Wednesday, September 7, 2011

Latih Anak Bertudung/Hijab

Assalamualaikum..

Bismillahirohmanirohim

Sedikit perkongsian cerita dan pengalaman tentang mendidik anak menutup aurat. ada yang bertanya-tanya kepada saya tentang anak-anak kecil bertudung. Jadi tak salah kalau saya kongsikan disini, sekadar kongsi-kongsi cerita. Ambil yang mana elok..

Kesedaran ini bermula apabila melihat anak-anak kecil sebesar usia 5 & 6 tahun (Tadika kat sebelah rumah saya Tadika Tahfiz bandar Pulai Jaya) anak-anak seusia itu mengenakan hijab sungguh comel sekali. Terbayang bila anak kecil ku Husna 2 tahun dan Elissa 1 tahun bila mengenakan hijab tentu comel kan... Malah tidak sibuk untuk mengurus rambut mereka yang mula panjang.

Memandangkan anak-anak ku ini jarak umur mereka setahun, agak kalam kabut untuk menguruskan mereka. Kadang-kadang masa yang digunakan untuk menyiapkan mereka berdua ni ambil masa yang panjang. Bila nak bersiap untuk keluar rumah. Walhal nak keluar tu kejap je. Yelah sebagai ibu kita mesti nak anak sentiasa rapi bila keluar rumah. Sekurang-kurangnya bila orang lain tengok mereka sentiasa rapi redup mata memandang. Lagipun mereka perlu dididik untuk sentiasa rapi dan kemas supaya terbiasa dengan keadaan itu bila nak keluar rumah sama macam ibu-ibu diluar sana.

Jadi kepala ni memikir-mikir cara macamana nak bagi mereka kemas. Kalu sebelum ni sibuk dengan topi crohet anak-anak, kini mereka tak sesuai dah nak kenakan dengan topi tu. Suatu hari ada salah seorang sepupu hadiahkan tudung sarung syle sekarang ni tuk Husna. Yang ada anak tudung dan terus sarung kain tudung. Bila Husna mula memakai hadiah tersebut, nampak manis dan comel dengan wajahnya yang bulat dan pipi yang tembab. Sejak itu ibu ni bernekad untuk didik anak-anak memakai hijab. Kemas, ringkas dan comel.

Mula-mula masa nak biasakan anak-anak dengan hijab ni memang menguji kesabaran. Bila dipakaikan, mula ditarik dan buang tudung tu. Pakai lagi di buang lagi. Tapi sebagai ibu tak jemu2 melatih mereka. Memang perlu kesabaran dan azam yang kuat hii hii...Sewaktu memakaikan si kecil hijab mesti ibu ni akan beri sesuatu untuk dipegang oleh si kecil. Rasanya lebih mudah untuk latih anak-anak seusia 1/2 tahun berhijab berbanding dah besar nanti (itu pendapat saya lah.. ;)Bila dah siap mengenakan hijab di kepalanya dia selesa dan khayal dengan mainan yang ada di tangannya. Diulang berhari-hari sampai mereka terbiasa dan tak kekok. Rasanya hampir 2 minggu nak biasakan mereka dengan tudung. Setiap hari sepanjang 2 minggu tu ibu kepada anak-anak kecil ni akan bawa mereka ke taman permainan berhampiran. Dan setiap kali keluar rumah ‘tudung’ wajib pakai. Pujuk mereka berhari-hari sampai mereka selesa dan terbiasa. Sampaikan bila ditaman permainan pun mereka tak kisah untuk tanggallkan hijab. Yang penting hijab tuk mereka pakai sesuai dan dirapikan agar selesa.

Alhamdulillah sampai sekarang anak-anak dah terbiasa dengan hijab.Bila nak keluar rumah mesti kain hijab yang dicari dulu. Lepas tu ibu ni pun puji-puji sikitlah anak tu. Supaya anak lagi rasa semangat…”Wah!comelnya pakai tudung…” hii hii…poyo kan je budak budak tu.. Bila dah besar sikit kita perlu beritahu mereka kenapa perlu pakai ‘tudung’?Tutup aurat…Kalau tak pakai siapa marah?Allah marah. Bila anak-anak dah terdidik dari kecil menutup aurat, bila dewasa mereka tidak merasa asing untuk berpakaian menurut Islami di tengah-tengah masyarakat yang tidak Islami (ini ayat ustaz kt buku yang saya baca). Lagi pun anak kecil ni nampak unik bila dipakaikan hijab. Pasal nampak UNIK tu yang penting, nampak lain dari yang lain. Tapi kalau ibu-ibu lain cuba mesti anak-anak pun nampak unik sama. apa pun yang penting NIAT.kalu niat baik insyallah baik jadinya..

Pengalaman saya setiap kali bawa anak-anak keluar bersiar-siar dengan berhijab tak putus orang memuji mereka. Kadang-kadang ada yang bukan Islam pun memuji mereka. Ada yang kata “Wah, ini budak manyak mahal wo..” Ibu ni pun anguk je kepala. Kadang tak faham apa maksudnya..senyum jelah. Tak kurang juga yang mencuit pipi mereka. Toleh 2..3.. kali. Ada juga yang berhenti menegur. Tak kurang kawan-kawan yang sebaya anak saya Elissa pun nak cuit pipi dia bila berhijab. tapi yang paling best kakak-kakak baya umur 8-10 tahun ramai yang menegur. Sukelah si Husna sebab dia suka kawan dengan orang besar.

Yelah bila dipakaikan hijab automatic pipi anak-anak ni menyerlah. Tembab gitu…memang lah buat orang geram. Dan Tak kurang juga yang kata “budak-budak kecil lagi bertudung kan panas. Kesian dia orang ni”. dan ada juga yang kata "...la kecik lagi!.." Tapi ibu ni diam dan senyum je:) yang penting kita tetap pendirian. Ingat pesan ustazah kalu bertudung jangan bukak tanggal..bukak tanggal..nanti budak pun confius.

Tapi syukurlah anak-anak dah terbiasa berhijab redup mata memandang. Nampak lah hasilnya. Ibu pun rasa puas hati susah payah didik anak membuahkan hasilnya. Harapan ibu, anak-anak akan berterusan berhijab dan mengenakan pakaian mengikut syariah. Insyallah…

Sekarang macam-macam fesyen hijab tuk anak-anak perempuan boleh didapati di pasaran. Kalau kat Johor Bahru ni, saya selalu beli di KIP MART Tampoi dan pekan SOBB Pulai Perdana. Murah je harganya. RM8 - RM10. Belilah 2 dan 3 helai tuk mereka ni. Boleh tukar-tukar masa nak memakainya. Baru semangat sikit nak berhijab. Pilihan warna tuk anak-anak biarlah menarik macam warna pink, hijau, unggu mesti mereka suka nak berhijab. Jangan lupa pakaikan anak-anak dengan pakaian yang menutup aurat juga. Jangan pula pakai seluar ketat, berbaju pendek dan berhijab kan pelik tu…

Renung-renungkan dan selamat mencuba kepada ibu-ibu…hii hii…

Kurang lebih tu kelemahan saya.Ambil yang baik-baik sahaja.

Assalamualaikum…

No comments:

Post a Comment

wa kha kha...:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...