pil ASI tu tapi masih sama..Susu tak banyak dan mangkin merundum lagi.. Mungkin kala itu sedikit stress atau mungkin tak serasi dengan badan.
Bila balik dari klinik tempoh hari masa ambil darah HB ku kurang 11 sahaja bacaanya.. Kuceritakan niat untuk BF bayi sepenuhnya. Tapi yang disarankan adalah naikkan HB dulu. Paling tak pun 14 baru boleh BF bayi sepenuhnya dan penghasilan susu meningkat..siap cadangkan diet untuk ku lebihkan sayur sekurang-kurangnya 1 kg dan makan ikan 5 ekor satu hari..wah banyak la belanja dapur lepas ni..
Habis tu bila fikir-fikir semula..ku nekad tuk cuba produk Shaklee. Ini last la kalau masih cam tu jugak memang tak boleh buat pe terpaksa campur susu jugak la. Oder yang trial pack je..itu je yang mampu beli setakat ini.
2 hari ku cuba..nampaknya macam ok. ada perubahan la. Disamping buat power pummping tu..memang ada kesan la..
Apa yang aku faham dalam pump ni..ialah waktu pump yang konsisten..apa juga jenis pump kalau tak displin tak berjaya juga.
Sedikit usaha yang kental..jiwa kena kental habisss..kalu tak EBM tak berjaya la.
Dengan bantuan alat ini..walaupun lenguh tangan tapi syukur ada produk Shaklee..tangan tak lenguh lagi..semangat..semangat..
Dan Kesannya seminggu inilah yang berjaya ok..
Semuanya ada dalam 10 pack 3-4 oz je..susu tak banyak. Tapi adalah kan..dari takde.huhu
(pujuk hati..)
Ku rasa memang jenis susu tak banyak..tapi ia mencukupi untuk bayi ku..Memang setiap ibu tak sama penghasilan susu. Ada yang susu nya meriah..ada yang sedikit tapi cukup..Tak kisahlah yang penting dalam usaha aku itu ada niat-niat yang baik terutama untuk besarkan anak-anak..selain merebut sebanyak pahala yang mungkin disebalik setiap titisan susu ibu itu..
Masih lagi meneruskan BF Ahmad Shafiy..yang semangkin hari semangkin tembam..walaupun tak semontel akak-akak nya..
Badannya yang semangkin compact..hehe..
Moga anak-anak sihat ye..amin
No comments:
Post a Comment
wa kha kha...:)