Alhamdulillah tahun ini kita dapat meraikan Hari Raya Aidilfitri.
Bismillahirohmanirohim...
Sebagai pembuka bicara. Selamat menyambut hari kemenangan untuk umat Islam setelah sebulan melawan nafsu menunaikan ibadah puasa. Syukur kehadrat ilahi.
Dipanjatkan kesyukuran tahun ini giliran saya menyambut Aidilfitri di rumah mertua di Tengaroh, Mersing. Kemudian hari raya kedua kami bergerak ke Pontian beraya di rumah nenek saya. Dan disana saya dapat bertemu dengan Mak dan Abah saya. Begitulah rutin raya setiap tahun. Memandangkan nenek dan atuk saya masih ada lagi, saya tak nak sia-siakan peluang ini. Saya sayangkan nenek dan atuk saya.
Syukur Aidilfitri tahun ini saya dapat menunaikan hajat saya untuk bawa anak-anak menunaikan solat Aidilfitri di Masjid. Pagi-pagi lagi dua orang putri ku bergegas bangun tido. Saya pun menyelesaikan tugasan di dapur. En. Suami membantu menyiapkan anak-anak mandi dan tukar pakaian baru untuk mereka. Seronok kata Husna "Mummy hari raya eh?"..."Ye..sayang.kasut raya tu dah boleh pakai." Pagi tu sedang yang lain menyiapkan juadah dan mengemas rumah saya minta diri dulu tuk bawa anak-anak ke masjid berhampiran. bersama-sama anak buah saya Zurah Wardah. Putri-putri saya Husna Qistina Wardah dan Elissa Qairina Wardah.
Wah tak sangka pagi raya di Masjid lagi meriah. Ini baru pertama kali dalam hidup saya, menunaikan solat sunat Hari Raya di masjid. Sebelum ni saya cuma sempat menunaikan solat sunat di rumah sahaja. Tak sangka anak-anak dapat merasai kemeriahannya tahun ini. Syukur pada ilahi.
Gelagat anak kecil bila orang ramai-ramai, biasalah siapa sangka mereka ni boleh duduk diam dari berlari-lari. Nama pun anak-anak. Tapi dari rumah dah pesan siap-siap si kakak jaga adik. Jangan berkinja-kinja sangat. Tempat solat nanti Allah marah. Nasib si kakak faham. Cuma Elissa yang tak duduk diam. Sampai di sana tak sangka pulak ramai anak-anak perempuan sebaya Husna ada bersama ibu masing-masing. Semua lengkap bertudung dan bertelekung. Kesian pulak Husna tengok je kawan pakai telekung. Takpelah next year Mummy buat telekung tuk Husna dan Adik. Time tu dah besar sikit kan. Insyallah kalau panjang umur.
Selesai solat sunat di masjid kami pulang ke rumah dan bermaaf-maafan dimulakan dengan yang sulung sampailah yang bungsu. Meriah raya tahun ni sebab masing-masing pulang beraya di kampung mertua termasuk adik ipar saya. lepas bermaafan kami pun ke sesi tangkap gambar. Posing-posing gitu..hii hii;)
Bermula dengan ziarah raya di rumah abang ipar saya yang terletak di kawasan perkampungan felda berhampiran juga. Jarak lebih kurang 15 minit. Ada open house sikit. pastu pulang semula ke rumah. Saya pula bersiap-siap untuk mengubah ke lokasi seterusnya ke Kampung Melayu Raya.
No comments:
Post a Comment
wa kha kha...:)