Gumbiranye bila sebentar tadi bila ku buka FB dapat berita kawan ku Yanti dah selamat melahirkan anak lelaki. Syukurlah. Tapi yang sedihnya anaknya dimasukkan ke NICU. Tak sempat nak tanya keadaannya. Biarkalah dia rehat dahulu. Harap anaknya tak serius dan sihat macam bayi yang lain.. Sama-samalah kita doakan untuknya.amin..
Petang tadi juga mak mertua ku datang ke rumah menjenguk cucu barunya. Tapi dapat singgah sebentar sahaja. Memandangkan dia nak balik semula ke kampung. Sabtu lepas baru pulang dari kenduri kawin anak arwah Pak Ngah di KL. Walaupun datang sebentar anak-anak tetap gembira opah dan anak sedara yang lain datang.
Petang tadi Ahmad Shafiy telah dikerjakan oleh daddynya..Sian dia. Tapi dia diam je bila Daddy cukur rambutnya. Kakak yang meronta-rontak mintak jangan buat begitu pada Ahmad Shafiy.."Mummy nape Ahmad Shafiy mesti botak sama macam Daddy?" Husna yang nampaknya fobia bila tengok kejadian yang sama berlaku pada Daddynya hari tu..
Ceritanya bermula di Kedai gunting rambut. Bila Husna menemankan Daddy. (Daddy dah bernazar kalau dapat anak lelaki dia nak botak kepala)..Bila tukang gunting tu botakkan rambut Daddy dan gugur rambut dady dan nampak hanya tinggal sebelah bahgian je Husna ternganga mulut.. Sampailah ke sudah. Bila keluar dari kedai gunting daddy tak kata apa cuma perhatikan gelagat anaknya Husna. Dalam kereta Husna masih tak caye rambut daddy dah takde. Sekejap-sekejap dia toleh..tak kata apa..Kemudian toleh lagi..apa lah yang ada kat fikiran dia masa tu kan..Kini giliran Ahmad Shafiy pula..Tu yang dia mengamuk giler.
Mummy cuba tenangkan dia.."Baby Boy memang kene botak kepala. Nanti rambut dia tumbuh semula macam rambut daddy k sayang.."lama-lama dia faham.
Niatnya nak tungu kenduri Aqikah Ahmad Shafiy nanti. Tapi rasa macam lama lagi. Nanti terlepas pulak pahala bulan Rejab. Ustaz kata bulan Rejab kene banyakkan amalan sunat macam sedekah..Ingatkan bila dah cukur rambut nanti nak timbang dan sedekah duit kat masjid ke atau ke sekolah tahfiz ke..Tu yang cukur awal..Lagi pun bila tumbuh nanti rambut dia cantiklah sikit..
Kini rupa Ahmad Shafiy lagi hensem bila takde rambut. Harap Ahmad Shafiy cepat sembuh dari demam kuningnya. Kakak Ipar kata dia masih nampak kuning lagi. Mata dia masih kuning lagi. Kene kerap bagi susu. Ku rasa kerap dah bagi susu..mungkin tak cukup lagi kot susu badan..em..ku fikirkan macam nak ambik supliment jugaklah..tak boleh jadi begini..
Bersedia Ahmad Shafiy
Sediakan barang-barang dulu..kakak-kakak jangan kacau k..duk diam-diam
Diam je dia..sama macam kakak-kakak dia dulu
Dah berape kepala daddy cukur?.."Empat kot..termasuk rambut anak Kak Long.."
Yerk..sian dia. Sikit lagi yerk.
Baru nak bukak mata yerk..Kalu tak payah nak bukak mata..
Keletihan ke sayang..sian dia.
Bayi yang lahir suci bersih. Mereka insan yang tak bersalah..
Mudah-mudahan didik mereka dengan sempurna
dengan agama..amin.
No comments:
Post a Comment
wa kha kha...:)