Assalamualaikum…
Bismillahirohmanirohim..
Saya nak berkongsi dengan kawaan-kawan pembaca sekalian tentang bahan ilmiah yang saya temui. Kisah ini menyentuh tentang tanggungjawab keibuan dan kebapaan. Marilah sama menghayati kisah ini mudah-mudahan ia bermanfaat.
Kisah berikut ini menceritakan tentang ibu bapa yang tidak menanamkan pendidikan dan pengajaran agama kepada anak-anak mereka. Bacalah dengan cermat dan ambillah pengajaran daripadanya.
Abul-Laits Samarqandi rah.a. meriwayatkan bahawa seseorang telah datang kepada Umar r.a. dan berkata, “Anakku tidak mentaatiku, dia derhaka kepadaku.” Mendengar hal ini, umar r.a. berkata, “Wahai anak, tidak tahukah engkau apakah hak-hak ibu bapa daripada anaknya?”. Selanjutnya, anak tersebut menyebut hak-hak bapa daripada anaknya. Anak itu berkata, “Wahai Amirul Mu’minin, apakah anak-anak juga punya hak daripada ibu bapanya?”.
Umar r.a. berkata, “Ya, anak-anak juga mempunyai hak daripada bapa mereka”. “Apakah hak-hak tersebut?”. Anak itu bertanya. Umar r.a. menjawab, “Pertama, hendaknya dia mencarikan seorang ibu yang baik bagi anaknya. Hendaknya dia menikahkan dengan wanita yang solehah dan beragama, dan jangan menikah dengan wanita yang diragukan wataknya dan yang diragukan akhlaknya”.
“Hak Kedua adalah apabila dia mempunyai anak, hendaklah diberi nama yang baik, dan hak ketiga hendaknya dia diajari ilmu agama dan Quran”. Anak itu berkata, “Wahai Amirul Mu’minin, bapaku tidak menunaikan satu pun daripada hak-hak tersebut. Pertama wanita yang menjadi ibu adalah seorang hamba sahya negro yang telah dia beli seharga 400 dirham. Dia adalah wanita hamba sahaya yang baru masuk Islam yang jahil terhadap pendidikan agama, adab-adab, dan akhlak Islam. Aku telah menghabiskan masa kecilku di pangkuanya. Dia tidak memberikan nama yang baik kepadaku. Mereka memberikan nama Jo’al kepadaku yang bererti orang yang hitam dan buruk. Seharusnya aku diberi nama yang baik yang menjadi hakku. Tetapi, bapaku tidak melaksanakan tanggugjawabnya terhadapku. Yang ketiga adalah pendidikan agama yang sama sekali tidak mereka berikan kepadaku. Sekarang, keputusan apa pun yang engkau berikan akan aku terima”.
Cuba perhatikan. Orang besar seperti Umat r.a. yang apabila orang mendengar namanya disebut akan merasa gementar bahkan berkata, “Wahai bapa, engkau telah mengabaikan hak-hak anakmu, sekarang engkau berkata kepadaku bahawa anakmu telah menderhaka kepadamu. Keluar engkau. Engkaulah yang mula-mula telah derhaka”.
Perhatikan keputusan Umar r.a. tersebut. Apabila kita mengabaikan kewajipan kita terhadap anak-anak kita, bagaimanakah akibatnya? Tetapi kita menganggap bahawa anak kita telah derhaka dan tidak berguna. Ibu bapa hendaknya menyedari bahawa merekalah yang mula-mula derhaka. Anak-anak ialah amanah sehingga ibu bapa memiliki kewajipan terhadapnya, tetapi sebaliknya, mereka menyibukkan anak-anak pada urusan-urusan dunia, membenci ilmu dan membenci berkumpul bicara tentang agama.
Oleh kerana itu apabila ibu bapa sendiri mengingatkan anak-anak mereka tentang tanggugjawab agama dan berusaha agar anak-anak mereka cinta kepada agama maka Insyallah dengan pendidikan semacam itu anak-anak akan menjadi anak yang soleh dan takwa. Oleh kerana itu apabila kita menginginkan kehidupan yang mulia di dunia maka sibukkanlah anak-anak kita dalam pendidikan agama.
Sumber: 2009. Sheikh Musa Ahmad Olga . Pesona Didik Anak cara Sunnah. Pustaka Azhar. Johor bahru.
No comments:
Post a Comment
wa kha kha...:)