Tuesday, September 27, 2011

Kisah Bangun Pagi

“Anak-anak bangun sayang, ayah nak pergi kerja ni?”, Itulah ungkapannya setiap hari seorang ayah yang menjadi tugasnya mengejutkan anak-anak.

Memandangkan isterinya sibuk menyiapkan makanan untuk bersarapan. Pada kebiasaannya anak-anak kecil ini akan dikejutkan seawal jam 7 pagi. Tak kira hari kerja atau hari cuti.

“Bagun sayang…”, terpisat-pisat mata si anak yang sulung Qistina cuba membuka matanya.

si anak sulungnya memandang wajah ayahnya dengan senyum tanda hadiah awal pagi. Si adiknya Qairina tidak susah seperti si kakak memandangkan seawal subuh sewaktu ibunya melangkah kaki menginggalkan katil, seawal itu jugalah ia akan bangun.

“Dah, bangun cepat ayah nak pergi kerja ni. Siapa lambat kena kemas ya..” arahan si ayah untuk menggerakkan anak bagun dari tidur.

Sebagai bapa menjadi satu tanggugjawab untuk mendidik anak bangun dari awal. Kerana hikmah bagun awal pagi ni kalau tidak dilatih dah besar nanti naik lemak la mereka. Lagi-lagi time cuti sekolah. Mentang-mentang cuti bukan beerti boleh bangun lambat. Teringat pesan Ustaz yang selalu mendengar Usrah di TV, sebenarnya orang-orang Yahudi gemar kalau orang Islam memberatkan tidur daripada bangun awal pagi kerana mereka lebih takut jika jemaah untuk solat subuh lebih ramai, seramai jemaah pada solat Jumat. Memandangkan bangun awal ni latihan peringkat pertama anak-anak si ayah tetap bersemangat. Lagi pun kalau paginya tidak diiringi lambaian dari isteri dan anak-anak maka tidak lengkaplah seharian untuk keluar bekerja. Pasti ada saja yang tidak kena.

Terdengar dari ruang dapur suara anak-anak bergurau senda dengan ayahnya.

“Dah bangun dah budak-budak ni” Detik ibu dalam hati.

“Anak-anak dah bangun? Meh makan ni, nanti ayah lewat pergi kerja”terdengar suara ibu dari ruang dapur.

Ketiga-tiga beranak tadi berkumpul di meja menunggu hidangan dari ibu mereka.

“Em…no! no! no!. pergi basuh muka dulu. Cuci tangan sekali.” Teguran tersebut menyapa bila Qairina mencapai cawan teh di atas meja.

“Ha, jom basuh muka dulu, basuh tangan sekali. Nabi kata lepas bagun tidur jangan lupa cuci muka, gosok gigi dan basuh tangan. Takut kalau-kalau masa tidur tangan kita merayap kat mana-mana tempat yang kotor. Hah..lagi satu jangan lupa cuci hidung.” Si Ayah pun menyapa

Si ayah dengan pantas mengambil cawan dalam gengaman tangan Qairina dan kemudian mengangkat anak kecil itu ke bilik air diikuti si kakak.

“Ayah, kenapa kena basuh hidung?”si kakak mohon penjelasan.

“Sebab masa kita tidur syaitan pun tidur di celah-celah lubang hidung” jelas ayah.

“Dah, cepat kita nak breakfast ni.” si ayah lantas memcuci muka anak-anak.

Ibu menyerahkan cawan berisi air teh kepada si ayah. Menu pagi ini hanya nasi goreng cina dan sandwic. Selesai baca doa mereka makan bersama.

“Alhamdulillah…”, ucapan tanda kesyukuran si ayah setelah selesai makan pagi bersama keluarganya.

“Ayah dah lambat ni nak pergi kerja. Lambat-lambat nanti jem pulak. Sekarang ni awal-awal pagi kereta dah penuh kat jalan raya. Ayah tak nak tergopoh-gopoh”, getus ayah.

“Ala ayah bukan ayah pergi kerja lalu jalan yang jem pun, poyolah ayah ni..”jawab si isteri sambil menghulurkan beg galas kepada suaminya.

“Abang, kerja elok-elok ye, bawak kereta hati- hati” Sambil menghulurkan salam.

Setelah mencium kedua puterinya si suami meninggalkan isteri dan anak-anak di muka pintu.

“Bye…bye ayah…drive elok-elok.mmmuahhh…” jerit dua puterinya Qistina dan Qairina.

“Assalamualaikum…” sapa ayah kepada anak-anak.

“Walaikum salam..” jawab si isteri bersama anak-anak.

Si isteri dan anak-anak melambai ke arah ayah sehingga kereta yang dipandu ayah hilang dari pandangan mereka.

No comments:

Post a Comment

wa kha kha...:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...